Professional Documents
Culture Documents
Jawapan
Jawapan
Jawapan
- Kepandaian manusia melebur logam khususnya besi menyebabkan manusia pada zaman
berjaya mencipta perahu dan rumah.
- Di sesetengah tempat, pada zaman ini telah muncul petempatan besar dan kota pertahanan.
Petempatan besar ini kemudian berkembang menjadi bandar atau kota.
- Manusia sudah pandai merekodkan peristiwa yang berlaku dalam bentuk tulisan.
- Mengetahui cara-cara mengebumikan mayat dengan iringan bekalan kubur seperti tembikar,
makanan, alatan besi dan sebagainya.
- Alatan batu diganti dengan logam.
- Pandai membuat tembikar daripada tanah liat dengan ukiran-ukiran yang cantik.
1
Latihan muka surat 5.
- Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, politik, ekonomi, serta
perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, plitik, ekonomi, perbandaran dan
sebagainya.
Jawapan
- Tamadun bukan hanya pencapaian atau kejayaan manusia dalam pembangunan fizikal
semata-mata tetapi juga aspek rohaniah yang menjadi tunjang kepada ketamadunan
menurut Islam.
Jawapan
1. Petempatan kekal.
2. Kehidupan berorganisasi.
3. Sistem pemerintahan.
4. Pengkhususan pekerjaan.
5. Agama dan pekerjaan.
6. Bahasa dan sistem tulisan.
Jawapan
2
3. Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun?
Jawapan
Jawapan
Jawapan
Sungai sebagai sumber ekonomi asas.
Sungai merupakan kawasan pertanian subur.
Sungai sumber bekalan air untuk pertanian.
Sungai sebagai sumber protein.
Sungai mempunyai iklim yang sesuai.
Kesuburan tanah.
Jawapan
Tamadun Mesopotamia terbentuk di antara dua batang sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai
Euphrates.
Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut, Dataran Tinggi Arab di
barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan.
3
2. Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia?
Jawapan
Raja sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota.
Raja sebagai ketua pentadbir dan, ketua pendita serta berkuasa dalam hal-hal
keagamaan.
Raja berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di zigurat serta
menentukan bentuk pentadbiran.
Raja berkuasa terhadap soal tanah, percukaian, hasil pertanian dan perniagaan.
Walaupun raja dianggap sebagai wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak
menyembah raja, kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 – 2255 S.M.).
Jawapan
Jawapan
Tulisan membawa kepada kewujudan sistem pendidikan yang bertujuan melahirkan
jurutulis.
Kewujudan jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan direkodkan.
Kewujudan tulisan membolehkan semua urusan jual beli disertakan dengan resit, nota,
dan
surat kredit.
Tulisan melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh yang merupakan hasil
kesusasteraan yang tertua di dunia yang mengandungi falsafah dan cara hidup
masyarakat Mesopotamia.
4
Latihan dalam buku teks, muka surat 23.
1. Senaraikan nama bandar yang menjadi pusat pemerintahan penting dalam kerajaan Mesir
Purba.
Jawapan
Bandar Thinis.
Bandar Memphis.
Bandar Thebes.
Jawapan
Jawapan
Jawapan
Pengamal perubatan diberikan status tinggi oleh masyarakat Mesir dan berkhidmat di
istana.
Kebolehan mengubati penyakit, memberikan rawatan kecantikan.
Mengawetkan mayat menjadi mumia.
Mahir dalam ilmu pembedahan.
Jawapan
5
Penempatan kekal membentuk satu sistem perancangan bandar yang teratur.
Jawapan
Bandar terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian utama merupakan pusat
keagamaan dan pentadbiran, tempat mandi awam digunakan untuk upacara ritual dan
tempat penyimpanan hasil pertanian.
Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan.
Dikelilingi oleh tembok-tembok.
Bandar disusun atur dengan begitu rapi berasaskan blok-blok berbentuk segi empat.
Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus.
Sistem kumbahan yang terancang.
Bandar dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.
Menggunakan batu-bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan
suhu yang tinggi untuk membina rumah.
Pengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik dan kesenian.
Jawapan
Pengetahuan tinggi dalam ilmu geometri, matematik, kesenian dan teknologi pembakaran
batu-bata.
Pengetahuan yang diperoleh hasil hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun
Mesopotamia dan Mesir.
Jawapan
Jawapan
Pemberontakan yang dilancarkan oleh golongan hamba yang tidak berpuas hati dengan
kezaliman pemerintahan Dinasti Shang.
Menyebabkan suku kaum Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei mengambil kesempatan
untuk menjatuhkan pemerintahan Shang dan menggantikan dengan Dinasti Chou.
3. Apakah fungsi tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun Hwang Ho?
Jawapan
6
Fungsi tulang oracle adalah sebagai alat untuk meramalkan sesuatu keadaan.
Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan akan meletakkan tulang ini di atas api
sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
Jawapan
Jawapan
1. Sebelum terciptanya tulisan, manusia tamadun awal telah menggunakan pelbagai cara untuk
menyimpan rekod.
a. Dengan mengambil contoh daripada tamadun awal dunia, nyatakan jenis sistem tulisan
yang telah dicipta.
Jawapan
7
b. Jelaskan kepentinagan tulisan pada ketika itu.
Jawapan
Jawapan
Tamadun Mesir dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian
utara Mesir ke Laut Mediterranean.
Sungai Nil berpuca daripada dua batang anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari
tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria diUganda.
Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta padang pasir telah berjaya menukar
kawasan gersang kepada dataran lanar yang subur.
Tanah lanar yang dibawa membentuk sebuah delta yang sangat subur untuk aktiviti pertanian
dan petempatan manusia.
Kewujudan Sungai Nil merupakan nadi kepada kelahiran tamadun Mesir, kerana tanpa Sungai
Nil, sudah pasti tidak wujud tamadun Mesir.
Bekalan air yang didapati daripada Sungai Nil berjaya mewujudkan komuniti-komuniti
penduduk untuk menetap di situ.
Sungai Nil sebagai sumber air bagi aktiviti pertanian dan penternakan.
Sistem kawalan banjir yang sistematik dibina bagi mengelakkan kemusnahan tanam-tanaman
pertanian.
Pengangkutan dan perhubungan air yang teratur merupakan asas kepada pembentukan
tamadun Mesir.
Peranan Sungai Nil sangat penting dan merupakan satu anugerah Tuhan kepada kewujudan
tamadun Mesir.
8
3. “Pemimpin cemerlang, negara gemilang.”
Raja dianggap sebagai pemimpin berwibawa yang menjadi pemangkin terhadap pembentukan
sesebuah tamadun. Rasionalkan pendapat ini dengan mengambil contoh peranan raja dalam
tamadun awal dunia.
Jawapan
Kebanyakan tamadun awal dunia meletakkan raja sebagai individu yang berada di puncak
hierarki sosial dalam susun lapis masyarakat.
Raja dianggap sebagai ketua pentadbir, ketua hakim, ketua panglima, ketua paderi, dan
mempunyai kuasa mutlak.
Sistem beraja dalam tamadun Mesopotamia adalah berbentuk teokrasi, raja berperanan
sebagai ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan
penting di zigurat.
Raja berperanan sebagai penasihat dan berkuasa penuh ke atas soal tanah, percukaian, hasil
pertanian dan perdagangan. Kesemua ini menunjukkan raja bertanggungjawab untuk
memastikan kemajuan dan perkembangan tamadun di bawah kekuasaannya.
Raja Hammurabi contohnya, telah memperkenalkan kod undang-undang Hammurabi untuk
dijadikan panduan dalam pemerintahan dan kehidupan harian.
Raja juga turut memberi sumbangan dalam bidang perubatan, pendidikan, ekonomi,
pertahanan, perancangan bandar dan sebagainya. Contohnya Raja Sargon telah berjaya
menyatupadukan seluruh Mesopotamia dan membentuk konsep empayar yang pertama di
dunia.
Pembinaan perpustakaan di raja di bandar Niniveh oleh Ashurbanipal pula merupakan
sumbangan yang amat penting dan merupakan khazanah negara yang tidak ternilai kepada
generasi sekarang.
Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan
Assyria kerana pemerintahan begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak
500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan
disampelkan penggunaannya. Ini menunjukkan keperihatinan raja terhadap masyarakatnya.
Pembinaan pinut-pintu gerbang mencerminkan identiti negara kota dan menjadi lambang
kemegahan dan mercu tanda sesebuah negara kota. Pembinaan pintu gerbang dibuat atas
arahan raja untuk mencantikkan bandar, di samping untuk menanamkan taat setia lepada
pemrintah. Ini adalah kerana di sebelah pintu gerbang tersebut ada terdapat patung raja yang
menjadi simbol perpaduan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah.
Kota-kota pertahanan dibina untuk menjadi benteng prtahanan daripada ancaman musuh dan
merupakan lambang kegigihan dan ketekunan raja bagi menjamin kelangsungan dan
kecemerlangan sesebuah tamadun.
Pembinaan sistem pengairan amat penting bagi menjamin aktiviti pertanian dapat diusahakan
secara berterusan. Raja berperanan sebagai arkitek dan penasihat dalam pembinaan sistem
pengairan, saliran serta kawasan banjir. Pembinaan Taman Tergantung Babylon pula
merupakan mercu tanda ketinggian dan kegemilangan aspek seni bina.
Pemerintahan Mesir telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukar kawasan
padang pasir menjadi kawasan pertanian. Hal ini terbukti semasa firaun Senuusret III menjadi
pemerintah, sebuah tembok pengairan sepanjang 123 meter telah diguna bagi menebus guna
kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar.
Ini membuktikan kebenaran bahawa pemimpin cemerlang, negara gemilang.
9
4. Dengan merujuk kepada struktur organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang, huraikan
peranan yang dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat dalam perkembangan tamadun
Hwang Ho.
Jawapan
Dalam organisasi sosial Dinasti Shang, masyarakat dibahagikan kepada empat lapisan
iatu:
I. Raja
10
BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN
1. Nyatakan ciri-ciri istemewa pemerintahan negara kota atau polis yang terdapat dalam tamadun
Yunani.
Jawapan
- Negara kota dapat didefinisikan sebagai sebuah institusi politik yang merdeka dan bebas
dalam menjalankan undang-undangnya sendiri lengkap dengan pasukan tentera dan berpusat
di sebuah kota atau bandar serta mempunyai kedaulatannya sendiri. Masyarakat dalam setiap
negara kota itu sentiasa bersatu padu serta sanggup mempertahankan negara kota mereka
daripada ancaman negara kota lain. Dalam tamadun Yunani terdapat lebih kurang 150 buah
negara kota, tetapi yang lebih menonjol ialah Athens dan Sparta.
- Setiap negara kota mempunyai acropolis, iaitu puncak tertinggi yang menempatkan
bangunan kerajaan dan keagamaan, agora merupakan tempat pertemuan rakyat dan pusat
ekonomi bagi sesebuah negara kota.
- Kawasan di luar kota merupakan kawasan pertanian yang menyediakan keperluan makanan
kepada penduduk kota.
- Setiap negara kota mempunyai Tuhan masing-masing dan purata penduduk setiap negara
kota adalah kecil. Negara kota, Athens pada kemuncaknya hanya mempunyai penduduk 40
000 orang.
