You are on page 1of 9

MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT

PENGENALAN

Usaha Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerbitkan MANUAL PENGGREDAN BUAH
KELAPA SAWIT merupakan satu komitmen untuk menggalakkan kesedaran kualiti khususnya
dikalangan pengusaha ladang dan pekebun-pekebun kecil.Manual ini menghuraikan tatacara
penggredan yang meliputi kaedah persampelan, kaedah penggredan, pengiraan kadar perahan serta
dokumen-dokumen yang perlu untuk penggredan.

PENDAHULUAN

MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT  ini disediakan sebagai satu panduan
praktikal untuk menggred buah kelapa sawit dikilang.

OBJEKTIF

Objektif khusus adalah :-

        I.            Untuk mempertingkatkan mutu buah kelapa sawit yang dipasarkan ke kilang

     II.            Untuk mempertingkatkan kualiti pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia.

   III.            Untuk mempertingkatkan kecekapan kadar perahan minyak dan isirong kelapa sawit di
kilang.

  IV.            Untuk menentukan pembekal dan pengilang mendapat pulangan yang setimpal.

PROSEDUR PENGGREDAN

Prosedur Persampelan: Pilih  tandan secara rawak sebagai sampel daripada setiap konsignasi yang
hendak digred. Saiz sampel minima bagi  konsignasi kurang daripada 5 tan metrik ialah 50 tandan
dan bagi konsignasi 5 tan metrik atau lebih ialah 100 tandan.

Kekerapan Penggredan: Kekerapan penggredan bagi pembekal yang mempunyai ikatan kontrak
jangka panjang ialah 1:10 lori. Jika tidak penggredan dibuat keatas semua konsignasi.

 
Klasifikasi Tandan:  
1. Tandan Masak ialah tandan segar yang berwarna
oren kemerahan dan mesokarpa buah lapisan
luarnya berwarna oren. Tandan ini mempunyai
sekurang-kurangnya sepuluh (10) soket segar buah
relai dan lebih daripada lima puluh peratus (50%)
buah masih melekat pada tandan semasa
pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai
hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam
selepas dituai.

Tandan Masak

2. Tandan Mengkal ialah tandan segar yang berwarna  


oren kemerahan atau ungu kemerahan dan
mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren
kekuningan. Tandan ini mempunyai kurang
daripada sepuluh (10) soket segar buah relai semasa
pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai
hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam
selepas dituai.
Tandan Mengkal
 
3. Tandan Muda ialah tandan segar yang berwarna  
hitam atau ungu kehitaman dan mesokarpa buah
lapisan luarnya berwarna kekuningan. Tandan ini
tidak mempunyai soket segar buah relai semasa
pemeriksaan di kilang. Soket buah relai (jika ada)
pada tandan buah muda bukan disebabkan oleh
proses kemasakan biasa.

 
Tandan Muda

4. Tandan Terlalu Masak ialah tandan segar yang  


mempunyai buah berwarna merah tua dan lebih
daripada lima puluh peratus (50%) buah telah relai
daripada tandan tetapi sekurang-kurangnya sepuluh
peratus (10%) buah segar masih melekat pada
tandannya semasa pemeriksaan di kilang. Tandan
dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam
masa 24 jam selepas dituai.

  Tandan Terlalu Masak


5. Tandan Kosong ialah tandan yang lebih daripada  
sembilan puluh peratus (90%) buah telah relai dari
tandannya semasa pemeriksaan di kilang.

Tandan Kosong

6. Tandan Busuk ialah tandan yang sebahagian atau  


kesemua bahagian tandan dan buah relainya telah
berubah warna kepada kehitaman, busuk dan
berkulat.

Tandan Busuk

7. Tandan Tangkai Panjang ialah tandan segar yang  


mempunyai tangkai melebihi 5cm diukur dari paras
terbawah tangkai tandan.

Tandan Tangkai Panjang

8. Tandan Tidak Segar ialah tandan yang telah dituai  


dan dibiarkan di ladang lebih daripada 48 jam
sebelum dihantar ke kilang dan semua atau
sebahagian buah serta tangkainya telah layu.
Tangkai tandan tidak segar biasanya kering dan
berwarna kehitaman.

