You are on page 1of 22

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGURUSAN ORGANISASI

TAJUK TUGASAN:

TUGASAN BERKUMPULAN

PENSYARAH :

DISEDIAKAN OLEH :

NUR ASMADAYANA BT HASIM (A134014)


ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN

Melalui daripada folio ini kami dapat mengenali dengan lebih dekat tentang
organisasi yang terdapat di Malaysia, Setiap organisasi, secara amnya, merupakan
himpunan individu ( dua atau lebih ) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit
kerja yang kemudiannya diselaraskan bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah
ditetapkan. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa organisasi merupakan satu sistem
sosial yang merangkumi semua bentuk kumpulan,termasuk syarikat perniagaan,
badan kerajaan dan separruh kerajaan, kumpulan sukarela, badan kebajikan, agama
dan sebagainya. Kami juga telah memilih syarikat Herba Penawar Al-Wahida (HPA).
Semoga dengan siapnya hasil kerja kami, maka, pihak tuan akan berpuas hati, sekali
gus membantu kami mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
2. Definisi konsep.

2.1 Pengurusan

Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:

1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan


pengawalan usaha ahli- ahli organisasi dan menggunakan semua sumber
organisasi untuk
2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas
operasi
organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.

Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis
fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan
"matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:

1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan


hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain

2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur
dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu
dapat
dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif
(objektif).
2.2 Pentadbiran

Adalah satu proses yang memfokuskan kepada identifikasi, penyelenggaraan, kepada


identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan pengawalan dan
penyertaan penggunaan sumber-sumber (tenaga manusia, bahan) dalam satu sistem yang
bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

2.3 Pengurus

Seorang individu yg digajikan bagi mempengaruhi,memimpin, membimbing membuat


keputusan dan menggunakan sumber organisasi unt.uk mencapai objektif dan matlamat
organisasi.

3 Pengurusan,proses dan Matlamat

Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung
kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan,
penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusandibahagikan kepada empat
sahaja, iaitu perancangan,penyusunan, pengarahan, dan pengawalan.

Fungsi tersebut adalah berkait rapat antara satu dengan yang lain bagi mewujudkan satu
proses pengurusan berterusan.
3. Etika

ETIKA PENGURUSAN

Secara dasarnya,semua individu memilih dan menggemari kepada perkara-perkara yang


baik dan berkelakuan mengikut garispanduan norma, adat resam, undang-undang dan
etika. Ini adalah kerana, suka kepada perkara yang baik adalah sifat semulajadi manusia.
Walaubagaimanapun, sifat ini sering bercanggah dengan cara individu mengendalikan
kehidupan sehariannya. Sebagai contoh, kita tahu penggunaan sumber organisasi seperti
telefon untuk kegunaan peribadi itu adalah perbuatan tidak beretika,tetapi adakah kita
cuba mengelakkannya?

Etika merujuk kepada peraturan dan prinsip yang menentukan sesuatu kelakuan itu betul
atau salah. Di dalam bahagian ini, tumpuan akan diberikan kepada etika pihak
pengurusan dalam membuat keputusan. Kita juga akan mengkaji perspektif untuk menilai
kelakuan beretika. Selain itu tumpuan juga akan mengkaji perspektif untuk menilai
kelakuan beretika. Selain itu tumpuan juga akan diberikan kepada empat model etika
pengurusan, factor-faktor yang mempengaruhi etika pengurusan dan etika dalam konteks
perniagaan antarabangsa.

PERSPEKTIF UNTUK MENILAI KELAKUAN BERETIKA

Etika meliputi tiga perspektif yang utama iaitu:

a) Membezakan antara fakta dan kepecayaan


b) Mentakrif isu dalam terma moral
c) Mempraktikkan prinsip moral.
Terdapat empat perspektif asas di mana nilai-nilai dan keputusan etika boleh dinilai.
Asas-asas ini tidak boleh difahami secara berasingan,sebaliknya, keempat-empat asas ini
mempunyai hubungkait di antara satu sama lain.

a) Perspektif masyarakat
b) Perspektif perundangan
c) Perspektif organisasi
d) Perspektif individu:
 Tahap kepatuhan dan dendaan
 Tahap instrumental
 Tahap antara perorangan (interpersonal)
 Tahap arahan dan undang-undang.
 Tahap kontrak social
 Tahap prinsip-prinsip sejagat
4. CIRI-CIRI PEMIMPIN

Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kirasama ada organisasi itu
kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja
merupakan
tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab
penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.