- Negara kota berperanan memelihara ketertiban dalam menyusun masyarakat serta menjamin
hak setiap rakyat di samping melindungi negara kota daripada ancaman luar.
- Setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di
dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.
Jawapan
11
Latihan dalam buku teks, muka surat 45.
Jawapan
2. Nyatakan peranan Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan dalam sistem Republik dalam
tamadun Rom.
Jawapan
- Dewan Senat melantik dua orang konsul untuk sesuatu tempoh tertentu. Perlantikan dua
orang konsul memastikan tidak ada di antara mereka yang lebih berkuasa.
- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran
negara dan merangka perundangan.
- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, mereka biasanya seorang
praeotor iaitu pemerintah tentera.
- Di bawah Dewan Senat adalah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.
- Semua keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk
diluluskan.
Jawapan
12
4. Terangkan kedudukan raja dalam sistem pentadbiran berpusat dalam tamadun China.
Jawapan
Sistem pentadbiran pusat membolehkan raja menguasai semua wilayah dan membolehkan
lahirnya konsep empayar.
Pembentukan empayar telah menukarkan status dan gelaran raja kepada maharaja.
Penguasaan pusat yang kuat membolehkan raja membentuk satu sistem birokrasi yang teratur
terdiri daripada pegawai-pegawai yang dilantik oleh maharaja.
Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam yang
dikendalikan oleh sesebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam yang dikenali
sebagai Hon Kao Tsu.
a. Tamadun Rom
Jawapan
1. Undang-undang sivil.
2. Undang-undang rakyat.
3. Undang-undang natural (natiral law).
Prinsip undang-undang di atas menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada
hari ini.
13
b. Dinasti Maurya
Jawapan
Undang-undang dalam dinasti Maurya berasaskan titah perintah raja. Semua titah
perintah raja akan diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan sungai supaya
undang-undang tersebut dapat dibaca oleh rakyat.
Tiang-tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka kerana undang-undang tersebut
dibuat semasa pemerintahan Maharaja Asoka dan undang-undang tersebut
mementingkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.
c. Dinasti Chin
Jawapan
Dinasti Chin memperkenalkan undang-undang yang berasaskan dua prinsip utama, iaitu
hukuman berat dan bercorak kolektif. Undang-undang ini digubal dan diperkenalkan oleh ahli
falsafah bernama Han Fei Tzu. Mengikut falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh
dapat mengawal tingkah laku manusia dan dalam menjalankan undang-undang tidak harus
wujud belas kasihan.
Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara dalam semua keadaan. Ini adalah
perlu untuk membendung tindakan liar manusia dan oleh itu raja mesti memiliki kuasa yang
utuh. Undang-undang ini berteraskan falsafah legalisme.
2. Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang berasaskan falsafah legalisme dengan prinsip
undang-undang berasaskan Confucius dalam tamadun China.
Jawapan
Jawapan
14
Kepentingan undang-undang zaman Maurya.
- Mengawal tingkah laku manusia dan hukuman berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman
berat dan bersifat kolektif.
- Undang-undang berteraskan falsafah legalisme menekankan penguatkuasaan undang-
undang yang tegas bagi mengawal tindak tanduk manusia, dan dalam menguatkuasakan
undang-undang tidak harus wujud belas kasihan.
- Undang-undang Confucius pula menekankan raja perlu mempunyai pekerti yang baik bagi
menjaga keharmonian masyrakat.
Jawapan
Meneruskan usaha-usaha perluasan kuasa selepas kematian ayahnya Raja Philip II.
Berjaya meluaskan empayar Yunani sehingga ke wilayah jajahan Parsi, Mesir, Lembah Tigris
dan Euphrates, serta lembah Indus.
Muncul bandar-bandar dan pusat ilmu pengetahuan, kebudayaan baru, iaitu bandar
Iskandariah di Mesir.
Menyebarkan kebudayaan hellenistik – campuran kebudayaan Yunani dan Parsi.
Jawapan
Kejayaan menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seluicid di
Syria dan kawasan sempadan India Barat.
Wujud pemerintahan pusat yang kuat.
Penubuhan unit-unit perisik khas untuk memastikan tidak berlaku sebarang penentangan
terhadap kuasa pusat.
Pembahagian wilayah kepada beberapa bahagian utama yang diketuai oleh wizurai.
Menyatupadukan beberapa buah kerajaan kecil di utara India dan menjadikan Pataliputra
sebagai ibu kota pemerintahannya.
Mempunyai pasukan tantera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda, dan
10 000 orang tentera infantri.
15
Latihan dalm buku teks, muka surat 53.
Jawapan
2. Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan pada Zaman Vedik dalam
tamadun India?
Jawapan
Jawapan
Jawapan
Melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani.
Pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni orator, membaca dan menghafal dititikberatkan.
Menubuhkan banyak sekolah sehingga banyak melahirkan golongan sofis serta, ahli falsafah
seperti Plato, Aristotle dan Socrates.
Jawapan
16
3. Jelaskan pencapaian seni bina:
Jawapan
Terdapat 28 buah kuil gua yang dibina antara abad kelima hingga abad kelapan
Masihi. Kuil ini memperlihatkan seni bina Buddha yang menampakkan kemahiran
menggunakan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat.
b. Kuil Pantheon.
Jawapan
Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia, iaitu bergaris pusat 44 meter.
Dibina pada zaman Maharaja Hadrian (117-138M.) dan berfungsi sebagai tempat
memuja serta menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
4. Senaraikan perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun China dari zaman Dinasti Chin
(tahun 221 S.M.) hingga zaman empayar Han (tahun 200 M.)
Jawapan
5. Apakah kepentingan bahasa Sanskrit pada Zaman Vedik dalam taadun India?
Jawapan
a. Yunani
Jawapan
Sistem sosial tamadun Yunani, iaitu Athens terbahagi kepada tiga kumpulan utama.
- Warganegara.
- Bukan warganegara.
- Golongan hamba.
Warganegara mempunyai hak berpolitik dalam negara kota sementara golongan
kedua dan ketiga tidak memiliki hak tersebut.
Negara kota Sparta terbahagi kepada sistem sosial.
- Warganegara tulen
- Pekerja, artisan, pedagang.
17
- Golongan Helot yang mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti.
b. Rom
Jawapan
Jawapan
Hukum Karma merupakan kepercayaan penganut agama Hindu Yang berkait dengan
kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.
Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk
mencapai Moksya iaitu kebebasan mutlak.
Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke
dunia.
Seseorang perlu berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai Moksya.
Senarai tokoh di atas terkenal dalam sejarah dunia kerana sumbangan mereka
dalam perluasan kuasa dan pembentukan empayar.
Jawapan
18
Julius Ceaser – Empayar Rom.
Dilahirkan pada 100 S.M. dan terkenal sebagai ketua tentera yang agung kerana kejayaan
beliau dalam beberapa peperangan. Pada tahun 62 S.M. beliau telah dilantik menjadi praeotor
dan pada tahun 59 S.M. beliau dilantik menjadi konsul.
Berjaya menjadikan Rom sebuah empayar yang kuat dan berjaya membentuk sistem
pentadbiran pusat yang kuat.
Menamatkan sistem republik di Rom dan menggantikannya dengan diktator. Menguasai
angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran maharaja.
Jajahan taluk Rom merangkumi Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Britain, dan
beberapa kawasan di Jerman.
Pemerintah Maurya yang tidak menekankan kekuatan tentera sebagai asas untuk
memperluaskan kuasa, sebaliknya, menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk
meluaskan pengaruh dan kedudukan empayar Maurya. Dasar ini dikaitkan dengan
memberikan penekanan kepada ajaran Buddha. Keadaan tersebut wujud akibat daripada
Perang Ketiga yang yelah mengorbankan ribuan tentera.
Semasa pemerintahan Asoka, segala titah perintah dan undang-undang diukir pada tiang batu
yang didirikan di tepi-tepi jalan supaya undang-undang tersebut dapat dibaca oleh rakyat.
Tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka dan beliau sentiasa berpegang kepada konsep
kesejahteraan rakyat dan konsep keadilan.
Beliau telah berusaha menyebarkan agam Buddha secara aman dan bukan secara
ketenteraan dengan menghantar utusan-utusan Sri Lanka, Asia Barat, Mesir dan Eropah
Timur. Hubungan diplomatik juga dilaksanakan dengan kerajaan Mesir, kerajaan Chola dan
sebagainya.
19
b. Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan
pemerintahannya.
Jawapan
2. Huraikan ciri-ciri perbezaan sistem pemerintahan dan pentadbiran antara Yunani dan Rom.
Jawapan
Athens
Sistem beraja (monarki) – raja dibantu oleh konsul, raja berperanan sebagai ketua hakim,
ketua tentera dan ketua agama.
Oligarki – kuasa pemerintahan terletak dalam tangan beberapa orang konsul.
Aristokrasi – pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya.
Diktator (tirani) – pemerintahan yang zalim, berkuasa mutlak, memperlihatkan kekuasaan
digunakan dengan sewenang-wenangnya, terdiri daripada golongan kaya atau tentera.
Demokrasi – tedapat Dewan Perhimpunan dan Majlis, semua warganegara lelaki dewasa
diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun,
Dewan Perhimpunan bersidang tiga kalli dalam sebulan, setiap ahli Dewan boleh
mengemukakan cadangan, segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis, Ahli Majlis,
Majistret dan Juri yang telah dilantik oleh Dewan.
Sparta
20
- Rom
Jawapan
Jawapan
21
4. Dinasti Chin dan Dinasti Han merupakan dua buah dinasti yang terkenal dalam tamadun
China.
(a) Bincangkan sumbangan Dinasti Han dan Dinasti Chin dalam bidang falsafah dan
pendidikan.
Jawapan
22
(b) Huraikan perkembangan seni bina yang terdapat dalam tamadun China.
Jawapan
Dalam tamdun China reka bentuk dan seni binanya agak unik dan berlainan daripada tamadun
lain. Salah satu seni bina yang mengagumkan dunia adalah pembinaan Tembok Besar China
yang berukuran lebih kurang 5000 km panjang. 4.5 meter hingga 9 meter lebar, dan 7.5 meter
tinggi.
Pembinaan tembok ini dimulakan oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin
bertujuan untuk menghalang serangan orang-orang Hun (nomad).
Semasa Dinasti Ming, tembok tersebut telah disambung sehingga 6400 km panjang dan
pembinaan tembok ini menggunakan tenaga pekerja yang melebihi 30 000 orang.
Tamdun China juga memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok daripada batu-
bata dan tanah liat di kawasan bandar seperti Cangan, Anyang, Peking dan Loyang. Di
kampung-kampung terdapat tembok yang dibina daripada tanah lumpur. Setiap tembok ini
mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara yang tinggi.
Kesemua ciptaan seni bina tersebut digunakan untuk tujuan keselamatan dan menghalang
ancaman daripada pihak musuh.
Kawasan kediaman maharaja dibina berasingan dengan tembok yang tinggi dan sebuah istana
maharaja yang masih kekal hingga kini, iaitu Kota Larangan yang mempunyai dewan dan
taman.
