You are on page 1of 18

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA

MELAKA
FALSAFAH SAINS DAN TEKNOLOGI
BLHW1722

DISEDIAKAN OLEH:
NURFARAHIN BT. SALLEH B061010196

NURUL WAHIDA BT. ABD.RAZALI B061010163

NURUL HAFIZA BT. MOHD.MARSAH B061010015

MAIZURAH BT. MAHMOOD B061010226

ZULIANA KARTINI BT. ZULKIFLI B061010030

SHAMALA DEVI A/P PERUMAL B061010086

KALIAMMAH A/P MARIE MUTHU B061010143

NAMA PENSYARAH:
PUAN NORAZILAH BT.AHMAD
OBJEKTIF KAJIAN

 Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang bidang Teknologi forensik dan
Kaitannya dengan ilmu kimia.
 Untuk memastikan fakta yang diperolehi dari media masa dan sumber-sumber lain adalah
benar dan boleh dipercayai.
 Untuk merealisasikan sebahagian daripada objektif pelajaran dan pembelajaran dapat
dicapai.
 Untuk mengenalpasti struktur organisasi yang berkaitan dengan forensik dan kimia di
Malaysia.
 Untuk mengaplikasikan isu semasa dengan tajuk kajian yang diberi.
BIDANG TEKNOLOGI FORENSIK DAN KAITANNYA DENGAN ILMU KIMIA

LATAR BELAKANG DEFINISI

KIMIA

APA ITU KIMIA?


Kesan yang popular tentang kimia adalah tabung reaksi, bau-bauan yang aneh dan menyengat,
ledakan bom, pencemaran linghkungan, dan kesan – kesan negative lainnya. Padahal, ilmu kimia
berperan penting dalam mendukung perkembangan industri. Kemajuan industri ini membawa
kesejahteraan dan banyak kemudahan bagi umat manusia.
Sebagai ilmu yang mempelajari zat – zat penyusun materi, sifat – sifatnya, serta perubahan –
perubahan yang dialaminya, kimia mampu menjelaskan dengan baik banyak penomena macro
yang terjadi di alam.kimia juga dapat menjelaskan bagaimana zat – zat saling bereaksi. Reaksi
kimia tidak hanya terjadi di laboratorium, melainkan terjadi pula di sekitar kita. Proses
pernafasan, fotosintesis, dan pematangan buah merupakan beberapa contoh reaksi kimia. Rekasi
kimia dapat digunakan untuk membuat beragam produk yang kita perlukan sehari – har. Oleh
karena itu praktisi industri menggunakan reaksi kimia untuk menghasilkan berbagai produk
makanan, minuman, detergen, tekstil, kertas, dan bahan – bahan konsumsi lainnya. Ahli medis
pun menggunakan reaksi kimia untuk menemukan obat – obatan, menguji sampel darah, dan
menentukan dosis obat yang tepat bagi pasien.

MENGAPA HARUS BELAJAR KIMIA??


Kimia merupakan ”The Central Science” yang erat kaitannya dengan bidang ilmu lain jika anda
tertarik mendalami bidang biologi, fisika, kedokteran, farmasi, teknologi pangan, dan forensik,
sebaiknya anda membekali diri dengan kimia. Konsep – konsep kimia akan sangat membantu
anda memahami ilmu – ilmu tersebut.
Kimia juga memabantu anda untuk dapat menggunakan bahan – bahan kimia secara aman dan
tepat. Misalnya, anda tidak akan mencampur bahan pemutih pakaian dentgan detergen karena hal
itu dapat menimbulkan gas yang berbahaya. Anda juga dapat menghindari makan, minuman, dan
kosmetika yang mengandung bahan – bahan kimia yang berbahaya.
APA MANFAAT JIKA MENGUASAI KIMIA??
Dengan menguasai kimia, anda dapat mengenal alam semesta secara lebih baik. Anda akan
tercengan bahwa alam semesta ini telah diatur sedemikian rapihnya dan dengan desain yang luar
biasa hebatnya. Dengan demikian, anda akan semakin memahi makna kemaha besaran tuhan.
Yang tidak pernah menciptakan sesuatu dengan sia – sia.
Selain itu, penguasaan ilmu kimia yang baik pula dapat mengantarkan anda menjadi seorang ahli
botani, ahli kimia, dokter, apoteker, ahli biokimia, ahli kosmetika, ahli lingkungan, ahli geologi,
ahli forensik, editor buku atau jurnal ilmiah, dokter gigi, ahli pangan, ahli zoologi, ahli radiologi,
guru, dosen, praktisi bisnis pengolah makanan, teknisi laboratorium, peneliti, dan potografer.

