You are on page 1of 15

SEJARAH RAGBI

Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah


di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya
dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.
Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini,
mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular
tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab
Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh
tahun kemudian.
Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13
permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula
berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai
perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai.
Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah
mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah
mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi.
1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American
Foolball di Amerika Syarikat.
Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New
Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80
kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola
Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The United States of America Rugby Football
Union (USARFU). Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah
negara di seluruh dunia.
Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata
kasar. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian
seseorang. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap
lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi
pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat
yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini
adalah sahabat yang baik.

1
PENGENALAN
1. Permainan ragbi yang diperkenalkan oleh orang Inggeris ke negara kita
telah menjadi permainan yang popular di peringkat sekolah dan institusi
pengajian tinggi.
2. Corak permainan ini agak lasak dan memerlukan tahap ketangkasan yang
tinggi, ketahanan badan serta kecekapan menangkap dan membaling bola
ragbi.
3. Setiap pemain haruslah mempunyai ketahanan fizikal serta dapat
menguasai kemahiran asas.
4. Peraturan dan keselamatan juga amat penting untuk dipatuhi oleh setiap
pemain.

2
ASPEK PERMAINAN RAGBI
PAKAIAN

1. Baju dan seluar pemain ragbi diperbuat daripada kain yang tahan lasak
dan tidak mudah koyak.
2. Pemain dibenarkan memakai alat keselamatan seperti padding pada bahu,
alat pelindung gigi, kepala dan shoulder guard.
3. But pemain ragbi mempunyai stud yang diperbuat daripada getah atau
logam.
4. Pengadil berhak menyuruh pemain menanggalkan alatan yang dianggap
berbahaya dan boleh mencederakan pemain lain.

PADANG PERMAINAN

1. Padang permainan ragbi tidak melebihi 100 meter panjang dan 70 meter
lebar.
2. Kawasan gol berada pada hujung padang tiap-tiap kawasan yang
berukuran tidak melebihi 22 meter dari garisan gol.
3. Pada jarak 5 meter dari garisan gol kedua-dua bahagian padang terdapat
garisan putus-putus yang dipanggil garisan 5 meter.

3
4. Bola ragbi berukuran 280-300 mm panjang, 760-790 mm ukur lilit dan
400-440 gm berat.

4
POSISI PEMAIN

1. Satu pasukan ragbi mengandungi 15 orang pemain dan beberapa orang


pemain pengganti.
2. Posisi pemain boleh di bahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian
hadapan dan bahagian belakang.

5
KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN RAGBI
MENGHANTAR

Menghantar bola boleh di buat melalui hantaran sisi jauh,hantaran sisi dekat,
hantaran bawah dan hantaran pendek searas. Hantaran sisiadalah hantaran asas
dalam permainan ragbi.

Teknik hantaran sisi:

 Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan.


 Tangan dibengkokkan dengan menarik bola ke belakang.
 Bahu menghadap penerima bola.
 Ayun bola ke sisi badan dank e belakangsedikit daripada arah penerima.
 Luruskan tangan semasa menghantar bola.
 Hantar di antara aras dada dan pusat penerima.

6
MENERIMA

Kemahiran menerima bola mesti dikuasai pemain bagi memastikan bola yang
dihantar dapat ditangkap dengan kemas untuk memudahkan pergerakan
seterusnya.

Teknik menerima bola hantaran:

1. Penerima berada di belakang penghantar bola.


2. Tumpukan perhatiankepada pergerakan bola yang hendak ditangkap.
3. Berlari dengan tangan terbuka semasa hendak menerima bola.
4. Terima bola dengan kedua-dua belah tangan.
5. Serap daya dengan membawa bola kearah badan.

MENENDANG

Tendangan setempat:

 Dilakukan ketika:
1. Memulakan permainan.
2. Memulakan permainan selepas pasukan lawan mendapat jaringan
penalti.

 Teknik:
1. Letak bola secara menegak.
2. Undur untuk mendapatkan jarak atau sudut larian yang sesuai.
3. Mata tumpu ke arah bola.
4. Bergerak kea rah bola. Gerakan jangan terlalu laju.
5. Kaki yang tidak menendang berada di belakang atau sisi bola.
6. Tendang bola dengan kaki dominan.
7. Ikut lajak dengan mengayun kaki tinggi.

Tendangan lantun:

 Dilakukan ketika:
1. Memulakan semula permainan di atas garisan 22 meter atau
conversion try berhampiran garisan gol.
2. Tendangan drop goal.
3. Memulakan permainan setelah gagal meakukan conversion.

7
 Teknik:
1. Pegang bola. Bucu bola dicondongkan sedikit menghala ke badan.
2. Lepaskan bola di hadapan kaki yang tidak menendang.
3. Tendang bola sebaik sahaja bola tersentuh tanah.

Tendangan grubber:

 Dilakukan ketika:
1. Menghantar bola ke kawasan pihak lawan semasa menyerang dan
bertahan.
 Teknik:
1. Pegang bola bawah sedikit dari aras pinggang. Bucu bola menghala ke
bawah/atas.
2. Lepaskan bola berhampiran kaki.
3. Tending bola ketika bola hamper menyentuh tanah dan arah ke tanah.