Untuk seni bina yang penting masalah kuil dan pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa
bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tamu dan pusat pemujaan.
Bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar manakala pagoda pula mempunyai bentuk meninggi
sehingga 15 tingkat. Pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama. Walau
bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bergantung pada tempat didirikan.
Jawapan
- Wargenegara
- Bukan warganegara
- Golongan Hamba
Warganegara Athens mementingkan kebebasan diri dan hak-hak individu, dan berfikiran
terbuka secara logik.
Terlibat secara aktif dalam soal-soal pemerintahan negara (sistem demokrasi).
Organisasi sosial masyarakat Sparta terbahagi kepda tiga kumpulan utama.
- Warganegara Sparta tulen
- Pekerja, artisan, pedagang
- Helots – yang mengusahakan tanah dan golongan majoriti
Menekankan kepada sumbangan setiap lapisan masyarakat bagi menjamin ketenteraman
negara kota.
Kanak-kanak lelaki yang sihat diberikan latihan ketenteraan dari kecil bagi membolehkan
mereka menjadi anggota tentera yang berdisiplin dan patuh kepada negara.
Disiplin yang ketat dan latihan yang lasak membolehkan Sparta melahirkan tentera yang
mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
23
b. Mengapakah organisasi sosial bagi masyarakat dalam tamadun India dikatakan unik?
Jawapan
Dikaitkan dengan agama Hindu dan pembahagian sosial di kalangan masyarakat ke dalam
lapisan-lapisan yang tertentu.
Pembahagian masyarakat lebih menitikberatkan perbezaan warna kulit antara orang-orang
Dravidia dan orang-orang Indo-Aryan.
Keadaan atau perbezaan warna kulit menyebabkan timbulnya sistem kasta yang mendominasi
sistem sosial dalam tamadun India.
Pembahagian masyarakat ini diterajui oleh golongan Brahmin (terlibat dalam ritual keagamaan,
Ksyatriya (golongan hulubalang), Vaisya (golongan pedagang dan peniaga), Sudra (petani)
dan golongan yang berkhidmat kepada ketiga-ketiga golongan di atas). Pembahagian
masyarakat berdasarkan sistem kasta mengukuhkan agama Hindu. Kedudukan seseorang
dalam kasta tertentu menentukan peranan dan fungsi individu dalam masyarakat. Sistem kasta
dalam tamadun India agak rigid dan menghalang pergerakan seseorang individu dari satu
kasta ke kasta yang lain.
6. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang membolehkan sesuatu tamadun meningkat
dan terus berkembang?
Jawapan
24
BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
1. Berdasarkan sumber dari China, nyatakan pendapat anda tentang kemunculan kerajaan awal
di Asia Tenggara.
Jawapan
- Sumber dari China menyatakan tentang kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad
ketiga.
Membuktikan kerajaan Funan ialah kerajaan terawal wjud di Asia Tenggara –
berkemugkinan telah
wujud sejak abad kedua Masihi.
- Data arkeologi menunjukkan jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha yang
langgamnya
dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dri India.
- Wujud hubungan perdagangan dan diplomatik antara kerajaan awal Asia Tenggara dengan
China
berdasarkan jumpaan artifak gendang gangsa Dongson di Vietnam Utara, di Batu Buruk,
Besut
(Terengganu) dan di Sungai Tembeling (Pahang).
- Sumber dari China mencatatkan Kang Tai dan Chu Ying pernah dihantar sebagai Utusan
China ke
Funan pada tahun 245-250 Masihi. Raja Funan pada masa itu bernama Kaundinya atau
Houen-
Tien dalam sebutan China.
- Sejarawan G. Coedes menyatakan Funan ialah kerajaan Melayu tertua di Asia Tenggara
yang
muncul pada abad pertama Masihi.
- G. Coedes berpendapat karajaan Melayu kedua tertua ialah Champa yang wujud pada
sekitar
abad kedua dan dikenali sebagai LinYi. Pada abad ketujuh, barulah kerajaan ini dikenali
sebagai
Champa.
2. Apakah bukti yang menunjukkan perdagangan maritim telah berkembang di Asia Tenggara
pada abad ke lima Sebelum Masihi?
Jawapan
- Wujud hubungan perdagangan antara Rom dengan kawasan penempatan Asia Tenggara. Ini
dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selinsing (Perak) Kota
Tinggi dan Muar (Johor) serta di pantai barat dan selatan Thailand.
- Berperanan sebagai pembekal bahan mentah seperti timah untuk diproses menjadi gangsa
Dongson, dan juga sebagai pelabuhan pembekal kerana terletak berhampiran dengan sungai.
- Perdagangan maritim berkembang seiring dengan kemahiran dalam pembuatan kapal layar
dan perahu.
- Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar mununjukkan bahawa perdagangan
maritim di Asia Tenggara telah berkembang semenjak abad kelima Sebelum Masihi.
25
3. Senaraikan faktor yang membawa kepada kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara.
Jawapan
- Kedudukan dan lokasi yang strategik, laluan perdagangan antarabangsa di antara India dan
China.
- Mempunyai pelabuhan entrepot, pelabuhan pembekal – pusat perdagangan, pusat
pengumpulan dan penyebaran barang-barang dagangan.
- Hubungan perdagangan, diplomatik, dan keagamaan dengan tamadun China dan India.
- Mempunyai bahan mentah dan bahan logam yang banyak untuk tujuan perdagangan.
- Kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian.
- Jaminan keselamatan untuk perdagangan.
Jawapan
Jawapan
Jawapan
26
4. Mengapakah Tasik Tonle Sap penting kepada masyarakat Angkor?
Jawapan
Jawapan
Menjalakan kegiatan ekonomi berasaskan kegiatan perdagangan dan kelautan serta berfungsi
sebagai pelabuhan.
Terletak berhampiran dengan kawasan persisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.
Penduduk terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar.
Penggunaan lebih daripada satu bahasa, tetapi bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan
atau lingua franca.
Menjadi pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan akhirnya menjadi pelabuhan entrepot
apabila menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.
Menyediakan pelbagai kemudahan perdagangan di pelabuhan seperti tempat menyimpan
barang, kawasan berniaga, ruang membaiki kapal, tempat penginapan, kemudahan
memunggah dan mengangkut barangan dari kapal, serta keselamatan para pedagang.
Barang dagangan merupakan hasil rempah ratus, hasil hutan, ubat-ubatan tradisional, damar,
rotan, beras, hasil logam dan pusat pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman dan
kepulauan yang berhampiran.
Jawapan
27
3. Mengapakah penduduk kerajaan maritim mampu menjadi pelaut yang hebat?
Jawapan
- Didorong oleh semngat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar.
- Mempunyai kemahiran membuat perahu dan perahu layar untuk perdagangan.
- Perahu yang dibina mempunyai keupayaan untuk pelayaran jarak jauh kerana penggunaan
kayu-kayan yang baik untuk membuat perahu.
- Mempunyai kemahiran untuk mengetahui kaedah menuju ke sesuatu tempat berpandukan
bintang di langit.
4. Terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Srivijaya untuk menjadi kuasa maritim
utama di Asia Tenggara.
Jawapan
- Menediakan satu angkatan laut yang besar dan kuat yang dianggotai oleh pelbagai golongan
rakyat termasuklah orang laut. Fungsi orang laut adalah untuk mengawal perdagangan di Selat
Melaka dan memastikan pedagang serta barang dagangan yang dibawa selamat sampai ke
pelabuhan.
- Pemerintahan Srivijaya juga melakukan dasar perluasan kuasa terhadap kawasan-kawasan
berhampiran seperti menakluki Kedah Tua dan Jambi. Penguasaan terhadap negeri-negeri ini
mebolehkan Srivijaya menguasai perdagangan di Asia Tenggara serta laluan perdagangan
antarabangsa di Selat Melaka dan Selat Sunda.
- Berkemampuan menghasilkan kapal-kapal yang besar sebagai kapal dagang atau untuk
kegunaan Orang Laut.
- Menyediakan kemudahan untuk pedagang-pedagang yang singgah serperti tempat membaiki
kapal, tempat menyimpan barangan, tempat tinggal, tempat berniaga, serta makanan dan
bekalan air.
- Melantik pegawai yang bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan dengan
perdagangan yang dikenali sebagai Tuhan Vatakuurah (Penyelia Perdagangan) bagi
menguruskan kegiatan perdagangan di Srivijaya.
Jawapan
28
Latihan dalam buku teks, muka surat 88.
Jawapan
Dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera dan disebarkan oleh penakluk dari India yang
membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara.
Dibawa oleh golongan Vaisya atau pedagang.
Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta.
Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang
kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan dan diamalkan.
Ramai sejarawan bersetuju da menerima pendapat keempat sebagai faktor utama
berdasarkan bukti-bukti arkeologi, jumpaan-jumpaan seni arca yang kasar serta
mempunyai langgam bercirikan Asia Tenggara, seperti arca dengan ikatan tali kulit
harimau yang hanya ditemui di Srivijaya.
Dalam proses pengambilan pengaruh dari India, aspek-aspek yang perlu diambil dari India
ialah seseorang pemerintah dengan pemerintah lain di Asia Tenggara mungkin berbeza,
walaupun pengambilannya berlaku pada waktu yang sama. Misalnya dalam aspek amalan
dan kepercayaan, agama yang dianuti di Kedah Tua pada abad kelima Masihi ialah
Buddha tetapi di Dieng (Indonesia), agama yang dianuti ialah agama Hindu.
Jawapan
1. Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha memasuki Asia Tenggara pada zaman
kerajaan awal?
Jawapan
Melalui golongan Ksyatria atau tentera, melalui proses penaklukan terhadap kerajaan-
kerajaan awal di Asia Tenggara.
Dibawa oleh golongan Vaisya atau pedagang melalui aktiviti perdagangan, mereka juga
turut menyebarkan pengaruh Hindu dan Buddha.
Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta, mereka berperanan dalam upacara
pertabalan raja dan upacara keagamaan.
Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India disesuaikan dengan budaya tempatan yang
sedia ada untuk diamalkan.
29
2. Senaraikan aspek yang menerima pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia
Tenggara.
Jawapan
Aspek pemerintahan – konsep raja, berkuasa mutlak, raja memiliki kesaktian, unsur-unsur
mitos dan lagenda tentang asal-usul raja, adat istiadat raja seperti pertabalan raja. Rakyat
takut menderhaka kepada raja. Konsep dewa-raja, orde kosmos – raja berkuasa terhadap
seluruh alam (konsep cakravatin) diperkukuhkan lagi dengan lambang-lambang keagungan
raja seperti pembinaan Angkor Wat, raja sebagai Anak Tuhan/Dewa Tuhan.
Aspek kesenian dan kesusasteraan – monumen, seni bina seperti candi, kuil, wat, stupa, arca,
patung dan lain-lain.
- Candi – monumen keagamaan bgi agama Hindu dan Buddha sebagai rumah ibadat
dan tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya; tempat menyimpan patung
dewa; lambang keagungan seseorang pemerintah.
Contoh candi ialah Candi Dieng, Candi Prambanan, Candi Borobodur.
- Aspek bahasa seperti bahasa Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat seperti Batu
Bersurat Kutei.
