You are on page 1of 2

Rohawi bin Sarnap

Tiang No. 32,


Pt. Asam Kumbang,
82200 Benut, Pontian,
Johor. 4 Ogos 2010

Kepada
Ketua Trafik Pasukan
Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.

Tuan,

PER: MEMOHON PELEPASAN PEMBAYARAN SAMAN


TRAFIK UNTUK KERETA JENIS FORD TELSTAR
BERNOMBOR WAS 7055

Adalah saya Rohawi bin Sarnap no. kad pengenalan 670129-01-


5979 dan alamat di atas ingin memohon jasa baik dari pihak
tuan agar pihak tuan dapat memberi pelepasan daripada
pembayaran saman trafik untuk kereta jenis Ford Telstar
bernombor WAS 7055.

1. Ini disebabkan saya telah menjual kereta tersebut kepada


Ramly bin Adan, no. kad pengenalan 640614-01-5115
beralamat di Simpang Renggam, Johor pada tahun 2007.
2. Saya telah menandatangani surat perjanjian jualbeli dengan
beliau tetapi malangnya surat itu sudah hilang dari
simpanan saya.
3. Beliau ini adalah ejen yang menguruskan pertukaran
hakmilik kereta kepada pembeli berikutnya. Geran kereta
tersebut telah saya serahkan kepada beliau dan beliau
berjanji untuk menguruskan pertukaran hak milik.
Seminggu berikutnya, saya menelefon beliau bertanyakan
tentang pertukaran hak milik dan beliau mengatakan
bahawa beliau telah pun menguruskannya dan telah
menjualnya kepada orang lain.
4. Pada 19 Januari 2010 saya mendapat surat daripada syarikat
insurans Berjaya beralamat di Kluang, Johor mengatakan
bahawa bayaran insurans untuk kereta tersebut telah
tertunggak.
5. Berikutan itu, saya membuat laporan polis pada 2hb. April
2010 di Balai Polis daerah Benut mengatakan pengakuan
saya mengenai masalah di atas.
6. Pihak polis Benut menyarankan kepada saya agar membuat
laporan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Keesokannya, 3hb. April 2010 saya membuat laporan di
Jabatan Pengangkutan Jalan Daerah Pontian, Johor.
7. Pada 21hb. Jun 2010, saya mendapat surat daripada syarikat
insurans Allianz beralamat di Johor Bahru mengatakan
bahawa bayaran insurans untuk kereta tersebut telah
tertunggak.
8. Pada 28hb. Julai 2010 saya mendapat notis saman trafik
kerana memandu laju di Kota Tinggi, Mersing.
9. Selepas saya mendapat surat saman tersebut, saya terus
membuat laporan di Jabatan Pengangkutan Jalan Daerah
Pontian (JPJ Pontian), dan pihak JPJ Pontian menyuruh
saya supaya membuat surat permohonan kepada pihak trafik
Bukit Aman mengenai masalah saya ini.
10. Dengan ini, saya memohon agar nama saya tidak dikaitkan
langsung dengan apa sahaja jenis saman trafik yang
dikenakan ke atas kereta tersebut, kerana kereta tersebut
tidak lagi berada di bawah pengawasan saya.

Bersama-sama ini saya kepilkan beberapa salinan dokumen


yang berkaitan. Kerjasama pihak tuan saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih. Semoga dengan pertolongan
tersebut, pihak tuan akan dilimpahi rahmat dan bantuan daripada
Allah Subhanahu wa Taala. Amin. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

________________
(ROHAWI BIN SARNAP)

You might also like