You are on page 1of 15

1.

1 Pengenalan

Menyebut tentang Tatabahasa, ia sering dianggap orang sebagai subjek yang kering,
membosankan dan kadangkala menakutkan. Perspektif ini berlaku kerana tatabahasa kerana
kononnya tatabahasa hanya terdiri daripada rumus-rumus bahasa, sama halnya dengan
Matematik. Bercakap mengenai tatabahasa seolah-olah bererti bercakap mengenai soal salah
betul penggunaan bahasa semata-mata.

Jelas sekali pandangan ini harus diperbetulkan. Guru perlu kreatif untuk mencari dan
mengenalpasti kaedah dan teknik pengajaran tatabahasa yang menarik. Golongan pendidik perlu
berusaha membetulkan anggapan salah mengenai tatabahasa. Kata pepatah “Tak kenal maka tak
cinta”. Mudah-mudahan dengan mengenal hakikat tatabahasa, tumbuhlah rasa cinta kepadanya.
Teringat pula saya akan satu baris dalam lagu Melayu lama yang berbunyi “Kalau hati sudah
suka, semua indah sahaja”. Demikianlah mudah-mudahan tatabahasa akhirnya dapat dilihat
sebagai sesuatu yang indah.

Konsep menulis pula melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan
mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu
menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis
kesimpulan. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,
dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah
terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan
yang jelas, cantik dan kemas.
Oleh itu, untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik, pelbagai pendekatan
diperlukan oleh seseorang guru. Kaedah bagaimana untuk menggabungjalinkan pengajaran
tatabahasa dalam penulisan harus difikirkan sebaik-baik agar para pelajar dapat menulis dengan
baik.
1.2 Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis
Guru perlu kreatif untuk mencari dan mengenalpasti kaedah dan teknik pengajaran
tatabahasa yang menarik. Sebagai guru juga pendidik, kita perlu berusaha membetulkan
anggapan salah mengenai tatabahasa terlebih dahulu. Kata pepatah “Tak kenal maka tak cinta”.
Mudah-mudahan dengan mengenal hakikat tatabahasa, tumbuhlah rasa cinta kepadanya. Teringat
pula saya akan satu baris dalam lagu Melayu lama yang berbunyi “Kalau hati sudah suka, semua
indah sahaja”. Demikianlah mudah-mudahan tatabahasa akhirnya dapat dilihat sebagai sesuatu
yang indah.

Untuk menjadikan pengajaran tatabahasa itu menarik, guru haruslah menjadi seorang
tukang masak yang arif. Sudah tentu kita memerlukan rencah dn rempah ratus yang pelbagai.
Rencah dan rempas ratus yang dimaksudkan ialah wadah penggunaan bahasa yang hendak
diajarkan, atau bahan yang dapat dijadikan asas untuk mencungkil atau meramalkan unsur-unsur
tata bahasa tertentu.

Bahan yang menjadi wadah bahasa ialah pelbagai bentuk wacana, sementara yang dapat
menjadi asas mencungkil unsur tata bahasa ialah ilustrasi. Dengan perkataan lain, dapatlah kita
katakan bahan itu sebagai “bahan rangsangan”. Beberapa pertimbangan dalam pemilihan bahan
untuk pengajaran tata bahasa ialah memanfaatkan pelbagai bentuk bahan seperti prosa, puisi dan
bahan grafik, sesuai dengan kepelbagaian konteks penggunaan tatabahasa.

Bahan hendaklah meliputi pelbagai bidang ilmu dan maklumat yang sesuai, selaras
dengan konsep penyerapan ilmu. Ia seharusnya berisi nilai atau nilai-nilai murni, selaras dengan
gagasan penyerapan nilai. Selain itu, bahan sedapat-dapatnya hendaklah autentik, seperti brosur
iklan, berita, borang, risalah, dan sebagainya. Pemilihan bahan juga haruslah berteraskan mut.
Bahan yang dipilih mestilah bermutu bahasa bahasanya. Walau bagaimanapun, mutu bahasa itu
boleh dikecualikan jika ia bertujuan untuk menganalisis kesilapan.

Aspek lain yang perlu diambil kira ialah bahan itu hendaklah dapat menarik minat murid.
Dengan adanya bahan rangsangan, dapatlah murid diajar tentang tata bahasa dalam konteks,
sama ada konteks ilmu, laras bahasa, mahupun jenis-jenis wacana. Maksudnya, murid tidak
mempelajari tatabahasa tanpa latar. Guru pula dapat memanfaatkan bahan untuk memberikan
contoh unsur tatabahasa yang ada unsur ilmu dan nilainya. Demikian juga, guru dapat membina
latihan daripada bahan tersebut. Apabila pengajaran guru, termasuk contoh dan latihannya
berdasar pada bahan yang terpilih, maka terlaksanalah pengajaran yang berdasarkan tema.
pengajaran.