Tendangan punt:

 Dilakukan ketika:
1. Melakukan tendangan hantaran tinggi atau jarak jauh.
 Teknik:
1. Pegang bola pada aras pinggang. Bucu bola menghala ke
hadapan/belakang.
2. Lepaskan bola.
3. Tending bola sebaik bola berada pada aras lutut.
4. Tendang dengan menggunakan bahagian luar kaki.
5. Ikut lajak dengan mengayun kaki tinggi.

TACKLE

Tackle berlaku apabila pemain yang membawa bola dijatuhkan ke tanah oleh
seorang atau lebih pemain lawan. Tujuan melakukan tackle adalah untuk
mematahkan serangan lawan. Terdapat beberapa jenis tackle yang boleh
dilakukan oleh pemain, antaranya ialah:

8
 Tackle sisi

 Tackle belakang.

 Tackle hadapan.

Kesalahan semasa melakukan tackle iaitu:

9
 Membuat tackle yang berbahaya seperti menarik leher atau kolar baju
pemain lain.
 Membuat tackle terhadap pemain yang tidak membawa bola.

SKRUM

1. Skrum dibentuk oleh kelapan-lapan orang forwards daripada setiap pasukan.

10
2. Setiap pasukan membuat binding dalam 3 barisan.
3. Kedua-dua pasukan berhadapan secara bahu-membahu antara satu sama lain
hingga membentuk seolah-olah satu terowong atau laluan untuk scrum half
memasukkan bola.
4. Skrum dibentuk untuk memulakan semula permainan setelah diberhentikan
disebabkan oleh beberapa kesalahan.
5. Barisan hadapan terdiri daripada 2 prop dan hooker.
6. Barisan kedua terdiri daripada 2 locks atau second row dan 2 flanker atau
wing forward.
7. Barisan akhir dipanggil anchor atau number 8.
8. Binding dilakukan dengan keseluruhan bahagian tangan merangkul kemas
bahu atau pinggang rakan.
9. Hal ini penting untuk mendapatkan kesepaduan daya tolakan.
10.Kegagalan membuat binding membolehkan pihak lawan memperoleh
penalty kick.

11
Antara kesalahan semasa melakukan skrum:

 Melengah-lengahkan pembentukan skrum.


 Menjatuhkan skrum dengan sengaja.
 Memegang bola semasa dalam skrum.

INFO PERMAINAN
CARA MENDAPATKAN MATA:

 Try - 5 mata.
 Conversion - 2 mata.
 Goal - 7 mata.
 Penalty goal - 3 mata.
 drop goal - 3 mata.

OTOT UTAMA YANG TERLIBAT DALAM RAGBI:

 biceps brachii.
 Triceps brachii.
 Brachialis.
 Deltoid.
 Teres major.
 Pectoralis major.
 Rectus abdominis.
12
 Gluteal.
 Sartorius.
 Gastrocnemius.
 Gluteus maximus.
 Harmstring.

LINE OUT:

Bertujuan untuk memulakan semula permainan setelah bola keluar dari kawasan
permainan. Bola akan dilontar ke dalam di antara dua barisan pemain . kedua-
dua pasukan akan cuba mendapatkan bola tersebut.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


13
Antara peraturan:

1. Pemain tidak boleh melempar atau memukul bola dengan tangan ke hadapan
semasa membuat hantaran.
2. Pemain yang di tackle ‘mati’ (tidak boleh menghantar bola) apabila salah
satu lututnya tersentuh tanah.
3. Pemain yang di tackle tidak boleh berbaring bersama bola dengan sengaja.
4. Pemain tidak boleh melakukan tackle terhadap pemain yang tidak membawa
bola.
5. Bola dikira keluar jika kaki pemain telah menyentuh garisan tepi.
6. Sekurang-kurangnya dua orang pemain daripada satu pasukan diperlukan
untuk membentuk line-out.
7. Pemain yang off-side tidak dibenarkan memainkan bola selagi belum berada
dalam posisi on-side.

ASPEK-ASPEK KESELAMATAN
Antaranya ialah:

1. Memastikan keselamatan yang digunakan semasa latihan seperti scrum-


machine dan tiang gol tidak terdapat sebarang kerosakan.
2. Membalut tiang gol ragbi dengan foam atau pelapik yang sesuai.
3. Memastikan padang ragbi berumput, rata dan tiada batu atau benda-benda
tajam seperti kaca.
4. Menghentikan permainan jika cuaca buruk.

Apabila pengadil meniup wisel penamat, kedua-dua pasukan yang bertanding


akan membentuk 2 barisan di tepi padang. Biasanya, pasukan yang menang
akan berbaris dahulu dan pasukan yang kalah akan berjalan melalui barisan
pasukan yang menang sambil bersalaman. Selepas itu, pasukan yang kalah akan
terus membuat barisan dan pasukan yang menang pula akan melalui pasukan
yang kalah dan bersalaman. Perlakuan ini menunjukkan keunikan permainan
ragbi dalam membentuk keharmonian dan semangat kesukanan yang tinggi di
kalangan pemain-pemainnya.

14
15

You might also like