( http://lulukemaludin.blogdetik.com/2009/04/08/kimia/)

SAINS FORENSIK

Sains forensik merupakan satu bidang sains yang menjalankan kajian ke atas penyiasatan
jenayah dengan menggunakan ilmu sains seperti kimia, biologi, fizik, teknologi maklumat, dan
sebagainya. Akan tetapi, bidang ini telah diperluaskan sehingga menggunakan ilmu sains sosial
dalam penyiasatannya seperti perakaunan dan ekonomi. Matlamat utama sains forensik adalah
untuk mencari kenyataan di sebalik sesuatu kes.

Teori sains forensik

 Teori Sentuhan: ia diperkenalkan oleh Locard yang menyatakan bahawa "every contact
leaves trace". Adalah dipercayai bahawa setiap sentuhan antara dua objek akan
meninggalkan kesan iaitu barang kes. Kesan ini akan dicari dan dikumpulkan oleh pihak
berkuasa iaitu polis untuk melakukan penyiasatan melalui analisis, biasanya analisis
kimia.

 Teori individualistik: setiap barang kes adalah tidak sama walaupun ia dihasilkan oleh
kilang yang sama. Teori ini diterima pakai untuk membuat perbandingan antara dua
objek yang disyaki sama atau daripada sumber yang sama. Contohnya, dua cebisan kaca
dipadankan pinggirnya untuk mengetahui sama ada mereka adalah daripada sekeping
kaca yang sama sebelum ia dipecahkan. Jika dua kaca adalah daripada sumber yang asal,
maka ciri-ciri individualistik akan wujud dan tiada kaca lain dapat menghasilkan padanan
pinggir yang sama.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains_forensik)

FORENSIK KIMIA MALAYSIA

Bahagian Forensik Kimia Malaysia merupakan organisasi terkemuka di Malaysia dalam


komuniti Sains Forensik yang menyediakan perkhidmatan forensik yang bebas dan berkecuali
kepada sektor - sektor awam dan swasta.  

Di Bahagian Forensik terdapat beberapa Seksyen iaitu:

 Narkotik
Identifikasi dan analisis dadah-dadah berbahaya seperti heroin, kanabis, candu, dadah
psikotropik dan juga ATS (“amphetamine typestimulants”).

 Toksikologi
 Kes-kes keracunan manusia dan haiwan, analisis alkohol dalam darah dan air
kencing, dan juga analisis dadah dalam cecair badan. 

 Serologi / DNA
Pemeriksaan serologi dan pemprofilan DNA.

 Kriminalisitk
Analisis bahan bukti surihan, pemeriksaan kenderaan, identifikasi CD cetak rompak,
identifikasi senjatapi dan penyiasatan kebakaran.