Pengajaran tatabahasa di bilik darjah haruslah melibatkan pemilihan kaedah yang sesuai
dan menarik. Pendekatan deduktif yang dilaksanakan dalam bentuk penerangan rumus
tampaknya tidak sesuai untuk pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah. Antara kaedah atau
teknik yang dapat menimbulkan minat murid termasuklah:

a. Kaedah inkuiri penemuan

Melalui kaedah ini, murid dapat mengesan unsur atau unsur-unsur tata bahasa tertentu dalam
pelbagai wacana seperti dialog, cerpen, rencana, puisi, iklan dan sebagainya.

b. Kaedah berdialog dan berlakon (komunikatif)

Murid-murid menggunakan pola-pola tertentu yang sesuai, seperti jenis ayat (ayat tanya, ayat
penyata, ayat seruan, ayat permintaan) atau kata-kata tanya, kata silaan, kata seru, dan
sebagainya.

c. Kaedah bergambar dan carta (visual)

Kaedah ini dapat merangsang pemikiran murid dengan gambar-gambar yang menarik. Murid
boleh menamakan objek atau peristiwa, menyatakan sifat atau keadaan, membina ayat daripada
bahan tersebut, dan sebagainya.

d. Kaedah berpuisi, bernyanyi, dan bercerita

Murid akan lebih menghayati unsur-unsur bahasa dalam bahan dan boleh juga menghasilkan
puisi, seni kata, dan cerita. Ini akan menjadikan murid lebih kreatif.

e. Keadah pentomim

Murid mengagak nama, perbuatan atau sifat, atau mungkin ayat yang dibayangkan oleh bahasa
badan.
f. Kaedah main peranan

Murid diletakkan dalam situasi atau konteks yang sebenarnya dan menggunakan bahasa yang
sesuai dengan konteks itu, misalnya sebagai wartawan ia menggunakan kata tanya dan ayat tanya
yang betul (5W + 1H).

g. Keadah permainan bahasa

Melalui kaedah ini murid berteka-teki, menjawab kuiz, meneka nama, sifat, perbuatan, teka
silang kata, melengkapkan peta minda, memadankan unsur bahasa (seperti subjek-prediket),
melengkapkan ayat, menukar struktur ayat untuk maksud yang sama, dan sebagainya.

h. Kaedah penghasilan

Murid akan lebih berkreativiti menggunakan unsur-unsur tatabahasa untuk menulis iklan, moto,
slogan, tema, poster, dan sebagainya.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai guru untuk menimbulkan
pengertian bahawa tata bahasa ialah bahagian yang penting dalam kehidupan kita. Oleh itu
pengajaran tatabahasa tidak boleh diajarkan secara terasing, melainkan hendaklah diajarkan
dengan strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Bagi memenuhi strategi tersebut, perlu
dibuat perancangan yang rapi, terutama daripada segi pemilihan bahan untuk menunjukkan
konteks yang sesuai bagi unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan. Dalam pengajaran di
bilik darjah pula, guru perlu melaksanakan pelbagai teknik dan aktiviti yang dapat merangsang
murid sehingga pengajaran tatabahasa dapat membantu murid menguasai tata bahasa dengan
tidak berasa tertekan atau terpaksa. 
2.0 KONSEP PENULISAN PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP
2.1 PENULISAN PENDAHULUAN
Adalah menjadi tugas setiap pelajar untuk memperkenalkan perkara yang akan dibincangkan dan
ia seharusnya menjurus kepada tajuk. Para pelajar seharusnya menganggap pembaca itu tidak
faham atau tidak tahu. Pendahuluan hendaklah ditulis secara menarik agar ia dapat menarik
perhatian para pembaca. Ia hendaklah ringkas dan am sahaja. Memadai beberapa baris sahaja
tetapi hendaklah menyeluruh.
Terdapat pelbagai jenis penulisan pendahuan. Ia berpandukan apakah jenis karangan yang
dipilih. Antaranya adalah:-

2.1.1 Pendahuluan jenis definisi·


Pelajar hendaklah memberikan takrif · makna · definisi. Ianya perlulah berfakta bukan mengikut
andaian murid.
Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah
bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis,
jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes
pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke
semasa.