Tandan Tidak Segar


9. Tandan Lama ialah tandan yang telah dituai dan  
dibiarkan lama di ladang sebelum dihantar ke
kilang. Buah yang masih melekat pada tandan ini
telah kecut dan berwarna perang kehitaman.
Tangkainya juga telah kecut, lembut, berserabut dan
warna kehitaman.

Tandan Lama

10. Tandan Kotor ialah tandan yang lebih separuh  


daripada permukaan buahnya berlumpur,
berpasir,beramang dan dicampur dengan batu atau
jirim-jirim asing yang lain

Tandan Kotor

11. Tandan Kecil  ialah tandan yang mempunyai buah


yang kecil dan beratnya kurang daripada 2.3 kg (5
lb).

Tandan Kecil

12. Tandan Rosak ialah tandan yang lebih daripada 30


% bahagian buahnya telah rosak diserang oleh
binatang-binatang perosak terutamanya tikus.

Tandan Rosak 

13. Tandan Berpenyakit ialah tandan yang mempunyai


buah yang tidak normal dari segi saiz atau
kepadatannya atau tandan yang mempunyai lebih
daripada lima puluh peratus (50%) buah
‘parthenocarpic’

 
Tandan Berpenyakit
14. Tandan Dura ialah tandan segar yang  
buahnya mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :  

    -  Tebal tempurung                       -    2-8 mm  

    -  Nisbah tempurung dengan buah -    25-50 %  

    -  Nisbah mesokarpa dengan buah   -    20-60 %

    -  Nisbah isirong dengan buah          -    4-20 %

    -  Tiada gelung serabut di sekeliling biji

Tandan Dura

15. Buah Relai  ialah buah yang berwarna oren  


kemerahan yang gugur daripada tandan segar kerana
masak. Buah relai hendaklah dihantar ke kilang
dalam masa 24 jam selepas tandan dituai.

Buah Relai 

16. Tandan Basah adalah merujuk kepada konsignasi  


buah kelapa sawit yang mempunyai kandungan air
yang berlebihan.

Tandan Basah
KAEDAH PENGGREDAN  

Sampel tandan buah kelapa sawit yang telah dipilih akan


digred bagi menentukan mutu tandan dan kadar perahan
yang boleh diberi kepada pembekal. Aktiviti-aktiviti yang
perlu dibuat semasa penggredan adalah seperti berikut :

         Pemeriksaan dan penilaian mutu tandan

         Pengiraan penalti bagi tandan tidak bermutu

         Penetapan kadar perahan asas

         Pengiraan kadar perahan digred

Pemeriksaan dan Penilaian Mutu Tandan

1.      Kerja Penggredan buah kelapa sawit hendaklah


dilakukan di hadapan pembekal atau wakilnya
seperti pemandu atau kelendan lori.

2.      Lori yang dipilih untuk digred hendaklah diarah


untuk menurunkan muatannya ke atas platform
berhampiran ‘loading ramp’. Pastikan tandan-tandan
itu dalam keadaan rata, yakni tidak berlonggok atau
berlapis.

3.      Bilang jumlah tandan konsignasi tersebut dan kira


berat purata tandan mengikut formula seperti berikut
: Berat Purata Tandan = Berat Muatan Bersih
(kg)Mengikut Tiket Timbang / Jumlah Bilangan
Tandan

4.      Daripada jumlah tandan ini, pilih secara rawak


sebanyak 50-100 tandan sampel dan asingkan
daripada tandan-tandan baki yang lain. Pemilihan
saiz sampel minimum hendaklah berdasarkan
kepada berat bersih konsignasi.

5. Kelaskan sampel tandan-tandan tadi kepada 5


kumpulan seperti berikut :

         Tandan Masak

         Tandan Mengkal


         Tandan Muda

         Tandan Kosong

         Tandan Busuk

6. 6.      Rekodkan bilangan dan peratus tiap-tiap


kumpulan tandan tersebut ke dalam Borang
Penggredan seperti di LAMPIRAN I. Jumlah
peratusan bagi 5 kategori mutu tandan tersebut
mestilah genap seratus peratus (100%).
7. Gred dan kelaskan sekali lagi kesemua sampel
tandan tersebut kepada 5 kumpulan seperti
berikut :-

         Tandan Tangkai Panjang

         Tandan Kotor

         Tandan Dura

         Tandan Lama

         Tandan Basah.

