You are on page 1of 8

SOALAN :

BERDASARKAN 24 CIRI DIBERI, PILIH 2 CIRI YANG PALING HEBAT


BERBANDING CIRI – CIRI LAIN. MENGAPAKAH ANDA MENGATAKAN 2 CIRI INI
PALING HEBAT?

JAWAPAN :
CIRI YANG DIPILIH :
1) SATISFACTION
2) POSITIVE PERSONALITY

1) MEMBERI KEPUASAN KERJA (SATISFACTION)

Kepuasan menerangkan bagaimana seseorang individu itu berpuashati dengan kerjanya.

Mereka yang bergembira dengan kerja adalah mereka yang berpuas hati dengan kerja mereka.

Kepuasan hati bekerja tidak sama dengan motivasi walaupun ia dilihat berkaitan secara

langsung. Corak pekerjaan menjurus ke arah meningkatkan kepuasan bekerja dan prestasi .

Seorang pemimpin yang mengamalkan ciri memberi kepuasan bekerja (satisfaction)

bererti pemimpin tersebut adalah seorang pemimpin yang mempunyai rasa kesyukuran yang

tinggi terhadap setiap hasil usaha serta pencapaian kakitangannya. Pemimpin yang mengamalkan

ciri ini dikatakan paling hebat kerana pemimpin ini boleh meningkatkan motivasi kakitangan.

Kakitangan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan produktiviti dari segi kuantiti dan

produktiviti kerja. Pemimpin yang mengamalkan ciri ini juga boleh mengurangkan tekanan kerja

terhadap kakitangan bawahannya. Kakitangan akan bekerja dalam suasana yang selesa, masih

terus bekerja tanpa paksaan dan bekerja terus-menerus secara berkesan ke arah mencapai

matlamat organisasi.

1
Selain itu, pemimpin sebegini boleh menerapkan suatu nilai tambah kepada kakitangan

bawahannya iaitu untuk bekerja secara berkumpulan dan hasilnya, nilai ini dapat membina

kekuatan kerja secara berkumpulan yang pasti dapat mempengaruhi keupayaan dan pengupayaan

sesuatu organisasi sebagai contoh pengetua yang mengamalkan ciri kepuasan bekerja di sekolah

akan merangsang guru di bawahnya membuat Kem Kecemerlangan kepada calon pelajar Sijil

Pelajaran Malaysia. Tanpa bekerja secara berkumpulan, Kem Kecemerlangan tidak dapat

berjalan dengan lancar dan matlamat pelaksanaannya juga tidak akan tercapai. Dalam situasi

sebegini, kakitangan guru akan merasa bertanggungjawab untuk menjayakan Kem

Kecemerlangan tersebut dan di sini, pemimpin boleh menerapkan nilai kepuasan bekerja pula

kepada kakitangan gurunya apabila mendapat keputusan SPM dengan cemerlang hasil daripada

Kem Kecemerlangan yang telah dijalankan.

Pemimpin sebegini juga arahannya senang diterima dan diserap masuk ke dalam minda

orang bawahannya kerana pemimpin yang mengamalkan kepuasan bekerja ini akan mempunyai

kemahiran interaksi interpersonal yang sangat berkesan di mana pengarahannya ringkas tetapi

padat serta jelas tanpa perlu mengambil masa yang lama di dalam sesuatu mesyuarat dengan

kakitangannya dan secara tidak langsung kakitangan bawahannya akan terdidik untuk

mengambil tindakbalas yang positif dengan bertindak serta merta terhadap setiap arahan tersebut

kerana kakitangan yang dipimpin tadi telah jelas akan matlamat dan objektif yang cuba

disampaikan oleh pemimpin mereka. Sebagai contoh, pengetua di dalam mesyuaratnya,

mengarahkan supaya pada tahun 2010, semua guru mesti hadir ke sekolah pada pukul 7.20 pagi

di tapak perhimpunan agar dapat mengatasi masalah ponteng pelajar. Semua guru dengan

berlapang dada datang ke sekolah pada pukul 7.20 pagi di tapak perhimpunan tanpa sebarang

rungutan dan selepas sebulan masalah ponteng pelajar semakin berkurangan dan menyenangkan

2
proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Oleh itu proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah tersebut berjalan lancar dan target guru dalam matapelajaran yang diajar

mereka senang untuk dicapai. Suasana ini adalah tidak mustahil berlaku apabila kakitangan

bawahan seseorang pemimpin berpuas hati dengan gaya kepemimpinan pemimpin yang

mengamalkan ciri kepuasan bekerja tadi.

