You are on page 1of 6

Tengah hari itu, Aida berjalan pulang ke rumah seperti biasa.

Di pertengahan jalan,
Aida terlihat sebuah gerai menjual minuman. Oleh kerana cuaca agak panas, tekaknya berasa
kering dan dahaga. Aida membeli sebungkus minuman walaupun gerai itu kotor dan banyak
lalat yang berterbangan.
Setibanya di rumah, Aida bersalam dan mencium tangan ibunya. Dia mandi dan menukar
pakaian sebelum menuju ke meja makan. Sewaktu menuju ke dapur, Aida berasa sakit perut
dan loya. Aida berlari ke bilik air lalu muntah. Ibunya terkejut lalu membawa Aida ke klinik
dengan segera. Aida dirawat dan diberitahu bahawa dia keracunan. Doktor menasihatinya
agar menghabiskan ubat yang telah diberikan.
Aida berasa menyesal kerana membeli makanann yang tidak bersih. Lain kali, Aida akan
berhati-hatii semasa membeli makanan dan minuman. Mulai hari itu, dia berjanji tidak akan
makan atau minum di gerai yang kotor lagi.

Tengah hari itu, Aida berjalan pulang ke rumah seperti biasa. Di pertengahan jalan,
Aida terlihat sebuah gerai menjual minuman. Oleh kerana cuaca agak panas, tekaknya berasa
kering dan dahaga. Aida membeli sebungkus minuman walaupun gerai itu kotor dan banyak
lalat yang berterbangan.
Setibanya di rumah, Aida bersalam dan mencium tangan ibunya. Dia mandi dan menukar
pakaian sebelum menuju ke meja makan. Sewaktu menuju ke dapur, Aida berasa sakit perut
dan loya. Aida berlari ke bilik air lalu muntah. Ibunya terkejut lalu membawa Aida ke klinik
dengan segera. Aida dirawat dan diberitahu bahawa dia keracunan. Doktor menasihatinya
agar menghabiskan ubat yang telah diberikan.
Aida berasa menyesal kerana membeli makanann yang tidak bersih. Lain kali, Aida akan
berhati-hatii semasa membeli makanan dan minuman. Mulai hari itu, dia berjanji tidak akan
makan atau minum di gerai yang kotor lagi.

Tengah hari itu, Aida berjalan pulang ke rumah seperti biasa. Di pertengahan jalan,
Aida terlihat sebuah gerai menjual minuman. Oleh kerana cuaca agak panas, tekaknya berasa
kering dan dahaga. Aida membeli sebungkus minuman walaupun gerai itu kotor dan banyak
lalat yang berterbangan.
Setibanya di rumah, Aida bersalam dan mencium tangan ibunya. Dia mandi dan menukar
pakaian sebelum menuju ke meja makan. Sewaktu menuju ke dapur, Aida berasa sakit perut
dan loya. Aida berlari ke bilik air lalu muntah. Ibunya terkejut lalu membawa Aida ke klinik
dengan segera. Aida dirawat dan diberitahu bahawa dia keracunan. Doktor menasihatinya
agar menghabiskan ubat yang telah diberikan.
Aida berasa menyesal kerana membeli makanann yang tidak bersih. Lain kali, Aida akan
berhati-hatii semasa membeli makanan dan minuman. Mulai hari itu, dia berjanji tidak akan
makan atau minum di gerai yang kotor lagi.
Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
 
Apabila  balik  dari  sekolah,  Liza  mengeluarkan buku-buku barunya  dari  beg.  Kakaknya 
berkata, “Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih,
kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”
 
Liza  merupakan  anak   yang  suka  menolong  ibu  dan  ahli keluarganya  yang  lain. 
Liza  selalu  menolong  ibunya   mencuci pinggan  mangkuk,  melipat kain dan mengemas
rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.
 
Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya    kelihatan   
kemas   dan   bersih.  Dia   sentiasa   menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,
kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.
 
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah
dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman
rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat
tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
 
  LANGKAH 2:
  Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan
  baik, nilai murni , faedah  atau  pengajaran.
 
