You are on page 1of 29

NAMA: HARYATI BINTI ISMAIL.

NAMA PANGGILAN: YATI.


TARIKH LAHIR: 9 JANUARI 1990.
ALAMAT: LOT 626, KAMPUNG TINI, JALAN PASIR
HOR, 15100 KOTA BHARU, KELANTAN.
NO TELEFON: 013-6538114 @ 013-9102013.
NAMA KUMPULAN:
HOBI: MELAYARI INTERNET.
JAWATAN : AHLI JAWATAN KUASA.
ERTINYA:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam


kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran, serta berpesan-pesan dengan sabar”
Puteri Lembaga Islam riang gembira
Tetap taat kepada Allah dan raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencari pengetahuan


Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat penuh keimanan

Puteri Lembaga Islam riang gembira


Tetap taat kepada Allah dan raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Bahawa kami ahli pergerakan Puteri Islam Malaysia
berikrar akan :

o Taat kepada Allah ,Rasul,pemerintah, guru dan ibubapa


o Memperkukuhkan iman ,dan memperbaiki ahklak
o Membangunkan diri dengan sempurna
o Mengukuhkan silaturahim sesama puteri
o Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara
·Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu,
dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran
lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.

· Penggunaan;-
a) Setiap upacara rasmi
b) Tatacara perjumpaan

· Kedudukan Bendera dalam Tatacara perjumpaan:

Bendera Bendera Bendera PPIM


Negeri Malaysia b) Bendera
b) Bendera b) Bendera Malaysia
LENCANA PUTERI

LENCANA PEMIMPIN
PENGERTIAN LOGO

Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarnahijau diapit


denganlingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA.

Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di  dalamnya ditulis dengan
huruf jawi (Permulaan daripada  perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)

Di bawah logo ini tertulis perkataan :-


PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
“PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

Pengertian Warna Logo

Merah Samar Melambangkan keharmonian dan kelembutan

Hijau Agama. Taqwa sebagai TERAS


Putih Kesucian
Kuning Kesetiaan dan ketaatan
o Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-
prinsip islam
o Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan
diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual,
intelektual,emosi, sosial dan fizikal
o Mempunyai rasa kasih dan hubungan sillaturrahim
sesama ahli puteri dan terhadap diri, keluarga,
masyarakatnya dan negaranya.
o Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan
Hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang
nyata melalui program-program yang dijalankan.
o Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal
kepada puteri-puteri melalui aktiviti-aktiviti yang
mencabar dan menarik minat.
o Melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan
kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif
kepada diri, keluarga dan masyarakat.
- patuh kepada ibubapa

- ugama/agama berteraskan al-Quran dan

Al- Hadith

- ta’at kepada Allah dan Rasul

- erat ukhwah islamiyah

- rela berbakti kepada allah

- iman dipupuk ilmu dituntut

- insaf diri :kepunyaan allah dan kepada allah


ia kembali(“innalillahi wa “inna ilayihi raji ‘un)

- solat ditunai setiap waktu

- larangan allah dijauhi

- akhlaq mulia pengukuh keimanan

- muslimah mukminah rakyat seperjuangan.


Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berkaian
seragam yang bergerak pada peringkat kebagsaan , negeri dan daerah di institut
pengajian tinggi ,maktab-maktab perguruan serta sekolah-sekolah menengah dan
rendah. Aktiviti yang dijlankan sebagai ko-kurikulum secara formal dan tidak
formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi
mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Allah SWT.

Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI


ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan ,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri
serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.
Menerusi pengubalaan kurikulum yang komprehensif dan
perlaksanaan secara gabungjalin dan bersepadu,PPIM
berharap agar mencapai matlamat seperti berikut.

o Menseimbangkan antara perkembangan intelek


tual,sosial, fizikal dan spiritual puteri- puteri melalui
penyemaian ,penyuburan dan pegukuhan nilai nilai
pendidikan .
o Mengukuhkan perhubungan pertalian silaturahim
dikalangan puteri –puteri .
o Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam
pelbagai bidang gerakkerja kokurikulum sekolah,
institusi,maktab, kolej dan universiti .
o Meningkatkan disiplin diri puteri –puteri..
o Menggalakan iklim persekolahan yang terbuka dan
menyeronokan .
o Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala
antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat
khasnya masyarakat setempat .
Objektif PPIM digubal dengan tujuan untuk merealisasikam
kandungan falsafahnya .walau bagaimanapun PPIM menyedari
bahawa terdapat perbezaan umur dan perbezaan keperluan
bedasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli –ahli dari
kalangan para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan
maktab dan universiti , maka PPIM menggariskan objektif sesuai
dengan keperihal diri masiang –masing seperti berikut .

