You are on page 1of 2

Latar belakang

Abu Bakar Al – Baqir merupakan seorang yang berketurunan dari rumpun Jawa. Datuknya
berhijrah ke tanah melayu pada abad ke-19. Datuknya dahulu merupakan seorang yang alim dan
penjadi tenaga pengajar di kampong halamannya selain bercucuk tanam bagi menyara kehidupan
keluarganya. Persinggahan pertama datuknya yang dikenali dengan nama Abdul Jabar Bin Abdul
Rauf ketika sampai di Tanah Melayu adalah di Asam Jawa, Kelang. Ketika menetap disini,
beliau meneruskan aktiviti seperti yang biasa dilakukan di kampong halaman iaitu bercucuk
tanam dan menyampaikan ilmu agama kepada penduduk setempat. Nama beliau mashur dalam
kalangan penduduk di situ sebagai seorang tokoh ulama sebelum beliau sekeluarga berpindah ke
Kuala Kurau, Perak. Kuala Kurau merupakan tempat bermaustatin tetap Abdul Jabar dan
keluarga kerana selepas berhijrah ke Kuala Kurau, beliau tidak lagi berpindah ke mana – mana
negeri dan enetap di sini hingga akhir hayat beliau.

Keluarga ulama dari Jawa Tengah ini meneruskan tradisi menyampaikan ilmu agama kepada
masyarakat setempat. Anak Abdul Jabar yang bernama Said atau lebih dikenali sebagai Lebai
Said turut mengikut jejak langkah bapanya dengan mendalami ilmu agama dan
menyampaikannya kepada orang ramai. Lebai Said kemudiannya berpindah ke Gunung
Semanggol dan beliaulah antara orang yang awal membuka penempatan di Gunung Semanggol.
Di Gunung Semanggol bermulalah jihad beliau dalam menyampaikan ilmu agama Islam kepda
penduduk setempat. Disini, beliau dihormati oleh masyarakat dan beliau menjalankan aktiviti
pertanian sebagai punca pendapatan untuk menyara keluarga. Dari susur galur Lebai Said inilah
sejarah Abu Bakar Al – Baqir bermula

Abu Bakar Al- Baqir merupakan anak kelima dari enam beradik. Mendapat ilmu agama dari
bapanya, Lebai Said. Lebai Said telah mendidik anak – anaknya dengan ilmu – ilmu asas Islam
seperti Pengajian Al-Quran, asas Tauhid dan Fiqh. Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan
formal sejak berumur enam tahun dan sekolah pertama beliau adalah Sekolah Melayu Gunung
Semanggol yang merupakan satu – satunya sekolah melayu yang ada di kawasan itu pada ketika
itu. Matapelajaran yang ditawarkan di sekolah pada masa itu termasuklah pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Agama. Lebai Said begitu mementingkan pendidikan
sehinggakan Abu Bakar tidak pernah dikerah untuk mengerjakan sawah padi dan hanya disuruh
belajar sahaja, namun demikian beliau telah keluar untuk menjaja kuih muih dan minuman pada
masa lapang bagi membantu keluarganya. Beliau sedar yang keluarga beliau bukan dari
golongan keluarga berada dan aktivit menjaja kuih dilakukan bagi membantu menampung
perbelanjaan persekolahan beliau.

Setelah menamatkan alam sekolah rendah, beliau telah dihantar oleh bapanya mendalami ilmu
agama di sebuah madrasah yang agak terkenal ketika itu. Madrasah Ar – Rahmaniah merupakan
sebuah madrasah yang agak terkenal di Gunung Semanggol pada ketika itu dan Abu Bakar Al –
Baqir mengikuti pengajian selama enam tahun iaitu bermula dari tahun 1919 hingga 1924.
Subjek yang dipelajari semasa berada di Madrasah Ar-Rahmaniah termsuklah Fiqh, Tauhid,
Tafsir Al –Quran dan Ilmu Hadith. Keunggulan peribadi beliau serta kesungguhan dalam
menuntut ilmu menjadikan beliau sangat akrab dan disayangi oleh guru – guru terutamanya
mudir madrasah pada ketika itu, Ustaz Abdul Rahman.

Ustaz Abdul Rahman melihat potensi yang ada pada Abu Bakar Al-Baqir membolehkan beliau
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik. Beliau menyahut saranan mudir
kesayangannya itu dengan melanjutkan pelajaran ke sekolah yang terkenal di Pulau Pinag iaitu
Mardasah Dairatul Ma’arif Wataniah. Disinilah corak pemikiran beliau sebagai seorang tokoh
pendidik tanah air dan ulama yang sangat dihormati mula terbentuk.

You might also like