 Dokumen

Pemeriksaan tulisan tangan, tandatangan dan proses pencetakan, serta analisis


kertas dan dakwat. 
Kesemua ujian dan analisis ini dijalankan di Ibupejabat dan juga Makmal Cawangan Kimia
Malaysia, kecuali

a) Analisis pemprofilan DNA yang hanya ditawarkan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia,
Petaling Jaya, di Makmal Cawangan Kuching, Sarawak dan semenjak 1hb Julai 2009 di makmal
cawangan Pulau Pinang.

b) Pemeriksaan Dokumen yang dipertikaikan pula dijalankan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia
Malaysia, Petaling Jaya dan semenjak 1hb April 2009 di makmal Cawangan Kota Kinabalu,
Sabah.
Bahagian Forensik juga menawarkan perkhidmatan sokongan termasuklah keterangan saksi
pakar, kuliah dan latihan praktikal kepada: 

 Agensi perundangan dan kehakiman


 Pejabat Peguam Negara
 Pelatih dibawah program latihan UNODC
 Pelajar kursus ijazah muda dan sarjana sains forensik

Objektif Bahagian Forensik

 Menjalankan dan memastikan operasi makmal sentiasa selaras dengan kaedah sains yang
terbaik yang sedia ada.
 Memastikan semua pemeriksaan dan analisis adalah tepat dari segi teknikal. Ini
merangkumi bukan sahaja kerja-kerja makmal malah juga laporan yang ditulis,
penyiasatan di tempat kejadian dan keterangan di mahkamah.
Carta Organisasi Bahagian Forensik di Ibupejabat Kimia Malaysia, Petaling Jaya

Peralatan dan Kemudahan yang Terdapat di Kimia Malaysia.

Kimia Malaysia menggunakan peralatan saintifik dan teknik-teknik terkini untuk memastikan
analisis bahan kes yang tepat dan jitu. Peralatan yang terdapat di Kimia Malaysia termasuklah:

 “Integrated Multi-Function Document Examination System” yang merangkumi


“video spectral comparison and Raman Spectrometer”.
 Enzyme Linked Immunosorbent Assay (ELISA) untuk pemeriksaan dadah berbahaya.
  Kromatografi Gas yang mempunyai detector-detektor yang spesifik dan sensitif.
 Sistem “Remedi HS Profiling” untuk penyaringan dadah dalam air kencing.
   “High Performance Liquid Chromatographs” (HPLC) dengan “photodiode array
         detector”.
 Kromatografi Gas dengan “mass selective detectors” (GCMS).
 CO-oksimeter untuk analisis kandungan karbon monoksida dalam darah.
 Mikroskop “Fourier Transform Infra-Red” (FTIR).
 “Automated High Power Microscope” untuk pemeriksaan cakera padat cetak rompak.
 Genetic Analyzer untuk analisis DNA.
Akreditasi kepada “American Society of Crime Laboratory Directors/ Laboratory Accreditation
Board” (ASCLD-LAB)

 Bahagian Forensik Kimia Malaysia telah diakreditasi kepada ASCLD-LAB ® (“American


Society of Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board”) sejak 19 Oktober 2005.
Bahagian ini telah diakreditasi dan diiktiraf dalam bidang “Controlled Substances, Toxicology,
Biology (Serology and DNA), Firearms/Toolmarks and Questioned Documents”.

Kimia Malaysia berbangga untuk menjadi makmal kesepuluh diluar Amerika Syarikat untuk
mendapat pengiktirafan persijilan ASCLD-LAB, kerana pencapaian ini menunjukkan bahawa
perkhidmatan sains forensik yang ditawarkan oleh Kimia Malaysia telah memenuhi syarat-syarat
akreditasi ASCLD-LAB dan merupakan makmal yang setanding dengan makmal-makmal
forensik antarabangsa.

Pada tahun 2005, makmal-makmal forensik Kimia Malaysia telah mengendalikan banyak kes
yang telah dihantar untuk analisis, terutamanya daripada Polis DiRaja Malaysia. Kes-kes yang
diterima termasuklah beberapa kes profil tinggi yang telah menerima liputan media yang meluas
dan telah mendapat perhatian masyarakat di Malaysia.

(http://www.kimia.gov.my/bm/fungsi-bahagian.html)
TEKNOLOGI FORENSIK

DNA digital - Forensik komputer jejaki penjenayah siber


Oleh: MOHD RIDZWAN MD IMAN
2 Mei 2002 (Utusan Malaysia)

KITA tentu biasa mendengar mengenai ujian DNA yang dijalankan ke atas seseorang bagi
mengenal pasti keturunan, penyakit dan sebagainya dalam industri perubatan dunia. Begitu juga
ujian forensik yang dijalankan ke atas mayat-mayat bagi mengenalpasti pelbagai kemungkinan
punca kematian dan faktor-faktor berkaitan.