2.1.2 PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -


Pelajar perlu mengeluarkan atau menyatakan pendapat seseorang tokoh. Ia bukanlah secara
semborono tetapi seharusnya petikan kata-kata itu adalah sahih.
Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad,
pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun
pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan
pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan.
2.1.3 PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
Para pelajar hendaklah menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai tetapi haruslah
jelas
Contoh :
Kereta yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan
perlahan sekali. Aku berasa mual dan mengantuk. Aku lihat ayah memberikan sepenuh
perhatian dalam pemanduannya. Jalan yang seperti ular dipalu di sepanjang perjalanan turun dari
Cameron Highlands semakin memeningkan kepalaku. Namun begitu, sepasang anak mataku
sempat mengintai hutan rimba yang kami lalui itu.

2.1.4 PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -


Pendahuluan jenis ini memerlukan pelajar mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan
dengan tajuk
Contoh:
Masalah merokok dalam kalangan remaja semakin menular  dari sehari ke sehari.
Persoalannya,mengapakah masalah ini  semakin berleluasa dalam kalangan pelajar?Apakah
faktor-faktor yang menyebabkan masalah ketagihan rokok ini semakin meningkat? Semua
persoalan ini membelenggu fikiran kita pada setiap masa. Apakah langkah-langkah yang boleh
diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus membinasakan tubuh mereka?

2.1.5 PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -


Pelajar hendaklah menggunakan dan menyelitkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang
sesuai. Peribahasa tersebut perlulah sesuai dengan karangan yang hendak ditulis.
Contoh:
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “bulat air kerana
pembentung, blat manusia kerana muafakat” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat
penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya
hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.
3.0 PENULISAN BAHAGIAN ISI

Karangan yang baik seharusnya dilengkapi dengan isi-isi yang menarik, huraian yang
bernas dan kemas. Isi hendaklah mengikut kehendak sesuatu tajuk penulisan itu. Pelajar
seharusnya bijak menyusun isi-isi. Ia hendaklah teratur dan dan saling berkait antara satu sama
lain. Pecahkan isi-isi mengikut perenggan-perenggan khusus. Oleh itu, para pelajar hendaklah
mengenal pasti yang manakah isi utama dan isi-isi sampingan.

Isi utama merupakan idea penting yang ingin disampaikan dan ia perlulah diberi
penekanan. Isi-isi sampingan pula berfungsi sebagai penguat cerita yang dipilih. Walau
bagaimanapun, para pelajar hendaklah memastikan isi-isi itu tidak terkeluar daripada tajuk yang
dikehendaki.

Isi-isi yang berkualiti dan mantap biasanya didasari dari pengalaman sendiri dan
pembacaan yang luas daripada pelbagai bahan sumber seperti buku-buku, majalah-majalah dan
rencana-rencana. Sebelum itu, para pelajar perlulah tahu apakah yang dinamakan perenggan,
dan pembahagian perenggan.

Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam


penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin
disampaikan. Setiap kali berlaku perubahan isi atau fokus, kita perlu memulakan perenggan
baharu. Para pelajar hendaklah mengenalpasti pasti isi-isi. Biasakan diri membuat peta minda
untuk mengelakkan dari menulis karangan yang akan menyimpang jauh dari tajuk. Tulis lima isi
utama yang berlainan tentang tajuk yang dipilih. Pelajar harus memikirkan dan memilih satu isi
utama yang sesuai bagi menyatakan isi atau idea yang ingin disampaikan dalam perenggan anda.
Selain itu, murid hendaklah menyenaraikan isi sokongan bagi memberikan huraian, bukti atau
fakta bagi memperincikan isi utama anda.
Kemudian, pilihlah dan susun isi-isi yang ada, potong isi yang tidak berkait dengan isi
utama. Pelajar-pelajar hendaklah menulis isi–isi tersebut dalam bentuk ayat yang lengkap (ayat
Topik dan ayat Huraian).Tulis ayat-ayat anda dalam bentuk sebuah perenggan. Untuk
menjadikan gaya penulisan yang menarik, gunakan penanda wacana yang sesuai untuk mengikat
ayat-ayat anda. Akhir sekali, semaklah semula perenggan anda.

