You are on page 1of 22

PENGENALAN

Petanque dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui di
makam orang Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh oleh
orang Rom dan Greek. Orang Rom merupakan orang yang pertama memainkannya di
Marseilles 2600 s.m. yang lalu.

Pada zaman pertengahan sukan petanque ini sangat popular sehingga dilarang
kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pada kurun ke-17 bangsawan Perancis
menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis
telah memperkenalkan permainan petanque kepada 14 mata kiraannya. Semasa
perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai bola permainan.

Manakala sejarah moden sukan ini telah bermula di Clotat Perancis pada tahun
1910 apabila seorang yang cacat daripada kemalangan telah membaling bola petanque
tepat ke sasaran dengan keadaan berdiri. Ini merupakan perkara yang menakjubkan.
Kemudian permainan ini semakin popular ke tanah jajahan Perancis di Afrika, Pasifik
Selatan dan Eropah Barat, Thailand, Vietnam, Jepun dan lain-lain.

Sukan Petanque telah diperkenal di Malaysia oleh Prof Diraja Ungku Abdul Aziz
yang merupakan Naib Canselor UM dan YDP Angkasa pada tahun 1989. Pada tahun
1990 upacara permainan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Tun Razak yang
ketika itu menyandang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 22 Mac
1990 di Padang Jalan Timur, Petaling Jaya sebagai salah satu acara sukan negara.Dan
sampai sekarang sukan petanque ini terus diangkat martabatnya ke peringkat
kebangsaan oleh ANGKASA.

Ini dapat dilihat apabila ANGKASA telah menganjurkan pertandingan petanque


antara koperasi sekolah sejak 1995 lagi. Seterusnya pemenang akan dibawa keluar
negara untuk bertanding.

1
APA ITU PETANQUE????

Petanque adalah sejenis permainan yang berasal dari Perancis yang mana objektif
utama permainan adalah untuk membaling atau melempar bola-bola besi yang disebut
sebagai ‘boules’ sedekat mungkin dengan satu bola kecil yang diperbuat daripada kayu
yang digelar jek.

Permainan ini biasanya dimainkan atas permukaan tanah atau batu kerikil halus.
Namun begitu, permainan ini juga boleh dimainkan di atas rumput mahupun permukaan
yang berpasir. Denagan kata lain permainan petanque ini dapat dimainkan di mana-
mana permukaan.

Permainan ini dimainkan dalam tiga jenis konfigurasi yang berbeza iaitu :

a. Tiga sekumpulan atau lebih dikenali sebagai tripplets dengan tiga orang pemain
dalam satu kumpulan dan setiap pemain menggunakan 2 biji bola boule
b. Dua sekumpulan atau lebih dikenali sebagai doublets, dengan 2 orang pemain
dalam satu kumpulan dan setipa pemain menggunakan 3 biji boule
c. Perseorangan atau lebih dikenali sebagai singles, dengan seorang pemain
menggunakan 3 biji boule

2
PERALATAN PETANQUE

Peralatan yang digunakan semasa bermain sukan petanque adalah seperti berikut :

(a) Bola - mesti menepati The Federation Internationali de Petanq et Jeu Provecal

(b) Jek (Cochonnets) - bola bulat kecil dicat dan menentukan bola yang paling hampir

(c) Pita Pengukur

3
GELANGGANG PETANQUE

Permainan petanque boleh dimainkan di atas mana-mana permukaan kecuali


permukaan konkrit atau jubin kerana ia boleh menyebabkan berlaku keretakkan pada
jubin. Pemukaan yang sesuai adalah permukaan yang tidak terlalu lembut seperti di
pantai. Ini kerana jika petanque dimainkan di pantai yang terlalu berpasir lembut, boule
akan terus terlekat dalam pasir tanpa bergerak jauh. Dan tempat yang paling sesuai
bermain petanque adalah di permukaan yang berbatu halus.