Perasaan tidak puas hati pekerja di bawah sesebuah kepemimpinan juga boleh dielakkan

apabila seseorang pemimpin mengaplikasikan ciri kepuasan dalam sistem pentadbirannya sehari

– hari. Hasilnya, masalah – masalah seperti ponteng kerja, datang lambat dan tidak

bersemangat untuk bekerja dapat dielakkan. Ini adalah kerana apabila kakitangan merasakan

hubungannya dengan majikan sangat rapat, mereka akan ikhlas dalam melaksanakan sesuatu

kerja demi mencapai matlamat organisasi yang secara tidak langsung dapat memberikan

kepuasan kepada mereka dalam setiap bidang tugas yang mereka perlu laksanakan. Di sekolah,

pengetua yang mengamalkan ciri kepuasan bekerja ini akan mendorong guru-guru untuk

merasakan bahawasanya tiada paksaan dalam melakukan sesuatu tugas malahan tugas tersebut

akan dianggap sebagai suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Akhirnya, guru-guru akan

merasa sayang untuk ponteng kerja, sangat rugi untuk datang lambat ke sekolah kerana

timbulnya hubungan yang sangat rapat antara guru dengan pengetua. Selain itu, mereka akan

memikul tanggungjawab terhadap tugas mereka dengan ikhlas dan jujur demi untuk mencapai

misi dan visi sekolah.

Pemimpin yang bercirikan kepuasan ini boleh menjadikan suasana sesuatu pekerjaan

berada di dalam suasana tenang, aman-damai, harmoni dan gembira sentiasa. Situasi ini

menyebabkan pekerja di bawahnya melakukan sesuatu kerja dengan tenang dan tenteram dengan

ini idea-idea yang bernas, sesuatu inovasi terkini juga akan lahir dan boleh dipraktikkan dengan

3
jayanya di kalangan pekerja di bawahnya. Contohnya, di sekolah, guru-guru akan mengajar

dalam keadaan tenang dan harmoni apabila pengetua mengamalkan ciri ini dapat menerapkan

nilai ketenangan di dalam diri guru-gurunya. Sebarang masalah yang timbul akan menerbitkan

satu inovasi baru, idea-idea baru yang boleh mengatasi masalah yang dialami di sekolah tersebut.

Oleh yang demikian, matlamat, visi dan misi sekolah akan dapat dicapai dengan mudah.

Pemimpin yang mengamalkan ciri kepuasan dalam kepemimpinan mereka ini, akan dapat

meyakinkan pekerja di bawahnya dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan yang dibuat itu

akhirnya akan membuahkan kejayaan yang cemerlang bagi sesebuah organisasi. Sebagai contoh,

di sekolah jikalau semua guru yakin dengan keputusan pengetua di dalam sesuatu mesyuarat,

sesuatu yang diputuskan akan dilaksanakan dengan yakin oleh semua guru. Hasil daripada

perlaksanaan keputusan itu dapat membuahkan pencapaian yang lumayan. Justeru, ini akan

dapat memuaskan hati semua guru di bawahnya dan menghasilkan suasana kerja yang lebih

seronok. Apabila suasana kerja menjadi seronok, prestasi kerja para guru akan menjadi lebih

berkualiti yang akhirnya akan terus mendorong guru-guru untuk terus mendidik para pelajar

sehingga keputusan yang cemerlang di capai.

Justeru, dapat dirumuskan di sini, bahawasanya apabila seseorang pemimpin itu

mengamalkan ciri kepuasan di dalam sistem pentadbirannya, terhadap organisasi dan

kakitangannya, satu pulangan yang besar akan dapat diperolehi dan kadangkala pulangan

tersebut amatlah hebat nilaiannya yang akhirnya akan memberikan kesan dan impak yang positif

sehinggalah terbangunnya sebuah negara bangsa sebagaimana yang dihasratkan dalam wawasan

2020.

4
2) PERSONALITI POSITIF (POSITIVE PERSONALITY)

Kelangsungan sesebuah organisasi bergantung sepenuhnya kepada keberkesanan

kepemimpinan pemimpin. Justeru, pemimpin yang professional seharusnya mempunyai ciri –

ciri kepemimpinan yang hebat. Personaliti Positif (Positive Personality) merupakan ciri yang

terbaik bagi seorang pemimpin kerana pada dasarnya, maksud personaliti positif itu sendiri telah

mencerminkan kemantapan, lengkap daripada pelbagai aspek, menampilkan keterbilangan dan

kehebatan seorang pemimpin yang serba boleh dalam membawa seluruh organisasi di bawah

pimpinannya ke arah mencapai matlamat organisasi dengan jayanya.

Ciri personaliti positif bagi seseorang pemimpin adalah merangkumi sifat – sifat (traits)

dan perlakuan (behavior) seperti aktif, rendah diri, peramah, bertimbang rasa, yakin, tegas tetapi

adil serta bertolak ansur dengan orang bawahannya (subordinate).

Secara realitinya, kebanyakan orang bawahan menyukai seorang pemimpin yang aktif

dan proaktif. Pemimpin yang aktif serta proaktif ini akan menetapkan misi, visi dan membentuk

proses dalam memastikan matlamat yang disasarkan akan berjaya dicapai sebagaimana proses

dan prosedur yang diatur sejak awal lagi. Ini akan menjadikan hala tuju dan matlamat yang perlu

diikuti oleh orang bawahan lebih jelas. Selain itu, seorang pemimpin yang aktif serta proaktif

akan sentiasa terkini pemikiran dan kerja buatnya dalam pelbagai aspek sama ada maklumat

mahupun pengetahuannya. Secara tidak langsung, ini akan menjadikan orang bawahan lebih

bersemangat dalam melaksanakan setiap tugasan atau kerja yang dipertanggungjawabkan

5
terhadap mereka, lebih bersedia menerima beban kerja, dan lebih berfikiran terbuka dalam

menerima setiap pembaharuan yang diperkenalkan.

