You are on page 1of 2

MANUAL PENGGUNAAN BAHAN

PERINGKAT 1

1. Bahan yang digunakan untuk peringkat awal adalah sumber audio bunyi bahasa
(menggunakan bunyi haiwan – haiwan.)
2. Guru memberi arahan kepada murid untuk fokus kepada tayangan yang akan
ditayangkan.
3. Tayangan slaid ini berunsurkan cerita tentang Ahmad yang pergi ke zoo
bersama keluarganya.Ahmad berkongsi dengan murid tentang bunyi –bunyi
haiwan yang dikenalinya.
4. Murid perlu mendengar dahulu bunyi yang akan diperdengarkan. Selepas
itu,murid perlu mengajuk bunyi yang didengari dan meneka haiwan apakah
itu.Selepas meneka,samada jawapan mereka betul atau tidak,guru akan
menayangkan jawapannya selepas ajukan bunyi itu.

PERINGKAT 2

1. Bahan yang digunakan untuk peringkat pertengahan adalah berdasarkan


gambar rangsangan murid dikehendaki member pandangan terhadap gambar
yang diberi.
2. Guru memberi arahan kepada murid untuk memerhati apa yang berlaku dalam
gambar yang ditunjukkan.
3. Gambar-gambar yang ditunjuk adalah berkaitan dengan perkara yang berlaku di
sekeliling murid. Murid boleh menjana idea serta membuat imbas kembali
terhadap pengalaman yang pernah dialami.
4. Murid ditunjukkan gambar rangsangan dan dikehendaki menyatakan beberapa
ayat tunggal lengkap berdasarkan gambar yang ditayang.
PERINGKAT 3

1. Pada peringkat ini, murid akan diberi bahan rangsangan untuk melakonkan
watak berdasarkan situasi yang diberi secara spontan.
2. Guru meminta dua orang murid mekonkan watak haiwan berdasarkan
pengalaman mereka.
3. Apabila lakonan tamat, murid-murid lain diminta untuk menceritakan semula
tentang apa mereka lihat dan dengar daripada lakonan rakan mereka tadi.
4. Guru memberi bimbingan kepada pelajar ketika mengemukakan pendapat
mereka.
5. Murid-murid diminta memberi pendapat tentang lakonan rakan mereka.

You might also like