Sebenarnya tiada had untuk gelenggang petanque tetapi saiz minimum


sesebuah gelanggang yang diterima pakai adalah 4 m x 12 atau 12 kaki x 39 kaki.
Gelanggang dapat dibahagikan kepada tiga iaitu gelanggang terbuka bermakna
ukurannya bebas, gelanggang bersempadan (15 mx 4m) dan terrain yang merupakan
gelanggang bersempadan lengkap yang dikelilingi oleh penghadang.

Lantai gelanggang yang biasanya diperbuat daripada quarry waste dengan


dilitupi quarry dust. Permainan hendaklah dimulakan dalam kawasan 15 m x 4 m tetapi
diteruskan dalam kawasan 17.6 m x 6.6 m. Bola yang terkena tali ‘dead boule line’
masih hidup namun bola yang terkeluar dikira mati.

4
BAGAIMANA PETANQUE DIMAINKAN?

Bola yang digunakan untuk permainan petanque

diperbuat daripada besi dengan berat antara 650g dan

800 g. Saiz diameter bola besi ini pula antara 70.5mm

dan 80mm. Jack pula diperbuat daripada kayu atau

bahan sintetik dan mempunyai diameter antara 25mm


sehingga 35mm.Kawasan permainan petanque mestilah tidak kurang dari 15 m panjang
kali 4 meter lebar. Namun keluasan yang minimum adalah tidak kurang dari 13 m
panjang kali 4 meter lebar.

Pemain yang menang undian lambungan duit syiling hendaklah memulakan


permainan dengan membuat bulatan dengan diameter 35-50cm. Kedua-dua kaki
pemain yang membuat lemparan bola hendaklah menyentuh tanah semasa membuat
lemparan. Permainan dimulakan dengan pemain pertama melempar jack dalam jarak 6
ke 10 meter dari bulatan tadi. Jack yang dilemparkan hendaklah tidak kurang 1 meter
dari sempadan gelanggang atau apa-apa objek yang menghalang. Jika keadaan ini
berlaku jack terpaksa dilemparkan semula.

Pemain yang menang undian tadi akan mula melempar bola sedekat mungkin
denagn jack. Manakala pemain daripada pihak lawan pula akan cuba mengatasi jarak
boule pertama tadi sehingga dia berjaya lebih dekat dengan jack. Jika dalam percubaan
itu, boule pihak lawan lebih dekat, maka kumpulan pertama tadi perlu mengatasi boule
pihak kedua pula. Permainan ini akan berulang sehinggalah kesemua boule telah habis
dilempar.

Dari segi permarkahan pula, mata akan dikira dengan kaedah, berapa bola
boule pasukan yang mendapat mta lebih dekat dengan jack sebelum bola pihak lawan.
Permainan ini biasanya dimainkan sehingga mata ke 13. Namun begitu,mata 15 juga
ada dimainkan untuk pertandingan akhir-akhir ini.

5
TEKNIK LONTARAN

CARA MEMEGANG BOLA


Semasa ingin melontar, bola mestilah direnggam dalam keadaan bola berada di bawah
tapak tangan. Pertama telentangkan tapak tangan ke atas. Kemudian ibu jari
direnggangkan dan rapatkan empat jari yang lain. Seterusnya bola diletakkan di atas
tapak tangan dan genggam dengan kemas bola tersebut. Telingkupkan tangan dengan
bola ke bawah dan akhir sekali bersedia untuk membaling bola.

KEDUDUKAN KAKI
Berdiri dalam keadaan kedua-dua kaki berada dalam bulatan lontaran. Semasa
membuat lontaran, mana-mana tapak kaki/kasut tidak boleh diangkat sehingga terpisah
dari permukaan gelanggang.

LONTARAN
6
Terdapat banyak lontaran yang dapat dilakukan oleh pemain semasa melontar boule.
Antaranya:

Lontaran Tinggi (The High Lob)

- Lontaran ini dipanggil lontaran tinggi. Di sini boule akan dilambung dengan tinggi.