- Aspek kesusasteraan – Epik Ramayana dan Mahabrata mempengaruhi kesusasteraan
Jawa seperti Nagarakertagama.
- Wayang kulit, teater.
- Hikayat-hikayat tempatan mendapat pengaruh epik India seperti Hikayat Pendawa
Lima, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Jaya.
3. Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pentadbiran kerajaan awal di Asia
Tenggara.
Jawapan
Sistem beraja dalam kerajaan Awal Asia Tenggara merupakan pengaruh Hindu dan
Buddha. Raja berada di puncak pemerintahan diikuti oleh kerabat diraja, pembesar
termasuk ahli agama, iaitu Brahmin, rakyat dan hamba.
Raja berkuasa mutlak, perintah raja menjadi undang-undang, sesiapa melanggar perintah
raja dianggap menderhaka, raja merupakan bayangan tuhan, konsep dewa raja, memiliki
kesaktian.
Wujud pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja yang dikendalikan oleh Brahmin,
bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.
Untuk menunjukkan keagungan dan kemegahan raja, didirikan kompleks kota dan
melambangkan konsep alam semesta (orde kosmos), raja dan ibu kota merupakan pusat
alam dan pusat pemerintahan. Golongan Brahmin memainkan peranan penting dalam
upacara keagamaan. Di peringkat pentadbiran, raja dibantu oleh pembesar yang terdiri
daripada pegawai tentera dan hakim.
Bagi mengukuhkan konsep dewa raja, diadakan upacara angkat sumpah, contohnya di
Srivijaya, dalam upacara ini datu akan meminum air yang disiram di sebuah tempat suci
bernama Telaga Batu di Palembang. Air yang disiram pada batu tersebut akan berkumpul
di bahagian bawah batu bersurat itu dan kemudiannya akan diminum. Tujuannya adalah
untuk menetapkan pembesar agar memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi
kepada raja. Upacara ini diketuai oleh Brahmin dan disertai dengan doa. Sesiapa yang
mengkhianati sumpah akan ditimpa bencana.
Terdapat gelaran-gelaran pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan-kerajaan awal Asia
Tenggara terutamanya di Srivijaya seperti Yuvaraja, Parvanda, Bhupati, Senapati, Raja
Kumara, Tuhan Vatakuurah, dan Kumaramatya.
30
4. Nyatakan bentuk candi yang ditemui di Asia tenggara pada zaman awal keatangan agama
Hindu dan Buddha.
Jawapan
Angkor Wat
Dibina untuk agama Hindu. Melambangkan orde kosmos, mempunyai ketinggian 213
meter dan keluasan kawasannya 208 hektar.
Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya sekitar 39 meter
dengan berteres empat tingkat.
Setiap sudut mempunyai menara, di bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina
daripada batu laterit dan batu pasir dengan ukuran yang menggambarkan epik Ramayana
dan Mahabharata.
Candi Borobodur
Mewakili agana Buddhan Mahayana. Terbahagi kepada tiga tingkat. Setiap tingkat
melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
Tigkat pertama terdapat ukiran yang menceritakan kehidupan Gautama Buddha.
Tiga tingkat ini melambangkan tiga tahap kehidupan, iaitu sila, samadhi, dan panna seperti
terdapat dalam ajaran Buddha.
Jawapan
Sanskrit B. Melayu
Dosa Dosa
Dukkha Duka
Dorhaka Derhaka
Manusa Manusia
Phala Pahala
Rupa Rupa
Samsara Sengsara
Aksara Huruf
31
A. Soalan esei dalam buku teks, muka surat 97.
Kerajaan Kerajaan
agraria maritim
Funan Srivijaya
Angkor Kedah Tua
1. Kerajaan awal di Asia Tenggara dikategorikan pada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
Jawapan
32
b. Bincangkan aspek saling bergantung dan melengkapi antara kerajaan agraria dan
kerajaan maritim.
Jawapan
Jawapan
Membina sistem pengairan yang baik kerana dapat membekalkan air ke kawasan
pertanian.
Peranan pemerintah yang cekap – memastikan tanah yang subur/tanah lanar dapat
digunakan dengan maksimum untuk tanaman padi sawah.
Memastikan lebihan tanaman padi sawah dapat dieksport ke kawasan-kawasan lain –
untuk mendapatkan hasil bagi membangunkan kawasan-kawasan tanaman padi yang
lebih luas.
Memastikan petani dapat mengusahakan tanaman padi dengan menggunakan benih
padi yang bermutu dan dapat mengeluarkan hasil yang banyak.
Memastikan petani dapat menanam padi secara berterusan sepanjang tahun dengan
menentukan bila/masa yang sesuai untuk menanam dan mendapatkan hasil.
Memberikan bantuan nasihat kepada petani tentang cara-cara menanam padi dengan
sistematik supaya hasil pengeluaran padi dapat dipertingkatkan.
Menggunakan baja organik/semula jadi yang sesuai untuk tanaman padi.
33
b. Sebagai raja yang berfikiran strategik, berikan alasan anda untuk menukar status Angkor
daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim.
Jawapan
3. Sistem kerajaan awal merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan
Buddha.
a. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai buktikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam
kerajaan awal di Asia Tenggara.
Jawapan
Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha.
Mengamalkan sistem pemerintahan beraja (kuasa mutlak).
Raja dianggap dewa-raja (wakil Tuhan di bumi).
Adat istiadat pertabalan raja dikendalikan oleh Brahmin.
Golongan Brahmin merupakan golongan tertinggi selepas raja.
Kepercayaan agama Hindu dan Buddha – sebuah negara menggambarkan satu alam
semesta (orde kosmos) – pusat alam.
Raja memimpin masyarakat selaras dengan peraturan alam semesta atau dharma.
Terdapat banyak istilah pentadbiran menggunakan bahasa Sanskrit.
Banyak candi seperti can Borobodur, Angkor Wat, candi di Lembah Bujang.
b. Terangkan penggunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.
Jawapan
34
BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
Jawapan
2. Nyatakan corak kehidupan sosial yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah.
Jawapan
3. Mengapakah amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang buruk kepada
kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
Jawapan
1. Berasaskan Rajah Salasilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w. dalam buku teks, halaman
103, senaraikan nama moyang dan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.
Jawapan
Abd. Mutalib.
Hasyim.
Abd. Manaf.
Qusai bin Qilab.
35
Hamzah.
Jawapan
Mengambil sempena tahun berlakunya serangan tentera bergajah di Makkah yang diketuai
oleh Abrahah dari Habsyah.
Jawapan
Jawapan
Jawapan
3. Buat kajian tentang ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan.
Jawapan
- Baginda pernah menjalankan perniagaan secara berseorangan dan berkongsi dengan teman
baginda.
- Semasa berumur 12 tahun baginda telah mengikuti rombingan ke perniagaan bapa saudara
baginda, Abu Talib, ke Syam.
- Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah sehingga memperoleh keuntungan
yang tinggi.
- Cara baginda berniaga adalah dengan menunjukkan sifat jujur, tutur kata yang baik, dan
memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan.
- Pedagang yang dihormati dan menjadi contoh kepada masyarakat.
36
Latihan dalam buku teks, muka surat 108.
1. Apakah wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apakah
kandungannya?
Jawapan
Jawapan
1. Senaraikan tokoh yang telah memeluk Islam selepas dakwah Islamiah dilaksanakan.
Jawapan
Jawapan
Tertarik terhadap ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia.
Mereka ditindas dan diseksa dengan kejam.
Jawapan
37
4. Rumuskan sebab-sebab orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam.
Jawapan
- Perbezaan kepercayaan/agama.
- Prinsip persamaan taraf sesama manusia.
- Tanggapan yang salah terhadap tugas seorang nabi.
- Ekonomi – terjejasnya perusahaan membuat patung.
5. Bincangkan reaksi masyarakat Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiah yang dilakukan oleh
Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah.
Jawapan
1. Mengapakah masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. digelar sebagai
masyarakat Arab Jahiliah?
Jawapan
Masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa tetapi mengamalkan
animisme dan menyembah patung.
Kehidupan masyarakat kucar-kacir kerana tiada nabi atau rasul dan kitab suci.
Akhlak mereka rendah, bersifat angkuh, degil dan kejam.
2. “Salah satu amalan hidup masyarakat Arab Jahiliah ialah mengamalkan semangat assabiah”
Jawapan
Assabiah bermaksud semangat kesukuan yang melampau atau berpuak-puak dan saling
bermusuhan antara satu sama lain.
(b) Bagaimanakah semangat ini boleh terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
Jawapan
Faktor geografi, iaitu tempat tinggal yang panas dan kering kontang.
Struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan.
Tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada peraturan sendiri.
38
(c) Bincangkan kesan amalan semangat assabiah di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.
Jawapan
(a) Apakah sebab orang Arab dapat menerima ajaran Islam dengan mudahnya?
Jawapan
(b) Mengapakah pula sebahagian masyarakat Arab tidak dapat menerima ajaran Islam?
Jawapan
4. Mengapakah perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dianggap rahmat yang besar
kepada masyrakat Arab Jahiliah dan masyrakat dunia umumnya?
Jawapan
39
BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Jawapan
c. Isi Perjanjian Aqabah kedua pula mengandungi jemputan terhadap Nabi Muhammad
s.a.w. dan orang-orang Islam Makkah ke Madinah. Mereka juga bersedia menyediakan
tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan bagi orang-orang Islam Makkah.
2. Apakah kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua yang dimetrai oleh
Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Madinah?
Jawapan
Jawapan
Jawapan
40
3. Senaraikan beberapa contoh yang menunjukkan bahawa konsep “hijrah” boleh diamalkan
dalam kehidupan pelajar.
Jawapan
Berusaha untuk mencapai kejayaan yang cenerlang jika kejayaan yang dicapai masih pada
tahap sederhana.
Berusaha untuk mengubah tingkah laku yang buruk kepada yang lebih baik.
4. “Tahun 622 M. bersamaan 1 H.”. berasaskan pengetahuan anda dalam matematik, tukarkan
tahun Masihi berikut kepada tahun Hijrah.
Jawapan
Jawapan
Sebuah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan panduan
wahyu Allah.
Piagam Madinah menjadi asas dan panduan pemerintahan kerajaan Islam di Madinah.
Jawapan
41
Latihan dalam buku teks, muka surat 134.
1. Apakah tujuan utama rombongan Islam ke Makkah pada tahun 628 M.?
Jawapan
2. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan ke
Makkah?
Jawapan
- Ingin menerangkan tujuan sebenar kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah, iaitu ingin
mengerjakan umrah.
Jawapan
- Untuk menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan oleh orang Quraisy Makkah yang tidak
membenarkan kemasukan orang Islam ke Makkah pada tahun 628 M..
- Bagi pihak Islam, Nabi Muhammad s.a.w. inginkan perdamaian sentiasa wujud antara orang
Islam dengan orang bukan Islam.
- Bagi pihak Quraisy pula, mereka gentar dengan ikrar dan sumpah setia (baiah al-Ridwan)
orang Islam untuk membela kematian Uthman bin Affan.
Jawapan
Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya (629 M.).
Memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan melakukan ibadat
di Kaabah pada bila-bila masa.