Bagaimanapun, sebenarnya teknologi forensik dalam bidang perubatan juga kini telah
diaplikasikan dalam dunia teknologi pengkomputeran digital yang semakin mencatatkan
perkembangan pesat.

Seperti diketahui, teknologi dibangunkan untuk tujuan pembangunan atau kebaikan tetapi ia
tidak akan terlepas juga dari aktiviti negatif oleh pihak-pihak yang sentiasa mengambil
kesempatan dari apa sahaja teknologi untuk kepentingan peribadi.

Aktiviti pencerobohan dan penggodaman komputer, serangan virus perosak komputer dan data,
kecurian maklumat, pengintipan dan sebagainya merupakan aspek negatif atau tindakan jenayah
dalam dunia siber masa kini.

Forensik komputer merupakan teknologi yang digunakan dalam membantu penyiasatan, analisis
dan mendapatkan bukti-bukti dalam penyiasatan jenayah komputer untuk dikemukakan kepada
kekuatan undang-undang.

Maklumat dan bukti ini diperlukan bagi sesetengah isu penipuan dan jenayah siber seperti
penyalahgunaan e-mel, penipuan sistem, melanggar hak cipta terpelihara dan senario berkaitan
penyalahgunaan komputer.

Seperti yang diketahui, penjenayah sama ada di dunia nyata atau maya akan cuba
menyembunyikan jejak-jejak perbuatan jahat mereka selepas melakukan jenayah dan teknologi
forensik komputer diperlukan bagi menjejaki mereka.
Pakar keselamatan ICT yang terlibat dalam pembentukan unit jenayah komputer Scotland Yard,
John Austen berkata, pasukan Interpol di Eropah telah menubuhkan jawatankuasa menangani
masalah jenayah ICT pada 1990 selepas masalah pertama di kesan pada 1989.

"Kes pertama yang dikendalikan oleh polis di Eropah itu ialah perbuatan menyebarkan virus
melalui disket yang mampu memformat cakera keras kira-kira 20,000 institusi kesihatan di
seluruh dunia,'' kata Austeen yang juga Pengarah, CC Information Security Ltd.

Katanya, ketika itu, pihak polis menghadapi masalah untuk menjejaki perbuatan tersebut yang
dilakukan oleh sebuah syarikat dari Panama kerana tidak mempunyai kepakaran khusus.

Sejak itu, aktiviti jenayah berkaitan komputer terus berkembang dan menjadi bertambah pantas
terutama selepas penerimaan total Internet di seluruh dunia.

Ancaman komputer lazimnya boleh dilakukan oleh penggodam profesional, agensi perisikan,
jenayah terancang, agensi penyiasatan, media sambilan dan ekstremis politik.

Beliau berkata, semua negara kini tidak terlepas dari ancaman jenayah komputer dan harus
bersedia menghadapi masalah perang maklumat yang boleh memberi kesan buruk apabila ia
dilakukan.

Malaysia yang kini dalam proses membangunkan industri teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) secara besar-besaran tidak terkecuali dari ancaman dan masalah berkaitan jenayah
komputer.

Menurut Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie, Malaysia
mengalami kerugian kira-kira RM22 juta kerana terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah akibat
ancaman dan serangan berkaitan ICT.

Katanya, Pusat Keselamatan Dan Tindakbalas Kecemasan ICT Kebangsaan (NISER)


mengkategorikan jenayah komputer kepada beberapa aktiviti, iaitu pengeboman mel, spam,
pemalsuan, ancaman penggodaman, serangan virus, pencerobohan dan penafian perkhidmatan
(DoS).
Statistik NISER juga menyatakan yang Malaysia mengalami 700 kes berkaitan keselamatan ICT
tahun lepas yang bermula dari masalah sekecil mengubah muka hadapan laman web sehingga
kepada ugutan rangkaian dan pencerobohan komputer pelayan web.

