You are on page 1of 8

Tanda-tanda yang perlu diperhatikan

-benjolan di payudara atau ketiak

-perubahan luarbiasa tekstur, bentuk, saiz payudara

-kulit payudara berkedut

-puting payudara tertarik ke dalam

-pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting payudara


 

Bagaimanakah saya boleh mengingati


kelainan atau perubahan pada payudara
saya?
Anda boleh merekodkan apa-apa perubahan atau
kelainan dengan menggunakan gambarajah supaya anda
boleh mengingati tempat terasanya kelainan dan ini
membolehkan anda membuat perbandingan dari sebulan
ke bulan yang berikutnya.

Contoh: Pangkah (Ë) menunjukkan tempat di mana anda


terasa kelainan. Kalau anda membayangkan payudara anda sebagai “muka jam”,
pangkah ini berada di payudara sebelah kiri jam 3:00 (pukul 3) dan 4 sentimeter
daripada puting.

Apakah anda patut mengetahui


mengenai tanda-tanda yang anda rasai?
Jangan lupa bahawa sebarang benjolan atau perubahan luarbiasa di payudara
patut dilaporkan kepada doktor anda. Tetapi, haruslah diingati kebanyakan (80-
90%) benjolan di payudara bukanlah kanser tetapi ketumbuhan tidak merbahaya
(benign). Perasaan tidak “rata” atau penebalan terutamanya kalau terasa di
kedua belah payudara adalah kerap dilaporkan dan selalunya merupakan tekstur
payudara tersendiri.
 

Bagaimanakah melakukan PSP?


Melihat perubahan di hadapan cermin

Tanggalkan pakaian pada paras pinggang and berdiri di hadapan


cermin. Angkat kedua-dua tangan anda ke atas. Memerhati saiz,
bentuk, kulit dan keseimbangan payudara anda daripada
beberapa sudut. Tangan sekarang diletak di sisi badan anda.
Pusing ke kiri dan ke kanan dan memerhati payudara sekali lagi.
Selepas ini, memerhatikan payudara anda apabila menegangkan
otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan
menolak ke bawah.

  

 
Mengesan dengan cara berbaring

Untuk memeriksa payudara kanan, letakkan


bantal di bawah bahu kanan. Ini adalah untuk
menaikkan bahagian yang akan diperiksa.
Kemudian letakkan tangan kanan anda di bawah
kepala. Ini akan “mengemukakan” payudara yang
lebih “leper” dan kurang bergerak semasa
pemeriksaan dibuat.  

Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara


sebelah kanan. Gunakan tapak jari (finger pads)
untuk menekan secara sistematik seluruh
payudara anda. Pastikan tapak jari adalah selari
dengan permukaan kulit payudara. Kaedah urutan
menegak , pusingan (circular) atau “wedge” boleh
digunakan. Pilihlah sistem yang anda terasa
sesuai untuk anda dan gunakan kaedah yang
sama setiap kali. Periksalah untuk benjolan.

Jangan lupa memeriksa seluruh payudara dan


ketiak anda. Puting patut diperiksa untuk lelehan
tetapi jangan menekan payudara dan puting
terlalu kuat untuk mengeluarkan lelehan.

Tukarkan bantal ke bawah bahu kiri untuk


memeriksa payudara kiri dengan tangan kanan
anda.

Semasa sedang mandi, anda mungkin ingin


melakukan PSP. Tangan yang bersabun
menyenangkan pergerakan anda apabila merasai
payudara anda untuk benjolan. Tetapi, ini
merupakan langkah ekstra dan tidak patut
menggantikan PSP cara berbaring.
 

Tanda-tanda Kanser Payudara -


Bagaimana Rupanya? – Essei
Bergambar Oleh Dr.Evelyn Ho
Gambar-gambar ehsan dari Dr Ernest Yeoh Make Self Breast
Examinations a
regular part of
Terdapat banyak cadangan dan permintaan untuk gambar-
your life!
gambar yang memaparkan tanda-tanda kanser payudara.  