Lontaran Separuh Tinggi (The Half Lob)

Lontaran Golek (The Rolling throw)

Lontaran “Point” Landai

- Dalam kedudukan mencangkung, boule di genggam lembut. Tangan diangkat ke


belakang dan di hayunkan ke hadapan.Kemudian boule dilepaskan pada aras
yang bersesuaian.Tiada daya tolakan tambahan digunakan.Hanya momentum
dan graviti memainkan peranan penting untuk dapatkan jarak leretan
boule.Untuk pastikan boule bergerak lurus, tangan dihayunkan secara “Follow
Through” dengan permukaan tangan dari kekal rapat.

Careau bermaksud memukul bola pasukan lawan dengan menggunakan bola dengan
tujuan menjauhkan bola lawan dari jack atau membuka laluan bola. Ia juga untuk
memukul jack bagi tujuan yang sama.

7
PERATURAN-PERATURAN AM DALAM PERMAINAN

PETANQUE

Dalam bermain petanque,semua pemain dikehendaki mengetahui undang-undang


permainan.

Pertama bola yang dimiliki sendiri mestilah yang telah diluluskan oleh Persatuan
Petanque Antarabangsa (International Petanque Association). Bola hendaklah mengikut
ciri-ciri seperti mempunyai tanda nombor siri dan tanda berat pada bola. Kemudian bola
tersebut tidak boleh diubah suai. Bag pemilik bola yang ingin membuat tanda tambahan
untuk identiti pasukan, pemilik hendaklah membuatnya di kilang yang diiktiraf oleh IPA.

Pemain juga mestilah mempunyai lesen pemain apabila menyertai perlawanan


yang diiktiraf oleh IPA. Dan ianya tidak diperlukan apabila menyertai perlawanan yang
tidak diiktiraf International Petanque Association. Lesen pemain mestilah mempunyai
gambar, cop persatuan yang diwakili, tanda tangan pemain dan kad lesen dikeluarkan
oleh persatuan.

Seterusnya empayar yang diperlukan dalam satu pertandingan. Perlawanan


diurus sendiri oleh pemain kedua-dua pasukan. Tugas empayar ialah menyelesaikan
masalah yang gagal diputuskan oleh kedua-dua pasukan. Manakala empayar tidak
diperlukan apabila mengadakan pertandingan persahabatan atau suka-suka.

8
ADAB DAN DISPLIN SEMASA BERMAIN PETANQUE

Petanque adalah permainan koperatif. Pemain-pemain dalam satu pasukan mestilah


mengurus sendiri permainan pasukannya dan juga saling bantu-membantu
menguruskan pihak lawan. Di dalam permainan ini pengadil tidak disediakan kecuali
empayar.

Hospitaliti juga ditonjolkan denagan begitu ketara dalam permainan Petanque ini.
Contohnya, pemain menjemput pihak lawan membuat lontaran atau pemain mengutip
bola pasukan lawan.

Ketika bermain petanque, pemain tidak boleh menganggu permainan pihak


lawan seperti menghalang lontaran pihak lawan.Oleh itu, pemain tidak dibenarkan
berada pada jarak kurang dari satu meter dari jack semasa pemain lawan melontar
bola.

Selain itu, displin yang perlu dipatuhi oleh pemain-pemain petanque adalah
pemain tidak boleh menyorak, mentertawa atau memperlekehkan pasukan lawan. Ini
kerana perkara ini boleh membawa kepada kekecohan semasa bertanding. Sebaliknya
pemain diminta menepuk tangan tanda sokongan apabila pihak lawan membuat
lontaran.

Pemain juga tidak boleh membuang obstacle atau tanda kesan bola sebelum
membuat lontaran tetapi boleh membuang bekas kesan bolanya selepas membuat
lontaran. Kedua-dua pasukan boleh membuang tanda kesan bola atau obstacle
sebelum melontar jack.

9
LATIHAN POINTING DAN SHOOTING PERMAINAN
PETANQUE
Di sini akan diterangkan 15 latihan untuk pointing dan shooting. Ini semua dapat
disesuaikan dengan pelbagai cara mengikut banyak mana masa yang diperuntukkan
dan jenis latihan yang mahu dibuat.

