You are on page 1of 27

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD

NO. MATRIK : 761121025615002


SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK KAJIAN
PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID-MURID
TAHUN TIGA
DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALAI
33400 LENGGONG PERAK
DARUL RIDHUAN

DISEDIAKAN OLEH :

MOHAMAD ANWAR BIN AHMAD


761121-02-5615
Emel : an_war25@yahoo.com.my

1
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah tahap penguasaan tulisan Jawi di kalangan
murid-murid Islam tahap satu . Kajian ini telah dijalankan secara ujian dan temubual .
Sampel terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan di salah sebuah sekolah
rendah di daerah Hulu perak iaitu sekolah Kebangsaan Bukit Balai Lenggong Perak.
Pemilihan sampel berdasarkan tempat pengkaji bertugas. Ujian secara lisan, bertulis dan
temubual bersama guru dan beberapa orang murid telah digunakan untuk mengukur tahap
pencapaian penguasaan tulisan Jawi. Data dianalisa secara statistik deskriptif yang
menjuruskan kepada huraian peratus. Setelah huraian secara peratus dijalankan berbagai
cadangan dan kajian untuk dilanjutkan.Kajian ini memberi satu alternatif bagi guru
agama atau individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di kelas serta meningkatkan kemahiran
penguasaan tulisan Jawi untuk murid-murid islam tahap satu.. Temubual dijalankan untuk
mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
mempelajari tulisan Jawi. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui latar
belakang murid-murid dan guru serta faktor yang mempengaruhi kebolehan sampelan
menulis Jawi. Manakala ujian mengenal, menulis dan membaca pula untuk mengetahui
sejauh mana masalah kebolehan murid-murid menulis Jawi. Kesimpulan kajian ini
menunjukkan prestasi murid-murid berkait rapat dengan latar belakang dan persekitaran
di mana murid-murid yang mempunyai ibu bapa yang tiada pendedahan awal mengenai
tulisan Jawi dan kesedaran tentang pentingnya pendidikan Jawi. Sikap murid-murid yang
negatif juga mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Oleh itu, untuk memantapkan lagi
penggunaan tulisan Jawi beberapa saranan dibuat seperti wujud nya program Pintar
Jawi ,Sayang Jawi dan yang terbaru ialah program j-QAF (Jawi,Quran,Arab,Fardhuain)
sebagai kesinambungan ke arah mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi dan
meletakkan fungsi dan kedudukan yang tinggi setanding dengan tulisan-tulisan lain di
dunia.

2
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

BAB 1
1.0 Pengenalan.

Rajah 1
(Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di
Tanah Melayu)
1.1 Sejarah Tulisan Jawi

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan
Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di
Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H
atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun
ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding
tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama
Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis,
dan Terengganu.

3
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia
digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan
perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-
pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis
dalam abjad Jawi. Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan
1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa
Inggeris seperti dalam rajah 2 di bawah.

Rajah 2

Di peringkat awal murid-murid merupakan satu peringkat perkembangan yang berlaku


dengan pesatnya baik dari segi intelek, jasmani mahupun rohaninya. Pada peringkat ini
murid-murid di tahap satu suka menyoal, meneroka dan mencuba. Malah tidak berhenti
belajar dalam menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai bagi
menyediakan rangsangan yang bercorak Islam supaya mereka dapat belajar perkara-
perkara berkenaan Islam dan seterus menjiwai setiap pengalaman yang berunsurkan
Islam.
4
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Salah satu perkara yang berkaitan dengan agama Islam yang dipelajari oleh murid-murid
di peringkat sekolah rendah ialah pendidikan islam dalam tulisan Jawi. Ianya merupakan
aspek komponen yang ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Aspek asas Jawi
membolehkan murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan
tangan mengikut bentuk huruf, membentuk huruf Jawi serta membaca sukukata dan
perkataan mudah. Melalui tulisan Jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat
diperteguhkan. Hal ini adalah disebabkan tulisan Jawi merupakan pendekatan yang
paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan
masyarakat selaras dengan cita-cita ‘Falsafah Pendidikan Negara’.

Tulisan Jawi merupakan sebuah kraf seperti kraf-kraf yang lain. Sebagai suatu hasil kraf
dan seni, kemahiran menulis mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul di peringkat
awal lagi. Oleh itu, menulis Jawi memerlukan latihan dan bimbingan yang bersistematik.
Faktor-faktor di atas akan menentukan kebolehan dan keupayaan murid-murid menulis
Jawi. Peringkat menulis Jawi sama seperti menulis Rumi yang mempunyai perbezaan
dari segi arah tulisan dan bentuk dan kaedah menyambungkan huruf menjadi suku kata
atau perkataan. Pengajaran menulis memerlukan perancangan dan ketelitian yang rapi.

Di sini peranan guru amat penting di dalam memberi penekanan latihan dan latihtubi
serta tumpuan kepada psikomotor. Sementara teori mentalisme lebih sesuai diajukan
kepada murid-murid yang mempunyai daya kemahiran mengenal dan mengecam huruf-
huruf Jawi. Guru seharusnya dapat menyesuaikan kaedah dan pendekatan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi berdasarkan kebolehan murid-murid dan tidak
mengelirukan murid dengan kaedah tulisan Jawi .Kekerapan latihan menulis yang
terancang akan membantu murid-murid menguasai tulisan Jawi dengan baik. Guru
haruslah menyediakan lembaran kerja dan pendekatan serta teknik yang pelbagai dan
menyeronokkan untuk memberi tumpuan dan perhatian yang lebih terhadap penguasaan
tulisan Jawi.

