You are on page 1of 3

3.

3 Perkembangan Bahasa

Bahasa merupakan satu bidang yang penting dalam perkembangan kanak-kanak.


Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan
orang lain secara berkesan. Menurut Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, bahasa adalah satu
bentuk komunikasi samada verbal atau non verbal yang mengandungi perkataan-perkataan
yang digunakan oleh sesebuah komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan
kata yang tertentu.

Jika dilihat atau dikaji tentang adik Nur Aishah dari segi perkembangan bahasa
beliau, saya boleh katakan yang beliau dapat menguasai bahasa pertuturan dengan baik
dalam kehidupan beliau. Ini kerana beliau merupakan seorang kanak-kanak 7 tahun yang
sangat petah berbicara dan hampir setiap masa beliau akan bercakap tanpa disoal dan apa
yang menariknya, cara pemikirannya sangat berbeza dengan kanak-kanak yang sebaya
dengan beliau. Hal ini dapat dibuktikan apabila saya menyoal kakak beliau tentang prestasi
adik Nur Aishah ketika berada di sekolah. Apabila disoal tentang prestasi beliau di sekolah,
kakaknya yang juga merupakan seorang pengawas sekolah di tempat beliau belajar
menyatakan bahawa guru kelas adik Nur Aishah sering mengadu kepadanya yang adik Nur
Aishah seringkali bertanya sesuatu yang di luar topik perbualan. Beliau seringkali menyoal
guru itu tentang kerja sekolah yang diberikan. Contohnya, apabila guru kelas bertanya
adakah beliau faham tentang apa yang diajar dan beliau akan menyatakan beliau faham.
Tetapi, apabila diberikan soalan untuk dijawab dan guru itu berbincang tentang jawapannya,
beliau akan bertanya kenapa jawapannya begitu dan beliau akan terus bertanya sehingga
beliau faham ataupun berpuas hati. Hal ini selaras dengan teori kemahiran bahasa yang
dilihat dari perspektif behavioris yang menyatakan peneguhan penting dalam perkembangan
bahasa. Peneguhan yang diutarakan disini adalah tindak balas yang diberikan kepada
kanak-kanak selaras dengan percakapan kanak-kanak. Adik Nur Aishah merupakan anak
bongsu daripada 3 orang adik beradik dan jarak umur antara abang dan kakaknya sangat
jauh berbeza dan mungkin disebabkan faktor inilah tumpuan lebih diberikan oleh ibu
bapanya kepada beliau dan kedua-dua ibu bapa beliau seringkali memuji dan meneguhkan
percakapan beliau sejak daripada kecil lagi. Jadi, hal ini melahirkan kenyakinan dalam diri
beliau untuk terus berbahasa dan berbicara dengan petah.

Di samping itu, pada umur sekarang iaitu 7 tahun, beliau telah menguasai kemahiran
membaca dan menulis dengan baik. Beliau juga boleh memahami cerita lisan yang dibaca di
dalam buku, menghafal seni kata lagu dan mengubah suai seni kata lagu yang dihafalnya
selaras dengan teori yang dinyatakan oleh Naom Chomsky. Beliau juga mempunyai
pengetahuan yang lebih baik tentang nahu, tatabahasa dan perbendaharaan kata.
17
Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan oleh saya, saya telah memberikan
beberapa perkataan kepadanya seperti ‘menghisap’, ‘menyudu’, ‘menyambar’, ‘mengigit’,
‘mematuk’, ‘membaham’, dan ‘meragut’ (rujuk lampiran C). Beliau dapat membentuk ayat
yang ringkas dan padat tanpa menghasilkan apa-apa kesalahan pun. Tetapi, apabila saya
memberikan satu ujian yang mengkehendaki beliau untuk menulis satu karangan yang
bertajuk “ Binatang Kesayangan Saya”, beliau gagal menulis karangan tersebut malah,
beliau tidak pandai untuk membentuk ayat yang lebih daripada satu ayat. Kalaupun beliau
dapat menulis lebih daripada dua ayat, karangan yang ditulis tidak membentuk karangan
yang lengkap kerana tiada ‘link’ atau kaitan antara satu sama lain seperti yang ditulis
mengenai karangan “ Binatang Kesayangan Saya” (rujuk lampiran C). Dalam usaha beliau
untuk menulis karangan tersebut, beliau terpaksa membuka buku dan meniru ayat dalam
buku tersebut.

Di samping itu, saya juga telah menjalankan beberapa pemerhatian terhadap adik
Nur Aishah bagi melihat kemahiran beliau dalam berbahasa. Antara pemerhatian yang telah
dilakukan ialah berkaitan dengan:

3.3.1 Ujian penggunaan bahasa

Ujian ini telah dilaksanakan melalui pemerhatian bebas terhadap adik Nur Aishah
apabila beliau melakukan aktiviti bebas. Pemerhatian yang dijalankan selama
beberapa hari ke atas adik Nor Aishah menunjukkan bahawa beliau mempunyai
kemahiran berbahasa yang cukup baik disamping berkebolehan untuk mengingat
peristiwa yang sudahpun berlaku dengan baik. Dalam ujian tersebut, saya
melakukan pemerhatian terhadap beliau semasa beliau sedang berbual-bual dengan
saya dan kakaknya. Kepetahan beliau mengingati teka-teki yang diajar di sekolah
beliau. Sila rujuk lampiran C bagi melihat hasil ujian yang telah dilakukan.

3.3.2 Ujian bahasa kanak-kanak

Ujian ini dilaksanakan dengan memberikan beberapa soalan mudah kepada beliau
dan melihat jawapan yang diberikan oleh beliau. Berdasarkan keputusan ujian yang
telah dilakukan, saya dapat simpulkan bahawa adik Nor Aishah memiliki kemahiran
berbahasa yang baik kerana beliau dapat menyebut nama, memberitahu umur,
dapat mengingati senikata lagu, dapat menggunakan perkataan untuk menghasilkan
perasaan seperti dapat mengzahirkan perasaan marah melalui perkataan dan juga
beliau dapat menunjukkan keseronokan pada buku cerita yang dibacanya. Sila rujuk
lampiran C bagi melihat hasil ujian dan soalan-soalan mudah yang telah diutarakan.

18
19

You might also like