1. OBJEKTIF PADA PERINGKAT SEKOLAH.

Objektif PPIMpada peringkat sekolah rendah dan menengah disusun


dengan tujuan seperti berikut:,
1.1 melahirkan satu masyarakat muda yang :
a) taat kepada ALLAH ,Raja dan Agama.
b)berilmu.
c)berakhlak mulia .
d) berbakti kepada masyarakat .

1.2 membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak ,rohani dan jasmani


supaya menjadi insan kamilah ,berilmu,mengajar dan
memperkenalkan islam supaya kelak hidup mereka hidup berasaskan
jalan yang diterima ALLAH S.W.T dan dapat berbakti untuk
agama ,nusa dan bangsa .

1.3 membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri , progresif


dan diterima masyarakat.

1.4 mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan


menghormati generasi tua .

2.OBJEKTIF PPIM PADA PERINGKAY


INSTITUT/MAKTAB/INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI (KERAJAAN DAN SWASTA)
2.1 melahirkan pemimpin yang cekap , berketrampilan
,berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi
mewujudkan masyarakat remaja yang mampu

a)Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada ALLAH


S.W.T , dan rasul S.A.W. Dan pemerintah serta cintakan negara .
b) meguasai pelbagai bidang ilmu .
C) berahklak mulia
d) berbakti kepada masyararakat tanpa mengira keturunan dan
agama

2.2 membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi


ahklak ,intelek ,emosi dan jasmani supaya menjadi insan kamilah ,
berilmu ,berdayamaju ,berdaya juang , berdaya tahan dan
berktrmpilan .

2.3 menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran islam supaya
hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai ALLAH
S.W.T dan dapat berbakti kepada keluarga ,agama bangsa dan
negara .

2.4 membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan


berwawasan ,prograsif ,berfikiran terbuka serta mampu menjadi
pengerak masyarakat .

2.5 mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan


menghormati generasi tua serta menjadi penghubung
kesinambungan antara generasi lama dan generasi baru.

LATAR BELAKANG PPIM


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan
berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah,
menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di
seluruh Malaysia.

Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah


penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

Pada awal penubuhannya persatuan ini bukanlah persatuan yang secara


rasminya sebahagian daripada ko-korikulum sekolah dan dianggotai oleh
golongan pelajar sekolah. Sehinggalah tarikh 6 Mei 1980 barulah Persatuan
Puteri Islam diterima sebagai salah sebuah pergerakan beruniform di peringkat
sekolah menengah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bertempat di Dewan
Cancelor Tun Abdul Razak UKM pada tanggal 17 Jun 1981 Persatuan Puteri
Islam Malaysia secara rasminya telah dilancarkan.

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Ke-6
Almarhummah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,
Tengku Hajjah Afzan Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku
Muhammad Rahimahallah.

Visi PPIM ialah untuk melahirkan generasi wanita muslim yang mempunyai
ciri-ciri iaitu beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip- prinsip Islam.
Antaranya, mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara
bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal dan
mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama ahli puteri dan
terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.
Misi utama penubuhan Persatuan Puteri Islam ialah melahirkan puteri-puteri
yang mempunyai sahsiah baik, boleh memimpin dalam konteks diri, keluarga
dan masyarakat.

SEJARAH
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun
60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia
(LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar
Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika


itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat
yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh


DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah
Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah
Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku
Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang


DiPertua PPIM Pertama.

Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati


kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat
kebangsaan pada 20 Jun 1987.

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri
Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh
DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di


dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan
penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-
kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah
hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi


pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri
Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam
Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri


Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM
telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah
disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24
Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi


oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang
tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009.
Baju kawad. Baju pemimpin.

Baju puteri. Baju riadah.


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah
pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di
sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab
Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.

Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-


puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi
diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Allah S.W.T
 BIODATA DIRI
 FALSAFAH PPIM
 MATLAMAT
 OBJEKTIF
 LOGO BENDERA
 COGAN KATA
 LAGU
 STUKTUR ORGANISASI
 ASMA AL HUSNA
 CATATAN & LAPORAN AKTIVITI

You might also like