You are on page 1of 13

FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENJELASKAN MASALAH EMOSI INDIVIDU

KOMPETENSI PERSONAL

KOMPETENSI
PERSONAL

KESEDARAN PENGURUSAN
MOTIVASI KENDIRI
KENDIRI KENDIRI

KESEDARAN EMOSI BERORIENTASI


DIRI PENCAPAIAN

KETELUSAN INISIATIF

KEBOLEHSUAIAN OPTIMIS

KETEKUNAN BERILTIZAM

KEINOVATIFAN
KESEDARAN KENDIRI

Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang mempunyaipengetahuan


mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya,persekitarannya dan
Penciptanya.

Ia juga bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya.

Kepentingan kesedaran kendiri

Untuk mengetahui :

• Siapakah anda

• Tabiat anda

• Keperibadian anda

• Anda mampu menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan orang dan


persekitaran

• Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalaman bagi membuat satu strategi


mencapai apa yangdicita-citakannya.

Kekurangan pengetahuan dalam kesedaran kendiri

Jika anda kekurangan pengetahuan dalam kesedaran kendiri, anda tidak dapat :

• Menjelaskan tindakan dan tingkah laku anda

• Mengenali tabiat anda

• Memahami peribadi anda

• Melakukan penyesuaian yang perlu apabila berhadapan dengan orang lain

• Memberi keprihatinannya kepada persekitaran


Masalahyanganda akan hadapi jika andatidak mengambil berat mengenai
kesedaran kendiri :

• Menjadi keliru dalam peranan anda sebagai seorang remaja

• Mempunyai konflik dalam sikap dan tingkah laku anda

• Menjadi kurang empati dan kurang penyayang

• Tidak berupaya untuk menampilkan diri anda sepenuhnya

• Membuat keputusan dan tindakan secara terburu - buru

Langkah – langkah

• Mengetahui segalanya mengenai diri anda

• Mendapat pandangan ikhlas dari kawan-kawan anda

• Belajar daripada orang lain contoh ahli keluarga, jiran tetangga dan kawan - kawan

• Kaji dan fahami kehendak emosi anda

• Tingkatkan kemahiran mendengar anda, empati dan penyayang terhadap diri


sendiri dan orang lain

• Berusaha untuk kemajuan dalam apa saja yang anda lakukan

Jikalau anda berjaya memiliki kompentensi kesedaran kendiri maka anda:

• Sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya

• Sedar kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan

• Mempunyai kesedaran tentang matlamat hidup

• Berkeyakinan, berketerampilan

• Membuat satu strategi mencapai apa yang dicita-citakannya.


PENGURUSAN KAWALAN KENDIRI

Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti :

 Kawalan emosi kendiri


 Amanah
 Ketekunan
 Kebolehsuaian
 inovasi

Kawalan Emosi Kendiri

Maksud :

sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif. Individu yang

memiliki kompetensi ini biasanya:

1.mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik

2.tenang dan positif semasa tertekan

3.berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan

Amanah

Maksud :

Sesuatu individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. Individu

yang memiliki kompetensi ini biasanya:

1.bertindak secara beretika mengikut peraturan

2.membina keyakinan melalui keboleh percayaan dan autentisiti

3.mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang

lain

4.mengekalkan pandangan yang ada prinsip walaupun tidak popular


Ketekunan

Maksud :

Sesutu individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri. . Individu yang memiliki

kompetensi ini biasanya:

1.mempunyai komitmen dan menunaikan janji

2.bersifat akauntable untuk memenuhi objektif

3.teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas

Kebolehsuaian

Maksud :

Ini bererti sesuatu individu itu luwes (fleksibel) dalam menangani perubahan .

Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya:

1.menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran yang

kerap

2.menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah

3.luwes dalam presepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku

Inovasi

Maksud :

Sesuatu individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat

baru . Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya:

1.mencari idea baru daripada pelbagai sumber

2.memikirkan penyelesaikan kreatif terhadap masalah-masalah

3.menjana idea baru

4.mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran


MOTIVASI KENDIRI

Motivasi kendiri boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti motivasi kecapaian,
komitmen, inisiatif dan optimisme. Tiap-tiap aspek tingkah laku ini juga membentuk
sesuatu individu dari segi pengurusan personal.

