You are on page 1of 10

TuanTulis

http://mivec.wordpress.com
PERINTAH AM BAB ‘D’

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN


TATATERTIB) 1973

Bahagian 1

Peraturan 3B – Kegagalan memberi dan mematuhi Akujanji

1. Seseorang yang gagal memberi akujanji setelah dikehendaki berbuat


demikian oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau ketua
jabatannya boleh dikenakan tindakan tattertib.

2. Seseorang pegawai setelah memberi akujanji dan gagal mematuhi terma-


terma akujanji boleh dikenekan tindakan tatatertib.

Bahagian 2

Peraturan 4(1) Seseorang pegawai pada setiap masa hendaklah memberi taat setianya
kepada Agong, Negara dan Kerajaan.

(2) Seseorag pegawai tidak boleh:

a) Membelakangkan tugasa awamnya demi kepentingan peribadinya;

b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan


kepentingan peribadinya bercangah dengan tugas awamnya;

c) Berkelakuan dengan apa cara yang menyebabkan syak munasabah


bahawa –

i) Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercangah dengan


tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaanya sebagai
seorang pegawai awam atau;

ii) Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya


sendiri;

d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama


dan mecemarkan nama perkhidmatan Awam;

e) kurang cekap atau kurang berusaha;

f) tidak jujur dan tidak amanah;

g) tidak bertanggung jawab;


TuanTulis
http://mivec.wordpress.com

h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengarah atau tekanan


luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung
dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah
tuntutannya sendiri atau tuntutan pegawai-pegawai lain;

i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh


ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkat perintah;

j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

LARANG-LARANGAN LAIN DALAM PERKHIDMAMTAN AWAM

Disamping tatakelakuan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai


Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan yang sama juga telah menggariskan
larang-larang lain seperti berikut:

i) Gangguan Seksual - Peraturan 4A

Seseorang pegawai awam tidak boleh melakukan ganguan seksual terhadap orang
lain iaitu:

a) cubaan untuk merapati orang lain secara seksual;

b) melakukan perbuatan bersifat seksual yang menyebabkan seseorang yang


waras tersinggung, terhina atau terugut. Perlakuan bersifat seksual
termasuklah secara lisan, bertulis dan ianya tidak terhad ditempat kerja
atau diwaktu kerja selagi mencemarkan nama perkhidmatan awam.

ii. Pekerjaan Luar - Peraturan 5

Peraturan ini menggulungkan dua jenis pekerjaan luar sebagai :

a) Pekerjaan yang dijalankan berdasarkan jawatan yang dipegang oleh


seorang pegawai atau yang diarah oleh ketua jabatan seperti menjadi ahli
lembaga kepada syarikat-syarikat yang kerjaan mempunyai keptingan.

c) Pekerjaan yang dijalankan atas kepentingan persendirian atau untuk


faedah saudara mara atau bagi mana-mana badan yang tidak mencri
keuntungan yang dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan
tersebut.

Bagi jenis pekerjaan dibutiran (a), sekiranya tiada apa-apa penetapan mengenai
amaun pendapat yang boleh disimpan maka perkara ini hendaklah dirujuk kepada
pihak Perbendaharaan untuk mendapatkan penetapan kadar yang boleh diterima.
TuanTulis
http://mivec.wordpress.com

Bagi pekerjaan luar dibutiran (b), seorang yang ingin menjalankan pekerjaan luar
hendaklah memperolehi kebenaran secara bertulis dari ketua jabatan. Ketua
jabatan dalam menimbangkan permohonan tersebut hendaklah mempastikan tidak
bercnggah dengan tatakelakuan pegawai awam dibawah peraturan 4 dan
khususnya hendaklah mempastikan pekerjaan luar itu;

a) tidak dilakukan dalama wakktu pejabat dan semasa pegawai itu


dikehendaki melaksanakan tugas rasminya;

b) tidak dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan kebergunaan


pegawia itu sebagai pegawai perkhidmatan awam; dan

b) tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan


kepentingan perkhidmatan awam atau menjadi tidak selaras
dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang perkhidmatan
awam.

iii) Pakaian - Peraturan 6

Cara berpakaian semasa bertugas akan ditentukan oleh kerajaan melalui arahan
yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan dan Pihak Berkuasa Lain.