Para pelajar juga hendaklah tahu penggunaan ayat topik kerana ia akan membantu pelajar
menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat topik mempunyai
perkara pokok dan satu aspek yang ingin dinyatakan  tentang perkara pokok tersebut. Biasanya
pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan pembaca. Ayat
topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam sesebuah
penulisan.
Selain itu, murid juga perlu memahami apakah ayat huraian. Ayat huraian berfungsi
menyokong ayat topik yang disebut isi sokongan. Isi sokongan boleh didapati dalam pelbagai
bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, statistik dan contoh. Biasanya isi
sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan
oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkaitan antara satu sama lain. Dalam
penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi fokus utama.

Para pelajar juga perlu menguasai tentang ayat penyimpul. Ayat penyimpul akan
membantu para pelajar untuk menulis dengan lebih berkesan. Ayat penyimpul terdiri daripada
tiga jenis iaitu ayat yang menyatakan semula ayat topik, ayat yang menyimpul keseluruhan isi
dalam perenggan dan ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.
4.0 PENULISAN BAHAGIAN PENUTUP

Bahagian penutup memerlukan kemahiran yang tinggi. Para pelajar seharusnya tidak
menutup karangan secara mengejut ataupun tergantung. Bahagian penulisan penutup sebaiknya
memberi kepuasan kepada para pembaca sebagaimana bahagian pendahuluan yang bertindak
sebagai penarik kepada para pembaca untuk meneruskan pembacaan. Perenggan penutup
merupakan kesimpulan ataupun rumusan atau akhiran sesuatu cerita.
Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
sesuatu penulisan, maka kesimpulan ataupun penutup hendaklah memberi sesuatu kepuasan
kepada pembaca.
( Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid, 1990).

Perenggan penutup juga haruslah ditunjangi dengan ayat kesimpulan umum, ayat
pendapat, ayat komen, ayat penilaian dan ayat penutup. Ia seharusnya berupakan kesimpulan
secara keseluruhan, menyatakan pendirian atau pendapat. Perkara yang pasti adalah ayat-ayat
yang terdapat dalam perenggan penutup bukanlah berbentuk seperti ayat-ayat yang terdapat
dalam perenggan pengenalan dan penutup.

5.0 KAEDAH DAN PROSES PENULISAN

5.1 Kaedah Dan Proses Penulisan 1 ( Ucapan )

5.1.1 Kaedah Komunikatif

Karangan ini berformat. Pendekatan atauapun kedah yang digunakan adalan Kaedah
Komunikatif. Keadah ini akan membolehkan supaya pelajar pelbagai kumpulan boleh
menghasilkan tugasan ini secara bersama.

5.1.2 Proses

a) Pembahagian kumpulan
Para pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan. Jika kelas itu mempunyai 35 pelajar, pecahkan
kepada 5. Pembahagian seharusnya merangkumi pelbagai aras kebolehan murid. Setiap
kumpulan ada pelajar pandai, pelajar sederhana, dan pelajar lemah.

b) Pemberian Tajuk

Tajuk yang dipilih ialah “Langkah-langkah untuk membanteras jenayah buli di sekolah”

c) Langkah-langkah

1. Minta pendapat pelajar dan bimbing 3 langkah untuk membanteras jenayah...catat dalam peta
minda di papan hitam atau LCD. Terima jawapan jika lebih daripada 3 langkah

2. Bincangkan tugasan yang perlu diberikan secara kelas.

3. Sediakan 6 sampul tugasan yang berbeza-beza soalan:

Kumpulan 1: Andaikan anda sebagai Ketua Polis Balai. Anda diminta untuk menyampaikan
ucapan tentang “Langkah-langkah untuk membanteras jenayah buli di sekolah”. Tetamu yang
hadir dalam majlis ini ialah, Pengetua, Pengerusi PIBG, guru-guru, dan pelajar. (Sila tulis ucapan
alu-aluan yang sesuai). Pelajar diminta menulis ucapan alu-aluan dalam kertas mahjong atau taip
dalam lap top...ikut kreativiti cikgu.Bimbing penggunaan wacana dalam hasil penulisan pelajar. 

