You are on page 1of 7

c) Bincangkan kualiti profesional yang perlu ada pada guru Malaysia bagi mencapai

matlamat membina Negara Bangsa.

KONSEP PROFESION PERGURUAN DAN KEGURUAN

Kamus Dewan (1989) guru - diertikan sebagai pengajaran, misalnya


perguruan kepada guru-pelatih, murid, dan sebagainya. Manakala, perkataan
keguruan - sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan
dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Misalnya, masyarakat
menyanjung sifat-sifat keguruan (iaitu peranan dan tugas guru) yang luhur.

Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan keguruan dihuraikan, profesion


keguruan bolehlah diertikan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan khas, misalnya latihan dijalankan dalam maktab
perguruan. Manakala, profesion keguruan merupakan pekerjaan yang berkaitan
dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

Guru Sebagai profesional dan Bukan Profesional

Konsep profesional ialah pekerja yang bergiat dalam bidang profesional. Ini
bermakna guru sebagai profesional merupakan orang yang mengamalkan ilmu
pengetahuan, kepakaran dan kemahirannya dalam profesion perguruan. Untuk
menentukan sama ada guru terlatih di Malaysia boleh menikmati status profesion
atau tidak, kita hendaklah meneliti dan mengkaji persoalan ini berdasarkan kepada
ciri-ciri penting sesuatu profesion.
Konsep Guru

Menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang


guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru bertauliah
mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan
yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebelum dibenarkan
mengajar di sekolah kerajaan.

Guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan


sosial yang saling berkait dengan masyarakat yang
berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang
perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik
murid-murid di sekolah.
Konsep Guru

Seorang guru mesti mempunyai pengetahuan luas serta


mendalam tentang mata pelajaran yang ditugaskan untuk
mengajar. Guru juga mesti menguasai kaedah atau cara
penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid
dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Guru juga
haruslah memiliki sahsiah yang baik dan dapat dihormati
serta dicontohi oleh muridnya.

Guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi


penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah
murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi
pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan
seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat. Guru juga
diharapkan menjadi agen pembaharuan bagi
masyarakatnya.
Sifat dan Kualiti Profesional

Ingin tahu

Pengetahuan
Daya usaha
ikhtisas

Sifat dan
Kualiti
Profesional

Suka
Daya ingatan
membaca

Kemahiran
bertutur

Ingin tahu : Sifat ingin tahu akan mendorong seseorang guru supaya sentiasa
berusaha menambahkan pengetahuannya. Guru perlu selalu mempelajari dan
menyesuaikan diri dalam arena pendidikan yang sering berubah-ubah, baik daripada
kurikulum mahupun kaedah mengajar, demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru
yang bersifat professional.
Pengetahuan ikhtisas : Seseorang guru yang memperoleh pengetahuan dalam
bidang pendidikan adalah guru yang bertauliah, iaitu layak menjadi seorang guru
dalam erti kata yang sebenar. Guru ini akan melengkapkan diri dengan berbagai
jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar,
ilmu kurikulum, kandungan mata pelajaran dan sebagainya. Guru yang
melengkapkan diri dengan berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru
yang telah memperoleh kualiti profesional dalam konteks pendidikan

Suka membaca : Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan


ilmu yang lengkap, guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta
mendalam. Objektif ini hanya boleh tercapai apabila guru sentiasa membaca buku
ilmiah. Oleh itu, sifat suka membaca merupakan kriteria penting untuk kualiti
profesional guru

Kemahiran bertutur : keberkesanan penyampaian pelajaran bergantung kepada


kemahiran bertutur. Guru yang menguasai pertuturan dengan jelas dan tepat akan
membolehkan murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan berkesan.
Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul, murid-murid tidak akan
tersilap. Oleh yang demikian, daya ingatan yang baik merupakan salah satu kualiti
professional yang penting bagi seseorang guru.

Daya ingatan : Daya ingatan yang baik akan membantu guru menyampaikan
pelajaran sepenuhnya mengikut rancangan yang disediakan. Murid-murid tidak akan
ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting serta tidak akan menerima ajaran
yang salah. Oleh yang demikian, daya ingatan yang baik merupakan syarat penting
untuk mempertingkatkan kualiti professional seseorang guru.

Daya usaha : Seseorang guru yang mempunyai kualiti daya usaha tidak akan
terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru yang
mempunyai kualiti profesional ini akan sentiasa memikir dan mencuba pendekatan
atau kaedah mengajar yang baru supaya pengajarannya sentiasa menjadi menarik
dan berkesan.
AKAUNTABILITI GURU

Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan


"akauntabiliti" dihuraikan sebagai
bertanggungjawab kepada seseorang atau
bertanggungjawab terhadap sesuatu. jadi, di
bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh
dirumuskan sebaagai bertanggungjawab
terhadap profesionalisme keguruan.

Akauntabiliti guru boleh dihuraikan dalam beberapa bidangtugas termasuk diri yang
dikenal pasti seperti berikut:

Bidang pekerjaan Akauntabiliti terhadap kurikulum

Bertanggungjawab terhadap kemajuan dan


Sekolah perkembangan sekolah

Tingkah laku kendiri Mempunyai sifat-sifat yang terpuji

Murid Pembentukan sahsiah murid

Profesion Memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi

Bidang pekerjaan: sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab terhadap


pekerjaannya, iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum yng dia ditugaskan untuk
melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kirikulum sekolah secara
mendalam supaya dapat melaksanakannya dengan sempurna tanpa sebarang
kesilapan. Pendek kata, kerja pengajaran mengikut kurikulum yang ditugaskan
adalah salah satu akauntabiliti guru terhadap bidang pekerjaannya.

Sekolah: sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap
perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar dalam
di dalam kelas, guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas lain seperti sebagai
guru disiplin, kaunselor, setiausaha peperiksaan, pengerusi skim pinjaman buku teks
dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbirab sekolah.

Tingkah laku kendiri: tingkah laku guru merupakan contoh teladan kepada murid-
murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi
teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru hendaklah sentiasa
berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa
menepati masa, rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugas yang
diamanahkan. Pendek kata, guru haruslah berkelakuan seperti guru, berpakaian
seperti guru dan bertutur seperti guru.

Murid: sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya
terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga
meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek
perkembangan potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya murid-
murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan
seimbang. Oleh itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap taraf pencapaian
kemajuan serta kelakuan murid-murid yang diajarnya.

Profesion: sebagai seorang professional. Guru pula mempunyai akauntabiliti


terhadap profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab meningkatkan imej
profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti
mengajar murid dengan cekap dan dedikasi supaya setiap murid yang diajarnya
akan Berjaya mencapai keputusan akademik yang diharapkan. Dalam hal ini, guru
hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya
dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar dengan cekap
dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya
terhadap profesianalisme keguruan.
Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan

Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan


mata pelajaran yang diajar.

Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan


yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar.

Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam


Perkhidmatan untuk meningkatkan prestasinya dalam aktiviti
pengajaran.

Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya


supaya mencapai objektif pelajaran secara maksimum.

Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid-murid dapat


belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang
betul.

You might also like