Sehubungan itu, bagi memastikan perkembangan ICT negara terus berkembang pesat, pelbagai
langkah telah diambil oleh kerajaan dan juga swasta bagi menjamin perkembangan ICT negara
tidak terbantut disebabkan masalah keselamatan komputer.

Pengenalan Undang-undang siber, penubuhan agensi pemantauan keselamatan seperti MyCert


dan NISER adalah antara langkah-langkah yang diperkenalkan kerajaan dalam menangani isu-
isu pemantauan dan pengukuhan keselamatan komputer.

NISER baru-baru ini telah memperkenalkan satu lagi perkhidmatan berkaitan keselamatan
komputer iaitu Perkhidmatan Forensik Komputer yang bertujuan membantu syarikat dan agensi
kerajaan di negara ini menjejak bukti-bukti digital penjenayah siber.

Perkhidmatan forensik komputer semakin mencabar dewasa ini berikutan peningkatan


kecekapan penjenayah untuk cuba memusnahkan jejak dan identiti mereka selepas melakukan
perbuatan jenayah siber tersebut.

Kebolehdapatan dan penggunaan teknik enkripsi berkuasa tinggi dan berleluasa menyukarkan
pengurus IT biasa syarikat untuk mengetahui jejak tersebut tanpa perlu mendapatkan bantuan
pakar forensik komputer yang terlatih.

Bagaimanapun, kemahiran yang dimiliki oleh penyiasat forensik digital akan perlu sentiasa
dipertingkat kerana penjenayah sentiasa menggunakan kaedah dan teknik baru dalam
menyembunyikan jejak jenayah mereka.

Pakar forensik kebiasaannya akan melakukan pelbagai kaedah dan teknik dalam menjalankan
penyiasatan mereka. Senario tersebut seperti yang dilakukan oleh pasukan polis ketika mereka
menjalankan penyiasatan kegiatan jenayah biasa.

Mereka harus mengambil kira pelbagai faktor dalam siasatan tersebut agar ia lebih teliti dan
mampu menjejak sehingga ke akar umbi masalah.
Menurut NISER, perkhidmatan yang ditawarkan meliputi pengumpulan maklumat, mengenal
pasti maklumat atau bukti-bukti kritikal, memulihkan kehilangan maklumat kritikal dan
melindungi data elektronik ketika proses ujian forensik sedang dijalankan.

Analisis yang kebiasaannya dilakukan di makmal NISER termasuk menganalisis maklumat yang
mampu mengeluarkan semula fail-fail tersembunyi dan juga memulih semula fail-fail swap.

Bagi memastikan data-data di atas komputer dijalankan penyiasatan tidak terganggu, pasukan
penyiasat forensik NISER akan menyalinkan data-data tersebut ke komputer lain untuk tujuan
dijalankan analisis.

"Walaupun melaksanakan kajian terhadap sumber asal akan lebih memudahkan pengesanan jejak
penjenayah komputer tetapi ia bukan merupakan kaedah terbaik kerana dikhuatiri boleh
menjejaskan data asal,'' kata NISER dalam laman webnya.

Maklumat dalam komputer asal sangat penting kerana kesilapan yang kecil sahaja boleh
memusnahkan data asal atau jejak yang ditinggalkan penjenayah.

NISER menggunakan peralatan pengimejan cakera yang akan menyalin semua maklumat dari
sumber asal dalam bentuk sedia ada yang kemudiannya boleh dijalankan kajian ke atasnya.

Selain daripada menawarkan perkhidmatan menjejak bukti penjenayah komputer, NISER juga
menawarkan perkhidmatan memulihkan atau mengembalikan semula data-data dari komputer
yang telah dipadam atau cakera keras yang telah diformat.

