You are on page 1of 4

Misi Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku


Ampuan Afzan, Chenor bertekad untuk
memperkembang dan menyuburkan potensi
pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelbagai bidang pendidikan menerusi:
- Perancangan dan pelaksanaan program
Pengajaran dan Pembelajaran secara strategik
dan berfokus
- Kepelbagaian program Kokurikulum yang
terancang
- Penerapan unsur-unsur Bina Insan yang
bersepadu dan pengamalan cara hidup beragama
serta bermoral pada setiap masa
- Pengwujudan iklim sekolah yang ceria, bersih,
indah dan menyeronokkanKecemerlangan
kepimpinan di pelbagai peringkat
Dicatat oleh smktaac di 3:23 PM

Pengetua-Pengetua SMKTAAC
1965-1968
En. Rofli b Ahmad
1968-1980
En. Abd Razak b Manaf
1980-1982
En. Mamat Omar b Husin
1982-1992
En. Baharin b Harun
1993-1994
En. Mashud Fakeh b Shafie
1994-1995
En. Zakaria b Jap
1996-1997
Pn. Mui Siew Koon
1997-2002
En. Selamat Ahmad Kamal b Alang
2003-2004
En. Othman b Md Yusof
2004
Pn. Hjh Rashidah bt Md Arif
2004-2005
Pn. Tan Ah Kim
2005-2007
Pn. Hjh Mazmai bt Radin
2007-kini
En Karudin bin Kamarul Zaman

SEJARAH SEKOLAH
Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Ampuan Afzan, Chenor diambil sempena nama KDYMM
Tengku Ampuan Pahang, Tengku Ampuan Afzan. Ia telah
dibuka secara rasmi pada 04 Julai 1976 oleh KDYMM Sultan
Pahang, Sultan Hj. Ahmad Shah Ibni Al Marhum Sultan Abu
Bakar.
Sebelum ini sekolah ini di kenali sebagai Sekolah Menengah
Rendah Kebangsaan Chenor (SMRKC) yang ditubuhkan pada
Januari 1965 bertempat di tapak Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Chenor sekarang ini. SMRKC bermula dengan hanya
2 kelas yang memuatkan seramai 81 orang pelajar perintis,
pelajar tingkatan satu yang dipimpin oleh pengetua pertama iaitu
Allahyarham En. Rofli Bin Ahmad
Namun begitu, pada tahun 1970, Sekolah Menengah Vokasional
Pertanian Chenor (sekarang ditukar sebagai Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Chenor) telah dibuka dan ditempatkan di
kawasan yang sama dengan SMRKC. Keadaan ini menyebabkan
pelajar dari kedua-dua buah sekolah terpaksa belajar di bawah
satu bumbung serta menginap di dalam satu asrama. Segalanya
terpaksa dikongsi dari meja pengetua hinggalah ke dapur
asrama.
Pada tahun 1972, pelajar-pelajar SMRKC ditempatkan ke
bangunan baru yang menempatkan pelajar SMKTAAC kini.
Pada Januari 1973, seramai 540 orang pelajar telah mendaftar
dan 65% daripadanya tinggal di asrama. Ini menyebabkan
persekolahan dua sesi terpaksan diadakan akibat dari
kekurangan bilik darjah. Sekolah ini telah menjadi tumpuan
penduduk kampong tradisional di mukim Chenor,seperti
Kampung Bukit Bota, kampung Londang, Kampung Lanting,
Kampung Dalam, Kampung Sekara, Kampung Kening,
Kampung Batu Bor, Kampung Huma Luas, Kampung Pantai,
Kampung Machang Gelap, Kampung Telok Melati, Kampung
Kandis, Kampung Tanjung Berangan, Kampung Pesagi,
Kampung pejing, Kampung Paya pasir, Kampung Batu 13,
Kampung Sungai Ling, Kampung Baru, Kampung Kertau dan
laini-lain. Malahan peneroka felda yang berhampiran seperti,
Felda kampung sawah, Sungai Nerek, Jengka 19 juga berminat
untuk menghantar anak mereka bersekolah di sekolah ini.
Keberangkatan KDYMM Sultan Pahang ke SMRKC pada 17
Mei 1975 telah memberi rahmat yang besar. Beberapa blok
bangunan dan kemudahan asas telah diluluskan. 04 Julai 1976,
KDYMM Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang sekali
lagi telah mencemar duli untuk merasmikan SMRKC. Bermula
dari saat itu, nama sekolah ini telah ditukar menjadi Sekolah
Menengah Tengku Ampuan Afzan, Chenor dengan kemudahan
asas 3 blok bangunan sekolah, 2 blok asrama, 1 blok dewan
makan dan 2 blok bengkel.
Kini, sekolah ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
pembelajaran yang semakin bertambah seiring dengan keperluan
dan kemajuan pendidikan negara masa kini.
Dicatat oleh smktaac di 7:37 PM

You might also like