MEMANASKAN BADAN
Golekkan dua biji bola petanque di atas tapak tangan. Dan pusingkan bahu. Kemudian
sebelum bermain buatkan beberapa lontaran yang lembut, dan jangan mulakan
permainan tanpa memanaskan badan dan membuat lontaran melebihi 10 meter.

ASAS-ASAS POINTING
Pertama membuat latihan menggolek, lambung rendah dan lambungan tinggi pada
jarak 6, 8 dan 10 m. Gunakan kedudukan mencangkung terutamanya pada jarak yang
pendek dan berdiri pada jarak yang jauh.

ASAS-ASAS SHOOTING
Letakkkan 3 biji bola berhampiran dengan jek dan tembak salah satu bola yang
ditentukan daripada bola tersebut. Lontaran yang dibuat jangan menyentuh jek dan bola
yang lain. Latihan mestilah dilakukan dengan menggunakan jarak yang berbeza.

MEMBINA KEMAHIRAN POINTING


Satu kunci kemahiran pointing adalah kebolehan untuk menjatuhkan bola pada tempat
yang dikehendaki dengan baik dan tepat. Latihan asas untuk kemahiran ini ialah
dengan cara membuat bulatan seluas 50 cm dan membuat balingan yang tepat ke
dalam bulatan.

10
Apabila latihan dimulakan tujuan utamanya adalah hanyalah untuk menjatuhkan
bola dengan tepat. Dan apabila lontaran menjadi semakin kemas dan tepat, objektifnya
adalah supaya bola itu hampir pada jek. Bagi memastikan kemahiran ini berjaya,
pastikan membuat lontaran dengan kedudukan dan jarak yang berbeza. Begitu juga
dengan membuat balingan dengan jenis yang berlainan iaitu lambung rendah dan
lambung tinggi.

KETEPATAN/KETELITIAN POINTING
Bagi membuat kemahiran ini,letakkan 2 biji bola atau lebih sebagai penghadang di
hadapan jek. Contohnya 2 biji bola diletakkan 1 m didepan jek, 50 cm jaraknya setiap
satu.Kemudian lakukan latihan melontar bola kea rah jek dan mengelak dari melanggar
bola yang menghalang.

Teknik ini boleh digunakan untuk balingan golek.Disini juga boleh melakukan
lontaran tinggi bagi menghantar bola ke tempat antara dua bola yang menghadang.
Pemain mestilah membiasakan membuat balingan bagi menjatuhkan ke kiri atau ke
kanan bola yang menghadang.

MELAMBUNG BOLA MENGATASI BOLA PENGHADANG


Letakkan 3 biji bola atas satu garisan atas padang dan mestilah 2 cm di hadapan jek.
Kemudian membuat lambungan tinggi mengatasi bola yang menghalang. Sebaik-
baiknya pemain memastikan menjatuhkan bola ditempat yang difokus iaitu di hadapan
jek tetapi bola tersebut mengatasi bola yang menghalang.

LATIHAN MEMBALING BOLA KE DALAM TAYAR


Ini adalah satu cara yang sangat baik untuk membina kemahiran melambung bola
untuk membuat shooting. Semasa membuat latihan ini, gunakan 3 biji tayar yang
diletakkan pada jarak yang berbeza dan seboleh-bolehnya gunakan pelbagai saiz tayar
untuk mempelbagaikan latihan.

11
Cara ini biasanya sangat popular dalam kalangan kanak-kanak tetapi ia
merupakan satu latihan yang sangat baik untuk sesiapa sahaja yang ingin memajukan
asas teknik shooting.

SHOOT BERGANDA
Letakkan dua biji bola pada dua sudut. Kemudian membuat shooting dengan sasaran
menembak kedua-dua biji bola dengan satu tembakan. Cara ini memerlukan latihan
yang mantap kerana ianya begitu susah untuk dilakukan tetapi tidak mustahil untuk
pemain yang ingin menguasainya. Di sini, pemain mestilah memastikan bola di
hadapan dipukul pada sudut yang betul.

