You are on page 1of 13

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN HOKI

HOKI DI MALAYSIA

PERAALATAN PERMAINAN HOKI

-padang
-bola
-kayu
-kasut
-alatan penjaga gol

PERATURAN PERMAINAN HOKI


SEJARAH DAN PERKEMBANGAN HOKI
Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana perkataan
hoki atau hockey berasal. Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan
permainan menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai
permulaan permainan hoki sekarang, pada zaman kuno lagi. Menurut catatan itu, ia
dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Akan
tetapi permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365
apabila ia pertama kali diperkenalkan di England. Kedatangan permainan ini ke
England telah menaikkan semangat dan menarik minat masyarakat di negara
tersebut ketika itu. Ramai yang mula bermainnya. Oleh kerana tiada suatu peraturan
atau undang-undang khusus untuknya, pelbagai cara dan teknik permainan
digunakan. Ini sering berlaku kekecohan sehingga selalu pula berlaku pergaduhan
dan pertumpahan darah. Dengan kata lain, cara permainan yang tidak teratur ini
mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya pihak atasan Britain terus
mengharamkannya.

Dalam pada itu, sebagai permainan, hoki sudah mula diterima oleh lebih
banyak negara dunia. Undang-undang tentangnya mula direka.Walaupun usaha ini
memakan masa yang lama, namun ia mendatangkan manafaat kepada permainan
ini kemudiannya. Dengan adanya undang-undang dan peraturan ini, maka dapatlah
permainan ini dimainkan dengan lebih teratur dan mudahlah lagi bagi mereka yang
mahu mempelajarinya.

Dahulunya, permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai nama atau


panggilan. Contohnya di Wales ia dikenali dengan banty atau bandy.Perkataan
hockey pula diambil dari perkataan Perancis, iaitu hoquet. Adalah difahamkan, iaitu
nama ini telah diinggeriskan menjadi hockey ( hoki ).
Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka bermulalah era
baru kepada permainan ini. Bukan sahaja kaum lelaki yang bermain, malah kaum
perempuan pun turut bermain. Pasukan hokipertama ditubuhkan di negara tersebut
pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab
hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada
tahun 1861. Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki, yang antara lain
ialah cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad, dan
mengenkan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan.
Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah digubal serta diperkemaskan
dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian,
Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan
kemas untuk permainanini. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai
sukan yang kini merupakan salah satu sukan yang paling diminati di dunia. Dari
England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat
dan beberapa Negara Eropah.
HOKI DI MALAYSIA
Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia
dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia (MSS) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk murid-
murid. Hoki juga popular di sekolah-sekolah menengah, kelab, institut/maktab,
universiti dan persatuan-persatuan.

Namun begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak
takraw, khasnya di luar bandar, kerana hoki memerlukan padang bermain yang baik
dan alatan bermain yang mahal berbanding dengan bola sepak dan sepak takraw.
Guru dan jurulatih yang berpengalaman juga tidak ramai di lihat handal yang cukup
bermotivasi untuk mempopularkan permainan ini. Ini adalah merugikan kerana
penduduk Malaysia mempunyai bakat untuk bermain hoki. Mereka mempunyai
susuk badan yang sesuai. Walau bagaimanapun ramai pengkritik berpendapat
bahawa badan besar orang Eropah adalah kelebihan yang nyata, terutamanya dari
segi kekuatan. Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan
mengikut saiz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia
mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti Richard
Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan.

Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk
tempapatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan
bermainnya mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang
diminati di negara kita.Semua peringkat umur bermainnya lelaki dan juga
perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk
tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri
Selat. Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan
hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan
perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan
lawatan ke Negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat
emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk
mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita
telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita
memenanagi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan
hoki Macao pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat
mengadakan dua perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita
menumpaskan mereka.

Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian
di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan
Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di
Negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya.
Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil
bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa. Kemudian MHF
bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik
Kebangsaan. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga
kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau
menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini.
Piala ini dinamakan Piala Razak.
Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.
Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan
galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan
permainan ini dinegara kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan
peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah DYMM
Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat


antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan
tersebut untuk mengadakan perlawananulangan pada tahun 1954. Setahun
kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan persahabatan dengan
pasukan kita.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Ini kerana
pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik
yangdiadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12
pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian
dalam Piala Dunia. Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala
Dunia, dimana kita menduduki tempat ke empat.Manakala dalam Sukan Asia kita
sering menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan menduduki tempat
ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada Negara
yang mampu menggugat pasukan kita.
PERALATAN PERMAINAN HOKI

 Padang
Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meterpanjang dan 55
meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dangarisan lebar dikenali
sebagai garisan belakang. Pintu gol diletakkan diatas garisan belakang.