5
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

1.2 Peringkat Pramenulis


Manakala pada peringkat pramenulis pula ialah tempoh masa murid-murid disediakan
dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan
betul. Dalam tempoh ini latihan-latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan
dan mata diberi kepada murid-murid dari peringkat awal lagi. Bagi mereka menguasai
kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan Jawi
yang dirancang haruslah sistematik bertitik tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis
yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara
berikut :
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
2. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa
dan sempurna.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
4. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.
5. Melatih pergerakan yang berbeza arah tulis dari kanak ke kiri dan dari kiri
ke kanan.

1.3 Peringkat mendirikan asas


Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis faham dan tahu memegang pensel
serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-
lambang tulisan. Pada peringkat ini, dicadangkan murid-murid membentuk huruf di
kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan.

1.4 Penyampaian kemahiran


Semasa menyampaikan kemahiran tulisan mekanis, guru haruslah memberi perhatian
kepada beberapa perkara :
1.4.1 Murid-murid haruslah diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf
dengan menggunakan gambar.
1.4.2 Sebelum dilatih menulis, hendaklah diberi latihan bebas untuk
membetulkan urat-urat daging murid-murid.

6
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

1.4.3 Murid-murid menulis dengan menyebut nama-nama huruf.


1.4.4 Menggunakan kertas, mula-mula gunakan alat-alat dengan baik,
kemudiannya dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

Kesimpulannya, setiap orang Islam sewajarnya mengambil berat tentang tulisan Jawi
sebagai satu tanggungjawab di dalam memartabatkan tulisan Jawi sebagai satu tulisan
yang lebih ke arah huruf-huruf hijaiyah yang perlu dikuasai dengan betul dan baik.
Tulisan Jawi merupakan kunci khazanah ilmu dan warisan bangsa Melayu yang mesti
dikekalkan hingga ke akhir zaman.Oleh yang demikian pengkaji telah memilih beberapa
kaedah dalam mengesan tahap penguasaan jawi bagi murid Tahun tiga dengan
mewujudkan satu program Kem Pemulihan Jawi yang diadakan di sekolah tersebut.

2.0 Persoalan Kajian


Kajian ini akan memfokuskan kepada permasalahan berikut:

2.1 Bagaimanakah murid-murid tahun tiga mengenalpasti huruf-huruf Jawi?


2.2 Bagaimanakah murid-murid tahun tiga boleh menguasai kemahiran
menulis tulisan Jawi?
2.3 Bagaimanakah murid-murid tahun tiga dapat menulis huruf-huruf Jawi?
2.4 Apakah punca-punca murid-murid tahun tiga tidak dapat menulis huruf
Jawi?
2.5 Apakah bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai oleh murid?

3.0 Objektif Kajian


Antara objektif yang hendak dicapai di dalam kajian ini ialah:
3.1 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun tiga mengenalpasti
huruf-huruf Jawi.
3.2 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun tiga dapat menguasai
kemahiran tulisan Jawi.
3.3 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun tiga menulis huruf-
huruf Jawi.

7
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

3.4 Mengetahui punca-punca murid-murid tahun tiga tidak tahu menulis tulisan
Jawi.
3.5 Mengetahui bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai oleh murid .

4.0 Kepentingan Kajian

Hasil dapatan daripada kajian ini adalah diharap dapat:


4.1 Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pelaksanaan Kem
Pemulihan Jawi di masa akan datang
4.2 Membantu pihak guru Pendidikan Islam dan guru j-Qaf menilai
kelemahan yang terdapat pada murid dalam menguasai tulisan jawi.
4.3 Mewujudkan rasa tanggungjawab yang tinggi dan komited terhadap
memartabatkan tulisan jawi dikalangan masyarakat .
4.4 Menarik minat murid tehadap penulisan jawi secara mendalam dan
menobatkan kembali tulisan jawi dalam urusan harian.
4.5 Membiasakan murid dengan penulisan tulisan jawi .

5.0 Batasan Kajian


Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tahun tiga seramai 25 orang yang telah melalui
Kem Pemulihan Jawi sebanyak 8 kali bermula daripada tahun 2006 hingga 2008.
Seramai 15 orang pelajar telah dijadikan responden iaitu 70 peratus daripada bilangan
populasi sebanyak 25 orang pelajar Islam. Responden-responden yang dipilih akan
dinilai tahap penguasaan mereka dengan menggunakan borang penilaian kemahiran
Kem Pemulihan Jawi seperti yang dilampirkan dalam Lampiran 1.

8
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

6.0 Latar belakang.


Kem Pemulihan Jawi adalah satu program yang dilaksanakan untuk memastikan
murid dapat menguasai matapelajaran jawi dengan sempurna dari segi penulisan.
Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif mengikut kesesuaian sesebuah organisasi
sekolah.

6.1 Objektif Kem Pemulihan Jawi ialah:


6.1.1 Murid dapat mengecam bentuk huruf jawi dengan betul.
6.1.2 Murid dapat menulis huruf jawi mengikut garis putus dengan kaedah
yang betul. .
6.1.3 Murid dapat menulis huruf jawi berdasarkan gambar.
6.1.4 Murid dapat menyusun perkataan jawi dengan betul.
6.1.5 Murid dapat membina ayat dengan tulisan jawi secara betul dan lancar.