Rencana bergambar ini menunjukkan tanda-tanda yang jelas


mengenai kanser payudara. Kebanyakan tanda-tanda ini
diperingkat yang lewat di mana tanda-tanda yang didapati As each woman's breasts
are unique, getting to know
lebih ketara. Kita sepatutnya lebih peka terhadap tanda-tanda your own breasts would
awal sebelum ianya sampai keperingkat yang ditunjukkan. allow you to be able to pick
Walau bagaimana pun untuk penjelasan, gambar ini up changes the earliest! This
won't happen overnight,
merupakan tanda-tanda yang harus diawasi semasa therefore practising
menjalankan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan.  regularly monthly self breast
examination is your best
bet!
Peringatan: Kami berharap gambar-gambar ini walaupun
menakutkan anda, sebaliknya akan memberi idea bagaimana
untuk mengesan kelainan di payudara anda masing-masing.
 

Ini menunjukkan payudara kanan (disebelah kiri gambar) lebih besar daripada payudara kiri.
Perhatikan bahawa puting tidak sama paras dan yang kanan menghala ke bawah.
(Kiri) Pandangan sudut dari kanan (Kanan) Pandangan dari hadapan

Ketumbuhan boleh dilihat dibahagian atas payu dara .Puting yang menghala ke bawah lebih jelas
dari sudut tepi. Terdapat juga pertukaran warna di bahagian atas payudara kanan dan kulit
kelihatan nipis dan tegang. Ketumbuhan ini makin membesar dan lama kelamaan tanpa
pembedahan, kanser ini akan pecah melalui kulit
 

Ini satu lagi ketumbuhan di payudara kanan (disebelah kiri gambar). Disini benjolan disebabkan
oleh ketumbuhan itu jelas kelihatan. Ketumbuhan ini tumbuh di lapisan luar di bahagian bawah
kulit payudara.

Puting kanan terletak di paras lebih rendah daripada yang kiri, ini boleh dilihat ketika kedua
lengan diletak di sisi tubuh. Walaubagaimanapun, ini lebih ketara apabila kedua-dua lengan
diangkat ke atas kepala. (seperti yang ditunjukkan disebelah kiri). Kedudukan dan arah puting
jelas kelihatan. Pandangan dekat telah jelas menunjukkan apa yang telah diterangkan.
Gambaran ini menjelaskan kepentingan melakukan langkah-langkah seperti melihat kedudukan
puting semasa melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Sila rujuk kepada artikel
Terdapat satu lekok atau kawasan yang tenggelam di bahagian atas puting payudara kiri (di
sebelah kanan gambar) Ini dinamakan ‘dimpling of the skin’ atau lekukan. Lekukan kulit ini
jelas kelihatan walaupun lengan diletak di sisi tubuh.Biasanya lekukan kulit ini hanya kelihatan
semasa lengan diangkat ke atas kepala. Gambar di sebelah kanan menunjukkan lekukan kulit
daripada sudut tepi.

Lekukan kulit terjadi akibat tarikkan kulit tisu sekitar oleh ketumbuhan di
bahagian dalam payudara. Ini merupakan satu ciri kanser payudara. Anda
boleh melihat kesan kanser tanpa memegang atau merasai payudara
anda. Ini menunjukkan pentingnya aspek ‘melihat ‘ dan ‘merasa’
pemeriksaan sendiri payudara.

Kulit kelihatan kemerah-merahan dan tebal. Ini adalah satu contoh


kanser payudara yang kelihatan seperti payudara mengalami jangkitan
kuman. Ini merupakan tanda inflammasi pada kanser payudara.
Bandingkan kedua dua puting. Puting disebelah kiri (sebelah kanan
gambar) tertarik ke dalam dan ini dinamakan ‘retraction’ atau penarikan.
Gambar di sebelah kanan menunjukkan penarikan puting daripada sudut
tepi.

Satu lagi contoh yang menunjukkan ‘retraction’ kepada puting, kali ini
bersama ketumbuhan kecil di areola (iaitu kulit dikeliling puting)
Terdapat juga penebalan dan kemerahan kulit areola.

Dua lagi contoh ditunjukkan di sini. ‘Peau d’orange’ adalah di mana kulit
payudara kelihatan seperti kulit limau. Kulit limau Sunkist mempunyai
lubang seperti ini, sebab itulah ianya dipanggil ‘peau d’orange’. Ini akibat
bengkak di bahagian kulit seperti bendungan air di kulit. Payudara di
sebelah kanan berada di peringkat menyerupai kulit limau yang lebih
lanjut, dan juga terdapat kesan penarikan kulit dan puting ke dalam.
 

You might also like