Orientasi Pencapaian / Motivasi Kecapaian

Orientasi pencapaian memperlihatkan tenaga dalaman individu yang memandu dan


mengekalkan emosi individu bagi mencapai suatu standard yang tinggi. Goleman
(1998) mengenal pasti pemimpin yang mempunyai kompetensi ini akan berorientasi
kepada keputusan untuk mencapai suatu piawaian atau kedudukan yang tinggi,
menyediakan matlamat yang mencabar dan berani menghadapi risiko, mengenal
pasti maklumat untuk mengurangkan kekaburan dan berusaha mencari jalan untuk
belajar bagaimana meningkatkan pencapaian. Kajian Spencer dan Spencer, (1993)
menunjukkan individu yang mempunyai ketinggian dalam orientasi pencapaian lebih
berjaya. Pemimpin yang inginkan kejayaan akan sentiasa berusaha meningkatkan
pencapaian.

Komitmen

Ini bererti sesuatu individu itu komitmen yang selaras dengan matlamat kumpulan
atau organisasi. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya:

1. bersedia membuat pengorbanan kendiri atau kumpulan untuk memenuhi


matlamat organisasi.
2. Menyedari nilai tujuan dalam misi
3. Menggunakan nilai utama kumpulan dalam membuat keputusan dan
menjelaskan pilihan yang dibuat.
4. Mencari peluang secara aktif untuk memenuhi misi kumpulan.
Inisiatif

Seseorang pemimpin yang berorientasikan pencapaian akan mempunyai

inisiatif. Adalah sesuatu yang mustahil, kecemerlangan dicapai tanpa inisiatif. Inisiatif

merupakan tenaga dalaman untuk melakukan sesuatu projek atau proses dan ianya

lebih menarik dengan ide-idea yang baru. Pemimpin yang mengambil inisiatif akan

berusaha mencari peluang dan berusaha mencapai matlamat berdasarkan apa yang

diperlukan, mengurangkan red tape atau karenah birokrasi dan mengetepikan

peraturan untuk mempastikan kerja-kerja dibereskan (Goleman, 1998).

Optimis

Sikap optimis bukan sahaja optimis terhadap apa yang dirancang, tetapi juga
melibatkan usaha untuk mengejar matlamat, tanpa menghiraukan halangan dan
cabaran (Goleman, 1993). Apabila pemimpin yang optimis menerima maklumat yang
negatif, mereka tidak menghiraukan situasi tersebut, tetapi berusaha mencari
langkahlangkah baru atau memulakan suatu usaha atau tindakan yang lain.
Pemimpin ini akan berusaha tanpa mengenal kegagalan dan tidak melihat kepada
kepentingan diri (Goleman, 1998). McColt-Kennedy dan Anderson (2002),
mendapati pemimpin yang mempunyai perasaan optimis dapat mempengaruhi
pencapaian organisasi. Goleman (1998) menyatakan sikap optimis merupakan
petunjuk kepada pencapaian dan individu yang mempunyai kompetensi ini
mempunyai kemampuan untuk memberi fokus terhadap program yang mampu untuk
berjaya jika dibandingkan dengan projek yang tidak akan berjaya. George (2000)
menyatakan kecerdasan emosi pemimpin boleh mempengaruhi dan mengekalkan
sikap optimis terhadap organisasinya.
KOMPETENSI SOSIAL