6.2 Kumpulan Sasaran

Semua murid tahap satu dan dua . Namun kajian ini akan memfokuskan kepada
semua murid bagi tahun tiga sahaja.

6.3 Strategi Pelaksanaan


6.3.1 Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk latih tubi di luar
waktu pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar
kawasan sekolah.
6.3.2 Aktiviti latih tubi penulisan jawi ditekankan dalam kem Pemulihan
Jawi di sekolah.
6.3.3 Setiap kem mengandungi enam Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
dengan jumlah masa selama sepuluh jam.
6.3.4 Bilangan bagi setiap kumpulan dalam LDK adalah berdasarkan
kesesuaian sesebuah sekolah.
6.3.5 Semua murid perlu disediakan Rekod Kemahiran yang dijadikan
sebagai laporan prestasi individu

9
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

BAB 2
7.0 Tinjauan Literatur

Kajian ini adalah mengenai kebolehan murid-murid Tahun 3 dalam menguasai tulisan
Jawi. Oleh sebab itu, dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai
beberapa perkara yang berkaitan seperti berikut :
a) Teori-teori mengenai tulisan .
b) Kajian terdahuu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan di luar
negara.
Justeru itu, bab ini akan meninjau literatur yang berkaitan dengan kajian. Ia akan
memberikan maklumat mengenai bidang-bidang yang bersesuaian dengan kajian ini.

7.1 Teori-teori
Pendidikan Jawi juga bermulanya dengan beberapa kemahiran yang perlu
dititikberatkan. Antaranya ialah kemahiran mengingat ( menghafaz ), membaca dan
menulis. Ia amat berkait rapat di antara satu sama lain untuk mencapai satu objketif
utama yang berkaitan dengan kajian.

Daripada The Discovery of the child, Dr. Montessori mendapati bahawa ,

“Penulisan mendahului bacaan …………Penulis adalah tindakan di mana psikomotor


mekanisme amat ketara , sebaliknya dalam pembacaan, kami hanya mencapai sesuatu
pekerjaan yang intelektual.”

Biarlah kanak-kanak itu meraih faedah dalam tempoh masa yang lama melalui
aktiviti-aktiviti psikomotor ini sebelum bergerak kepada sesuatu pembacaan yang
amat abstrak. Ingat bahawa masa penulisan yang panjang atau pembinaan perkataan
adalah cara semulajadi untuk seorang kanak-kanak belajar membaca.

10
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Dr. Montessori kerap menekankan bahawa tangan itu adalah guru utama kanak-
kanak. Beliau mengambil satu petikan daripada The Absorbant Mind .
Aristotle adalah orang yang pertama mengenali kemampuan unik ingatan manusia
dalam pepatah masyhurnya :

“Tidak ada apa dalam intelektual ini yang tidak dikesan dalam derianya tetapi ia
wujud dalam inteleknya dalam kaedah yang berlainan daripada dalam deria.”
Bersama-sama dengan pandangan Aristotle, Dr. Montessori menegaskan bahawa
pendidikan di peringkat awal kanak-kanak mestilah berdasarkan prinsip ini :

“Bantulah perkembangan semula jadi kanak-kanak itu, bahawasanya latihan


deria adalah hal yang paling penting dalam pendidikan.”

Begitu juga suatu pandangan dari Hashim Abdullah (1999), “menyatakan kehilangan
atau kelupusan tulisan Jawi bermakna satu lagi daripada sekian banyak ‘warisan
pusaka’ bangsa Melayu yang hilang. dan inilah juga yang dikenalpasti kejahilan
anak-anak muda Melayu membaca al-Quran, disebabkan ketidakbolehan mereka
membaca Jawi”. Ekoran daripada itu pelbagai krisis akhlak dan sosial di kalangan
remaja kerana konsep Islam yang tulen tiada lagi dalam diri mereka. Menyedari
hakikat itulah maka kini, pelbagai pihak tampil ke hadapan dengan pelbagai
pandangan untuk memartabatkan semula Jawi yang pernah mentamadunkan bangsa
Melayu.

Menurut Zaidi Osman (1999) “ada menyatakan peranan tulisan Jawi dalam
perkembangan kebudayaan dan keilmuan Melayu amat besar. Dapat dikatakan
semua manuskrip Melayu terawal dalam tulisan Jawi. Beribu-ribu manuskrip Melayu
yang masih terpelihara yang mengungkapkan berbagai-bagai bidang ilmu seperti
kebudayaan, kesusasteraan, sejarah, keagamaan , perubatan dan sebagainya
memberi gambaran yang jelas tentang tulisan Jawi dalam memupuk perkembangan
keilmuan masyarakat Melayu zaman silam. Kesenian ini tidak akan pupus sekiranya
kanak-kanak iaitu generasi muda sekarang ini diberi penekanan di dalam
mempelajari Jawi dan seterusnya mempertahankan martabatnya di mata dunia”.

11
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

8.0 Kajian terdahulu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan
luar negara.

Ibnu Taimiyyah (1982) “menegaskan perlunya mempelajari Bahasa Arab (Tulisan


Jawi) sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kaitan dengan kefahaman dalam
bidang Islam”.

Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Amir Mohd.
Rashid (1991) “yang mendapati tahap penguasaan kemahiran Jawi di kalangan
pelajar adalah rendah. Ini berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan rumi yang
diajar dan digunakan dalam banyak mata pelajaran lain di sekolah”. Atas alasan
inilah dikatakan pelajar lambat menguasai kemhairan Jawi.

Alasan ini disokong pula oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Muhamad b.
Endut(1992) yang mendapati ramai pelajar yang lambat menguasai Jawi disebabkan
ia hanya diberi penekanan dalam masa pelajaran Pendidikan Islam sahaja.

Abu Baker As-sidek seorang peserta Majlis Forum Hari Sastera di Kuantan
menyatakan “kementerian Pendidikan tidak menitikberatkan tulisan Jawi sejak
pengenalan kurikulum lama sekolah rendah dan ini menyebabkan ramai kanak-kanak
sekarang tidak dapat membaca Jawi.Jika usaha tertentu tidak diambil dari sekarang
ramai generasi muda tidak akan dapat membaca dan menulis jawi” .(Berita Minggu,
18 Oktober ,1987)

Pandangan di atas ada kebenarannya, kerana Norlaila Sulaiman (1993) “mendapati


dalam kajiannya bahawa kedudukan pengajaran Jawi yang tidak menentu dalam
kurikulum sekolah telah menimbulkan masalah dan menjadi sebab kelemahan
penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar sekolah”

12
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.

Bentuk huruf
Nama Awal Tengah Akhir Padanan Rumi
Tunggal
kata kata kata
alif ‫ﺍ‬     ‫ﺎ‬ a

ba ‫ﺏ‬ ‫ﺑ‬ ‫ـﺒ‬ ‫ـﺐ‬ b

ta ‫ﺕ‬ ‫ﺗ‬ ‫ـﺘ‬ ‫ـﺖ‬ t

sa ‫ﺙ‬ ‫ﺛ‬ ‫ـﺜ‬ ‫ـﺚ‬ s, (th)

jim ‫ﺝ‬ ‫ﺟ‬ ‫ـﺠ‬ ‫ـﺞ‬ j

ha ‫ﺡ‬ ‫ﺣ‬ ‫ـﺤ‬ ‫ـﺢ‬ h, (ḥ)

ca ‫ﭺ‬ ‫ﭼ‬ ‫ـﭽ‬ ‫ـﭻ‬ c

kha ‫ﺥ‬ ‫ﺧ‬ ‫ـﺨ‬ ‫ـﺦ‬ kh

dal ‫د‬     ‫ـد‬ d

zal ‫ﺫ‬     ‫ـذ‬ z, (dh)

ra ‫ﺭ‬     ‫ـر‬ r

zai ‫ﺯ‬     ‫ـز‬ z

sin ‫ﺱ‬ ‫ﺳ‬ ‫ـﺴ‬ ‫ـﺲ‬ s

syin ‫ﺵ‬ ‫ﺷ‬ ‫ـﺸ‬ ‫ـﺶ‬ sy

sad ‫ﺹ‬ ‫ﺻ‬ ‫ـﺼ‬ ‫ـﺺ‬ s, (ṣ)

dad ‫ﺽ‬ ‫ﺿ‬ ‫ـﻀ‬ ‫ـﺾ‬ d, (ḍ)

ta ‫ﻁ‬ ‫ﻃ‬ ‫ـﻄ‬ ‫ـﻂ‬ t, (ṭ)

za ‫ﻅ‬ ‫ﻇ‬ ‫ـﻈ‬ ‫ـﻆ‬ z, (ẓ)

13
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

awal: a, i, u;
ain ‫ﻉ‬ ‫ﻋ‬ ‫ـﻌـ‬ ‫ـﻊ‬
akhir: k, (‘)
ghain ‫ﻍ‬ ‫ﻏ‬ ‫ـﻐـ‬ ‫ـﻎ‬ gh

nga ‫ڠ‬ ‫ڠـ‬ ‫ـڠـ‬ ‫ـڠ‬ ng

fa ‫ﻑ‬ ‫ﻓ‬ ‫ـﻔ‬ ‫ـﻒ‬ f

pa ‫ﭪ‬ ‫ﭬ‬ ‫ـﭭ‬ ‫ـﭫ‬ p

qaf ‫ﻕ‬ ‫ﻗ‬ ‫ـﻘ‬ ‫ـﻖ‬ k, q, (q)

kaf ‫ﻙ‬ ‫ﻛ‬ ‫ـﻜ‬ ‫ـﻚ‬ k

ga ‫ڬ‬ ‫ڬـ‬ ‫ـڬـ‬ ‫ـڬ‬ g

lam ‫ﻝ‬ ‫ﻟ‬ ‫ـﻠ‬ ‫ـﻞ‬ l

mim ‫ﻡ‬ ‫ﻣ‬ ‫ـﻤ‬ ‫ـﻢ‬ m


‫ﻥ‬
nun ‫ﻧ‬ ‫ـﻨ‬ ‫ﻦ‬ n

wau ‫ﻭ‬     ‫ـو‬ w, u, o

va ‫ۏ‬     ‫ـۏ‬ v

ha ‫ﻩ‬ ‫ﻫ‬ ‫ـﻬ‬ ‫ﻪ‬ h

ya ‫ﻱ‬ ‫ﻳ‬ ‫ـﻴـ‬ ‫ﻲ‬ y, i, e taling

ye ‫ى‬     ‫ـى‬ e pepet hujung

nya ‫ڽ‬ ‫پـ‬ ‫ـپـ‬ ‫ـڽ‬ ny

awal: gugur;
hamzah ‫ء‬     ‫ء‬
akhir: k, (’)
ta
‫ة‬     ‫ـة‬ t, h, (ṯ)
marbutah

Catatan:

14
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi
dan tiada dalam tulisan Arab.
2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.