Dalam konteks pengurusan, pengurus dimaksudkan kepada mereka yang


bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain pada semua peringkat.Setiap
pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya:

1. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran
kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi.Mereka mempunyai kuasa yang
diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.
2. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan efisien untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
3. Pengurus juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan
kejayaan orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi
pengurus berkenaan.
4. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan kerja
yang penting dahulu atau dengan serta-merta.
5. Pengurus mewujudkan matlamat, perancangan, dasar, dan mengimplementasikan
dalaman.

5. JENIS-JENIS PENGURUS

a) Pengurusan atasan
b) Pengurusan pertengahan
c) Pengurusan lini ( barisan hadapan )

 Pengurus Atasan
Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif, Presiden
atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut
tujuan organisasi.Mereka dilantik oleh ahli lembaga syarikat bagi memantau perjalanan
dan prestasi syarikat supaya sentiasa mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan.
Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku dipersekitaran
luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.

 Pengurus Pertengahan

Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan aktiviti
bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Mereka pada
peringkat ini terdiri daripadaPengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti,
Pengurus Personel dan lain-lain. Jika pengurus atasanbertanggungjawab membentuk
dasar, tatacara dan strategisyarikat, maka pengurus pertengahan pula bertanggungjawab
melaksanakannya dengan cekap dan berkesan.

 Pengurus Lini ( bahagian hadapan )

Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antaramereka yang dimasukkan ke dalam
kategori pengurus lini.Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di bahagian operasi
seperti bahagian pengeluaranagar pengeluaran itu mengikut perancangan yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan. Walaupun para pengurus
lini banyak menghabiskan masa kerja harian mereka memantau para pekerja di bawah
jagaan masing- masing, inil tidaklah bermakna tanggungjawab mereka setakat itu sahaja.
Misalnya seorang
penyelia projek di tapak pembinaan. Beliau bukan sahaja perlu memastikan semua
pekerja melaksanakan tugas masing-masing malah dari semasa ke semasa beliau perlu
berinteraksi dan berurusan dengan pembekal bahan binaan,pegawai-pegawai kerajaan
yang lain, pengurus pertengahan dan kadang kala turut sama membuat laporan tertentu
kepada pengurus atasan di ibu pejabat.
6.KEMAHIRAN PENGURUSAN PERSATUAN

1. PERANAN PENGURUS

Henry Mintzberg telah membahagikan peranan pengurus kepada tiga komponen iaitu;

i) Peranan interpersonal
- Sebagai figurehead bagi unitnya, pengurus perlu peka dengan keadaan
sekeliling dan melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pekerjanya.
- Sebagai pemimpin, pengurus perlu bijak berkomunikasi dengan individu dari
pelbagai lapisan dalam organisasi
- Peranan dalam pengurus dalam perhubungan memerlukan beliau memgekalkan
rangkaian maklumat yang baik yang berguna kepada organisasi.

ii) Peranan informational


- Pengurus sebagai pemantau akan bertindak untuk memastikan para pekerjanya
mendapat maklumat yang terkini tentang syarikat dan hanya maklumat yang
berguna sahaja disampaikan kepada pekerja.
- Peranan pengurus sebagai penyebar akan menyampaikan maklumat kepada
pekerjanya sama ada dalam bentuk fakta, atau angka.
- Sebagai jurucakap, pengurus akan menyampaikan maklumat kepada pihak
luar. Pengurus akan bertindak sebagai seorang pakardalam industry organisasi.

iii) Peranan decisional


- Sebagai seorang usahawan,pengurus akan berusaha memperbaiki unit-unit
dalam organisasi dengan perubahan yang dirancang dengan teliti.
- sebagai seorang perunding, pengurus akan mewakili organisasi di dalam
rundingan yang besar seperti bertemu pembekal dan lain-lain.
Langkah-langkah perancangan.

