You are on page 1of 1

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang


mempengaruhi minat pelajar dalam pembelajaran Pengajian Am. Kajian ini dijalankan
adalah disebabkan minat pelajar amat penting untuk mencapai keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian ini terdiri daripada 58 orang pelajar
Tingkatan Enam Bawah Laras Sains yang mengambil mata pelajaran Pengajian Am.
Rekabentuk kajian adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan
menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Satu set borang soal selidik telah
diedarkan kepada responden bagi mengumpul data yang diperlukan. Data yang
terkumpul telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Science (SPSS) versi 17.0 untuk mendapatkan min, kekerapan dan peratusan. Hasil
dapatan menunjukkan faktor pengetahuan am dalam kalangan pelajar paling
mempengaruhi minat pelajar dalam pembelajaran pengajian am dengan nilai peratusan
94.1%, diikuti faktor perwatakan guru dan bahan pembelajaran yang diberikan oleh guru
masing-masing mencatat 86.2%. Secara ringkasnya, maklumat kajian ini berguna untuk
para pendidik dalam mengatur strategi untuk meningkatkan minat dan pencapaian
pelajar Pengajian Am. Selain itu, para pelajar tingkatan enam juga perlu berusaha untuk
menambahkan ilmu pengetahuan am melalui pembacaan bahan-bahan ilmiah.

You might also like