You are on page 1of 3

SIRI RENUNGAN 23 - ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam as iaitu tatkala
baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatn
ya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subu
h telah keluar Nabi Adam as pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu t
atkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismai
l a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudla
h Nabi Ibrahim empat rakaat

Rakaat pertama:
Bersyukur bagi penebusan

Rakaat kedua:
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga:
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah

Rakaat keempat:
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala ba
ginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan
Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyuk
urlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatk
an oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:
Kelam dengan kesalahan

Rakaat kedua:
Kelam dengan air laut

Rakaat ketiga:
Kelam dengan malam

Rakaat keempat:
Kelam dengan perut ikan Nun

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala b
aginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu
itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga r
akaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa

Rakaat kedua:
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah
dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga:
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua
atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika
itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang da
lam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua peras
aan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa em
pat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:
Dukacita terhadap isterinya

Rakaat kedua:
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun

Rakaat ketiga:
Dukacita terhadap Firaun

Rakaat keempat:
Dukacita terhadap anak Firaun

You might also like