a) Organisasi menyedari peluang yang ada berdasarkan maklumat yang


diperoleh daripada kajian terhadap pasaran, persaingan, keperluan pelanggan,
kekuatan dan kelemahan organisasi.

b) organisasi menetapkan objektif atau matlamat seperti apa, bila, dan tahap
mana yang hendak dicapai.

c) organisasi mengkaji persekitaran dalaman dan luaran.

d) organisasi mengenalpasti alternatif yang dapat memenuhi objektif yang telah


ditetapkan.

e) organisasi menilai setiap alternatif berdasarkan matlamat yang diperlukan


pada kos yang paling rendah serta keuntungan yang tinggi.

f) organisasi memilih alternatif yang terbaik.

g) organisasi merumuskan perancangan sokongan seperti pembelian bahan


mentah, pengambilan pekerja, dan membentuk keluaran baru.

h) rancangan belanjawan dibuat supaya perancangan dapat dilaksanakan dengan


menggunakan sumber yang ada.
Belanjawan.

Belanjawan adalah rancangan satu kegunaan yang menunjukkan bagaimana sumber-


sumber organisasi diperuntukkan untuk semua aktiviti, projek dan program. Belanjawan
akan menunjukkan keutamaan aktiviti organisasi, mengekalkan penyelarasan dalam
organisasi, menyelia penilaian dan mengawal hasil organisasi. Pengurus yang baik
berupaya menyediakan belanjawan yang tepat dan belanja mengikut apa yang itetapkan
dalam belanjawan.

Terdapat tuga jenis belanjawan iaitu belanjawan tetap, belanjawan fleksibel dan
belanjawan berasaskan sifar. Belanjawan tetap akan memperuntukkan sumbernya
berasakan satu jangkan kos sahaja seperti kos pengelenggaraan bangunan yang sama
setiap tahun. Belanjawan fleksibel pula membolehkan peruntukan sumber berbeza-beza
mengikut tahap aktiviti seperti pertambahan belanja upah akibat pertambahan pekerja
sementara. Belanjawan berasaskan sifar dilakukan apabila organisasi ingin menjalankan
satu projek baru atau aktiviti baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

7. CONTOH ORGANISASI– Herba Penawar Al-Wahida (HPA)

7.1 Pengenalan HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari
Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu
dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi,
berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan
pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan
sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan
kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan
mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat,
bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran
dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas
dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin
Ahmad selaku pengasas HPA memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

7.2 VISI HPA

 HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan
yang berkesan.
 HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

7.3 MISI HPA

 HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk


herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu
keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang
dialami.
 HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus
mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan
diri, keluarga dan masyarakat.

7.4 OBJEKTIF HPA


 Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba nombor satu di seluruh Malaysia.
 Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya
maju dan berwawasan.
 Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan.

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’


semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba
tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

7.5 Pengilangan HPA

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba
moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung,
serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk
memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat :

1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.

2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.

3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.

4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.

5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.

7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1500 orang.

Kilang Radix Cola Di Kedah

Kilang Kopi Radix Automatik


Pekerja-pekerja HPA.

7.6 Pentadbiran & Pengurusan

Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk


menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-
pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah
Urusan 1 (PU1), dibantu oleh Pengarah Urusan 2 (PU2) dan Pengurus Besar (GM) :-

1.Pengarah Urusan 1, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad

2.Pengarah Urusan 2, Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin

3. Pengurus Besar AWM, Tuan Muhammad Faisol Abdul Rahman

2. Pengurus Besar R & D, Tuan Abdul Ghani Bin Husain

3. Pengurus Besar Pentadbiran Dan MIS, Puan Rashidah Binti Abdul Rahim

4. Pengurus Besar Akaun, Tuan Rosli Bin Abu Bakar

Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, AGM, pengurus-pengurus, penyelia dan


juga eksekutif dilantik.