KOMPETENSI
SOSIAL

KESEDARAN KEMAHIRAN
SOSIAL SOSIAL

EMPATI PENGARUH

ORIENTASI
KOMUNIKASI
KHIDMAT

MENGEMBANGKAN KEPIMPINAN
ORANG LAIN BERINSPIRASI

KESEDARAN
PEMANGKIN
ORGANISASI/POLIT
PERUBAHAN
IK

MELAYANI PENGURUSAN
KEPELBAGAIAN KONFLIK

MENYEMAI DAN
MENGEKALKAN
PERUBAHAN

KOLABORASI DAN
KERJASAMA

KEUPAYAAN
BERPASUKAN
KESEDARAN SOSIAL

Empati

Dulewics dan Hinggs (2000) mendefinisikan empati sebagai kemampuan mengesan


perasaan orang lain dan membina ikatan dengan orang lain. Empati adalah
merupakan suatu keperluan dalam kepemimpinan kerana ianya berkaitan dengan
emosi manusia. Berkebolehan menguasai dan mengenali emosi individu semasa
berhubungan akan dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian di dalam
sesebuah organisasi. Empati adalah merupakan kriteria asas terhadap kecerdasan
emosi (Salovey & Mayer, 1990). Hampir semua teori yang berkaitan dengan
kecerdasan emosi bersetuju bahawa empati adalah merupakan aspek penting
terhadap kecerdasan emosi individu. Goleman (2001) yakin bahawa adalah sesuatu
yang mustahil empati wujud tanpa kesedaran diri. Empati didapati merupakan aspek
penting terhadap pencapaian individu (Spencer & Spencer, 1993; Pilling & Eroglu,
1994). Dalam usaha untuk melakukan perubahan dan meningkatkan pencapaian
organisasi dan melakukan proses transformasional dalam kepemimpinan seperti
pertimbangan secara individu, seseorang pemimpin itu perlu mempunyai sifat
empati.

Orientasi Khidmat

Goleman (2001) mendefinisikan orientasi khidmat sebagai kemampuan untuk


mengenal pasti kemahuan pelanggan dan menyesuaikannya dengan perkhidmatan.
Oleh itu, pemimpin yang mempunyai orientasi khidmat akan membina norma-norma
ini terhadap subordinat, di mana ianya akan dapat mempengaruhi proses
transformasional dalam kepemimpinan mereka. Gabriel dan Griffiths (2002)
menyatakan orientasi khidmat didasari melalui proses hubungan emosi dan
persahabatan lebih daripada kompetensi profesionalisme dan kepakaran.
Mengembangkan Orang Lain

Ini bererti kita dapat mengesan bagaimana orang lain boleh berkembnag dan kita
menggalakkan kebolehan atau keupayaan mereka.

Seseorang yang mempunyai kecekapan ini

1. Memuji dan memberi ganjaran untuk menghargai kekuatan, kejayaan dan


perkembangan mereka.
2. Memberi maklum balas yang membina perkembangan mereka.
3. Memandangkan kepelbagaian sebagai peluang untuk perkembangan
4. Mencabar pandangan sempit dan bias

Orientasi Khidmat

Goleman (2001) mendefinisikan orientasi khidmat sebagai kemampuan untuk


mengenal pasti kemahuan pelanggan dan menyesuaikannya dengan perkhidmatan.
Oleh itu, pemimpin yang mempunyai orientasi khidmat akan membina norma-norma
ini terhadap subordinat, di mana ianya akan dapat mempengaruhi proses
transformasional dalam kepemimpinan mereka. Gabriel dan Griffiths (2002)
menyatakan orientasi khidmat didasari melalui proses hubungan emosi dan
persahabatan lebih daripada kompetensi profesionalisme dan kepakaran.
menguasasi kesedaran organisasi akan berkemampuan untuk melonjak
perkembangan dan persefahaman antara ahli-ahli dalam organisasi.

Melayani Kepelbagaian

Ini bererti kita membina peluang-peluang melalui pelbagai ragam manusia.

Seseorang dengan kecekapan ini

1. Menghormati dan bergaul dengan baik dengan orang daripada pelbagai latar
belakang
2. Memahami pelbagai pandangan diri dan juga sensitive terhadap perbezaan
dalam kumpulan
3. Melihat kepelbagaian sebagai kesempatan dan mewujudkan suasana di
mana manusia pelbagai ragam boleh berkembang
4. Menentang ketidakadilan dan ketidaktoleranan.
KEMAHIRAN SOSIAL

Kemahiran sosial bererti sesuatu individu itu mempunyai beberapa aspek tingkah
laku sosial seperti pengaruh, komunikasi, kepimpinan berinspirasi, pemangkin
perubahan, pengurusan konflik, keupayaan berpasukan. Kita lihat pada tingkah laku
dan ciri-ciri yang patut ada bagi setiap aspek tersebut.

Pengaruh

Pengaruh bermaksud menggunakan taktik-taktik yang berkesan untuk mendapatkan


keyakinan orang lain.

Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini:

1. Mahir dalam mendapatkan keyakinan orang lain


2. Menghasilkan persembahan yang dapat menarik perhatian penonton
3. Menggunakan strategi berkesan untuk mendapat persetujuan dan sokongan
semua pihak
4. Memberi tunjuk ajar dengan cara yang dramatik dan berkesan

Komunikasi

Komunikasi bererti kebolehan menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan


meyakinkan.

Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini

1. Bertolak ansur
2. Menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan ketelusan
3. Mensengar, memahami dan mengalu-alukan perkongsian maklumat
4. Memupuk komunikasi terbuka
5. Bersedia memberi makluman mahu[un baik atau buruk
Kepemimpinan Berinspirasi

Sehingga kini tidak ada persetujuan yang bersifat universal berkaitan definisi
kepemimpinan. Kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa komponen utama
kepemimpinan termasuklah aspek definisi visi, membentuk arah untuk
mempengaruhi subordinat bagi mencapai visi dan suara desakan (Conger, 1999).
Bass dan Avalio (1993) telah mengenalpasti empat komponen tingkah laku sebagai
asas kepemimpinan berinspirasi iaitu karisma, inspirasi, merangsang intelektual, dan
pertimbangan individu. Kepemimpinan berinspirasi mempunyai hubungan dengan
kepemimpinan transformasional dan didefinisikan oleh Boyatzis dan Sala (2003)
sebagai menyuntik inspirasi dan panduan kepada individu untuk berubah. Oleh itu,
sebagai pemimpin berinspirasi berusaha untuk memajukan organisasi lebih ke
hadapan, suntikan inspirasi lebih merupakan pengurusan transaksional, berusaha
untuk memimpin individu bagi mencapai visi organisasi tanpa paksaan.

Pemangkin Perubahan

Pemimpin memainkan peranan penting sebagai agen perubahan dalam sesebuah


organisasi (Capowski, 1994; Paglis & Green, 2002). Paglis dan Green (2002)
menyatakan pemimpin sebagai agen perubahan memainkan peranan dalam tiga
tahap iaitu, pembentukan visi, mendapat komitmen daripada subordinat, dan
mengatasi sebarang masalah untuk membuat perubahan. Kompetensi ini
didefinisikan oleh Boyatzis dan Sala (2003) sebagai pengurusan perubahan.

Pengurusan Konflik

Goleman (1998) mendefinisikan pengurusan konflik sebagai kemahiran di dalam


rundingan dan menyelesaikan aspek-aspek yang tidak dipersetujui. Goleman
menyatakan, individu yang mempunyai kompetensi ini berkemampuan
menyelesaikan konflik orang-orang yang bermasalah dan mewujudkan suasana
diplomasi, dapat mengenal pasti aspek-aspek atau isu-isu yang membawa kepada
konflik, dan mendorong kepada perbincangan secara terbuka terhadap aspek-aspek
yang membawa kepada perbalahan atau konflik dalam organisasi seterusnya
membawa kepada penyelesaian yang lebih adil. Pengurusan konflik memerlukan
individu lebih sensitif terhadap isu-isu yang terselindung, berkeyakinan, mempunyai
kemahiran dan berani untuk mengendalikan sesuatu isu secara bersungguh-
sungguh.

Menyemai dan mengekalkan hubungan

Menyemai dan mengekalkan hubungan bererti individu itu dapat memupuk


perhubungan yang penting dan berhasil dalam interaksi sosial hidupnya

Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini:

1. Menyemai dan mengekalkan jaringan hubungan yang luas dan tidak formal
2. Memupuk hubungan yang saling berfaedah
3. Membina hubungan mesra dengan orang lain
4. Mengekalkan kesetiakawanan antara rakan sejawat

Kolaborasi dan kerjasama

Kolaborasi dan kerjasama bererti individu itu dapat bekerja dengan orang lain untuk
mencapai matlamat yang sama.

Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku ini:

1. Sewaktu bekerja, memberi fokus yang sama kepada tugas dan perhubungan
dengan rakan sejawat.
2. Berkolaborasi- berkongsi rancangan, mallumat dan sumber yang perlu
3. Memupuk iklim yang mesra dan bekerjasama
4. Mengesan peluang untuk memupuk kolaborasi antara rakan

Keupayaan Berpasukan

Keupayaan Berpasukan bererti individu itu dapat mewujudkan synergi (berfungsi


sebagai satu unit) kumpulsn dalam usaha mencapai matlamat yang sama.

1. Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku ini:


2. Menjadikan sebagai teladan kualiti-kualiti seperti hormat menghormati, saling
membantu dan bekerjasama
3. Membina identity dan semangat berpasukan, menyemai komitmen kumpulan
4. Menjaga hak nama baik kumpulan, bersama berkongsi pujian bila berjaya.

You might also like