Nabi Muhammad s.a.w. dapat merangka program dakwah Islamiah ke seluruh
Semenanjung Tanah Arab secara aman.
Selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiyah ini dimetrai, bilangan penganut Islam bertambah.
Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid bin al-Walid, Amru al-As dan
Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang Arab Quraisy yang lain.
Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang dikagumi.
Menunjukkan orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
5. Lukis sebuah carta kronologi yang sesuai dan susun peristiwa yang tersenarai di bawah ini
mengikut urutan masa yang betul. Carta kronologi yang dibina mestilah ada ruangan tarikh dan
ruangan peristiwa.
42
Jawapan
1. Apakah sebabnya Nabi Muhammad s.a.w. bertindak membuka semula kota Makkah pada
tahun 630 M.?
Jawapan
Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah dengan tidak menghormati hak kebebasan
yang telah dipersetujui.
Membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
Sebagai strategi jangka panjang bagi penyebaran agama Islam;
– Sekiranya Makkah dapat dikuasai, kerajaan Islam di Madinah akan bertambah
mantap.
Jawapan
Jawapan
43
1. “Perjanjian Aqabah telah merintis jalan ke arah berlakunya hijrah dari Makkah ke Madinah dan
perkembangan Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab”. Adakah anda bersetuju dengan
pernyataan ini? Berikan alasan-alasan anda.
Jawapan
- Setuju.
- Selepas Perjanjian Aqabah Pertama, Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar pendakwh
bebas, Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam.
- Dakwah Islamiah telah tersebar di Madinah sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. ke
Madinah.
- Jemputan dan jaminan keselamatan dari orang Madinah terhadap orang Islam,
menggalakkan penghijrahan ke Madinah.
- Kesanggupan orang Madinah mempertahankan Ilslam telah menjadi pendorong utama
berlakunya penghijrahan dan tersebarnya Islam ke seluruh dunia.
Bincangkan asas-asas kerajaan Islam yang telah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w.
sehingga
terbentuknya masyarakat Islam yang sempurna.
Jawapan
Jawapan
b. Pada pandangan anda, mengapakah peristiwa Hijrah dikatakan sangat penting dalam
sejarah perkembangan Islam?
44
Jawapan
Jawapan
4. “Islam tersebar berasaskan kekuatan dakwah Islamiah bukan kerana peperangan:. Berikan
alasan-alasan anda.
Jawapan
45
LATIHAN DAN AKTIVITI
Jawapan
- Khalifah ialah pemerintah yang dilantik selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. (632 M.).
- Khalifah (khulafa) bererti pengganti, iaitu pengganti yang melaksanakan tanggungjawab
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad
s.a.w..
Jawapan
- Beliau dilantk hasil cadangan yang dikemukakan oleh Saidina Umar walaupun pada mulanya
orang Ansar mencadangkan Saad bin Ubadah.
- Atas pemuafakatan dan persetujuan kaum Ansar dan atas pertimbangan kepentingan Islam
dan perpaduan.
Jawapan
4. Jelaskan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin al-khatab dalam
pentadbiran dan ketenteraan.
Ketenteraan Pentadbiran
1. Menyusun sistem ketenteraan dengan 1. Membaiki dan meningkatkan
membentuk tentera tetap dan tentera kecekapan sistem pentadbiran.
sukarela.
2. Membina markas tentera di bandar- 2. Perlantikan pegawai pengurusan dan
bandar utama. pentadbiran.
3. Mendirikan kubu pertahanan di
sempadan 3. Menubuhkan majlis syura yang
– Menghadapi negara musuh seperti dianggotai wakil golongan mujahirin
di Madinah, Kufah, Fustat dan dan ansar.
Basrah.
4. Meningkatkan semangat perjuangan 4. Membahagikan jajahan takluk Islam
dan memberikan latihan strategi kepada beberapa wilayah dan
perang kepada tentera Islam melantik gabenor atau wakil sebagai
(membina kekuatan psikolgi tentera/ ketua yang bertindak sebagai
perang). pentadbir awam dan panglima
tentera.
46
Jawapan
- Membaiki dan menyeragamkan bacaan al-Quran.
- Mengiktiraf sebuah naskhah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.
- Menjadikan al-Quran asas panduan menegakkan negara Islam.
- Mengadakan kelas pembelajaran al-Quran.
- Mendokumentasikan dan menyusun semula juzuk-juzuk/ayat al-Quran yang dijadikan kitab
al-Quran.
- Menyebarkan Islam bersama al-Quran ke negara-negara yang ditakluki.
- Al-Quran sebagai asas mengukuhkan lagi aqidah umat Islam.
- Mengkaji dan mendalami kandungan ayat al-Quran.
- Memberi insentif kepada guru atau pengajar al-Quran.
- Memuliakan golongan ulama yang menghafal dan pakar dalam mentafsir ayat al-Quran.
6. Secara berkumpulan, buat rujukan tentang biodata Khalifah Ali bin Abu Talib. Maklumat yang
telah dikumpulkan boleh dipaparkan pada papan penyataan di kelas anda.
Jawapan
Lahir pada tahun 602 M..
Berketurunan bani Hashim.
Sepupu Nabi Muhammad s.a.w..
Terkenal dengan keberanian dan kepahlawanan.
Tegas, berpengetahuan luas dalam bidang perundangan Islam.
Pakar dalam bidang hukum-hakam.
Dilantik sebagai Khalifah al-Rasyidin keempat selepas Uthman bin Affan.
Jawapan
Jawapan
47
Jawapan
Jawapan
- Pada zaman ini, peranan Islam dalam penyebaran ilmu pengetahuan semakin maju dan amat
disegani oleh masyarakat Eropah.
- Kota Basrah telah muncul sebagai kota/pusat pengajaran dan penyebaran ilmu dlalam
pelbagai bidang.
- Pada zaman ini muncul tokoh-tokoh ilmuan yang terkemuka seperti Khalil ibn Ahmad (pakar
bahasa dan fisiologi Arab), Sibawayhi (ahli nahu Arab), serta sasterawan seperti al-Farazdaq,
Jarir, Umar ibn Rabia’h dan Jamil al-Uzri.
- Pada masa ini bahasa Arab mencapai kemuncak bahasa ilmu dan bahasa rasni negara.
- Ilmu agama mengalami perkembangan yang pesat pada era Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
- Bidang-bidang tertentu seperti hadis dikaitkan dengan tokoh Urwajh bin al-Zubair dan Ibn
Zihat al-Zuhri. Manakala tokoh-tokoh lain seperti Ibn Jari (tafsir al-Quran), serta Hasan al-Basri
dan Wasil ibn Ata (usuluddin).
Jawapan
Kerajaan Bani Abasiyah ditubuhkan pada tahun 750 M. selepas gerakan atau revolusi
Abasiyah yang berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.
Gerakan menumbangkan pemerintahan Bani Umaiyah ditaja oleh Ali bin Abdulllah yang
bergerak secara sulit dan pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, telah bergerak sevara
terbuka.
Kempen-kempen bagi menjatuhkan Bani Umaiyah dilakukan atas nama Ahlut Bait
(keluarga Nabi Muhammad s.a.w.).
48
Jawapan
Baitulhikmah merupakan institusi keilmuan yang ditubuhkan pada zaman Khalifah Harun
al-Rasyid.
Institut ini berkembang pesat pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun.
Kegiatan utamanya ialah penterjemahan karya falsafah dan sains dari Yunani.
Banyak hasil pengetahuan diterjemahkan dan menjadikan Islam maju dan terkenal.
Penyebaran ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang berlaku dengan pesat.
Baghdad menjadi pusat ilmu pengetahuan yang terkemuka.
Baitulhikamh juga merupakan pusat pemgajian yang menjadi tumpuan para ilmuan dalam
pelbagai bidang.
Jawapan
Jawapan
Kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan sekitar awal abad ke-14 dan berakhir awal abad ke-20.
Kerajaan Uthmaniyah bermula dengan sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat
Anatolia (Turki hari ini) dan kemudiannya berjaya menguasai kerajaan lain dan membentuk
kerajaan Uthmaniyah.
Walaupun di bawah pengaruh Saljuk, Anatolia bebas daripada Kerajaan Saljuk.
Pengasas kerajaan ini ialah Uthman bi Ertughrul bin Sulaiman Shah. Beliau memainkan
peranan penting menunpaskan tentera Byzantine.
Dengan kejayaan ini, Uthman bin Urtughrul berjaya membentuk kerajaan Uthmaniyah dan
seterusnya meluaskan wilayahnya.
Jawapan
Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.
Semangat ghazi (semangat kepahlawanan) yang tinggi dikalangan tentera Uthmaniyah.
Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang sistematik. Peralatan perang yang moden dan
dapat menangkis serangan musuh.
Kerajaan Uthmaniyah juga mempunyai kumpulan Janissari (kumpulan elit yang sangat terlatuh
dalam selok-belok peperanan).
Kerajaan Uthmaniyah mempunyai armada laut yang kuat dan dapat mengawal keselamatan di
kawasan Laut Mediterranean.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari?
49
Jawapan
Kumpulan tentera infantri elit yang sangat terlatih dalam selok-belok peperangan.
Tentera ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang diambil menerusi sistem devshirme dan
sebahagian daripada mereka akan diserapkan dalam bidang pentadbiran.
Kanak-kanak ini telah diberi latihan fizikal dan ketenteraan serta selok-belok peperangan sejak
awal.
Jawapan
Kerajaan Turki Uthmaniyah mengamalkan sistem pemerintahan bercorak monarki
(warisan), pemerintah-pemerintahnya adalah dari keturunan yang sama.
Ketua negara ialah sultan yang berfungsi sebagai ketua kerajaan, ketua tentera darat dan
laut, ketua agama dan hakim tertinggi. Sebarang perintah dianggap sebagai undang-
undang yang wajib dipatuhi.
Dibawah sultan terdapat jawatan Wazir Agung (Perdana Menteri). Wazir
bertanggungjawab kepada Dewan Kebangsaan Turki yang dianggotai oleh menteri-
menteri.
Dewan Kebangsaan Turki beryamggungjawab menggubal undang-undang negara.
Perkara berkaitan akidah dan ibadat adalah di bawah tanggungan Pengarah Urusan
Agama.
Jawtan Kadi dan Mufti diadakan bagi menjalankan penghakiman dan menyelesaikan
masalah fatwa.
Di peringkat daerah/kawasan, terdapat komander tentera, gabenor.
Di peringkat pusat terdapat Wazir Agung (Perdana Menteri) diikuti dengan menteri-menteri
dan jabatan tertentu.
Hubungan Penjajahan
Dakwah
Diplomatik
Kemajuan Islam
(pengetahuan) Cara Tamdun
Perdagangan
Islam
Berkembang
50
Grafik: Cara Tamadun Islam Berkembang
2. Bagaimanakah tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Umaiyah bertembung dengan
tamadun lain di dunia melalui perniagaan?
Jawapan
Menerusi perniagaan jarak jauh, orang-orang Islam telah bertemu dengan pelbagai
masyarakat dan agama.
Menerusi aktiviti berniaga tersebut mereka berinteraksi. Secara tidak langsung berlaku
pertukaran budaya, bahasa dan kemahiran/kepakaran.