iv) Menyalahguna Dadah - Peraturan 7

Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan/menggambil menyalah gunakan


/menagih dadah merbahaya kecuali bagi maksud perubatan. Jika seseorang yang
diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai menggunakan mengambil
menyalahgunakan, menagih dadah berbahaya, pegawai tersebut boleh dikenakan
tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja. Bagaimanapun sekiranya pegawai
telah mencapai umur persaraan pilihan, pegawai boleh ditamatkan demi
kepentingan awam di bawah Peraturan 49.

v) Hadiah - Peraturan 8

Pegawai dilarang memberi/menerima hadiah daripada atau kepada mana-mana


orang, persatuan badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian
hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan secara langsung atau tidak
langsung dengan tugas rasmi.

Jika seseorang pegawai merasa ragu-ragu tentang bentuk, amaun atau hadiah yang
sukar ditolak, maka penerimaan hadiah itu hendaklah mendapatkan kebenaran
ketua jabatan samaada hadiah itu boleh disimpan atau dikembalikan.
Walaubagaimanapun ketua jabatan boleh membenarkan seseorang pegawai
menerima surat pujian semperna persaran/pertukaran dari mana-mana persatuan,
TuanTulis
http://mivec.wordpress.com
badan, orang atau membenarkan pungutan sumbangan secara sepontan oleh
pegawi di bawah jagaanya bagi maksud pemberian hadiah semperna persaran,
pertukaran, perkahwinan atau apa-apa peristiwa lain yang sesuai.

vi) Menerima/Memberi Keraian - Peraturan 9

Seseorang pegawai tidak boleh menrima/memberi keraian sekiranya keraian itu


dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasminya atau keraian itu dengan
apa-apa cara sejajar dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah peraturan 4.

vii) Pemunyaan Harta - Peraturan 10

Seorang pegawai dikehendaki membuat pengisytiharan harta dalam keadaan-


keadaan berikut:

a) Pada tarikh dilantik;

b) Pada bila-bila masa dikehendaki oleh Kerajaan;

c) Memperolehi harta baru;

d) Melupuskan harta

Mana-mana pegawai yang hendak memperoleh harta yang tidak sejajar dengan
tatakelakuan di bawah peraturan 4, sebelum memperolehi harta itu hendaklah
meminta kebenaran daripada ketua Setiausaha Kementerian terlebih dahulu.

Dalam memutuskan sama ada hendak memberikan kebenaran atau tidak Ketua
Setiausaha Kementerian hendaklah mengambilkira perkara-perkara yang berikut:

a) saiz, amaun atau nilai harta berbanding dengan emolumen pegawa itu dan
apa-apa pendapatan persendiran yang sah;

b) sama ada pemerolehan atau pemegangan harta itu akan atau mungkin akan
bercanggah dengan kepentingan atau, dengan kedudukan pegawai itu
sebagai seorang pegawai awam, atau dengan apa-apa cara menjadi tidak
selaras dengan peraturan 4;

c) apa-apa factor lain yang dianggap perlu oleh KSU Kementerian bagi
menjaga keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam.

viii) MenyenggaraTaraf Hidup Melebihi Emolumen/Pendapatan Yang Sah

- Peraturan 11
TuanTulis
http://mivec.wordpress.com
1. Seorang pegawai boleh dipanggil oleh Ketua Jabatan supaya memberi
penjelasan bertulis dalam tempoh 30 hari bagaimana ia boleh
menyenggara taraf hidup tersebut jika ternyata pegawai itu:

a) menyenggara sesuatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen


nya dan pendapatan persendirian lain yang sah jika ada; atau

c) mempunyai kawalan atau memiliki sumber kewangan atau harta


(alih atau tidak alih) yang nilainya tidak seimbang dengan atau
tidak boleh semunasabahnya dijangka telah diperolehi oleh
pegawai itu dengan emolumenya dan apa-apa pendapatnya
persendirian yang sah.

2. Pemjelasan pegawai itu akan dilapor kepada pihak berkuasa tatatertib dan
terpulang kepada pihak berkuasa tatatertib berkenaan untuk mengambil
tindakan yang difikirkan wajar.

ix) Meminjam Wang - Peraturan 12

1. Seseorang pegawai tidak boleh meminjam wang dari mana-mana


orang/menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam/dengan apa-apa
cara meletakkan dirinya dibawah suatu oblikasi kewangan kepada mana-
mana orang.