BAB 3
9.0 Metodologi
Metodologi kajian menurut Kamus Dewan (1999) adalah satu sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian.Maka dalam
bahagian ini, pengkaji akan membincangkan metodologi yang akan digunakan dalam
melakukan kajian ini.Perbincangan akan menyentuh beberapa aspek kajian yang
berkaitan iaitu reka bentuk kajian, sampel kajian, tempat kajian,instrumen
kajian, analisis data, pentadbiran kajian dan kesahan dan kebolehpercayaan
alatan yang digunakan dalam melakukan kajian.

10 Reka bentuk kajian.


Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes. Menurut Majid (2000)
telah menyatakan “bahawa kajian kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara
intensif oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial seperti individu, satu keluarga,
satu kampung, satu kelab, satu sekolah atau satu masyarakat.”
Pemerhatian akan dijalankan ke atas semua murid-murid Tahun 3 yang beragama
Islam yang berbeza latar belakang keluarga. Penilaian dilakukan semasa proses
pembelajaran di dalam kelas.Setiap sesi mengambil masa selama 20 – 30 minit.

11 Sampel dan persampelan


Temu bual yang diberikan untuk memperolehi tahap penguasaan Jawi di kalangan
murid-murid Islam Tahun tiga. Responden ini terdiri daripada 15 orang murid Islam
yang sedang belajar di sebuah sekolah yang dikenal pasti. Jadual 1 berikut
menunjukkan latarbelakang responden.

15
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Jadual 1: Latarbelakang Responden Mengikut Jantina dan kelas

Pembolehubah Kekerapan Pembolehubah Kekerapan


Jantina Kelas
Lelaki 10 (66.7%) Tahun tiga 15 (100%)
Perempuan 5 (33.3%)
Jumlah 15 (100%) Jumlah 15 (100%)

Bagi mendapatkan maklumat kajian, pengkaji telah memilih sebuah sekolah di daerah
Hulu Perak iaitu Sk. Bukit Balai lenggong Perak. Pengkaji memilih sekolah tersebut
kerana sekolah tersebut merupakan tempat pengkaji sedang bertugas dan memudahkan
untuk menjalankan kajian .

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 15 orang murid Islam Tahun 3 di Sk. Bukit
Balai Lenggong Perak yang terdiri dari latar belakang yang berbeza dari aspek
kebolehan, taraf sosio ekonomi keluarga dan tahap kecerdasan otak seperti yang
dinyatakan dalam jadual 2.

Jadual 2 : Jumlah subjek terlibat


Bil Taraf Sosioekonomi (SES) Lelaki Perempuan JUMLAH
1 SES Tinggi 6 3 9
2 SES Sederhana 2 0 2
3 SES Rendah 2 2 4
JUMLAH 10 5 15

Pengkaji memilih sampel mengikut taraf sosioekonomi keluarga bagi mendapatkan


dapatan kajian untuk persoalan keempat iaitu adakah taraf sosioekonomi keluarga
menjadi punca murid-murid tidak dapat menulis dan membaca huruf jawi.

16
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Keluarga yang dikategori bertaraf sosioekonomi tinggi ialah yang berpendapatan RM


2000.00 dan ke atas sebulan. Bagi keluarga yang dikategorikan bertaraf sosioekonomi
sederhana ialah yang berpendapatan RM 701.00 hingga RM 1999.00 dan ke atas
sebulan. Manakala keluarga yang dikategorikan bertaraf sosioekonomi rendah ialah
yang berpendapatan RM 700.00 dan ke bawah sebulan. Rujuk jadual 3 untuk melihat
pendapatan keluarga sampel secara lebih terperinci.

Jadual 3 : Pendapatan Keluarga Sampel mengikut Nilai tertinggi


Bil Bilangan murid Pendapatan Keluarga Taraf Sosioekonomi
( SES)
1 9 orang RM 2000.00 ke atas Tinggi

2 2 orang RM 701.00 – RM Sederhana


1999.00
3 4 orang RM 700.00 ke bawah Rendah

Jadual 3 menunjukkan bahawa daripada 15 responden yang dipilih, 9 orang daripada


mereka adalah daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi tinggi iaitu
berpendapatan lebih RM 2000.00 sebulan. Manakala 2 orang responden daripada
mereka adalah daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi sederhana iaitu
berpendapatan lebih RM 701.00 sehingga RM 1999.00 sebulan dan akhirnya seramai 4
orang responden adalah dalam kategori berpendapatan rendah iaitu berpendapatan
kurang RM 700.00 sebulan.