 Pintu golGol
Diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah
yang disambung dengan satu tiang mendatar(crossbar). Jarak di antara dua
tiang tengah adalah 3.66 meter manakalaketinggiannya adalah 2.14 meter.
Semua tiang di cat dengan warnaputih.

 Jaring
Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia
mempunyai“mesh” berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
 Bulata jaringan (Striking circle)
Ciri-ciri bulatan jaringan ialah:
i) Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol
di tengah garisan berukuran 14.63 meter.
ii) Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari
garisan 3.66 meter ke garisan belakang.
iii) Dikenali sebagai kawasan D.
iv) Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan
bagi sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari
tiang gol kiri atau kanan

 Tiang bendera
Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainandan
dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20meter
hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuat daripada bahan lembutuntuk menjamin
keselamatan pemain.

 Bola
Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya
permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di
antara 156 g – 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g – 235 g.
 Kayu hoki
Sebatang kayu hoki yang baik perlulah:
i) Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di
sebelah kanan.
ii) Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola. Hanya
permukaan muka kayu yang dibenarkan.
iii) Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk ‘J’ atau ‘U’.
iv) Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan
merbahaya di tepi-tepi kayu.
v) Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm
boleh melepasinya.
vi) Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam,
tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi
737 g.
 Kasut
Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang
sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut
yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan
sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan.
Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik
bagi memudahkan pergerakan pemain.

 Alatan penjaga gol


Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik.
Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara alat
keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti:
i) Ped kaki
- Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut.
- Dipasang bersama kickers.
- Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di
mana ped-ped disambungkan kepada kickers diatas pergelangan kaki.
- Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk
suatu permainan.
ii) Sarung tangan
- Diperbuat daripada kulit dan plastic
- Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga
gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 – 160 km
sejam.
- Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki
dengan kukuh.
- Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm
panjang
PERATURAN PERMAINAN HOKI
Setiap permainan mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri. Demikianlah juga
sukan hoki. Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan ialah:

i) Komposisi pasukan
- Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap.
- Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli.
- Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa.
- Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya
tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain.
- Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di
atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan
tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan.

ii) Mengganti pemain

- Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang


pemain yang telah dinamakan.
- - Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut
penalti yang diambil.
- - Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang
dihukum keluar.
- Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki
padang.
- Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan
dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun, permainan akan diberhentikan
sekiranya ingin menggantikan penjaga gol.
- Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan
penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.
iii) Ketua pasukan

- Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten


dalam kalangan mereka.

- Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka
pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten.

- Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan


gantian pemain dibuat dengan betul.

iv) Pakaian dan peralatan pemain

- Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan


pasukan lawan.

- Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan
pasukan lawan. - Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol
kecuali apabila menghadapi penalty stroke.

v) Perlawanan dan keputusannya

- Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit


dibahagikan kepada satu separuh masa.

- Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat tambahan
perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

- Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang

- Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan


gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri.
vi) Permulaan permainan

- Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan


permainan dahulu atau memilih gol yang hendak diserang.

- Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar.

- Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.

- Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama


ada pada awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan.

- Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat


hantaran tengah.

- Ciri-ciri hantaran tengah:

- dilakukan di tengah padang

- bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada


pemain yang lakukan hantaran tersebut.

- apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula


dengan lakuan buli. - selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan,
permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.
vii) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan

- Bermain bola dengan back stick

- Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan.

- Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau mengangkat


tinggi kayu hoki

- Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan.

- Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk


menjaringkan gol.

- Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu.

- Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang
sedang menerima bola tinggi. Namun pemain berkenaan boleh
menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di atas
padang.

- Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka


menahan gol.

- Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak


melakukan pukulan sudut atau penalti.

- Membuang masa dengan sengaja.

- Menghalang pemain.

- Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan


mana-mana bahagian badan.

- Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola.

- Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain


atau pengadil.

- Penjaga gol baring di atas bola.

- Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan.

- Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki


atau mana-mana bahagian badan.
AR201 KO-KURIKILUM
(HOKI)
PENGENALAN PERMAINAN HOKI

NAMA : NORFAIZAH BINTI WIRAE

NO. PENDAFTARAN : 01DUT10F1058

KELAS : DUT2B

PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD

You might also like