2. Pegawai boleh meminjam wang /menjadi penjamin kepada mana-mana


orang yang meminjama wang daripada bank, insuran, koperasi atau
syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah akta bank dan institusi
kewangan 1989 atau menaggung hutang dengan cara memperolehi barang-
barang melalui perjanjian sewa beli yang bersyarat.

3. Seorang pegawai boleh menanggung hutang-hutang berikut:

a) jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah yang digadaikan,


jika jumlah wang yang dipinjam tidak melebihi nilai tanah.

b) over daraf atau kemudahan keredit lain yang diluluskan oleh


insitutsi kewangan.

c) Jumlah wang yang dipinjam daripada penanggun insuran atas


cagaran polisi insuran.

d) Jumlah wang yang dipinjam daripada kerajaan, badan berkanun


atau mana-mana badan koperasi; atau

e) Jumlah wang yang kena dibayar atas barang-barang yang


diperolehi melalui perjanjian sewa beli.
TuanTulis
http://mivec.wordpress.com

x) Keterhutangan Yang Serius - Peraturan 13

Tanggungan hutang menyebabkan kesulitan kewangan yang serius, iaitu

i) Agreget hutang/tanggungan tak bercagar lebih 10 kali emolumen bulanannya


kecuali pinjaman pendidikan.

ii) Penghutang penghakiman (Judgement Debtor) dan tidak dijelaskan dalam


tempoh 1 bulan.

iii) Bankrap atau pemakan gaji tal solven (insolvent)

Keadaan pegawai yang berada dalam keadaan keterhutangan yang serius itu telah
memburukkan nama Perkhidmatan Awam. Adalah menjadi tanggungjawab
pegawai itu melaporkan kepada ketua jabatan jika dia merasakan hutangnya akan
menyebabkan kesusahan berat.

xi) Meminjamkan Wang - Peraturan 15

Seseorang pegawai tidak boleh meminjam dengnan faedah.

xii) Tidak Boleh Terlibat Dalam Pasaran Hadapan - Peraturan 16

Tidak boleh terlibat dalam pasaran niaga hadapan sebagai pembeli atau penjual,
dalam pasaran tempatan atau luar negara.

xiii) Refel Dan Loteri - Peraturan 17

Tidak boleh megadakan refel atau loteri harta persendirian

xiv) Penerbitan Buku Dan Karya - Peraturan 18

Tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain berdasarkan
maklumat rasmi terperingkat.

xv) Pernyataan Awam - Peraturan 19

Tidak boleh membuat pernyataan awam kecuali mendapat kebenaran menteri


berkenaan.

xvi) Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal - Peraturan 20

Tidak boleh menjadi penyunting akhbar/majalah/jurnal kecuali, penerbitan;


TuanTulis
http://mivec.wordpress.com
i) Jabatan
ii) Prifesional
iii) Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik
iv) Diluluskan secara bertulis oleh Ketua Jabatan.

xvii) Kegiatan Politik - Peraturan 21

Pegawai Kumpulan Pengurusan Tinggi (KPT) dan Kumpulan Pengurusan


Profasional (KPP) dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai
lambing pati politik khususnya tidak boleh:

i) Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik;

ii) Menerbit/mengedar buku/artikal/risalah mengenai politik;

iii) Merayu undi

iv) Agen pilihanraya tempat mengundi

v) Bertanding apa-apa jawatan

vi) Memegang apa-apa jawatan.

xviii) Membawa Prosiding Undang-Undang


Dan Bantuan Guaman - Peraturan 22

Tidak boleh membawa apa-apa perbicaraan undang-undang bagi kepentingan


peribadinya akibat tugas rasminya tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu
daripada KSU Kementerian.

Seorang pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman berbangkit daripada


perbicaraan mahkamah yang dibawa terhadapnya atas tugas-tugas rasmi boleh
memohon bantuan guaman kepada KSU melalaui Peguam Negara.

xix) Tidak Hadir Bertugas - Peraturan 24

Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang
munasabah boleh diambil tindakan tatatertib.