Jawapan
Menerusi agama Islam, sistem kehidupan masyarakat turut berubah. Mereka berpegang
pada kepercayaan kepada Allah dan nilai-nilai Islam.
Orang Islam dapat menguasai perdagangan di Eropah.
Orang Sepanyol dapat bertutur dalam bahasa Arab dan berpakaian sperti orang Islam.
Wujud golongan Mudejar, iaitu orang Islam tempatan yang tinggal di kawasan
pemerintahan orang Kristian.
Wujud para pemikir dan intelektual Islam yang setanding dengan orang Barat.
Pengaruh Islam dalam seni bina dan ukir, contohnya Masjid Cordova.
Jawapan
Jawapan
51
A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 172.
1. Corak pemerintahan antara kerajaan Khulafa al-Rasyidin dengan kerajaan Bani Umaiyah
adalah berbeza.
2a. Huraikan perkembangan dan kemajuan ilmu matematik pada zaman Abbasiyah dan
Umaiyah.
Jawapan
Pada zaman pemrintahan Abbasiyah dan Umaiyah, ilmu matematik telah berkembang
dengan pesat.
Pengetahuan matematik bukan sahaja diperkenalkan dalam negara tetapi meluas
sehingga ke negara Barat. Al-Khawarizmi misalnya, telah mengarang buku matematik
dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan dan panduan
masyarakat Barat.
Buku-buku al-Khawarizmi telah ditempatkan di uneversiti-universiti di eropah bagi
rujukan pakar dai Barat.
Seorang ahli matematik barat telah terpengaruh dengan teori-teori matematik al-
Khawarizmi.
Umar Khayyam pula telah mencipta takwim yamg lebih tepat berbanding takwim
Gregorian. Beliau juga telah mewujudkan ilmu algebra.
52
2b. Bincangkan sumbangan Ibn Sina dan al-Khawarizmi dalam bidang ilmu pengetahuan.
3. Pertumbungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia telah berlaku sejak
zaman awal Islam lagi.
Jawapan
Jawapan
4. Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar kepada dunia Barat dab Timur.
Jawapan
53
(b) Bagaimanakah ciri-ciri kehidupan sosial yang dicadang oleh Islam?
Jawapan
54
BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA
Jawapan
- Tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggra, iaitu Teori Islam berkembang ke Asia Tenggara
dari Arab, dari China dan dari India.
Jawapan
- John Crawford berpendapat bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti
perdagangan.
- Bukti yang digunakan untuk menyokong pendapatnya adalah berdasarkan bukti catatan
China yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di
Canton.
- Mereka seterusnya berdagang di Lautan Hindi dan terdapat di kalangan mereka yang
berdagang ke Asia Tenggara seperti di Selat Melaka.
- Selain itu, Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas menggunakan bukti wujudnya
persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang
terdapat di Arab.
- Beliau juga menggunakan alasan bahawa kebanyakan karya tempatan menceritakan
pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Arab.
Jawapan
- Perdagangan
- Perkahwinan
- Pengislaman raja dan golongan bangsawan
- Kelahiran kerajaan Islam
- Peranan pusat kebudayaan
- Peranan mubaligh
- Keistimewaan Islam
2. Berdasarkan peta pada halaman 182, senaraikan kerajaan Islam di Asia Tenggara.
Jawapan
- Samudera – Pasai
- Perlak
- Acheh
- Melaka
- Patani
- Brunei
55
3. Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk menyebarkan Islam.
Jawapan
1. Nyatakan peranan surau dan madrasah untuk memberikan pendidkan awal kepada
masyarakat Islam Asia Tenggara.
Jawapan
Surau telah dijadikan sebagai tempat pengajaran al-Quran secara tidak formal.
Madrasah pula dijadikan sebagai pusat pendidikan secara tidak formal.
Pengaruh
Budaya dan cara hidup Islam di Ekonomi
Asia
Cara hidup Islam diasimilasikan Zakat
Tenggaara
dalm budaya seperti bertudung Baitulmal
kepala Rajin bekerja
Islam sebagai Addin Mencari rezeki halal, mlerang
Konsep persaudaraan Islam perbuatan mengemis
Nilai akhlak Islam Unsur-unsur halal semasa
Gotong-royong berurusniaga
Semangat bekerjasama Riba dan penipuan dilarang
Berjimat cermat
56
Grafik: Pengaruh Islam di Asia Tneggara
3. Pada pandangan anda, mengapakah agama Islam dapat disebarkan dengan meluas di
Asia Tenggara pada abad ke- 13 hingga ke-16?
Jawapan
Kemurnian ajaran Islam yang menerapkan konsep persamaan taraf sesama manusia.
Agama Islam juga menekankan moral dan akhlak yang baik seperti bekerjasama, tolong-
menolong dan bertoleransi.
Agama Islam juga merupakan satu cara hidup yang lengkap yang merangkumi soal ibadat dan
peraturan hidup dalam politik, ekonomi dan sosial.
Islam merupakan agama yang tidak statik yang menganjurkan manusia berfikir secara
rasional.
Dalam agama Islam, Tuhan yang disembah ialah Allah yang Maha Esa dan hal ini agak
bebrbeza datipada agama-agama yang terdapat di Aisa Tenggara sebelum kedatangan
agama Islam yang mempunyai banyak Tuhan.
4. Dengan memberikan contoh tertentu, bincangkan pengaruh yang dibawa oleh Islam
kepada masyarakat Asia Tenggara.
Jawapan
Pengaruh Islam terhadap masyarakat di Asia Tenggara dapat dilihat dalam pegangan
agama dan cara hidup yang diamalkan.
Dari segi agama dan kepercayaan, mereka telah memeluk agama Ilslam dan
meninggalakan kepercayaan tradisi seperti memuja semangat.
Cara hidup yang berorientasikan Islam ke rantau ini juga telah mengubah sistem sosial
masyarakat kepada kehidupan tanpa kelas.
Nilai-nilai akhlak dalam Islam seperti tolong-menolong, bersatu padu dan bekerjasama
telah menjadi budaya masyarakat.
57
BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA
SEBELUM KEDATANGAN BARAT
1. Senaraikan nama pelabuhan di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan pedagang Islam dari
abad ke-13 hingga abad ke- 14?
Jawapan
- Perlak, Pasai, Sulu, Acheh, Patani, Brunei, Melaka, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang
dan Johor.
Jawapan
Jawapan
- Kedudukan yant tinggi, berkuasa, dimuliakan, disanjung tinggi dan dimartabatkan. Daulat
juga bermaksud konsep ikatan antara rakyat dengan raja/pemimpin yang berkuasa yang
menjadi penaung kepada rakyat.
58
4. Nyatakan perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
Jawapan
1. Mementingkan perempuan dari segi status, 1. Meletakkan taraf lelaki lebih tinggi
warisan harta dan sebagainya. walaupun memberi persamaan kepada
2. Pengaruh adat Minangkabau. wanita.
3. Undang-undang adat yang mencorakkan 2. Pengaruh sistem/adat Temenggung.
masyarakat di Negeri Sembilan – Naning. 3. Undang-undang adat yang mencorakkan
4. Bersifat matrilineal, iaitu nasib keturunan kehidupan masyarakat di Negeri-negeri
adalah melalui ibu. Melayu.
5. Falsafahnya melindungi kaum wanita dan 4. Jurai keturunan bapa lebih dipentingkan.
peranan wanita dalam urusan keluarga. 5. Falsafahnya meletakkan tanggungjawab
keluarga kepada lelaki.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan formal dalam masyarakat Melayu tradisional?
Jawapan
Pendidikan formal berkaitan dengan keagamaan yang diterima secara langsung dan malaui
perantaraan institusi tertentu.
Corak pendidikan ini telah lama berkembang sebelum kedatangan Islam dan berasaskan
tradisi Hindu dan Buddha.
Bidang pendidikan terbatas dan didominasi oleh golongan atasan dan golongan istana. Istana
menjadi pusat pengajian yang penting.
Pendidikan biasanya diberikan oleh golongan ulama atau Tok Guru yang ditugaskan khas
untuk bakal pemerintah dan pembesar kerajaan.
Kedatangan Islam menyemarakkan pendidikan formal – pendidikan dijalankan di sitana,
masjid, rumah, surau, madrasah serta pondok.
2. Nyatakan contoh pengaruh Islam dalam seni khat, seni persembahan dan seni bina.
Jawapan
Satu kesenian yang menonjolkan penulisan jawi dalam bentuk ukiran, pahatan dan
reka cipta sesuatu hasil seni. Tulisan khat pengaruh Arab dan Parsi mencorakkan
59
perkembangan kesenian yang penting di bangunan yang berunsurkan Islam dan di
masjid-masjid ternama dan terkemuka.
Ukiran epigrafi seperti batu bersurat dan batu nisan masih lagi dominan sehingga ke
hari ini. Batu Bersurat di Terengganu ialah hasil seni tulisan yang tinggi kemahiran
kebudayaannya.
Seni tulisan khat dikenali juga sebagai kaligrafi.
Ayat-ayat yang digunakan untuk tulisan khat di masjid, madrasah, dan surau ialah
petikan ayat al-Quran seperti surah Yasin, surah al-Fatihah dan lain-lain.
Jawapan
- Tulisan khat (kaligrafi) dan tulisan epigrafi yang terdapat dengan meluas pada binaan
masjid, istana dan bangunan-bangunan berunsur Islam mencerminkan pengaruh Arab-
Parsi dan pengaruh Islam.
- Bentuk-bentuk seni bina Islam juga agak unik. Ada pengaruh Minangkabau, pengaruh
Jawa dan pengaruh masyarakat Thai. Perkembangan seni bina dan ukiran berkembang
pesat di Terengganu, Kelantan dan Johor.
- Mesjid mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, mimbar dan bumbung khusus.
3. Nyatakan pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Jawapan
- Setelah kedatangan Islam di Melaka, penulisan karya sastera telah berkembang. Karya yamg
dihasilkan terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi.
- Antara kesusasteraan bentuk hikayat yang dihasilkan adalah seperti Hikayat Nabi
Muhammad, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, dan Hikayat Nabi-nabi seperti
Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa.
- Cerita-cerita tentang para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin.
Hikayat-hikayat lain seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah
menjadi karya yang penting dan disimpan di istana Melaka.
4. Apakah fungsi surau dan masjid pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
60
Jawapan
- Sebagai institusi pendidikan formal, pusat pertemuan dan perkumpulan masyarakat serta
tempat yang paling ideal untuk mengembangkan ilmu-ilmu Islam.
- Kandungan pengajiannya merangkumi ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf dan sebagainya.
1. Bagaimanakah pengaruh Islam dalam aspek perniagaan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Jawapan
Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
Golongan kaya dan berkemampuan diperintah membayar zakat harta, kutipan zakat akan
disimpan oleh baitulmal.
2. Apakah ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri Johor pada abad ke- 16?
Jawapan
3. Nyatakan peraturan-peraturan cukai yang dikenakan kepada pedagang yang berdagang pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Jawapan
Para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai tehadap barang dagangan
mereka sebelum urusan perniagaan dapat dijalankan.
Terdapat beberapa jenis cukai, iaitu, cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya ditetapkan
oleh pemerintah.
– Pedagang dari India, tanah Arab, Siam, dan Pegu – enam peratus.
