You are on page 1of 7

anduan Untuk Calon-Calon Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Bacaan

Anda mestilah tahu perkara-perkara berikut secara umum walaupun tidak secara
terperinci.

TERAS PENDIDIKAN NEGARA

- Rukun Negara

- Falsafah Pendidikan Kebangsaan

- Wawasan 2020

- Islam Hadhari

KEMENTERIAN

- Kementerian Pelajaran Malaysia

- Kementerian Pengajian Tinggi

SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA

- Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

- Perkembangan Pelajaran Masa Kini

SISTEM PELAJARAN MASA KINI

- Pendidikan Pra Sekolah


- Pendidikan Rendah

- Pendidikan Menengah

- Pendidikan Khas

- Program Pendidikan Khas

- Sekolah Sukan

- Sekolah Seni

- Pembestarian Sekolah

- Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi

- Pendidikan Swasta

- Pelan Induk Pendidikan

KURIKULUM

- Teori Pendidikan

- Kurikulum Prasekolah

- Kurikulum Baru Sekolah Rendah

- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

- Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

- Pengurusan Kurikulum

- Program JQAF

- Kia2M

PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID

- Asrama
- Skim Pinjaman Buku Teks

- Biasiswa dan Pinjaman

- Program Bersepadu Sekolah Sihat

- Program Pemakanan Sekolah

- Bimbingan dan Kaunseling

- Malaysia Teacher Standard

PIBG

Skim Baucer Tuisyen

PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

- Gerak Kerja Kokurikulum

- Sekolah Harapan Negara

- Hari Guru

- Projek Nilam

- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

- Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

- Malaysian Teacher Standard MTS

URUSAN PERKHIDMATAN

- Perintah-Perintah Am
- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993

- Arahan Perbendaharaan

- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor

- Arahan Perkhidmatan

- Akta Acara Kewangan

- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

FAKTOR-FAKTOR PENILAIAN

Calon-calon akan dinilai dari aspek-aspek berikut :

Cara Penyampaian/Berkomunikasi.

Kemahiran berhujah dan kemampuan menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan
rasional, logik, jelas, tepat dan padat adalah faktor utama ke arah kejayaan seseorang
guru profesional. Adalah menjadi andaian asasi bahawa guru-guru terlatih adalah fasih,
cekap dan terampil dalam menggunakan Bahasa Melayu. Oleh itu, calon-calon yang
didapati tidak cekap dan tidak fasih dalam penggunaan Bahasa Melayu akan gagal dalam
temuduga. Guru-guru yang tidak prihatin dalam pengucapan bahasanya sehingga selalu
kabur atau memesongkan maksud yang hendak disampaikan akan diberi penilaian yang
negatif. Perawakan Dan Penampilan Diri.

Calon-calon dikehendaki hadir temuduga dengan berpakaian kemas dan sopan. Calon-
calon lelaki dikehendaki memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher,
manakala calon-calon wanita memakai pakaian yang bersopan.

 
Pengetahuan Ikhtisas.

Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang


ditemuduga mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang
secara canggih (intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :-

a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar,
pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian.
Adalah diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta
penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan
1961 dan Laporan Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979);

b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri,
daerah dan sekolah.

c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan dalam
bilik darjah.

d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara/Wawasan 2020


dan hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya.

e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar


opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti.

f) metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada
aplikasinya di dalam bilik darjah.

g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada
aplikasinya di dalam bilik darjah.
 

h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan


tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang
diajar dan matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/ universiti.

 Pengetahuan Semasa/Am.

 Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan
sebagai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup
dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya
mempunyai pengetahuan dan maklumat asas mengenai alam persekitarannya dan dapat
berbincang secara canggih mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan
perspektif.

 Laporan Nilaian Prestasi.

 Laporan nilaian prestasi adalah juga diambilkira dalam pemilihan seseorang calon itu.
Penilaian ini dibuat oleh Pegawai Penilai masing-masing dengan berpandukan kepada
format borang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Antara aspek-aspek yang
dinilai ialah dengan memerhatikan guru berkenaan mengajar di dalam kelas atau
membimbing murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.

 Sijil Ko-kurikulum

Bawa sijil-sijil Ko-kurikulum termasuk dari zaman persekolahan... ada markah untuk Ko-
Kurikulum

CALON TIDAK DIPERAKU @ GAGAL

Lemah cara penyampaian/komunikasi

Lemah perawakan/sikap.

Lemah Pengetahuan Am.


Lemah Ikhtisas.

Lemah keseluruhan.

You might also like