You are on page 1of 4

SOALAN:

Berdasarkan kajian dan pengalaman diri anda sendiri, jelaskan sejauh manakah faktor-
faktor yang berikut mempengaruhi proses sosialisasi:

a) Perbezaan jantina
b) Perbezaan kelas sosial
c) Perbezaan kaum/ras
d) Perbezaan kebudayaan

Definisi sosiolisasi

Sosialisasi diertikan sebagai sebuah proses seumur hidup bagaimana seorang individu
mempelajari kebiasaan-kebiasaan yang meliputi cara hidup, nilai, dan norma-norma sosial
yang terdapat dalam masyarakat agar dapat diterima oleh masyarakatnya. Berikut merupakan
pengertian sosialisasi menurut para pemikir iaitu:

Menurut Charlotte Bühler, sosialisasi adalah proses yang membantu individu-individu


belajar dan menyesuaikan diri, bagaimana cara hidup, dan berfikir kelompoknya agar ia dapat
berperanan dan berfungsi dengan kelompoknya. Bagi Peter Berger pula sosialisasi adalah
suatu proses di mana seseorang menghayati serta memahami norma-norma dalam masyarakat
tempat tinggalnya sehingga akan membentuk kepribadiannya.

Menurut Paul B. Horton


sosialisasi adalah suatu proses di mana seseorang menghayati serta memahami norma-norma
dalam masyarakat tempat tinggalnya sehingga akan membentuk kepribadiannya. Manakala
bagi Soerjono Soekanto, beliau mendefinisikan sosialisasi adalah satu proses menyampaikan
kebudayaan kepada warga masyarakat yang baru.

Definisi Kebudayaan

Budaya atau kebudayaan berasal daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan
kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal, secara amnya
membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula
bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan
"perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam
bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin
colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Manakala dalam bahasa Mandarin
disebut Wen Hua dan dalam Bahasa Arab disebut Thaqafah. Sukukata Bu membawa
pengertian asli, pertama atau sejati. Manakala ‘Daya’mengandungi akal, jalan fikiran, atau
penciptaan.

Bagi Linton, 1947 dalam The Cultural Background of Personality beliau telah mentakrifkan
budaya sebagai susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil daripada kelakuan ini digunakan
bersama dalam masyarakat. Manakala bagi Benedict (1947) menyatakan bahawa budaya
sebagai unsur pengorganisasian antara individu dan membentuknya
menjadi satu kelompok kebudayaan.

Faktor perbezaan kebudayaan.

Anak yang baru dilahirkan merupakan anggota baru dalam masyarakat. Mengikut
fahaman masyarakat di sekeliling, fungsi sosiolisasi dalam masyarakat perlu diturunkan
dan diajarkan kepada golongan muda supaya golongan muda ini mempunyai nilai-nilai
dan norma-norma sosial dalam masyarakat tersebut.

Berdasarkan pengalaman yang pengkaji miliki, banyak aspek-aspek


kehidupan kita relatif dengan budaya dan juga nilai-nilai social yang diajar oleh orang-
orang yang lebih tua dalam masyarakat. Contohnya dengan jalan raya yang sentiasa sibuk
pada pagi hari dan juga pada petang hari, pulang ke rumah sebelum malam hari dan
sentiasa hormat akan orang yang lebih tua merupakan satu kebiasaan kepada golongan
muda dalam mempelajari proses sosialisasi dalam masyarakat. Kesemua perilaku
masyarakat tadi sudah membentuk satu pola perilaku umum yang secara teratur terjadi
setiap hari. Keteraturan yang relatif tersebut mengembangkan satu pola interaksi sebagai
satu bentuk dari budaya. Budaya atau kebudayaan adalah keseluruhan hal yang yang
diciptakan oleh unit-unit sosial di mana setiap anggota unit sosial tersebut memberikan
makna yang relatif sama ada pada hal-hal seperti keyakinan, nilai, norma, pengetahuan,
bahasa, pola interaksi, dan juga hal-hal yang berkaitan dengan saranan fisikal seperti
bangunan, kenderaan, baju dan juga buku.
Komponen atau unsur yang terdapat dalam Budaya