MENGGERAKKAN JEK
Letakkan bola target di depan jek. Kemudian buat latihan pointing untuk menggerakkan
jek ke bola hadapan.

POINTING MENGGERAKKAN JEK


Letakkan jek sebelah bola dan gerakkan jek ke atas bola sendiri.

POINTING SEKITAR HALANGAN


Unrtuk melakukan kemahiran ini, letakkkan tiga biji bola di atas satu garisan di hadapan
jek. Kemudian buat latihan melencongkan bola dari arah kiri dan kanan menuju ke jek.

12
PENGIRAAN MATA

Sekali lontaran jek yang berjaya sahaja dibenarkan. Jika gagal dibenarkan membuat
lontaran kedua. Jika lontaran kedua turut gagal dapat diteruskan dengan lontaran yang
ketiga. Namun, jika gagal tiga kali hak lontaran jek maka hendaklah diserahkan kepada
pihak lawan dan pihak lawan berhak mengubah bulatan lontaran.

Kemudian jika pihak lawan juga turut gagal sebanyak tiga kali hak lontaran jek
akan dikembalikan kepada pasukan lawannya semula tetapi tidak boleh mengubah
bulatan lontaran lagi.

Dalam satu end, bola yang paling dekat dengan jek akan memberi satu mata
kepada pasukan pemiliknya. Dalam satu end satu pasukan berpeluang memperolehi
lebih dari satu mata jika lebih dari satu bola miliknya lebih dekat dengan jek berbanding
bola pihak lawan.

Jika terdapat dua bola atau lebih dari kedua-dua pasukan kelihatan sama jarak
dengan jek yang boleh meragui jaraknya maka bola-bola itu hendaklah diukur dengan
pengukur khas. Ukuran dikira dari tepi bola ke tepi jek. Bola-bola yang berkedudukan
sama jarak dari jek akan dikira tiada mata.

Pasukan yang menang dalam end ini akan memulakan end seterusnya dengan
melontar jek dari bulatan yang dibina pada kedudukan jet terakhir.Pusingan end akan
berulang seperti ini sehinggalah permainan tamat.

Gambar menunjukkan pasukan A 13


mendapat 1 markah.
CONTOH PENGIRAAN MATA

KLUE:

BOLA MERAH MEWAKILI PASUKAN A

BOLA BIRU MEWAKILI PASUKAN B

Gambar menunjukkan pasukan


A mendapat 1 mata

Gambar menunjukkan
pasukan A mendapat 2 mata

14
GAME ATAU PERMAINAN TAMAT

Satu permainan akan tamat apabila salah satu pasukan mencapai 13 mata atau 9 mata
dan pasukan itu dianggap sebagai pemenang. Kedua-dua pasukan boleh memilih untuk
bermain permainan13 mata atau pun 9 mata.

Satu papan skor hendaklah disediakan di tepi gelanggang untuk memudahkan


mata dicatatkan. Jika tiada papan skor mata hendaklah dicatatkan di atas kad skor bagi
memastikan pengiraan mata tercatat dengan betul.

ETIKA PEMAKAIAN SEMASA BERMAIN PETANQUE

Pemain hendaklah berpakaian kemas seperti ditunjukkan dalam gambar di atas.Pemain


digalakkan memakai seluar panjang, t-shirt dan berkasut.

15
ALAT-ALAT TAMBAHAN DALAM PETANQUE

1. Alat ukur khas


- Bagi mengukur jarak bola dengan jek ketika pengiraan mata

2. Kain
-untuk membersih bola atau tangan

3. Topi
-bagi mengelakkan dari kepanasan berada di bawah cahaya sinaran matahari

4. Bola dan jek simpanan (Spare)


-bagi mengelakkan berlaku kekalutan dalam permainan

5. Pen dan Kad Skor


-bagi mencatat mata

16
17
GELANGGANG PETANQUE

PAPAN SKOR MATA

MEMBUAT LONTARAN “POINT” LANDAI

18
CARA MENGUKUR MATA

CARA MEMBUAT BALINGAN

Petanque mula dapat perhatian ramai

19
ARENA petanque di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara, AU2,
Taman Keramat, Kuala Lumpur yang memiliki 16 gelanggang dibina
untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2001.

