You are on page 1of 5

4.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA.

Saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam melaksanakan dan menyiapkan


profil kanak-kanak ini. Antara kaedah yang digunakan ialah:

4.1 Pemerhatian dan senarai semak

Melakukan pemerhatian selama beberapa hari terhadap kanak-kanak dan


menyediakan senarai semak bagi memperincikan lagi pemerhatian yang saya
lakukan. Pemerhatian ini senang dilakukan bagi melihat perkembangan dari aspek
fizikal kanak-kanak ujian saya iaitu adik Nor Aishah. Beberapa keping gambar telah
disertakan bagi dijadikan bukti yang sahih terhadap kaedah pengumpulan maklumat
ini (rujuk lampiran A). Senarai semak mengenai perkembangan bahasa adik Nor
Aishah juga turut dilakukan. Senarai semak ini dinamakan sebagai Ujian Bahasa
Kanak-Kanak dan sila rujuk lampiran C bagi melihat hasil ujian tersebut.

4.2 Temubual

Proses temubual ini dijalankan untuk meneliti ataupun mengumpul maklumat


tentang perkara-perkara yang penting bagi mengisi profil kanak-kanak seperti nama
sebenar beliau, tarikh lahir dan lain-lain maklumat yang berkaitan yang boleh
digunakan bagi membantu saya menyiapkan tugasan ini. Temubual ini dijalankan
bersama dengan ibu adik Nor Aishah sendiri iaitu Puan Azizah. Berikut merupakan
hasil temu bual yang telah dilakukan:

Saya : Assalamualaikum puan. Maafkan saya kerana terpaksa mencuri sedikit masa
puan bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan fizikal,bahasa dan
kognitif adik Nor Aishah.

Puan Azizah: Waalaikumussalam. Tak apa. Silakan.

Saya : Baiklah. Apakah nama sebenar adik Nor Aishah dan juga tarikh lahir beliau.

Puan Azizah : Nama sebenar beliau ialah Nor Aishah binti Abd Rahman dan beliau
dilahirkan pada 9 ogos 2003.

Saya : Sebagai seorang ibu, bolehkah puan ceritakan tentang anak puan iaitu adik
Nor Aishah dari segi perwatakannya dan juga dari segi tingkah lakunya?

20
Puan Azizah : Sebagai seorang ibu, bagi saya Aishah dilahirkan dalam keadaan
normal iaitu seberat 4.19kg dan dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Sewaktu melahirkannya, saya mengalami konspirasi tetapi alhamdulillah berkat
usaha yang dilakukan oleh para doktor di sana, saya berjaya diselamatkan. Selepas
beberapa tahun, saya tengok beliau berkembang seperti kanak-kanak normal yang
lain dan dari segi kemahiran beliau berfikir, saya tengok beliau cepat dalam
mempelajari sesuatu perkara baru. Ini kerana beliau sering mendapat nombor satu
dalam kelas prasekolahnya dan guru prasekolah sentiasa memuji beliau yang
senantiasa bersemangat untuk belajar. Setakat ini, alhamdulillah kerana beliau
berkembang dengan baik.

Saya : Alhamdulillah dan tahniah kepada puan kerana berjaya mendidik beliau
dengan baik. Apakah bakat yang puan nampak yang paling terserlah dalam diri adik
Nor Aishah?

Puan Azizah : Bakat yang sangat terserlah dalam diri adik Nor Aishah ialah
kebolehan beliau dalam mengingat segala yang diajar dan beliau sangat suka
membaca pelbagai jenis buku. Apabila beliau membaca buku, beliau akan
menceritakan semula apa yang dibacanya kepada saya dan pada pendapat saya,
hal ini dapat menajamkan lagi pemikirannya. Selain itu, beliau jiga sudah pandai
menguruskan dirinya sendiri seperti memakai baju, menyikat rambut dan mandi
dengan sendirinya walaupun baru berusia 7 tahun.

Saya : Ohh..Daripada apa yang puan ceritakan, saya dapat simpulkan bahawa adik
Nor Aishah merupakan seorang kanak-kanak yang sangat bertuah kerana pada usia
begini, beliau sudah boleh menguasai pelbagai kemahiran dan ini merupakan satu
keistimewaan kepada beliau. Saya harap puan akan terus menyokong beliau dalam
apa jua bidang yang akan diceburi oleh adik Nor Aishah pada masa akan datang.