Kumpulan 2: Andaikan anda sebagai Ketua Polis Balai. Anda diminta untuk menyampaikan
ucapan tentang “Langkah-langkah untuk membanteras jenayah buli di sekolah”. Pelajar
kumpulan ini diminta mengolah isi satu (Contoh: Pihak polis perlu membuat pemantauan di luar
kawasan sekolah kerana kawasan luar sekolah tidak lagi dalam bidang kuasa pihak sekolah.
yang lebih kerap berlaku jenayah) dalam kertas mahjong atau taip dalam komputer riba. Bimbing
penggunaan wacana dalam hasil penulisan pelajar

Kumpulan 3: Andaikan anda sebagai Ketua Polis Balai. Anda diminta untuk menyampaikan
ucapan tentang “Langkah-langkah untuk membanteras jenayah buli di sekolah” Pelajar
diminta mengolah isi dua (Contoh:Pihak berkuasa boleh menggunakan mata-mata gelap
dikalangan pelajar yang dipercayai untuk menyalurkan maklumat.) dalam kertas mahjong atau
taip dalam computer riba. Bimbing penggunaan penanda wacana dalam hasil penulisan pelajar.
Kumpulan 4: Andaikan anda sebagai Ketua Polis Daerah. Anda diminta untuk
menyampaikan ucapan tentang “Langkah-langkah untuk membanteras jenayah buli di
sekolah”. Pelajar mengolah isi tiga (memperbanyak aktiviti masyarakat untuk mengurangkan
jenayah buli) dalam kertas mahjong atau taip dalam computer riba. Bimbing penggunaan wacana
dalam hasil penulisan pelajar.

Kumpulan 5: Andaikan anda sebagai Ketua Polis Daerah. Anda diminta untuk
menyampaikan ucapan tentang Langkah-langkah Mengurangkan Jenayah di Negara Kita. Pelajar
diminta mengolah isi empat (Contoh:Pihak kerajaan perlu mengenakan hukuman yang lebih
berat kepada penjenayah) dalam kertas mahjong atau taip dalam lap top...ikut kreativiti cikgu.
Bimbing penggunaan wacana dalam hasil penulisan pelajar.

Kumpulan 6: K1: Andaikan anda sebagai Ketua Polis Balai. Anda diminta untuk
menyampaikan ucapan tentang “Langkah-langkah untuk membanteras jenayah buli di
sekolah”.. Tetamu yang hadir dalam majlis ini ialah, Pengetua, Pengerusi PIBG, guru-guru, dan
pelajar. (Sila tulis penutup yang sesuai)...pelajar diminta menulis penutup dan masukkan pantun
yang sesuai dalam kertas mahjong atau taip dalam computer riba. Bimbing penggunaan wacana
dalam penulisan pelajar.

Selepas aktiviti menulis dalam kumpulan, setiap wakil kumpulan akan bergerak:

Seorang ahli K1 pergi K2 untuk mengambil maklumat hasil penulisan, K2 ke K3, K3 ke K4, K4
ke K5, K5 ke K6, K6 ke K1 (setiap ahli dalam kumpulan masing-masing ke berada di setiap
kumpulan dalam kelas untuk mendapat semua maklumat yang ditulis dalam kertas mahjong),
Wakil ini akan membentangkan hasil kumpulan lain dalam kumpulan sendiri dan mencantumkan
maklumat yang diperoleh. Dengan cara ini maka berlakulah komunikasi antara ahli kumpulan
dengan ahli kumpulan lain.
Secara ringkasnya: semua pelajar dapat menyediakan satu ucapan yang lengkap hasil
perkongsian maklumat tadi dan berlakunya komunikasi beberapa hala: pelajar dgn pelajar,
pelajar dgn guru, pelajar dgn bahan. Adanya pembentangan lisan dan bilik darjah oleh pelajar
dan penerangan guru. Adanya aktiviti menulis yang dilakukan oleh pelajar. Guru sebagai
fasilitator.

5.2 Kaedah Penulisan 2 ( cerita )

5.2.1 Kaedah Bergambar (visual)

Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah berdasarkan gambar yang
dilhat dan ditunjukkan. Berpaksikan perkembangan dunia teknologi, guru-guru boleh
mempersembahkan gambar-gambar dalam bentuk persembahan powerpoint. Slaid yang pelbagai
dan bertukar ganti pasti menarik perhatian.

5.2.2 Proses

i. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan

ii. Setiap kumpulan akan diberikan sampul tugasan seperti berikut:-

 Kumpulan 1
Lihat gambar 1 kemudian berbincang dalam kumpulan untuk menghasilkan isi pertama.

Tuliskan di atas kertas mahjong atau dalam komputer. Persembahkan atau bentangkan hasil kerja
kumpulan anda.

 Kumpulan 2
Lihat gambar 2 kemudian berbincang dalam kumpulan untuk menghasilkan isi kedua.

Tuliskan di atas kertas mahjong atau dalam komputer. Persembahkan atau bentangkan hasil kerja
kumpulan anda.
 Kumpulan 3
Lihat gambar 3, kemudian berbincang dalam kumpulan untuk menghasilkan isi ketiga.