Carta Organisasi Koperasi Wahida HPA (bawah HPA)


PEJABAT HPA DI PERLIS

CARTA ORGANISASI
Menara HPA Internatioanal Center ( HPAic)

7.7 Produk Keluaran HPA

Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya


dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun
menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.

Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah
berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, ratusan
jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan
datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang
menjamin mutu produk sentiasa konsisten.

Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik


syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu
keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi


keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.

7.8 Cawangan & Stokis

HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses
pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat
membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat
cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui
inisiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan.

HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150


cawangan sehingga Jun tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah
sebanyak lebih 70 buah cawangan.Termasuk 5 cawangan di Indonesia dan 1 di Brunei.
Agen Stok HPA kini sudah melebihi dari 1200 orang dengan keahlian perniagaan MLM
lebih 500, 000 orang.

7.9 Keunggulan Perniagaan HPA

1. 100% milik Bumiputra Muslim

Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam
industri herba.

2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal

Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk
kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan
lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan
datang.

3. Harga murah dan berpatutan

Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip
IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan
tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.

4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah

HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat
pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.
5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan

Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan
solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

6. Perubatan JAWI

HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber


Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit
melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur,
refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.

7. Kebajikan

Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan


kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil
beramal.

8. Plan Pemasaran Hebat

Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru
yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan.

9. Latihan Keusahawanan

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan
tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA.
Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus
ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati
Setia (PJS).

10. Pengiklanan Produk Di Media Massa


HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3,
TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.

11. Koperasi Wahida Berhad

HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli
menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.

12. KRITIKAN

Organisasi contoh yang dibentangkan untuk projek ini ialah organisasi yang
asalnya daripada Malaysia sendiri iaitu syarikat Herba Penawar Al-Wahida atau lebih
dikenali sebagai HPA. Produk-produk yang disasarkan oleh mereka ialah produk yang
halal dan selamat dari segi kandungannya dan suci untuk orang yang beragama islam.
HPA ini telah lama bertapak di Malaysia tetapi ianya hanya popular di bahagian utara dan
timur semenanjung Malaysia sahaja. Adalah sukar untuk mendapatkan bekalan produk
HPA di bahagian selatan semenajung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Adalah besar
kemungkinan bahawa penduduk Malaysia yang hanya beragama islam yang mengetahui
mengenai produk HPA kerana pendekatan yang diperkenalkan oleh syarikat HPA. Oleh
itu, syarikat HPA perlulah meningkatkan promosi dan pemasaran mengenai produk
mereka kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah penting dalam sesuatu perniagaan
bagi mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan oleh syarikat HPA ini.
Promosi dan pemasaran yang hebat boleh dilakukan melalui laman web yang lebih
menarik, risalah-risalah dan katalog yang boleh diedarkan terus kepada rakyat Malaysia.

13. RUMUSAN
Organisasi penting bagi setiap syarikat. Pengurusan akan sesuatu organisasi tidak boleh
dipandang remeh. Malah pengurusan organisasi mencerminkan sesuatu kejayaan dan
pembangunan sesebuah syarikat. Pengurusan yang baik, iaitu yang menekankan etika-
etika yang sepatutnya diamalkan, ditambah pula dengan mengetahui peranan sebenar
pengurusan adalah amat penting. Perancangan yang teliti dengan langka-langkah yang
teratur,pengawalan samada dalaman dan luaran adalah penting. Begitu juga dengan
belanjawan dan penstafan perlulah diambil sebagai sesuatu yang agak penting. Melalui
contoh syarikat, HPA yang telah kami pilih sedikit sebanyak member pendedahan
sebenar akan Sesuatu pengurusan organisasi yang agak besar. Jadi segala kelemahan
yang masih terdapat syarikat mestilah diurus dan diperbaiki dengan baik. Semoga,
organisasi-organisasi samada kecil mahupun besar di Malaysia akan semakin maju.

14. RUJUKAN
 http://www.kowahida.com.my/hpa.html
 http://www.hpa.com.my/profil/
 http://www.kowahida.com.my/kowahida/organisasi.html
 http://www.etikaperniagaan.com.my/

You might also like