Kadar bayaran yang dikenakan oleh NISER adalah mengikut jumlah jam bekerja yang dilakukan
oleh pasukan penyiasat forensik komputer dalam sesuatu kes. Secara purata, pemeriksaan
forensik biasa akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam.

Kesimpulannya, semakin canggih teknologi yang digunakan, semakin canggih pula perbuatan
penjenayah di dunia ini.
Sebagai pengguna, kita tidak seharusnya terlalu mudah mendedahkan diri kita kepada perbuatan
jenayah tersebut dengan mengambil segala langkah perlindungan yang perlu. Jika kejadian
tersebut masih juga berlaku kepada kita, jangan lupa dapatkan khidmat pakar.

CONTOH ISU SEMASA YANG BERKAITAN FORENSIK DAN KIMIA

Sosilawati Dan Tiga Lagi Dibunuh Dan


Dibakar
Penulis daripada Pena Islam   
Isnin, 13 September 2010 13:07
BANTING, 12 Sept (Bernama) -- Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan
tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar
dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri
kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.

Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang
dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar 'Datuk', telah ditahan bersama adik lelakinya, dua
wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua
suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga
mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong,
Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri pada sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala
Langat.

Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis
masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia.

"Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua
mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis," katanya.
Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan
tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan.

Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan
di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah
pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham
Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain
dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1,
Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di
Subang Jaya.

Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan
kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di
Kuala Lumpur.

Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan
perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada
2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai
mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil,
Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari
terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik
tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa
kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa
sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut
sejak setahun lalu.

" Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana
dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

"Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan," katanya.

Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata,
ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data.Data adalah informasi sahih yang
digunakan untuk keperluan analisis dalam kajian. Data yang digunakan dalam kajian
menggunakan data primer dan data sekunder. Data primer ialah data yang diperoleh dari
informasi dan hasil pengamatan lapangan. Data sekunder, ialah data yang diperoleh dari
penerbitan dan internet.

RUMUSAN

Penggunaan prinsip dan prosedur ilmiah untuk memecahan masalah hukum dikenal sebagai
ilmu pengetahuan forensik. Istilah “forensik” dapat menggambarkan sejumlah disiplin ilmiah, di
antaranya kimia, toksikologi, psikiatri, patologi, biologi, dan teknik. Oleh karena itu, sangatlah
wajar untuk memikirkan ilmu pengetahuan forensik dalam kaitannya dengan ilmu pengetahuan
alam, fisika, dan ilmu sosial, pengelompokan besar cabang pengetahuan terkumpul di mana
kebenaran dan hukum diperiksa dan dicatat. Ketika ilmu pengetahuan forensik digunakan untuk
menyelesaikan masalah hukum, banyak subkelompok menjadi spesialisasi yang dikenal sebagai
farmakologi forensik, psikologi forensik, dan lain-lain. Sebenarnya, tiap subspesialisasi ini dapat
digunakan dalam pemecahan masalah hukum.

Bidang sains forensik mengaplikasikan pengetahuan dari bidang-bidang fizik, kimia dan juga
biologi dan memainkan peranan utama dalam pengenalpastian, identifikasi dan pemeriksaan
bukti fizikal.Berdasarkan sejarah, bidang ini muncul di negara ini disebabkan berlakunya kes-kes
yang melibatkan perundangan dan ia bertujuan untuk membantu pihak penguatkuasaan serta
kehakiman bagi mengukuhkan bukti serta sebagai saksi pakar di dalam sistem perundangan.

Oleh itu, ia muncul seiring dengan sistem kehakiman yang telah digubal.Masalah yang kerap
kali dihadapi oleh ahli kimia semasa menyelesaikan kes-kes yang melibatkan analisis forensik
ialah berlaku percanggahan bukti iaitu bukti yang dikemuka kan tidak serupa dengan bukti yang
dibawa oleh pegawai penyiasat.