Apabila  balik  dari  sekolah,  Liza  mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya  dari  beg. 
Kakaknya  berkata, “ Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab,
“Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”(berdikari)
 
Liza  merupakan  anak   yang  suka  menolong  ibu (tolong-menolong)  dan  ahli keluarganya 
yang  lain.  Liza  selalu  menolong  ibunya   mencuci pinggan  mangkuk,  melipat kain dan
mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya (tolong-menolong)  mencuci kereta.
 
Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya    kelihatan    kemas  
dan   bersih.  Dia   sentiasa   menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal dan mental)
Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan
pakaiannya.
 
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah
(bekerjasama)  dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di
halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan
tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
 
  LANGKAH 3:
  Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat
  yang terdapat di dalam petikan
 
  -  Liza  mengeluarkan buku-buku barunya  dari  beg  (kerajinan)
  -  Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini (berdikari)
  -  Suka  menolong  ibu.  membantu ayahnya mencuci kereta (tolong-
     menolong)
  -  Menjaga kebersihan diri (kebersihan fizikal)
  -  Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin)
  -  Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah
     (bekerjasama)
 
 
  LANGKAH  4:
  Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk perenggan

Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin menolong  ahli  keluarganya  patut kita 
contohi. Dia juga sentiasa berdikari kerana tidak  mengharapkan  bantuan daripada orang lain,
malah dia sendiri yang melakukannya. Banyak   kerja   rumah   yang   telah  dilakukannya 
tanpa suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka  pada  keadaan  yang kotor dan tidak teratur. Dia
sentiasa menjaga kebersihan diri.  Dia  mengemas  bilik  tidurnya  dengan  rapi  apabila
bangun dari tidur. Rambutnya  diikat kemas  dan  kukunya yang   dipotong    rapi 
menunjukkan   dia  seorang   yang berdisiplin.   Pada  hari  minggu,  Liza  dan   keluarganya
bekerjasama membersihkan rumah.  Rumah  mereka  yang sentiasa  bersih  dan  ceria 
membuatkan  jiran-jirannya menyukai mereka sekeluarga.
 
  Tafsiran Nilai Murni:
 
  BAIK HATI
  -  Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)
  -  Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila
     membuat sesuatu tindakan)
  -  Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
     memerlukannya)
  -  Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta
     memahami perasaan dan keperluan masing-masing)
  -  Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)
 
  BERDIKARI
  -  Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa
     mengharapkan orang lain)
  -  Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup
     mencuba)
 
  HEMAH TINGGI
  -  Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam  pergaulan)
  -  Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta 
     sanggup menerima nasihat)
  -  Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)
 
  HORMAT-MENGHORMATI
  -  Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
  -  Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
     (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi
     layanan yang baik)
  -  Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan        
     serta lambang-lambang kebesaran negeri)
  -  Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati              
     kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)
  -  Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah
     ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)
  -  Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa
     dengan berfaedah)
 
  KASIH SAYANG
  -  Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)
  -  Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara  kehidupan flora dan
     fauna untuk kesejahteraan hidup)
 
  KEADILAN
  -  Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)
  -  Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama
     ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)
 
  KEBEBASAN
  -  Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan
     undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,
     masyarakat, negara dan agama
 
  KEBERANIAN
  -  Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan
     mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko
     yang akan dihadapi)
  -  Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui
     sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)
 
  KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
  -  Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu
     untuk hidup sihat)
  -  Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan
     bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
  -  Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu
     diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)
 
  KEJUJURAN
  -  Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan
     dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)
  -  Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah
     atau berselindung)
  -  Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)      
 
 KERAJINAN
  -  Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan
     inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti)
  -  Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara
     yang berfaedah)
 
  KERJASAMA
  -  Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
     sukarela)
  -  Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan
     berlakunya perselisihan)
  -  Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
     masyarakat, negara dan antarabangsa)
 
  KESEDERHANAAN
  -  Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang
     tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan
     kemarahan orang lain)
  -  Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan       
     orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri
     sendiri dan orang lain)
 
  KESYUKURAN
  -  Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
     penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)
 
  PATRIOTISME
  -  Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga
     keselamatan, nama baik negara)
 
  RASIONAL
  -  Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu
     perkara sebelum membuat keputusan)
 
  SEMANGAT BERMASYARAKAT
  -  Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu
     pekerjaan bagi kepentingan bersama)
  -  Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama
     dengan jiran tetangga)
  -  Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah
     masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)         

You might also like