“Ketidakhadiran”

Termasuklah tidak hadir bagi aapa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat
pegawai itu dikehendaki bertugas.
TuanTulis
http://mivec.wordpress.com
BAHAGIAN 3

1. PROSIDING JENAYAH - Peraturan 28

Pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah.


Prosedur jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai:

i) Penahanan Kerja - Peraturan 44

Pihak berkuasa Tatatertib boleh membuat keputusan sama ada hendak


menahan kerja pegawai yang telah dituduh di mana-mana mahkamah
setelah menerima laporan daripada Ketua Jabatan beserta dokumen-
dokumen seperti:

- Salinan kertas/surat pertuduhan/saman terhadap pegawai.


- Jika ditangkap, tarikh dana waktu pegawai ditangkap/jika disaman
tarikh saman disampaikan.
- Sama ada pegawai itu dalam jaminan atau tidak
- Apa-apa maklumat yang berkaitan.

Gaji tidak boleh kurang daripada ½ emolumen.

ii) Gantung Kerja - Peraturan 45

Jika pegawai disabitkan oleh Mahkamah, pihak berkuasa tatatertib yang


berkuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat
hendaklah sama ada atau tidak pegawai itu merayu terhadap sabitan itu,
menggantung pegawai itu daripada menejalankan tugasnya berkuatkuasa
mula dari tarikh sebitanya sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa
Tatatertib di bawah Peraturan 29.

Pegawai tidak berhak menerima apa-apa emolumen sepanjang


penggantungan kerja.

ii) Pegawai-pegawai Yang tertakluk Kepada Prosiding Syariah

Diuruskan mengikut tatacara prosiding kes jenayah.

PROSEDUR SURCAJ

Surcaj bukan hukuman tatatertib di bawah peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai


Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993. Surcaj dinyatakan di bawah Peraturan 51,
Peraturan yang sama. Walau demikian surcj mempunyai unsure-unsur tatatertib.
TuanTulis
http://mivec.wordpress.com
PENAMATAN PERKHIDMATAN DEMI - PERATURAN 49
KEPENTINGAN AWAM

Di bawah peraturan 49 peraturan yang sama, penamat perkhidmatan awam boleh dibuat
oleh pihak berikut:

i) jika kerajaan mendapati atau jika representasi dibuat kepada kerajaan bahawa
adalah wajar perkhidmatan seseorang pegawai ditamatkan demi kepentingan
awam, kerajaan boleh meminta laporan yang penuh daripada ketua jabatan
dimana pegawai itu sedang atau telah berkhidmat.

ii) laporan yang tersebut dalam sub peraturan 1 hendaklah menggandungi butir-butir
berhubung dengan kerjaan dan kelakuan pegawai itu dan ulasan-ulasan ketua
jabatan jika ada.

iii) adalah sah disisi undang-undang bagi Pihak Berkuasa Tatatertib yang
berkenaan untk mengesyorkan kepada Kerajaan bahawa perkhidmatan
seseorang pegawai itu di tamatkan demi kepentingan awam walaupun
prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah mana-mana peruntukan
peraturan-peraturan ini.

Bedasarkan peruntukan perakuan penamatan perkhidmatan boleh di buat oleh Kerajaan


tau mana-mana pihak kepada kerajaan termasuk kepada ketua jabatan oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib Berkenaan.

HUKUMAN TATATERTIB

Jenis Hukuman Tatatertib - Peraturan 38

i) amaran;

ii) denda;

iii) lucuthak emolumen;

iv) tangguh pergerakan gaji;

v) turun gaji;

vi) turun pangkat; atau

vii) buang kerja.


TuanTulis
http://mivec.wordpress.com
Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan ke atas seseorang pegawai mana-mana satu
atau apa-apa kombinasi dari dua atau lebih daripada hukuman-hukuman di atas mengikut
bidangkuasa yang diberikan kepadanya.

RAYUAN TATATERTIB

Seseorang pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib, kecuali mengenai kes-kes
tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat, yang diambil oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan
Pengurusan dan Profasional) boleh membaut rayuan kepada Lembaga Rayuan tatatertib
dalam tempoh 14 hari (dikira dari hari esoknya selepas menerima surat pemberitahuan
hukuman, sekiranya hari esoknya jatuh pada hari Ahad atau cuti umum maka dikira hari
berikutnya.

You might also like