You are on page 1of 4

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

Ya Allah, kami memanjatkan kesyukuran ke atas keizinan-Mu, untuk kami berkumpul di


dewan yang mulia ini, sempena WATIKAH PERRLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH
KEBANGSAAN PASIR GUDANG (2), menadah tangan dengan penuh pengharapan dan
rendah diri, agar kami dilimpahkan kurnia, taufik dan hidayah, kesihatan dan kekuatan,
tekad dan azam yang tinggi untuk berjaya, serta dapat menjalankan tugas dengan penuh
amanah dan tanggungjawab.

Jadikanlah Penyampaian Watikah pada hari ini, pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang
menyeluruh, untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya, memelihara agama-Mu dan
menjalankan amanah yang diberikan. hamparkan di dalamnya hamparan rahmat seperti
mana engkau berikan kepada hamba- hamba mu yang terpilih, rahmat yang dapat
menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan.

Ya Allah, terimalah segala kerja dan khidmat bakti kami, sebagai amal ibadat yang
engkau redai. Semoga segala hasil usaha dan kejayaan kami, dapat dirasai dan dinikmati
oleh seluruh umat manusia dalam membina umat Islam yang cemerlang, demi
memartabatkan bangsa, agama dan negara.

Ya Allah, engkau tingkatkan lah keilmuan, keazaman dan komitmen kami, untuk terus
menjalankan segala tanggungjawab. Ya Allah, tingkatkan lah semangat dan hasil kerja
kami, untuk terus mencapai kejayaan demi kejayaan, dengan penuh dedikasi cekal dan
proaktif.

Berikanlah kekuatan kepada kami, agar dapat membantu pihak pengurusan, guru dan
seluruh warga sekolah, dalam mewujudkan budaya sihat dan cemerlang.

Ya Allah, wahai tuhan kami, jadikanlah majlis Penyampaian Watikah ini, sebagai satu
majlis yang dirahmati dan perpisahan selepas majlis ini sebagai perpisahan yang
terpelihara dari sebarang bencana dan kemaksiatan.

Ampunkan lah dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami, dosa mukminin dan mukminat
seluruhnya, sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia
DOA SEMPENA SAMBUTAN MAULID AR-RASUL

Segala puji bagi Allah yang memungkinkan kami hadir dalam majlis Maulidur Rasul SAW
pada hari ini. Kami memohon agar dikurniakan dengan limpahan rahmat dan keberkatan
dalam majlis ini serta beroleh kemuliaan dan kehormatan, serta ditempatkan bersama-
sama dengan golongan orang yang beriman di sisi Kekasihmu, Nabi Muhammad SAW.

YA RAHMAN, YA RAHIM, YA ZAL JALA LIWAL IKRAM

Kami memohon kepada - Mu Ya Allah, semoga dengan keagungan Junjungan Nabi


Muhammad SAW, maka jadikan lah majlis ini sebagai penolong dan pembantu kepada
kami untuk mengikut sunnah- Mu

Jadikanlah Sambutan Maulidur Rasul ini sebagai, pembuka bagi kejayaan, ketenangan
yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya, memelihara agama mu
dan menjalankan amanah yang diberikan.

“Allah hummaja’alna jam-ana haza jam-an marhuma. Watafarrukona mimbak dihi tafar
rukan maksum”

Ya Allah, wahai tuhan kami, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
engkau rahmati, dan perpisahan kami ini sebagai perpisahan yang terpelihara daripada
sebarang bala bencana dan kemaksiatan.
DOA SEMPENA PERASMIAN MASYUARAT PIBG DAN HARI ANUGERAH
KECERMELANGAN SEKOLAH

Pada hari dan saat ini, dengan rasa rendah diri, kami bermunajat memohon taufik dan
hidayah- Mu. Jadikanlah majlis perasmian Mesyuarat PIBG dan Hari Anugerah
Kecemerlangan Sekolah sebagai majlis yang Engkau redai dan berkati. Ya Allah, berilah
kami kekuatan agar dapat mempergunakan seluruh tenaga dan pemikiran bagi menjana
satu nafas baru untuk berkongsi ilmu dan maklumat, moga mampu menangani keperluan
dan tuntutan semasa, selari dengan era bestari dan globalisasi. Berteraskan neraca iman
dan tauhid.

YA RAHMAN, YA RAHIM, YA ZAL JALA LIWAL IKRAM

Engkau gembelingkanlah seluruh tenaga kami Ya Allah, untuk menggempur anjakan


pemikiran dan sikap di kalangan kami , agar bersedia membuka tingkap minda, untuk
menerima segala perubahan. Dengan berkat kebesaran-Mu Ya Allah, kurniakanlah
kekuatan kepada kami, semoga dapat kami teruskan kecemerlangan dan kejayaan serta
dapat kami cernakan amalan kualiti dalam segenap bidang kehidupan kami. Jadikanlah
kecemerlangan kami itu lebih gemilang dalam melaksanakan tuntutan agama-Mu ya Allah.

Ya Allah, kami memohon kepada- Mu agar engkau berikan kekuatan untuk kami
mengaplikasikan segala apa yang diperbincangkan dalam mesyuarat ini nanti, mudah-
mudahan segala apa yang dirancang mampu terlaksana dan segala hasrat serta impian
akan dikabulkan- Mu Ya Allah.

“Allah hummaja’alna jam-ana haza jam-an marhuma. Watafarrukona mimbak dihi tafar
rukan maksum”

Ya Allah, wahai tuhan kami, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
engkau rahmati, dan perpisahan kami ini sebagai perpisahan yang terpelihara daripada
sebarang bala bencana dan kemaksiatan.

Ampunkanlah dosa kami, dosa ibu bapa kami dan dosa mukminin dan mukminat
seluruhnya, sama ada yang masih hidup atau yang telah menanggalkan kami.
DOA SEMPENA MAJLIS ILMU (SOLAT JENAZAH)

Pada hari dan saat ini, dengan rasa rendah diri, kami bermunajat memohon taufik dan
hidayah- Mu. Jadikanlah majlis ilmu ini sebagai majlis yang Engkau redai dan berkati. Ya
Allah, berilah kami kekuatan agar dapat mempergunakan seluruh tenaga dan pemikiran
bagi menjana satu nafas baru untuk berkongsi ilmu dan maklumat, moga mampu
menangani keperluan dan tuntutan semasa, selari dengan era bestari dan globalisasi.
Berteraskan neraca iman dan tauhid.

YA RAHMAN, YA RAHIM, YA ZAL JALA LIWAL IKRAM

Engkau gembelingkanlah seluruh tenaga kami Ya Allah, untuk menggempur anjakan


pemikiran dan sikap di kalangan kami , agar bersedia membuka tingkap minda, untuk
menerima segala perubahan. Dengan berkat kebesaran-Mu Ya Allah, kurniakanlah
kekuatan kepada kami, semoga dapat kami teruskan kecemerlangan dan kejayaan serta
dapat kami cernakan amalan kualiti dalam segenap bidang kehidupan kami. Jadikanlah
kecemerlangan kami itu lebih gemilang dalam melaksanakan tuntutan agama-Mu ya Allah.

“Allah hummaja’alna jam-ana haza jam-an marhuma. Watafarrukona mimbak dihi tafar
rukan maksum”

Ya Allah, wahai tuhan kami, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
engkau rahmati, dan perpisahan kami ini sebagai perpisahan yang terpelihara daripada
sebarang bala bencana dan kemaksiatan.

Ampunkanlah dosa kami, dosa ibu bapa kami dan dosa mukminin dan mukminat
seluruhnya, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggalkan kami.

You might also like