You are on page 1of 8

Minum

Ais Dan
Kesann
ya?

http://www.tkodaily.net/v4/modules.php?
name=News&file=article&sid=121

Oleh Supervain

Sama ada pada waktu


panas terik atau tidak,
minuman sejuk atau berais
memang menjadi pilihan
masyarakat negara ini tidak
kira usia.

Biarpun menyedari
minuman sejuk tidak begitu
elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang
remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai
kesannya.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menerima e-mel


daripada rakan atau individu yang menyarankan
amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh
menyebabkan banyak penyakit berbahaya.

Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk


dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan
boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.

Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat


Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar,
menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan
amalan minum minuman sejuk boleh membekukan
makanan berminyak, memperlahankan penghadaman
sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan
menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan
jantung.

Kata Dr Haizal, pembentukan plak di dinding pembuluh


darah koronari melalui proses aterosklesoris antara lain
disebabkan oleh kandungan darah kolesterol yang
berlebihan.

Jelasnya, sebahagian
daripada kolesterol
berkenaan datang
daripada lemak
pemakanan yang dihadam
dan diserap oleh usus.

“Bagaimana kita boleh


mengaitkan minuman
sejuk dengan penyakit
jantung kerana secara
logiknya, minum air sejuk
boleh memperlahankan
penghadaman yang
secara langsung
mengurangkan lemak dan
kandungan kolesterol
dalam darah.

“Memang sehingga kini tiada kajian atau sebarang


bukti untuk menyokong pendapat berkenaan,” katanya.

Menurut Dr Haizal, pesakit jantung atau yang pernah


menjalani pembedahan jantung juga tidak mempunyai
masalah jika mengambil minuman sejuk.

“Apa yang penting di sini bukan minuman itu sejuk


atau tidak.

“Setiap individu yang berpenyakit atau tidak, perlu


minum air kosong sekurang-kurangnya lima gelas
sehari. 

“Terdapat satu kajian di Amerika Syarikat


membabitkan lebih 20,000 orang mendapati mereka
yang minum air kosong untuk jumlah sedemikian
setiap hari mempunyai risiko mati akibat penyakit
jantung yang lebih rendah berbanding mereka yang
minum dua gelas atau kurang sehari.

“Jenis minuman selain daripada air kosong pula boleh


meninggikan risiko terbabit,” katanya.

Daripada sudut kecantikan pula, minuman sejuk atau


berais harus dijauhi wanita kerana ia dapat
menjejaskan kesihatan kulit dan dalaman.

Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, berkata


wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum,
perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika
mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan
luaran mereka. 

Kata Halimah, walau bagaimana haus sekali pun,


minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu
mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari.

“Jika kita mengamalkan minuman berais, badan mudah


menjadi kembang dan selain itu, tulang juga mudah
berasa sakit dan bisa.

“Masalah berkenaan mungkin kurang dirasai ketika


muda remaja dan hanya mula dirasai apabila
menginjak usia 40 tahun ke atas,” katanya.
Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, Halimah turut
menasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan
minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan
dalaman serta menyejukkan peranakan.

Halimah berkata, penyakit hari ini senang singgah pada


badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu
disembuhkan.

Justeru, amalan pemakanan sihat dengan


membanyakkan minum air kosong atau air suam amat
penting kerana ia dapat meneutralkan kembali
makanan yang diambil.

Jelas Halimah, berdasarkan pengalamannya, individu


yang selalu minum air batu atau sering berada dalam
pejabat atau rumah yang menggunakan penyaman
udara, kulit mereka biasanya kelihatan kering dan tidak
bermaya.

Amalan minum minuman sejuk atau berais juga


dikatakan boleh menyebabkan perut mudah buncit.

Katanya, orang tua sering berpesan supaya jangan


makan berselang dengan minum kerana ia juga akan
menyebabkan perut menjadi buncit.

“Amalan menghirup sup ketika makan nasi juga tidak


digalakkan kerana sup juga seperti air, boleh
menyebabkan perut membuncit.

“Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan


sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus
mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.

“Memang wanita banyak pantang larang terutama


dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang
remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi
usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan
ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan
makan sayuran,” katanya.

Selain itu, minuman sejuk juga tidak elok diberi kepada


kanak-kanak kerana ia menyebabkan mereka mudah
mengalami batuk, bibir kering atau pecah dan mudah
diserang demam.

“Ibu bapa perlu memantau amalan berkenaan kerana


kanak-kanak memang menggemari minuman sejuk.

“Jika kita sayangkan mereka, berilah air kosong kerana


ia sememangnya lebih baik untuk kesihatan mereka,”
katanya.

Rahsia ais dan air sejuk

■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit


insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti
biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan


berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah
kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara
menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi
jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan


Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar
bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi


yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan
semula jadi alam yang mengawal graviti dan
pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau


sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam


kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat


kepada kecederaan yang akut seperti demam panas
yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi
menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai


penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut
dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk


menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat
menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan


melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah
yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada


suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya
matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria
pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit


yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur
spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan


rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang


bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar


biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit
alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia


kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai


dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling
cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan
menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh


mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi
mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali
sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang


yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan
suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi


rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan
berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang


yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai
dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk


kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan
kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di
dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat
panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat
sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia


menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan
memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada
awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

.......oo00oo......
Posted on Saturday, March 19 @ 20:11:32 MYT by
Nabila

You might also like