17
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

12 Instrumen Kajian
Pengumpulan data dalam kajian ini akan dilakukan dengan dua alat kajian iaitu seperti
berikut :
12.1 a) Temubual untuk murid-murid
i. Bahagian A : Maklumat responden
ii. Bahagian B : Sikap responden
iii. Bahagian C : Faktor-faktor mempengaruhi sikap
responden

b) Temubual untuk guru

i. Bahagian A : maklumat guru


ii. Bahagian B : Pengajaran dan pembelajaran

12.2 a) Mengecam dan membaca tulisan Jawi


Membaca kad imbasan Jawi telah dijalankan selama 2 minggu berturut-turut pada
dalam bulan April . Ini untuk meninjau sejauh mana tahap penguasaan responden
dalam mengenal tulisan Jawi.

b) Ujian bertulis
Ujian bertulis disediakan dalam bentuk ujian. Dalam soalan ujian bentuk soalan
terdiri daripada mengenal huruf pada kad imbasan, menulis huruf pada lembaran
kerja dan membaca tulisan Jawi secara urutan pada carta. Masa yang
diperuntukkan untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap tulisan Jawi
selama 30 minit seorang. Ianya dijalankan selama 2 minggu berturut-turut.

18
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

13 Analisa Data
Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahun 3 mengenal huruf-huruf Jawi.

Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 42% murid
tidak mengenal huruf dan 58 % murid mengenal huruf seperti yang terdapat dalam
rajah 1.

Rajah 1 : Tahap penguasaan murid-murid tahun tiga mengenal huruf-huruf Jawi.

60 58
50
40 42
Ujian
30 Mengenal
20 huruf
10
0
Tidak Mengenal huruf Mengenal Huruf

Semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 100% daripada 15 orang murid
sudah mengenal huruf pertama dan ketiga Jawi iaitu ‫ ﺍ‬dan ‫ ﺕ‬. Huruf ‫ ﺍ‬mudah diingati

kerana huruf ‫ ﺍ‬ini lebih menyerupai angka 1 dan huruf kecil L iaitu l. Manakala

huruf ‫ ﻦ‬K,‫ ﺪ‬J,‫ ﺡ‬K,‫ ﺚ‬K,‫ ﺏ‬dan ‫ ﻱ‬sebanyak 86.7% dan huruf ‫ ﻩ‬sebanyak 80% sahaja murid

menguasainya. Diikuti pula huruf ‫ ﺱ‬dan ‫ ﻭ‬yang menunjukkan peratusan sebanyak

73.3%. Hasil kajian juga menunjukkan 66.7% bagi huruf ‫ ﻞ‬K,‫ ﻒ‬K,‫ ﺹ‬K,‫ ﺫ‬dan ‫ﺀ‬

sememangnya boleh dikuasai dengan baik juga. Bagi mengenal huruf ‫ ﺭ‬dan ‫ ﻡ‬pula,
hanya 60% sahaja murid daripada 15 orang yang menguasainya dan diikuti pula huruf
‫ ﻉ‬sebanyak 53.3% sahaja. Bagi 6 huruf yang berikutnya iaitu huruf ‫ ﻅ‬K,‫ ﻂ‬K,‫ ﺯ‬K,‫ ﺥ‬K,‫ﺝ‬,
dan ‫ ﻛ‬hanya 7 daripada 15 orang sahaja yang menguasainya sebanyak 53.3%.

Manakala bagi huruf yang berikut pula iaitu ‫ ﻡ‬K,‫ ﻖ‬K,‫ ﺽ‬K,‫ ﺵ‬K,‫ ﺡ‬K,‫ ﺝ‬,‫ ﻜ‬K,‫ﭫ‬, dan ‫ﻯ‬
menunjukkan tahap penguasaaan yang amat rendah sebanyak 33.3% sehingga 26.7%
sahaja yang menguasainya. Hanya seorang sahaja yang mengenali huruf ‫ ﻦ‬sebanyak
6.7% sahaja.(Rujuk lampiran C)
19
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

13.1 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahun tiga menulis huruf-huruf


Jawi.

Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan 65.4% murid tidak tahu dan tidak
boleh menulis huruf Jawi dengan betul dan hanya 34.6% sahaja murid boleh menulis
huruf Jawi. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan menulis tulisan Jawi di
kalangan murid-murid Tahun 3 amat rendah. Ini terdapat dalam rajah 2 di bawah.

70 65.4
60
50
40 34.6
30 Ujian
20
10
0
Tidak Boleh Menulis Boleh Menulis

Rajah 2 : Tahap penguasaan murid-murid Tahun tiga menulis huruf-huruf Jawi

Semasa ujian dijalankan menunjukkan keputusan berdasarkan jadual 2 (rujuk


lampiran), semua murid berada pada tahap kebolehan 100% menulis 6 huruf pertama
Jawi iaitu huruf ‫ ﺝ‬K,‫ ﺙ‬K, K‫ ﺕ‬K, K‫ ﺐ‬K,‫ﺍ‬, dan ‫ﺡ‬. Bagi huruf ‫ ﺪ‬dan ‫ ﺥ‬pula masing-masing
memberi keputusan yang baik juga iaitu sebanyak 86.7% dan 80%. Manakala bagi
huruf ‫ ﺱ‬hanya 73.3% daripada 15 orang murid yang menguasainya. Begitu juga bagi

huruf ‫ ﺫ‬dan ‫ ﺹ‬hanya 66.7% sahaja dapat dikuasai sepenuhnya dan bagi huruf ‫ﺭ‬
pula hanya 60% sahaja dapat dikuasai oleh murid-murid Tahun tiga.