7. 8.      Dokumen-dokumen yang diperlukan dalam


kerja penggredan ialah Borang Penggredan
(LAMPIRAN I), tiket timbang dan dokumen
perjanjian dengan pembekal (jika ada). Pastikan
hanya bekalan buah kelapa sawit daripada pembekal
yang mempunyai lesen MPOB yang sah sahaja
diterima untuk digred.

Pengiraan Penalti Ke Atas Tandan Tidak Bermutu

1. Tandan buah kelapa sawit yang tidak bermutu


seperti di bawah akan dikenakan penalti mengikut
sistem diskaun seperti dalam JADUAL III hingga
JADUAL XI. Penalti yang akan dikenakan
bergantung kepada keputusan penggredan seperti
yang tercatat dalam Borang Penggredan. Semak
keputusan ini dengan jadual penalti (JADUAL III-
JADUAL XI) dan dari sini dapatkan nilai penalti
sebenar yang boleh dikenakan ke atas setiap
kategori tandan tidak bermutu. (Rujuk Buku Manual
Penggredan Buah Kelapa Sawit).
2. Konsignasi yang mempunyai kuantiti tandan buah
kelapa sawit yang tidak bermutu melebihi had
maksimum yang dibenarkan seperti salah satu di
bawah :-

 Bilangan tandan kosong melebihi dua puluh peratus


(20%) atau;
 Bilangan tandan kotor melebihi tiga puluh peratus
(30%): Hendaklah ditolak dan dikembalikan kepada
pembekal.

3. Dari segi praktik, adalah sukar untuk memperolehi


satu konsignasi yang mempunyai tandan bermutu
seratus peratus. Oleh itu kombinasi mutu tandan
untuk satu konsignasi yang dianggap bermutu
adalah seperti :-

Kategori Tandan Had  


Tandan Masak > 90 %
Tandan Mengkal < 10 %
Tandan Tangkai Panjang <5%
Tandan Dura 0%
Tandan Kosong 0%
Tandan Busuk 0%
Tandan Kotor 0%
Tandan Lama 0%
Tandan Basah 0%
 

Penetapan Kadar Perahan Asas  

Kadar Perahan Asas ialah kadar perahan teoritikal yang


juga merupakan kadar perahan maksimum minyak dan
isirong kelapa sawit. Kadar Perahan Asas boleh ditentukan
dengan dua cara, iaitu berdasarkan umur pokok atau
berdasarkan berat tandan.

1. Penetapan Kadar Perahan Asas Berdasarkan Umur


Pokok.Kadar Perahan Asas boleh ditentukan
berdasarkan umur pokok, sekiranya maklumat
mengenai tahun tanam diketahui. Sila rujuk
JADUAL I. Kaedah ini sesuai untuk kilang-kilang
yang memperolehi bekalan buah kelapa sawit
daripada ladang sendiri

2. Penetapan Kadar Perahan Asas Berdasarkan Berat


Tandan. Kaedah ini sesuai untuk kilang-kilang yang
memperolehi sumber bekalan buah kelapa sawit
daripada ladang-ladang luar atau peniaga yang tidak
diketahui tahun tanamnya. Sila rujuk JADUAL II.
Berat purata tandan boleh dikira dengan
membahagikan berat muatan bersih (seperti yang
tercatat dalam tiket timbang) dengan jumlah
bilangan tandan

Pengiraan Kadar Perahan Digred

1. Kadar perahan digred ialah kadar perahan minyak


dan isirong yang boleh diberi kepada seseorang
pembekal setelah penggredan dibuat keatas mutu
tandan buah kelapa sawit tersebut dan dikira
mengikut sistem diskaun seperti berikut;

              Kadar Perahan Digred = Kadar Perahan Asas -


Penalti

2. Kadar perahan digred hendaklah dicatatkan dalan


Borang Ringkasan Penggredan Bulanan seperti di
Lampiran 11 untuk tujuan pembayaran kepada
pembekal.

You might also like