You are on page 1of 1

MENGHASILKAN GAS METHANA DARI NAJIS HAIWAN

(LEMBU)
SEBAGAI SUMBER TENAGA ALTERNATIF

MOHD NAIM BIN YAHYA


(17DAS08F1030)
MUHAMMAD AMALUDIN BIN HAMZAH
(17DAS08F1010)
MOHD FIRDAUS BIN ZAKARIA
(17DAS08F1008)
(Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar)

ABSTRAK

Pengumpulan gas methana dari najis haiwan untuk digunakan sebagai


sumber tenaga alternatif seperti gas memasak telah lama dan luas dipraktikkan di
luar negara seperti India, Australia dan Bangladesh. Walaubagaimanapun,
kaedah ini masih belum mendapat perhatian oleh penternak-penternak dan
masyarakat kerana kurangnya pendedahan mengenai manfaat yang boleh
diperolehi dari najis haiwan yang dibiarkan itu. Akibat daripada itu, sering
berlaku masalah seperti bau berpunca daripada najis haiwan (lembu) yang tidak
diuruskan dengan betul dalam tempoh yang lama di kawasan ternakan haiwan
tersebut. Projek ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini jika dapat
dipraktikkan dan diperluaskan dengan betul. Namun begitu, prosedur
pengumpulan gas methana dari najis haiwan (lembu) terbabit adalah rumit dan
memerlukan tempoh kerja yang panjang dalam menjalankannya. Objektif projek
ini adalah untuk mengkaji kebolehnyalaan gas methana sebagai sumber gas
memasak. Selain itu, projek ini bertujuan mengkaji keadaan yang sesuai dalam
mendapatkan gas methana yang sempurna dengan mengetahui warna nyalaan
api. Pengiraan kos bagi projek ini berdasarkan rekabentuk dan perincian yang
dibuat secara anggaran pukal. Kajian ini menghuraikan proses-proses yang
terlibat untuk menghasilkan gas methana.

You might also like