20
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Hasil daripada kajian dan tinjauan melalui latihan menulis ke atas 15 responden
didapati 46.7% hingga 6.7% sahaja murid tidak dapat menulis huruf jawi dengan
betul dan baik bagi huruf, ‫ ﻥ‬K,‫ ﻡ‬K,‫ ﻛ‬K,‫ ﻒ‬K,‫ ﻅ‬K,‫ ﻃ‬K, K‫ ﺽ‬K,‫ ﺵ‬K,‫ﺯ‬,‫ﭺ‬, dan ‫ﻥ‬. Manakala bagi huruf
yang berikutnya ‫ ﻱ‬K,‫ ﺀ‬K,‫ ﻩ‬K,‫ﻮ‬,‫ﻭ‬,‫ ﻝ‬K,‫ ﻜ‬K,‫ ﻕ‬K,‫ ﻒ‬K,‫ ﻍ‬,‫ ﻉ‬K,‫ﻉ‬, dan ‫ ﻯ‬menunjukkan 0% daripada 15
orang yang langsung tidak boleh menulis huruf tersebut. Dari analisis ini, pengkaji
dapat membuat andaian bahawa murid-murid tidak dapat menulis huruf-huruf yang
berkenaan adalah disebabkan kurang penekanan dari guru dan ibu bapa di rumah.
Sekadar mendengar murid boleh menghafal dan menyebut urutan huruf-huruf
hijaiyah secara lagu atau nasyid sudah memadai dengan kebolehan mereka tanpa
ditekankan lagi pada proses menulis dengan baik dan betul.

13.2 Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahun tiga membaca huruf-huruf


Jawi.

Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 48.4% murid
tidak boleh membaca huruf Jawi secara urutan dan hanya 51.6% sahaja murid boleh
membaca huruf Jawi dengan lancar. Ini terdapat dalam rajah 3 di bawah.

51.6
52

51

50

49
48.4
Ujian
48

47

46
Tidak Boleh Membaca Huruf Boleh Membaca Huruf

Rajah 3 : Tahap penguasaan murid-murid Tahun tiga membaca huruf-huruf Jawi

21
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Semasa ujian dijalankan, hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan membaca huruf
Jawi pada tahap sederhana sahaja. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian 2 huruf
pertama Jawi sahaja yang dapat dibaca secara urutan sebanyak 100%.Huruf ini amat
sinonim dengan murid-murid yang biasa terdedah dengan 2 huruf pertama dalam al-
Quran.

Hasil kajian juga mendapati hampir separuh daripada huruf tidak boleh dibaca secara
urutan dengan baik dan betul sebanyak 47.2% sahaja. Fenomena ini tidak boleh
dibiarkan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk memberi penekanan yang mendalam
bermula dari peringkat awal ini lagi. Ini bermakna huruf-huruf berkenaan
sememangnya sudah di ajar dan dapatan dari buku-buku latihan murid didapati sudah
banyak latihan menyambung huruf-huruf Jawi untuk membina suku kata terbuka dan
menulis ayat-ayat mudah.

13.3 Punca-punca yang mempengaruhi murid-murid Tahun tiga tidak dapat


menulis huruf-huruf Jawi.

Hasil dapatan kajian membuktikan taraf sosioekonomi keluarga mempengaruhi


pencapaian tahap penguasaan Jawi murid. Ibu bapa yang berpendapatan dan
berpendidikan tinggi tidak menekankan aspek agama iaitu mengajar mengaji al-
Quran pada anak-anak mereka di rumah kerana lebih mementingkan mata pelajaran
lain . Manakala ibu bapa yang berpendapatan rendah juga tidak memberi perhatian
khusus kepada anak-anak mereka di dalam penguasaan Jawi mungkin disebabkan kos
kehidupan yang tinggi dan kedaifan di dalam pendidikan Islam.

Bagi murid-murid yang berpendapatan sederhana, kebolehan mereka dalam tulisan


Jawi amat memberangsangkan dan menunjukkan prestasi yang cemerlang. Ini
menunjukkan ibubapa yang dari sosioekonomi sederhana amat mementingkan
pendidikan Islam terhadap anak-anak mereka. Kajian juga membuktikan bahawa taraf
sosioekonomi keluarga dan pegangan hidup (aqidah) dalam pendidikan Islam amat
mempengaruhi pencapaian akademik murid.

22
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Oleh itu guru, keluarga dan masyarakat yang beragama Islam keseluruhannya dapat
sama-sama menggemblengkan tenaga membantu masalah murid yang lemah dan
memberi tumpuan kepada penguasaan tulisan Jawi yang semakin dilupai ini. Peranan
guru amat penting untuk memberi motivasi kepada murid serta penggunaan kaedah
dan aktiviti yang boleh menarik minat murid. Keluarga pula perlu merancang
ekonomi dengan mengagihkan lebih peruntukan kewangan kepada pendidikan anak
dari membeli barang lain yang kurang kepentingannya.

Kementerian Pelajaran perlu memandang masalah murid yang miskin. Murid ini
perlu diberi bantuan kewangan untuk terus menimba ilmu ke peringkat yang lebih
tinggi.Selain itu, peranan kerajaan dan jabatan agama agar menekankan pendidikan
Islam di dalam pendidikan masa kini.

13.4 Bentuk-bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai

Rata-rata huruf Jawi tidak dikuasai dengan sepenuhnya berbanding dengan huruf
hijaiyah yang terdapat di dalam al-quran. Huruf-huruf tersebut adalah seperti yang
berikut : ‫ ﻯ‬J,‫ﻮ‬,‫ ﻛ‬,‫ ﻒ‬,‫ ﻉ‬J,‫ﭺ‬, dan ‫ ﻥ‬iaitu sebanyak 19.4% daripada 36 huruf-huruf Jawi.
Ini membuktikan huruf –huruf tersebut jarang digunakan dalam kehidupan seharian
dan menyebabkan ianya sukar dikuasai dengan sepenuhnya.