– Jepun dan China – lima peratus.
– Orang asing dari Kepulauan Melayu – cukai diraja sebanyak tiga peratus.
– Orang asing lain – cukai diraja enam peratus.
Terdapat barang tertentu seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.
61
A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 213.
Undang-undang Melaka
Undang-undang Laut
Melaka
1. Dua jenis undang-undang yang telah diamalkan oleh Kesultanan Melayu Mlelaka ialah Hukum
Kanun Melaka dan undang-undang Laut Melaka.
Jawapan
(b) Analisis kandungan fasal-fasal Hukum Kanun Melaka yang mempunyai pengaruh Islam.
Jawapan
Terdapat 44 fasal dalam Hukum Kanun Melaka dan hukum ini mempunyai 46 naskhah
salinan yang disebut dengan pelbagai nama.
Hukum Kanun Melaka menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar
(pemerintah),pantang larang di kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap
kesalahan jenayah, undang-undang keuarga, permasalahan ibadah, serta jenis-jenis
hukuman terhadap kesalahan tertentu.
62
2. Bincangkan pengaruh Islam dlam bidang bahasa dan kesusasteraan di Tanah Melayu pada
abad ke- 15 dan abad ke- 16.
Jawapan
Pengaruh Islam paling ketara dalam penggunaan tulisan jawi. Sebelum ini, tulisan lain seperti
Pallava, Kawi (Jawa Kuno), Sunda Kuno, Batak dan Rencong digunakan.
Huruf Arab diperkenalkan dan disesuaikan dengan tulisan Melayu.
Tulisan jawi amat berpengaruh dalam mencorakkan perkembangan literasi bahasa dari segi
bacaan dan penulisan.
Tulisan jawi juga mencorakkan bahasa intelektual dalam pemgetahuan agama Islam dan
pelbagai pengetahuan lain seperti falsafah, undang-undang, fiqah, tauhid, sejarah,
pengetahuan astronomi dan sebagainya.
Tulisan jawi menjadi tulisan komunikasi dan tulisan rasmi kerajaan Melayu di Tanah Melayu.
Banyak istlah Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu.
Kesusasteraan Islam berkembang pesat dan menjadi bahan bacaan dan pengetahuan yang
penting kepada masyarakat Melayu. Kesusasteraan ini berkembang bersama agama Islam di
Nusantara dan di Asia.
Pada peringkat awal, kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan dan kebanyakkannya ialah
cerita asal usul yang merakamkan kepercayaan tentang alam, nama tempat, tumbuh-
tumbuhan dan binatang.
Setelah kedatangan Islam ke Melaka, penulisan karya sastera telah berkembang. Karya yang
dihasilkan terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi.
Antara kesusasteraan bentuk hikayat yang dihasilkan adalah seperti Hikayat Nabi Muhammad,
Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi-nabi seperti Hikayat Nabi
Yusuf dan Hikayat Nabi Musa.
Cerita-cerit tentang para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin.
Hikayat-hikayat lain seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah
menjadi karya yang penting dan disimpan di istana Melaka.
Sastera berbentuk puisi antaranya Syair Dahulu Kala yang ditulis oleh Tengku Ampuan
Mariam di Terengganu.
Banyak hikayat saduran bercorak Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan
Damsyik menjadi bahan bacaan popular dalam masyarakat Melayu.
63
BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH
Jawapan
- Zaman Gelap merupakan zaman selepas kejatuhan tamdun Rom di Eropah dan merupakan
peringkat awal Zaman Pertemgahan.
Jawapan
Jawapan
- Terdiri daripada golongan pemerintah (raja) dan golongan yang diperintah (rakyat).
- Raja memberikan perlindungan kepada tuan-tuan tanah.
- Tuan-tuan tanha memberikan perlindungan kepada petani.
- Raja mengurniakan tanah kepada tuan-tuan tanah untuk diusahakan, sebagai balasannya,
mereka dikehendaki memberika khidmat kepada raja seperti menyertai pasukan tentera dan
membayar cukai.
- Tuan-tuan tanah boleh mengerahkan petani untuk memberikan khidmat semasa berlakunya
peperangan.
- Terdapat golongan hamba yang memberikan khidmat tenaga kepada golongan tuan tanah.
Jawapan
- Renaissance berasal daripada perkataan Itali, iaitu renisciment yang bermaksud “kelahiran
semula”. Istilah ini merujuk pada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh
cindekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Rom dan Yunani.
- Kegemilangan tamadun tersebut telah tenggelam pada zaman gelap dan kegemilangan itulah
yang telah muncul dan dikembangkan semula pada zaman Renaissance.
2. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada di negara Itali sehingga menyebabkan tercetusnya
Renaissance di situ?
Jawapan
Jawapan
Kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan yang kuat dan kukuh melalui amalan
pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat.
Kuasa raja semakin kukuh menyebabkan setiap raja di Eropah ingin menaikkan imej/status
negara sehingga kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan bertambah kurang. Monarki
baru terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda.
Jawapan
Jawapan
Jawapan
- Menentang amalan institusi Gereja Katolik yang menjual Sijil Indulgences, iaitu surat
pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa.
- Menentang amalan rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam Gereja Katolik.
- Menentang cara dan gaya hidup penguasa Gereja Katolik yang tidak selari dengan apa yang
terdapat dalam kitab Biblle.
- Menentang gaya hidup penguasa Gereja yang mirip kepada gaya hidup pemerintah dan
golongan bangsawan dan tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.
Jawapan
- Agama Kristian telah berpecah kepada dua mazhab utama, iaitu Katolik dan Protestan.
- Negara Eropah telah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing, contohnya
perang keagamaan yang berlaku di Peranchis antara tahun 1562 – 1598 dan Perang 30 tahun
(1618 – 1648) yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden.
- Peperangan yang berlaku antara negara mengikut mazhab masing-masing telah
mengakibatkan banyak kemusnahan.
- Masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab saja.
- Dalam jangka panjang, timbul sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian dari
segi mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka.
- Kuasa institusi gereja telah dicabar dan dikritik secara terbuka.
- Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki baru semakin kurang kerana monari baru ingin
membebaskan diri daripada penguasaan Paus di rom.
- Raja England, Raja Henry VIII telah membebaskan diri daripada Paus di Rom dan
mengistiharkan dirinya sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.
66
Latihan dalam buku teks, muka surat 226.
1. Nyatakan kuasa-kuasa Eropah yang unggul pada zaman penjelajahan dan penerokaan.
Jawapan
Jawapan
Faktor Ekonomi
– Orang-orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera, dan rempah
dari Timur yang mendatangkan keuntungan besar kepada pedagang Eropah dan raja
mereka. Ini juga nerupakan pendorong penting kuasa-kuasa Eropah menjelajah ke
Timur.
Faktor Agama
Faktor Politik
– Kemunculan monarki baru di Eropah seperti England, Perancis dan Belanda turut
menggalakkan penerokaan dan penjelajahan ke Timur. Secara tidak langsung hal ini
dapat menaikkan imej negara bangsa.
– Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Eropah dapat dikaitkan dengan kata-kata
gold, gospel dan glory.
Jawapan
2. Nyatakan kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah pada zaman Revolusi Pertanian di
eropah.
Jawapan
67
Kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah pada zaman Revolusi Pertanian di Eropah
ialah:
Terdapatnya kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara besar-
besaran (ladang).
Rakyat biasa yang dahulunya bergantung pada tanah awam untuk menampung kehidupan
mereka telah kehilangan punca rezeki.
Golongan petani kecil-kecilan menjadi buruh di ladang dan terdapat juga mereka yang
berhijrah ke bandar dan menjadi buruh di kilang.
Jawapan
b. Kenal pasti kejadian yang serupa atau hampir serupa yang berlaku di tempat lain di
Malaysia.
Jawapan
Berdasarkan petikan di atas, kejadian yang sama turut berlaku di daerah Rembau,
Negeri Sembilan, kerana kebanyakkan penduduk mempunyai tanah-tanah adat yang
agak kecil keluasannya dan tidak diusahakan secara giat kerana tidak ekonomik.
Pihak kerajaan atau swasta dengan persetujuan tuan-tuan tanah berusaha
menyatukan tanah-tanah yang kecil untuk menjalankan Projek Tanaman Kelompok
supaya kawasan itu dapat diusahakan dengan lebih intensif seperti penggunaan
jentera-jentera pembajak, sistem saliran yang baik dan kaedah penyiraman moden.
Ini meyebabkan tenaga manusia tidak banyak digunakan dalam proses penanaman,
pemungutan hasil, pemasaran dan sebagaimya.
Ini meyebabkan buruh dalam sektor pertanian terpaksa berhijrah ke bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur dan Seremban untuk mendapatkan pekerjaan.
c. Bincangkan persamaan dan perbezaan fenomena di Tanjung Karang dengan apa yang
berlaku di Britain semasa Revolusi Pertanian.
Jawapan
Persamaan
Penggunaan teknologi moden – mesin pembajak dan mesin menuai dicipta bagi menggantikan
tenaga menusia dan binatang.
Penggunaan bijih benih yang bermutu tinggi – dapat mengeluarkan hasil dengan cepat, tahan
ancaman penyakit.
Sikap petani yang dapat menerima perubahan – pertanian memberikan pulangan yang
lumayan dan menjalin masa depan mereka.
Bidang pertanian telah mewujudkan peluang pekerjaan baru dan hal ini dapat menghalang
penghijrahan penduduk ke bandar.
Perbezaan
Dari segi pemodenan
– Britain – agak menyeluruh, mampu menghasilkan hasil pertanian yang mencukupi
untuk seluruh penduduk Britain dan untuk eksport.
– Tanjung Karang – pengeluaran masih belum mencukupi untuk menampung
keperluan negara.
Jawapan
- Penyedian modal dan dana oleh peladang kaya hasil daripada revolusi pertanian dengan melabur
dalam bidang perindustrian.
- Kesedian mengambil dan menanggung risiko akibat pelaburan dalam bidang perindustrian.
- Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan kaedah dan ciptaan baru dalam bidang
perindustrian serta perubahan kepada teknik pengeluaran dalam skala yang lebih besar.
- Semangat dan kegiatan keusahawanan.
- Pengkhususan pekerjaan membolehkan kuantiti dan kualiti barangan dapat dipertingkatkan.
Produk dapat dipasarkan secara meluas bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga di luar negara.
- Penggunaan teknologi baru seperti enjin berkuasa wap dapat menggantikan tenaga manusia dan
binatang, mengakibatkan kerja dapat dikendalikan secara berterusan.
- Kesediaan mengambil dan menanggung risiko akibat pelaburan dalam bidang perindustrian.
2. Nyatakan peralatan yang telah dicipta dalam usaha pemintalan benang dan penenunan kain.
Jawapan
Spinning Jenny – mesin pemintal benang ciptaan John Hargreaves (1770) dapat memintal
lapan jurai benang dalam satu masa.
Water Frame – alat pemintal benang ciptaan Richard Arkwright (1769) – digerakkan dengan
menggunakan kuasa wap serta dapat memintal benang dengan lebih banyak.
