You are on page 1of 6

Hubungan sains dan Islam adalah suatu hal kontroversi.

Dalam dunia Islam, banyak


mempercayai bahawa sains moden pertama kali dikembangkan dalam dunia Islam daripada di
Eropah dan negara Barat, bahawa "semua kekayaan ilmu di dunia sebenarnya berpunca dari
Tamadun Islam," dan apa orang bergelar "kaedah saintifik", adalah sebenarnya "kaedah Islam."[1]
[2]
Umat Islam sering memetik ayat 239 dari Surah Al-Baqarah —- Dia yang mengajarmu apa
yang kamu tidak ketahui. [3] —- dalam sokongan pemandangan mereka bahawa al-Quran
mempromosikan kemilikan ilmu baru.

Dalam percanggahan yang jelas, pihak yang lain bimbang yang dunia Islam "kekurangan
kefahaman saintifik yang mendalam," dan kesal bahawa, contohnya, dalam negara seperti
Pakistan walaupun fizik pelajar pasca siswazah telah mengaitkan gempa bumi dengan "dosa,
kekurangan akhlak, terpesong dari jalan Islam yang sebenarnya," sementara "hanya dua suara
yang tenggelam yang menyokong pandangan saintifik bahawa gempa bumi adalah suatu
fenomenon asli tidak dikesan oleh aktiviti manusia."[4]

Pengembangan pemikiran santifik dan ilmu telah menyebabkan berlainan reaksi di kalangan
umat Islam. Dalam dunia Islam kini, kebanyakan fokusnya pada hubungan Islam dan sains
termasuk terjemahan saintifik al-Quran (dan kadang-kadang Sunnah) telah menunjukkan bahawa
sumber-sumber ini telah membuat kenyataan terus mengenai sifat alam, pengembangan biologi
dan fenomena lain kemudiannya disahkan oleh kajian sains, dan bukti asal-usul kesucian al-
Quran. Usaha ini telah dikritik oleh sesetengah ahli sains dan ahli falsafah sebagai mengandungi
kesalahan logik,[5] disebabkan tidak saintifik, mungkin ddibuktikan palsu dengan memuncakan
teori saintifik.[6][7]

Tamadun Islam
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga
Kritikan · Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p • b • s 

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta
cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi
telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu
dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris:
Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari
pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu
yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak,
kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan
Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan.
Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

[sunting] Berbezaan antara Tamadun Islam dengan


Tamadun Barat
Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah
tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah
melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak
keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih
mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal
ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun
Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam

[sunting] Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam


Melayu
Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun Islam dan
ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi? Cubalah
bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal pasti apakah yang
menyebabkan orang Melayu terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti
Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan
pertanian.

Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang terjadi
di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam
kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai "akademik" itu
berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.

Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur
Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad ke-13, Kota Baghdad
telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannya
mengambil peranan menjaga Islam.

A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim Mystics and
Historical Writing) mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan
ini:

"Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memeliharakan penyatuan Masyarakat


Islam diserah kepada ahli-ahli sufi, iaitu suatu perkembangan yang tertimbul daripada
perhubungan yang rapat di antara kalangan sufi Sheikh serta pengikut-pengikutnya,
semangat mubaligh sufi, dan asas popular pergerakan itu. Mazhab sufi semakin menjadi
asas yang stabil dan berdisiplin dan sebahagiannya menyebar ke kawasan yang luas."
(dipetik oleh A H Johns 1993, 39).

Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan
berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-
wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke
Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua
lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan
dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.

Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada
tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah Qadariyyah, Rifaiyyah,
Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyyah (Naguib, 1963,
32).

Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula dengan 14
jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal,
menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat
sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).

Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan untuk
bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah
diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad
ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan
budaya di kawasan Melayu — Indonesia yang maha luas itu.

Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentalitas
rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat
toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga
kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para
intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi
masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan masyarakat. (1993, xi)

Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan
menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan. Selain itu
ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-lain terus
dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah dan Madinah
pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan mengembangkan ilmu-ilmu
itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995, 17)

Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan
Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan cerita-
cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad
Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang
Portugis pada 1511.
Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian agama
didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan
Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat. Lahir di sini
pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel,
Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran
Wujudiah.

Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu
pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan
banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang
sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim
dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.

Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk mengetahui buku-
buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera, fekah, usuluddin, tasawuf, kisah nabi-nabi
dan sebagainya bolehlah membaca buku Tengku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu
Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat menyeluruh tentang tajuk yang dibicarakan di atas.
Setelah mengesan sejarah dan perkembangan pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, penulis
berpendapat senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-
legar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan oleh faham ketuhanan,
kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah
menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini. Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-
ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh
contohnya bangsa-bangsa Barat.

Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah
memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah
bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat
Melayu di daerah ini.

Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad
ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah
di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah
meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasan-gagasan
saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia,
optik, dan muzik.

Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat pengajian tinggi yang
telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa
Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258, maka ilmu yang disebutkan itu
tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu
kota-kata intelek dan saintifik, sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota
agama yang penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan
usuluddin dan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan
ke Nusantara.
Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik
yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-perkembangan ini dan
dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada Islam bukan seperti yang berlaku di
Eropah di abad pertengahan.

Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah ini.
Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah parah
pada situasi masyarakat yang sudah lemah!

You might also like