Tuliskan di atas kertas mahjong atau dalam komputer. Persembahkan atau bentangkan hasil kerja
kumpulan anda.

 Kumpulan 4
Lihat gambar 4 kemudian berbincang dalam kumpulan untuk menghasilkan isi keempat.

Tuliskan di atas kertas mahjong atau dalam komputer. Persembahkan atau bentangkan hasil kerja
kumpulan anda.

 Kumpulan 5
Lihat gambar 5 kemudian berbincang dalam kumpulan untuk menghasilkan isi kelima.

Tuliskan di atas kertas mahjong atau dalam komputer. Persembahkan atau bentangkan hasil kerja
kumpulan anda.

iii. Setelah pembentangan, kumpulan 1 hingga 5 akan membina pendahuluan dan penutup.
Tuliskan di atas kertas mahjong atau dalam komputer. Persembahkan atau bentangkan hasil kerja
kumpulan anda.

iv. Pendahuluan dan penutup terbaik akan dipilih. Semua pelajar akan menulis karangan tersebut
berdasarkan hasil perbincangan yang terakhir,

5.3 Kaedah Penulisan 3 ( perbahasan)

5.3.1 Kaedah main Peranan

5.3.2 Proses

i. Para pelajar di bahagikan kepada 6 kumpulan utama.

ii. Setiap kumpulan diberikan sampul tugasan. Soalan tugasan adalah seperti berikut:
 Kumpulan 1 ( pencadang)

Bincangkan soalan berikut “Belajar di universiti dalam negara lebih baik daripada belajar di
universiti luar negara”. Berbincanglah dengan kumpulan 2 dan 3 supaya isi untuk hujahan
kumpulan kamu tidak bertindih.

 Kumpulan 2 ( pencadang)

Bincangkan soalan berikut “Belajar di universiti dalam negara lebih baik daripada belajar di
universiti luar negara”. Berbincanglah dengan kumpulan 1 dan 3 supaya isi untuk hujahan
kumpulan kamu tidak bertindih.

 Kumpulan 3 ( pencadang)

Bincangkan soalan berikut “Belajar di universiti dalam negara lebih baik daripada belajar di
universiti luar negara”. Berbincanglah dengan kumpulan 1 dan 2 supaya isi untuk hujahan
kumpulan kamu tidak bertindih.

 Kumpulan 4 ( pembangkang)

Bincangkan soalan berikut “Belajar di universiti dalam negara lebih baik daripada belajar di
universiti luar negara”. Berbincanglah dengan kumpulan 5 dan 6 supaya isi untuk hujahan
kumpulan kamu tidak bertindih.

 Kumpulan 5 ( pembangkang)

Bincangkan soalan berikut “Belajar di universiti dalam negara lebih baik daripada belajar di
universiti luar negara”. Berbincanglah dengan kumpulan 4 dan 6 supaya isi untuk hujahan
kumpulan kamu tidak bertindih.
 Kumpulan 6 ( pembangkang)

Bincangkan soalan berikut “Belajar di universiti dalam negara lebih baik daripada belajar di
universiti luar negara”. Berbincanglah dengan kumpulan 4 dan 5 supaya isi untuk hujahan
kumpulan kamu tidak bertindih.

iii. Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk berbahas.

iv. Isi-isi hujahan akan disalin setelah perbahasan dijalankan.

6.0 Kesimpulan

Penghasilan sesebuah karangan merupakan satu kemahiran yang penting dalam penguasaan
bahasa. Sesebuah karangan atau wacana itu. Penguasaan bahasa yang tinggi akan membantu
para pelajar menghasilkan sesebuah karangan atau wacana dengan baik. Pengajaran penulisan
secara umum meliputi pengajaran dan pengaplikasian aspek-aspek bahasa meliputi pengajaran
tatabahasa, fonetik, fonologi dan semantic.

Seorang guru yang berwibawa pasti ingin melahirkan para pelajar yang

berkebolehan untuk mengungkap perasaan, mencernakan gagasan, pelahirkan buah fikiran


dengan tepat dan jelas. Oleh itu, menjadi tanggung jawab para guru untuk memilih pendekatan-
pendekatan mahupun kaedah-kaedah yang dikenalpasti untuk aras pelajar tersebut.

Method atau kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah bagaimana seseorang guru
menyampaikan isi pengajarannya dengan kehendak dan cita rasa pelajarnya, di samping
mencapai objektif pengajaran.

3233 patah perkataan.

You might also like