Gelanggang ini digunakan untuk kejohanan kebangsaan anjuran


Persatuan Petanque Malaysia (PPM) dan kejohanan terbuka anjuran
badan-badan lain sambil menjadi tempat bermain kepada pemain
sekitar Kuala Lumpur hampir setiap hari.

Bagi yang berminat untuk menyertai acara ini boleh menghubungi


persatuan negeri berhampiran. Peminat di sekitar Lembah Klang
boleh menghubungi pegawai di kompleks ber kenaan di AU2, Taman
Keramat.

Sukan petanque berasal dari Perancis dan menjadi satu kegiatan


lebih 100 tahun lalu. Diperkenalkan di kawasan Asia Tenggara
seperti Kemboja, Laos, Vietnam dan Thailand lebih 40 tahun lalu
dan sudah menjadi salah satu sukan utama di negara berkenaan.

Sukan ini mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1989 oleh Prof
Diraja Ungku A Aziz di Kompleks Angkatan Koperasi Negara
(ANGKASA), Kelana Jaya.

Mula berkembang pada tahun 1992 dan diminati penggiat sukan di


Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

Bibliografi

20
Kuliah dan Nota Kursus Kejurulatihan Asaas Petanque BPG/MPTI/PPM, Maktab
Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bharu

Kerja kursus GERKO Pelajar Program KPLI, Institut Perguruan Ipoh, Hulu Kinta,

Ipoh, Perak

Blog Archieve, Faktor Kejayaan by Fajar Subuh. Dimuat turun pada pada 5 Februari,

2009 di http://www.blogger.com/comment-iframe.g?

Blog Archieve,Imbas Kembali…SUKMA Terengganu ’08. Dimuat turun pada 31 Januari

2009 by PEPSAR di pepsar.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

Blog Archieve, Jom Main Petanque…by Fina. Dimuat turun pada 29 May 2009 di

tettyias.google pages.com/mypetanquediary

REFLEKSI

21
Secara keseluruhannya,semasa membuat kerja kursus Petanque ini saya mendapat
banyak input yang begitu berguna sekali. Saya dapat mengetahui apa itu sebenarnya
Petanque. Sebelum ini, saya menganggap permainan ini sangat mudah untuk
dimainkan kerana ianya hanyalah satu permainan membaling bola namun semasa saya
mencari maklumat tentang Petanque barulah saya mengetahui untuk bermain
permainana ini haruslah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam teknik-teknik
membuat lontaran.

Selain itu, walaupun saya tahu yang kerja kursus ini amat membebankan saya
kerana untuk mencari maklumat yang lebih mendalam tentang petanque begitu susah
sekali namun ianya telah mengajar saya erti kesabaran dan secara tidak langsung
membuatkab saya lebih berminat untuk mempelajari permainan Petanque.

Saya mengambil masa yang begitu lama dalam mencari maklumat. Namun
pencarian saya tidak mensia-siakan kerana akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja
kursus ini dengan apa yang dikehendaki.Kerja kursus ini juga banyak membantu saya
mempelajari kemahiran dalam bermain petanque seperti shooting dan pointing.Secara
tidak langsung ianya dapat membantu saya mengubah kelemahan yang saya ada
semasa bermain petanque ketika waktu GERKO.

Akhir sekali, pada pendapat saya membuat kerja kursus ini sangat menarik dan
ianya dapat mengajar saya mendalami permainan petanque.Saya menganggap
membuat kerja kursus ini sebagai satu input untuk saya belajar petanque dengan cara
saya tersendiri. Kesimpulannnya, permainan petanque adalah satu sukan yang
berfaedah dan menarik. Jadi marilah kita bersama-sama memajukan permainan ini
agar dapat setanding dengan sukan-sukan yang lain.

22

You might also like