You are on page 1of 2

REFLEKSI

Pada 13 Julai 2009, kami telah mendapat tugasan ini daripada pensyarah. Kami
telah diberi penerangan dengan jelas mengenai tugasan yang perlu siapkan ini. Kami
diberi masa kira-kira seminggu untuk menyiapkan tugasan ini dengan lengkap.
Keseluruhan tugasan ini adalah mengenai penulisan kertas kerja yang bertajuk
“Sejarah Perkembangan Ejaan Rumi Bahasa Melayu di Malaysia”. Kami perlu
membincangkan sejarah perkembangan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu.Tugasan ini
merangkumi faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan sistem ejaan rumi Bahasa
Melayu. Kami juga perlu menyumbangkan pandangan kritis tentang Sistem Ejaan Rumi
Baru, 1972.

Kami membuat rujukan di perpustakaan institut setiap hujung minggu iaitu pada
hari Sabtu dan Ahad bagi mendapatkan maklumat yang mendalam tentang teras
Negara Bangsa. Pada hari persekolahan, kami tidak berpeluang untuk pergi ke
perpustakaan. Hal ini disebabkan oleh kekangan masa yang tidak dapat dielakkan.
Jadual pembelajaran yang padat sehingga waktu petang membataskan kami untuk
mengunjungi perpustakaan pada hari persekolahan. Pada mulanya agak sukar untuk
kami mendapatkan maklumat yang diperlukan.. Hal ini demikian kerana kebanyakan
buku-buku dan bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan adalah dari edisi lama.
Kami memerlukan maklumat yang terkini dan selaras dengan pembaharuan yang
sering dikemaskini dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun,kami tidak mensia-
siakan sumber yang telah sedia ada. Kami telah memanfaatkan sepenuhnya semua
sumber rujukan. Kami telah meneliti setiap helaian dari muka ke muka bagi memastikan
tiada maklumat yang terlepas pandang.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini,kami meghadapi pelbagai masalah


dan rintangan. Contohnya adalah seperti kekurangan sumber maklumat di
perpustakaan institut. Di sana kebanyakannya terdapat buku-buku dan jurnal-jurnal
lama. Agak sukar untuk kami mencari maklumat yang diperlukan berdasarkan tajuk
yang telah disediakan. Selain itu,kesuntukan masa juga menjadi masalah bagi kami.
Selain daripada tugasan ini,terdapat beberapa lagi tugasan subjek lain yang perlu
disiapkan.Tarikh penghantaran tugasan juga hampir sama dan memberi masalah
kepada kami kerana kami juga perlu memberi komitmen terhadap tugasan kumpulan
yang lain.

Oleh itu, kami telah mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang
dihadapi. Kami telah berbincang bersama-sama dan akhirnya mempunyai
penyelesaian terhadap masalah-masalah ini. Kami telah memutuskan untuk melayari
internet sebagai langkah untuk menambah lagi maklumat yang telah didapati dari buku-
buku dan jurnal-jurnal. Selain itu, kami juga cuba menguruskan masa dengan teratur
supaya tugasan ini dapat dihantar pada masa yang ditetapkan. Kami telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kerja yang sempurna. Kami telah berjaga
sepanjang malam bersama-sama untuk menyiapkan tugasan masing-masing.

Walau bagaimanapun, kami juga mempunyai kekuatan tersendiri. Kekuatan


inilah yang menjadi tunjang kepada kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Kerjasama yang mantap dalam kalangan para guru pelatih dalam unit kami merupakan
perkara yang paling penting bagi saya. Semua guru pelatih telah berkongsi-kongsi
maklumat yang dicari walaupun tugasan ini adalah secara individu. Kami saling tolong-
menolong antara satu sama lain. Oleh sebab itu, kami berasa amat bersyukur dan
gembira. Pengalaman sepanjang menyiapkan tugasan semester lepas menjadi
panduan utama kami.

Akhir sekali, kami telah dapat mempelajari banyak perkara sepanjang proses
menyiapkan tugasan ini. Kami dapat belajar untuk menjadi lebih mengenali diri sendiri
dari segi kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri. Di samping itu, kami juga dapat
mengaplikasikan teknik-teknik untuk mengatasi kelemahan diri dalam kehidupan
seharian. Kami berharap agar pensyarah pembimbing, Encik Sulaiman Said akan
berpuas hati dengan hasil kerja kami.

Disediakan oleh:

Aniza binti Eazan


Haryati binti Ismail( 900109-03-5164)
Khairunnisa binti Masrom

You might also like