Di samping itu juga, kadang-kadang berlaku percanggahan bukti di mahkamah yang mana
bukti yang dikemukakan tidak serupa dengan bukti yang tertera di dalam laporan.Berlaku
percanggahan aliran prosedur kerja di dalam pemeriksaan bukti.Masalah sampel yang dihantar
tidak bersesuaian dengan analisis yang hendak dijalankan. Di samping itu, sampel yang dihantar
tidak menepati apa yang disarankan di dalam prosedur penghantaran sampel.Orang awam tidak
memahami ilmu mengenai forensik serta kadang-kadang mencampuri urusan di dalam
menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian.

Menurut Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof.
Madya Dr. Abdul Rahim Yacob, kebiasaannya bidang sains forensik dikaitkan dengan agensi
penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM),
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi. Namun demikian, bidang forensik di
Malaysia adalah di bawah bidang tugas Jabatan Kimia yang menerima sampel-sampel daripada
agensi penguatkuasaan. Beliau berkata, bidang forensik telah lama dimanfaatkan dan
dipraktikkan di negara ini melalui kes-kes yang melibatkan perundangan.

"Ia memberikan suatu keputusan yang tepat serta jitui dalam analisis yang dijalankan bagi
membantu agensi penguatkuasaan dan membantu ketenteraman awam serta kesejahteraan
negara,'' katanya.

Rakyat telah mula menyedari manfaat bidang forensik melalui media contohnya dalam siri
Crime Scene Investigation (CSI) yang dipaparkan di kaca televisyen. Namun demikian, Jabatan
Kimia juga telah mengadakan banyak pameran-pameran dalam forensik contohnya dalam bidang
sains ekspo sains negara serta pameran-pameran di sekolah-sekolah sekitar Malaysia.Mengenai
kepakaran pula, beliau menjelaskan, kepakaran tempatan bagi bidang forensik sentiasa tidak
mencukupi bagi cabang-cabang forensik yang telah dinyatakan kerana apabila negara semakin
maju, penjenayah juga semakin pintar.

Namun demikian, bagi bidang perubatan yang melibatkan patologi kita sangat berkurangan
doktor yang arif dalam bidang ini. Bidang fisiologi dan klinikal forensik juga kita agak
ketinggalan berbanding dengan negara-negara barat. Selain itu, Malaysia juga kekurangan tenaga
pengajar (pensyarah) yang arif bukan sahaja dari segi teori tetapi pengalaman dalam bidang
forensik. "Saya tidak dapat menentukan jumlah secara tepat kerana ia melibatkan agensi
penguatkuasaan,'' ujarnya.

Bagaimanapun, Malaysia telah melatih kepakaran tempatan untuk menceburi bidang forensik
iaitu melalui ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang forensik melalui
universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), UTM dan
Universiti Teknologi Mara (UiTM).Selain itu, ahli kimia di Jabatan Kimia juga telah di
dedahkan dengan kursus-kursus yang melibatkan bidang forensik dijalankan Ibu Pejabat Jabatan
Kimia. Jabatan Kimia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menghantar tenaga
kerjanya untuk kursus-kursus sangkutan ke luar negara.

Namun demikian, pihak kerajaan perlu mengambil langkah proaktif bagi menghantar ramai
ahli kimia dan doktor bagi menceburi cabang forensik yang lain.Dalam pada itu beliau berkongsi
pendapat bahawa, Akta Identifikasi DNA dapat membantu dalam siasatan jenayah menggunakan
sains forensik iaitu akta identifikasi DNA menerangkan setiap suspek perlu memberikan DNA
mereka kepada pihak Hospital melalui darah, finger tip atau swab bagi tujuan identifikasi DNA.
Oleh itu, ia memudahkan pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan dan pemprofilan DNA
yang dijumpai di tempat kejadian dengan profil DNA yang diberi oleh suspek. Persamaan antara
dua profil DNA tersebut semata-mata tidak boleh membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak
ke atas jenayah tersebut. Walaubagaimanapun, Ia boleh diguna- kan bersama bukti-bukti yang
lain.

You might also like