Manakala sikap merendah diri, peramah dan bertimbang rasa pula akan mewujudkan satu

suasana kepemimpinan yang lebih mesra dan lebih telus kerana kebanyakan orang yang ditadbir

amat tidak menyukai pemimpin yang terlalu ego, bersifat angkuh dan terlalu banyak

mengamalkan karenah birokrasi. Pemimpin yang sentiasa merendah diri, peramah dan

bertimbang rasa pasti akan menjadi pendengar yang baik, dapat mempertimbangkan pendapat

serta pandangan orang bawahannya dan lebih peka terhadap setiap situasi orang bawahannya.

Suasana ini akan mewujudkan satu hubungan kepimpinan yang positif yang akhirnya akan

memacu kecemerlangan yang lebih berkualiti dan mapan.

Seterusnya, sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan ciri personaliti positif ini,

mereka pastinya akan mempunyai sikap yakin diri. Bersifat yakin bererti pemimpin itu sendiri

sebenarnya tahu akan setiap inci peranannya terhadap orang bawahannya yang dibawa menuju

matlamat organisasi. Sikap ini sebenarnya menuntut kepada komunikasi yang baik dan karisma

yang tidak boleh diperbandingkan lagi. Sikap ini penting bagi seorang pemimpin kerana orang

bawahan yang ditadbirnya akan berasa bangga dengan pemimpin yang berkeyakinan tinggi dan

yakin dengan pemimpin yang sentiasa konsisten dalam usahanya untuk melonjakkan pencapaian

organisasi bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan sedari awal lagi.

Pemimpin yang bepersonaliti positif juga akan lebih tegas tetapi adil terhadap setiap

orang bawahan yang ditadbirnya dalam apa jua situasi. Sikap yang dimiliki oleh pemimpin ini

6
akhirnya akan membina kepercayaan yang tinggi dikalangan orang bawahannya terhadap

kepemimpinan yang dibawa. Kita mengetahui bahawa sesiapa pun tidak suka terhadap

ketidaktegasan dan ketidakadilan, apatah lagi apabila jumlah orang-orang bawahan yang ditadbir

oleh seorang pemimpin itu adalah dalam bilangan yang agak besar kerana pelbagai karenah akan

timbul apabila sesebuah organisasi terdiri daripada sejumlah ahli yang ramai. Oleh yang

demikian, sikap tegas dan adil bagi setiap pemimpin adalah perlu dalam memastikan sesebuah

organisasi yang dipimpin sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terkawal tanpa sebarang

rasa tidak puas hati di kalangan orang bawahan.

Dalam merealisasikan satu ciri kepimpinan yang hebat seperti bepersonaliti positif ini,

pemimpin seharusnya menjadi seorang pemimpin yang boleh berkompromi dengan seluruh

lapisan kategori orang bawahan yang berada di bawah kepemimpinannya. Berkompromi tidak

bererti mudah diperlekehkan dan mudah diambil kesempatan oleh orang bawahan tetapi banyak

menjurus kepada penggunaan “budi bicara” yang hebat. Ini adalah kerana dengan adanya budi

bicara ini, barulah interaksi dua hala antara pemimpin dan orang bawahan akan wujud dan

berlangsung secara lebih efektif dan apabila suasana kepemimpinan yang berkesan dapat

diwujudkan, barulah suatu gaya kepemimpinan yang benar – benar hebat dapat dilestarikan

dalam sesebuah organisasi.

Akhirnya, saya ingin berkongsi dapatan sebuah kajian melaui jurnal ’10 Don’t’s of

Successful School Leadership’ (Bonilla dan Allan, Mac 2006) yang mana kajian menunjukkan

bahawa sepuluh perkara berikut tidak boleh diamalkan di dalam sesebuah kepemimpinan

seorang pemimpin iaitu berpandangan sempit; terlalu kurang perbincangan; kurang atau terlalu

7
banyak delegasi; program-program yang terlalu banyak tetapi kurang berkualiti; gaya diktator

atau terlalu ego; kurangnya pujian dan pengiktirafan; banyak mengkritik dan mengecilkan hati;

berfokus pada hal negatif; gagal mengawal emosi, dan melupakan pelajar. Sepuluh perkara ini

jelas bersifat negatif dan bertentangan dengan protokol seorang pemimpin yang mengamalkan

ciri personaliti positif. Justeru, tidak dapat dinafikan lagi bahawa pemimpin yang hebat,

pemimpin yang cemerlang mesti tidak boleh tidak perlu mempunyai ciri personaliti positif

(positive personality) kerana ciri ini sebenarnya sangat meluas cakupannya tetapi amat lengkap

dan terlalu cukup untuk menerajui sesebuah kepemimpinan organisasi ke arah keterbilangan

yang diiktiraf dunia.

You might also like