Nilai adalah prinsip-prinsip etika yang dipegang dengan kuat oleh individu atau
kelompok sehingga mengikatnya dan sangat berpengaruh pada perilaku individu tersebut.
Nilai berkaitan dengan gagasan seperti baik dan buruk, serta yang dikehendaki dan yang
tak dikehendaki. Nilai seterusnya akan membentuk norma, iaitu peraturan tentang
perilaku yang harus dipatuhi oleh setiap anggota suatu unit sosial sehingga ada perkara
yang negatif dan positif. Norma mempunyai pelbagai tingkat norma seperti adat istiadat
(folkways) cara makan, cara berpakaian, tetapi jika terdapat anggota masyarakat yang
tidak melaksanakannya akan dianggap aneh dan melanggar aturan normal kehidupan.
Terdapat peraturan yang tidak bertulis namun jika dilanggar akan dianggap sebagai satu
kesalahan dalam masyarakat yang mengamalkannya seperti berkesedudukan antara lelaki
dan wanita yang belum berkahwin. Dalam masyarakat timur ia dianggap menjadi satu
kesalahan yang besar bagi perilaku yang berikut kerana ia dianggap satu zina dan perlu
diberi hukuman yang berat ke atas penzina berikut. Hal ini sudah juga termaktub di dalam
larangan dalam agama yang melarang kesedudukan antara lelaki dan wanita yang belum
berkahwin. Selain nilai dan norma, satu unsur budaya lainnya adalah peranan. Peranan
adalah satu tuntutan kepada seseorang untuk menampilkan perilaku tertentu kerana orang
tersebut menduduki suatu status sosial tertentu.

Berdasarkan kepada unsur-unsur yang terdapat dalam budaya ini, pengkaji mendapati
masyarakat sekeliling banyak member tunjuk ajar tentang perkara-perkara baik dan
kesannya apabila kita melakukannya, begitu juga jika sebaliknya berlaku. Unsur-unsur
seperti nilai, norma dan peranan member impak yang positif kepada pengkaji sehingga
kini apabila masyarakat terdahulu banyak menerapkan unsur-unsur ini dalam diri anak-
anak muda mereka.

Agen Sosialisasi Budaya

Menurut Havighurst (1962:128), beliau memberikan pendapat tentang agen pemproses


social seperti berikut iaitu” The major socialization agencies in the life of the child ate the
family, the peer group, the school, the church, the youth-serring organizations, political
and economic institutions, and the mass media. Some of these agencies are formal and
some informal”.

Berdasarkan pendapat Havighurst di atas dapatlah dirumuskan bahawa agen-agen


sosialisasi adalah seperti sekolah, masyarakat, keluarga dan keadaan persekitaran yang
banyak membentuk seorang individu dalam mempelajari sesuatu khususnya dalam
budaya. Contohnya seperti peranan yang dibawa oleh sesuatu institusi iaitu satu bentuk
unit sosial yang memfokuskan kepada pembentukan system masyarakat. Misalnya
sekolah, keluarga, dan agama. Dalam media massa pula pembentukan boleh dilakukan
melalui penggunaan risalah Al-Quran, majalah, dan television serta, radio. Bagi agen
social yang mengambil bahagian dalam pembentukan suatu masyarakat itu bergantung
juga kepada individu dan kelompok yang berada di sekeliling seperti kakak, adik, ayah,
ibu, teman, guru dan sebagainya.
Bagi agen-agen seperti masyarakat pula mereka melihat dimana manusia itu berada. Dimana
hal ini akan mewujudan pola masyarakat yang memberi pengaruh yang berbeza ke atas
pendidikan terutama dari segi ruang hidup kanak-kanak. Secara kasarnya kanak-kanak yang
berada di Bandar yang mungkin dari institudi yang berbeza dalam banyak segi untuk
menghasilkan kehidupan social akibat penyesuaian ruang hidup dengan kanak-kanak diluar
Bandar yang mungkin lebih kepada kehidupan pertanian dan terdedah kepada pengaruh
semula jadi. Kelainan yang diwujudkan oleh masyarakat Bandar dan luar Bandar juga
member perbezaan yang ketara berdasarkan pembelajaran mereka dalam kehidupan seharian.

Rujukan

Dwi Irawati, Implementasi Nilai-Nilai Budaya Organisasi Melalui Sosialisasi Budaya


Organisasi, http://re-searchengines.com/dwi0908.html, 13 Oktober 2010.

Jurnal Pendidikan, 2007, Masalah Sosiologi Pendidikan

Wiggins & Zanden, Early Socialization 1994; Hassan Mustafa, Sosiolisasi

You might also like