You are on page 1of 1

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi manusia.

Maksud nikah

Menurut bahasa, nikaah beerti berkumpul menjadi satu, sbgaimana dikatakan oleh orang Arab “pepohon
itu saling bernikah” jika satu sama lainnya bercondongan dan

Konsep perkahwinan Dalam Islam


May 4, 2008
Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat
dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan
perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah
manusia.Orang yang berkahwin akan dapat
mengatur suatu kehidupan yang baik,
sempurna, dan penuh bertanggungjawab. 

Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai
khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.
Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli
keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga
mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi
meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan
di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh
 Sabda Rasulullah s.a.w
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku,
sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan,
berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.
Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

You might also like