3. Apakah persamaan yang tedapat dalam proses Revolusi Pertanian dan Perindustrian?
Jawapan
Kedua-dua revolusi saling berkaitan kerana Revolusi Pertanian telah memberikan sumbangan
kepada pertumbuhan dan perkembangan Revolusi Perindustrian dari segi penyediaan modal.
Petani yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan
keuntungan mereka dalam bidang perindustrian yang belum menjanjikan pulangan yang
lumayan.
Revolusi Pertanian dapat menyediakan bahan makanan yang mencukupi dan tidak perlu
mengimport makanan. Dana dan wang dapat diselamatkan dan dilabur bagi membantu
menjana perkembangan industri dalam negara. Inilah yang dikatakan Revolusi Pertanian
menyediakan asas kepada pencetusan Revolusi Perindustrian.
Dalam Revolusi Perindustrian, pengeluaran dapar dihasilkan dalam skala yang besar dan
cepat.
70
Keadaan ini sama seperti Revolusi Pertanian apabila terdapat kaedah/teknik pertanian baru
dan moden, pengeluaran hasil pertanian meningkat dengan mendadak. Lebihan pemgeluaran
dalam bidang pertanian dan perindustrian dapat diperdagangkan atau dikomersialkan.
1. Mengapakah Britain dapat menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa pada abad ke- 18
dan ke- 19?
Jawapan
Negara tersebut merupakan negara penjajah utama dan kuasa maritim yang ulung.
2. Jelaskan kesan penciptaan kereta api pada masa berlakunya Revolusi Perindustrian.
Jawapan
Dapat mengangkut barang lebih pantas dan kereta api menjadi kenderaan penganngkutan
bagi pekerja kilang.
Jawapan
Jawapan
Imperialisme merupakan penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap lain yang
lebih lemah.
Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.
2. Bincangkan faktor ekonomi yang mendorong kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara.
Jawapan
Ingin mendapatkan bahan mentah, dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan untuk
keperluan perindustrian mereka.
71
Memasar hasil keluaran industri masing-masing ke Asia Tenggara.
Penciptaan kapal wap memudahkan perhubungan dan mempercepatkan perjalanan.
Britain mencari pasaran baru di Asia Tenggara memandangkan barangan keluaran Britain
tidak dapat dieksport ke Amerika dan Eropah kerana tarif diperkenalkan bagi melindungi
industri mereka.
Jawapan
- Pendidikan Barat diperkenalkan, tetapi tidak disebarkan dengan meluas dan berkesan.
- Terhad di kawasan bandar untuk memberi pendidikan asas bagi melatih golongan pentadbir
rendahan bagi memenuhi keperluan pentadbiran British.
- Kepincangan sistem pendidikan, terpaksa dibaiki oleh pemerintah peribumi yang berkuasa
selepas merdeka.
Jawapan
Jawapan
72
3. Huraikan pengajaran-pengajaran yang anda peroleh daripada Revolusi Pertanian dan
Revolusi Perindustrian.
Jawapan
Jawapan
Sistem jalan raya yang baik memudahkan barangan diangkut dari satu tempat ke
tempat lain.
Pengenalan kereta api dapat menghubungkan kawasan bandar dan desa dan
merupakan alat pengangkutan yang berkesan dan murah kerana dapat mengangkut
barang dalam kuantiti yang banyak.
Rekaan enjin yang berkuasa wap dapat membantu pergerakan kereta api dengan laju.
Sistem pengangkutan laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap dapat
mengangkut dan memasarkan barangan dengan lebih banyak, cepat dan dengan kos
yang murah pada peringkat antarabangsa.
73
BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
Jawapan
- Ekonomi yang mempunyai hasil pengeluaran dalam skala yang kecil, menggunakan teknologi
yang mudah, modal yang kecil, jumlah buruh yang terhad dan pasaran yang kecil.
- Meliputi kegiatan ekonomi seperti melombong,, bercucuk tanam, memungut hasil hutan,
menternak binatang, dan menangkap ikan secara kecil-kecilan untuk keperluan sara diri.
- Sekiranya ada lebihan pengeluaran, biasanya, digunakan semula oleh keluarga atau
kumpulan masyarakat untuk tujuan pertukaran barang, kenduri-kendara, pembayaran zakat,
sedekah atau hadiah.
- Lebihan pengeluaran disimpan untuk satu tempoh tertentu terutama aktiviti ekonomi yang
bermusim seperti penanaman padi bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan.
Jawapan
- Berbentuk sara diri untuk keperluan sendiri dan keluarga secara kecil-kecilan.
- Tanaman yang diusahakan adalah seperti ubi, pisang, kelapa, sayur-sayuran.
- Menggunakan teknologi yang mudah seperti tajak, cangkul, tugal, serta tenggala yang
menggunakan tenaga kerbau.
- Menggunakan sistem pengairan yang mudah dan ringkas berasaskan sumber air dari sungai
atau hujan.
- Aktiviti pertanian dijalankan secara bersama oleh sesebuah keluarga sahaja, tidak wujud
pengkhususan pekerjaan yang jelas.
- Teknologi pertanian lebih banyak digerakkan oleh tenaga binatang atau manusia, bukannya
mesin.
Jawapan
74
- Kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pegeluaran untuk tujuan
pemasaran.
- Pengeluaran dalam skala yang besar, penggunaan tenaga buruh yang ramai, modal yang
besar, teknologi yang lebih tinggi, pemasaran yang lebih luas, pengurusan ladang dan
lombong yang cekap.
2. Apakah peranan pembesar Melayu dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sebelum
kedatangan British?
Jawapan
- Menjadi pemilik lombong bijih timah yang diusahakan oleh buruh tempatan, seperti Long
Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja Jumaat di Selangor, Datuk Kelana Putra, Datuk Bandar,Datuk
Muda Linggi di Sungai Ujong, Negeri Sembilan.
- Memantau dan mengawal penglibatan orang-orang China dalam aktiviti perlombongan bijih
timah.
- Memberikan kebenaran/persetujuan kepada pengusaha China untuk mengusahakan
kawasan perlombongan yang berada di bawah kawalan dan penguasaan pembesar Melayu.
- Menjadi pembeli hasil bijih timah yang dilombong.
- Menentukan harga belian bijih timah yang dijual oleh pengusaha lombong bijih timah kepada
pembesar Melayu.
Jawapan
- Ubi kayu
- Tebu
- Lada hitam
- Gambir
- Tembakau
- Kopi
Jawapan
Berusaha meyakinkan peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan
mengagihkan benih getah secara percuma.
Memperkenalkan cara menoreh getah mengikut sistem torehan ibidem atau seperti bentuk
tulang ikan kering yang tidak merosakkan pokok.
1. Apakah kesan dasar British dalam bidang pertanian kepada masyarakat Melayu?
75
Jawapan
Memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, tembakau dan getah yang mendapat pasaran
baik di peringkat antarabangsa.
Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
Tanaman komersial diusahakan secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh dari China
dan India.
Undang-undang berhubung dengan pemilikan tanah diperkenalkan bagi melindungi tanah milik
orang Melayu daripada diceroboh oleh pemodal asing.
2. Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada masyarakat Melayu?
Jawapan
Individu atau syarikat yang hendak mengusahakan sesuatu kawasan tidak lagi perlu mendapat
kebenaran daripada pembesar Melayu, tetapi mesti membuat pemohonan di Pejabat Tanah.
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip
sumber hutan seperti nipah, damar dan rotan.
Residen di negeri-negeri Melayu mempunyai kuasa yang besar untuk menentukan jumlah
kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.
Membawa kepada perkembangan sistem ekonomi wang di kalangan masyarakat Melayu.
Semua urusan seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang keperluan dan perkhidmatan
dibayar dengan wang.
Jawapan
Jawapan
Jawapan
76
2. Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum terbentuk di Tanah Melayu?
Jawapan
- Dasar penjajah British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing bagi memenuhi
keperluan sumber tenaga manusia di Tanah Melayu.
- Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat
imigran dari China dan India datang keTanah Melayu.
Jawapan
- Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa
pengantar.
Jawapan
Jawapan
Aktiviti pertanian komersial bermaksud perdagangan atau jualan sama ada untuk
permintaan dalam negara atau untuk tujuan pasaran ke luar negara.
Mencerminkan kemajuan dari segi peningkatan pengeluaran, jenis pertanian yang
diusahakan, keluasan tanah yang digunakan, pengurusan ladang, penggunaan
teknologi pertanian yang lebih cekap (sistem saliran, pembajaan, benih-benih yang
baik), penggunaan tenaga buruh yang ramai dan lain-lain.
Melibatkan pemodal Eropah dan China. Orang Melayu tersisih daripada kegiatan
ekonomi pertanian komersial. Oleh sebab itu tidak lahir usahawan di kalangan orang
Melayu sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Penjajahan British terhadap Tanah Melayu menjadikan Tanah Melayu negara
pertanian untuk kepentingan British di Tanah Melayu dari segi mendapatkan modal
dan bekalan bahan mentah, serta membangunkan tanah dan kawasan yang
berpotensi menjadi kawasan pertanian komersial.
Hasil pertanian komersial yang digalakkan pada abad ke-19 ialah ubi kayu, tebu, lada
hitam, gambir, tembakau dan kopi. Tanaman ini diusahakan di Sabah, Sarawak dan
Johor.
Di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan dalam skala besar dan melibatkan Sistem
Kangcu, iaitu buruh-buruh China sehingga tahun 1860-an, Johor dianggarkan
mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.
77
Kejayaan yang dicapai oleh pemodal-pemodal Eropah dan China dalam ekonomi
pertanian komersial adalah disebabkan oleh modal, teknologi, konsesi tanah yang luas
dan tempoh pajakan yang lama.
Masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi pertanian sara diri dan terpinggir
daripada perubahan ekonomi pertanian komersial. Ini menyebabkan wujudnya dwi
ekonomi dengan ekonomi komersial yang memberikan keuntungan dan kekayaan
kepada golongan China dan pengusaha Eropah, sementara ekonomi tradisional yang
ketinggalan melibatkan petani-petani Melayu yang dibelenggu oleh kemiskinan.
Pada abad ke- 20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.
Jawapan
Jawapan
4. Huraikan kemasukan imigran atau buruh asing di Tanah Melayu dari awal abad ke- 19
hingga awal abad ke- 20.
Jawapan
78
Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis bagi menjelaskan
hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu
tempoh tertentu.
Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka
tujui serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
Apabila sampai ke pelabuhan,mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang
bertindak sebagai orang tengah yang akan mendapatkan majikan untuk mereka
dengan bayaran tertentu.
Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh
sesebuah rumah kongsi.
Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh tersebut sehingga
sampai di rumah kongsi di Tanah Malayu.
Apabila buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh
dibayar dengan kadar tertentu seperti yang dipersetujui.
Kemasukan buruh India ke Tanah Melayu dibuat melalui bebrapa cara seperti
sistem Buruh Bebas, Sistem Kontrak dan Sistem Kangani.
Sistem Kontrak
Majikan akan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan sebagai balasan, buruh
akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu (satu hingga tiga tahun)
dengan bayaran minimum antara sembilan hingga tiga belas sen sehari.
Sistem Kangani
79
Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh
sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.
Kangani merupakan pengurus agensi yang membawa masuk buruh-buruh India ke
Tanah Melayu.
Jawapan
80