You are on page 1of 1

ABSTRAK INOVASI SAINS 2010

Nama-Nama Ahli: (Muhammad Faris Bin Ahmad Khair, Alex Jay Robert, Zulhairi bin
Osman, Asyraff Nazreen Haikal Bin Zulkifli,Mohd Saifuddin Bin Ahmad Khalil, Mohd
Zulhairi Bin Paiman, Norazlaili Binti Mokhtar, Shafiqah Binti Fauzi, Nurul Shuhada
Binti Mohamed,)

Tahun 2010 telah tercatatnya sebuah lagi persembahan inovasi sains peringkat
IPG kampus Sultan Mizan di mana semua pelajar yang majornya sains harus
melibatkan diri. Bagi sains 2, semester 4 ambilan januari 2009 ini merupakan sebuah
tapak untuk menonjolkan diri. Jadi, mereka telah mereka cipta sebuah inovasi yang
dipanggil “The Magnetic Car”.

Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk membetulkan miskonsepsi


pelajar mengenai magnet. Ini kerana ada sesetengah pelajar menyangka bahawa
magnet dapat menarik semua bahan terutamanya yang bukan besi. Secara tidak
langsung, miskonsepsi ini dapat diubah dengan terciptanya bahan rekaan ini.

Apa yang menariknya mengeani projek ini ialah bahan-bahan yang diperlukan
untuk menyiapkan adalah daripada bahan-bahan yang dapat dikitar semula seperti
kotak, plastik, kadbod dan lain-lain. Kos pembuatannya tidak tinggi dan amat rendah
jika dibandingkan dengan inovasi-inovasi yang lain.

Sudah semestinya sebuah rekaan memerlukan beberapa kali cubaan yang


mampu menguji ketahanan dan keberkesanannya. Secara sepakat kami telah
mengambil keputusan untuk mengujinya di pelajar tahap satu iaitu darjah 3. Ini
kerana, projek ini amat bersesuaian kerana dalam sains darjah 3 mereka akan
mempelajari mengenai magnet. Kami telah meguji bahan ini bagi 3 tahap pelajar
yang berbeza iaitu bijak, sederhana dan lemah. Keputusannya amat
memberangsangkan kerana bahan ini mampu menarik minat pelajar-pelajar itu
sendiri.

Kesimpulannya, inovasi sains ini patut diterapkan bukan di peringkat IPG lagi
malah kalau boleh di peringkat tadika kerana ia mampu menarik minat pelajar.
Apatah lagi sains berkait rapat dengan kehidupan seharian, jadi sains bukan lah
salah satu masalah yang dapat menyusahkan pelajar pada masa kini

You might also like