Puan Azizah : Sebagai seorang ibu, saya senantiasa mahukan yang terbaik untuk
anak saya dan insyaallah saya akan sentiasa berada di belakangnya untuk
menyokong beliau.

Saya : Baiklah, memandangkan semua soalan saya telah terjawab, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada puan kerana sudi meluangkan masa untuk
ditemubual. Saya harap dilain masa, saya dapat bekerjasama lagi dengan puan.

Puan Azizah : Baiklah. Sama-sama.

21
4.3 Rujukan buku dan internet

Rujukan daripada buku dan internet banyak membantu saya dalam memberikan
gambaran awal tentang cara untuk menyiapkan tugasan ini. Selepas mendapat
gambaran awal, saya membuat rujukan dengan lebih terperinci lagi bagi
mendapatkan lebih banyak maklumat bagi menghasilkan satu profil kanak-kanak
yang lengkap dan terperinci.

4.4 Jadual Pelaksanaan Tugasan

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN

12 Jan 2010 Penerimaan Tugasan. Meneliti terlebih dahulu

soalan tugasan.

20 Jan 2010 Berbincang dengan rakan tentang Menyiapkan terlebih dahulu

soalan tugasan penghargaan dan akuan

keaslian.

27 Jan 2010 Mencari sumber rujukan di Mencetak maklumat

perpustakaan

24 Feb 2010 Melayari internet untuk Mengumpulkan maklumat

mendapatkan lebih maklumat mengikut kategorinya.

tentang tugasan.

25 Feb 2010 Mencari bahan untuk menyiapkan Mula merangka isi untuk

tugasan ditulis sebagai laporan

10 Mac 2010 Penerangan tentang kerja kursus Bertanya tentang kekeliruan

oleh pensyarah pembimbing yang ada.

4 Mac 2010 Memilih subjek yang akan dijadikan Adik Nor Aishah dipilih

sebagai kanak-kanak pilihan. sebagai subjek untuk ditulis

tentang profil

perkembangannya.

14 Mac 2010 Menjalankan ujian kognitif keatas Membuat kesimpulan

adik Nor Aishah. terhadap ujian yang

22
dijalankan.

15 Mac 2010 Menemubual ibu adik Nor Aishah Termasuk dalam

bagi mendapatkan maklumat perkembangan kognitif.

tentang perangai beliau di sekolah

15 Mac 2010 Menemubual kakak adik Nor Kakak beliau merupakan

Aishah bagi mendapatkan seorang pengawas di

maklumat tentang perangai beliau sekolah beliau.

di sekolah.

16 Mac 2010 Menjalankan ujian bahasa ke atas Membuat borang kaji selidik

adik Nor Aishah tentang perkembangan

bahasa adik Nor Aishah.

16 Mac 2010 Menjalankan pemerhatian tentang

kemahiran bahasa adik Nor Aishah

17 Mac 2010 Menemubual ibu bapa beliau bagi Menggunakan rekod

mendapatkan maklumat tentang kesihatan dan

perkembangan adik Nor Aishah. perkembangan kanak-kanak

sebagai rujukan dalam

mengulas tentang

perkembangan fizikal.

17 Mac 2010 Menjalankan pemerhatian ke atas Aktiviti beliau ini termasuk

adik Nor Aishah tentang aktiviti dalam perkembangan motor

yang dilakukan oleh beliau pada halus dan motor kasar.

waktu petang.

18 Mac 2010 Mengaplikasikannya dalam Teori Jean Piaget

penulisan tentang teori yang dipilih

sebagai teori yang menjadi rujukan

dalam melaksanakan tugasan ini

18 Mac 2010 Mengambil gambar tentang segala Gambar tersebut dijadikan

23
aktiviti yang dijalankan oleh beliau sebagai lampiran dan bukti

yang melibatkan perkembangan pelaksanaan aktiviti.

bahasa, kognitif dan fizikal beliau.

18 Mac 2010 Lampiran dicetak.

23 Mac 2010 Melakukan sedikit penambahan

kepada perkembangan fizikal,

kognitif dan bahasa.

24 Mac 2010 Menulis refleksi.

29 Mac 2010 Segala bentuk bahan rujukan

difotostat.

29 Mac 2010 Tugasan disemak untuk kali Tugasan disemak dengan

terakhir dan memasukkan muka teliti agar tiada kesalahan

surat. ejaan yang dilakukan.

29 Mac 2010 Tugasan dicetak dan dijilid

30 Mac 2010 Tugasan diserahkan kepada guru.

24

You might also like