23
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

14 Implikasi dan cadangan

Berdasarkan kajian yang dijalankan , jelaslah bahawa tahap penguasaan tulisan Jawi
murid-murid hanya 48.1% sahaja secara keseluruhannya. Separuh daripada murid-
murid tidak dapat menguasai sepenuhnya tulisan Jawi. Keadaan ini tidak boleh
dibiarkan begitu sahaja seandainya tiada tindakan susulan dilakukan oleh pihak-pihak
yang berkenaan.

Hasil kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran semua pihak seperti guru,
keluarga, Kementerian Pelajaran dan masyarakat keseluruhannya untuk sama-sama
meningkatkan tahap kebolehan murid-murid dalam penguasaan tulisan Jawi.

Bagi murid-murid dari taraf sosioekonomi rendah pula agar mendapat kemudahan
belajar sama seperti murid-murid lain. Guru juga perlu menarik minat murid-murid
untuk belajar dan memahami kemahiran yang diajar. Pelbagai kaedah dan strategi
pengajaran dapat digunakan untuk meningkatkan lagi kebolehan murid dalam tulisan
Jawi.

15 Cadangan untuk kajian lanjut


Berdasarkan kepada keputusan-kepuutsan yang diperolehi daripada hasil kajian ini,
beberapa cadangan disarankan untuk pengkaji di masa akan datang agar dapat
melengkapkan lagi kajian seperti ini, iaitu :

15.1 Subjek kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja. Pengkaji pada
masa akan datang disarankan agar menggunakan sekolah dari seluruh daerah
supaya dapatan kajian lebih lengkap dan dipercayai.

15.2 Kajian tentang penggunaan bahan bantu belajar untuk meningkatkan lagi
minat terhadap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi. Kajian mengenai
penggunaan bahan bantu belajar ini banyak dijalankan tetapi tidak banyak
berkaitan dengan penguasaan tulisan Jawi.

24
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

15.3 Kajian tentang teknik yang digunakan untuk murid menyelesaikan masalah
penguasaan tulisan Jawi. Penggunaan teknik yang telah gunakan terhadap murid-
murid boleh dipelbagaikan mengikut tahap kematangan mereka Melalui kajian
ini mungkin guru boleh memikirkan teknik yang berkesan bagi mereka
membantu murid-murid menyelesaikan masalah penguasaan tulisan Jawi dengan
lebih berkesan.

15.4 Kajian ini hanya mengkaji faktor sosioekonomi keluarga. Disarankan pada
masa akan datang dapat menjalankan kajian tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi kelemahan murid dalam tulisan Jawi. Implikasi tersebut akan
lebih membuka peluang untuk membantu tahap kebolehan menguasai tulisan
Jawi murid-murid.

15.5 Kajian ini hanya menggunakan statistik deskriptif peratusan. Dicadangkan


pengkaji akan datang menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif
dalam mengkaji kebolehan menguasai tulisan Jawi murid-murid sekolah. Ini
kerana kajian yang baik ialah kajian yang menggunakan kedua-dua kaedah iaitu
kuantitatif dan kualitatif supaya dapatan lebih terperinci.

25
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

16. Kesimpulan

Hasil kajian telah menerangkan tentang kebolehan murid-murid di dalam menguasai


tulisan Jawi. Kajian ini juga dapat mengenalpasti bahagian-bahagian apa yang paling
lemah dan perlu diberi perhatian.

Seterusnya, dapat dikesan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan pegangan aqidah
merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kelemahan murid-murid dalam tulisan
Jawi. Oleh itu, guru, keluarga, Kementerian Pelajaran dan masyarakat haruslah
menggembleng tenaga untuk meningkatkan tahap kebolehan kemahiran tulisan Jawi di
peringkat awal kanak-kanak lagi secara optimum agar tulisan jawi ini dapat
dimartabatkan diseluruh Negara di masa kini dan masa-masa akan dating.

26
NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD
NO. MATRIK : 761121025615002
SUBJEK : HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Rujukan .

Amat Juhari Moain. 1992. Sejarah Tulisan Jawi. Jurnal Bahasa 35 (11): 101 1012.

Hamdan Abdul Rahman.1999. Panduan Menulis dan Mengeja Jawi.Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kang Kyoung Seock. 1986. Perkembangan jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala
Lumpur:

Muzni Hj. Borhan. 1995. Penguasaan pelajaran Jawi dikalangan Murid tahun tiga di
sekolah-sekolah rendah daerah Tampin Negeri Sembilan Darul khusus. Tesis Sarjana.
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Akhbar:

LC Fang. 2000. Cabaran Tulisan Jawi Masa Kini. BeritaHarian 20 November:8.

Mohamed Jusoh. 2000. Wajibkan Jawi di Sekolah dikaji.Mingguan Malaysia 25 Jun: 13.

Nordin Saad. 2000. Bukan Melayu Turut Gunakan Jawi. Utusan Zaman 10 Disember: 10.

Shahrul Nizam Abdul Talib.2000. PupukMinat Pelajar Cintai Jawi. Utusan Zaman 3
Disember: 10.

27

You might also like