You are on page 1of 5

Bahagian 1

Saya merupakan guru yang mengajar di SK Pamah Kulat, Raub. Saya mengajar
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi tahun 2, 3, 4 dan 5. Sekolah saya
adalah sekolah kategori luar bandar gred A. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada
kamu melayu dan asli. Dalam sebuah kelas terdiri daripada 4 hingga 6 orang murid asli.

Pengajaran Pendidikan Jasmani merupakan satu pembelajaran yang diminati dan


disukai oleh murid. Mungkin kerana pembelajaran ini murid merasakan mereka dapat
bermain seperti berlari, melompat, berkejar-kejaran, menyepak bola dan sebagainya maka
sebab itulah pembelajaran ini paling diminati oleh semua murid.

Senario pengajaran dan pembelajaran yang ingin saya ceritakan ialah semasa saya
mengajar Pendidikan Jasmani bagi tahun 2. Kelas saya bermula pada pukul 7.45 pagi hingga
8.15 pagi. Pada hari itu saya mengajar tajuk daya tahan kardiovaskular. Aktiviti yang saya
jalankan ialah lari ulang-alik, naik turun bangku, dan lari zig-zag. Aktiviti ini dijalankan
mengikut stesen.

Masalah pertama yang saya hadapi ialah murid hiperaktif. Murid hiperaktif ini akan
berlari dari kelas ke padang apabila tiba waktu pendidikan jasmani. Dia mahu sampai awal
daripada murid lain ke padang. Apabila guru menyuruh murid lain membawa barang-barang
ke padang, murid hiperaktif ini akan mengambil lebih awal barang tersebut sebelum
menerima arahan.

Masalah kedua yang saya hadapi ialah murid malu. Seperti yang telah saya terangkan,
murid sekolah saya mempunyai murid dari kaum asli. Murid dari kaum asli ini juga tidak
ramai dalam sesebuah kelas. Maka apabila melakukan sesuatu aktiviti murid ini malu.
Mereka malu kerana takut ditertawakan oleh kawan-kawan. Faktor lain yang menyebabkan
mereka malu ialah kurang sokongan daripada rakan-rakan lain.

Masalah ketiga ialah murid suka mengganggu rakan lain. Oleh kerana aktiviti
dijalankan secara berkumpulan, maka guru tidak dapat melihat semua murid. Kadang-kadang
guru terlepas pandang. Pada masa inilah murid-murid mengganggu rakannya melakukan
aktiviti. Contoh gangguan ialah menghalang rakan membuat aktiviti, mengejek rakan dan
meniru gaya rakan.
Masalah yang keempat ialah murid pasif. Murid pasif dalam membuat sesuatu
aktiviti. Dalam pendidikan jasmani aktiviti akan dijalankan secara berperingkat iaitu dari
memanaskan badan hingga ke gerak kendur. Semasa aktiviti dijalankan, murid pasif ini akan
menunjukkan perasaan kurang minat untuk melakukannya. Walaupun pada waktu itu dia
memang berminat. Kadang-kadang guru perlu menarik ke depan dan meminta murid lain
untuk memberi sokongan kepada murid ini dan barulah dia bersemangat melakukan aktiviti.

Masalah kelima ialah bising. Memang kebiasaannya dalam bermain murid akan
bising. Masalah bising yang saya maksudkan ialah murid menjerit dan berbual dengan rakan
semasa aktiviti dijalankan. Mereka tidak mempedulikan arahan dan tunjuk ajar guru. Apabila
guru menyuruh mereka melakukan akitiviti, tidak seperti yang diarahkan.

Bahagian 2

i. Masalah hiperaktif
Murid hiperaktif kerana murid inginkan perhatian lebih daripada guru. Pendidikan
jasmani adalah salah satu matapelajaran yang diminati dan di tunggu oleh murid pada
setipa hari. Maka apabila loceng berbunyi sahaja murid akan terus lari ke padang.
Murid ini juga beranggapan bahawa apabila dia tiba awal dipadang maka dia adalah
murid yang paling handal di dalam kelasnya. Murid hiperaktif ini juga akan berebut-
rebut untuk membawa peralatan pendidikan jasmani ke padang.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan Teori Perkembangan Behavioris oleh Teori
Pembelajaran Klasik Pavlov. Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan
gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat
sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang
menimbulkan gerak. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut
dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini
dikenali sebagai pelaziman klasik. Contohnya, dalam masalah hiperaktif yang saya
ceritakan ialah murid terangsang berlari ke padang apabila mendengar bunyi loceng.
Daripada contoh ini, rangsangan adalah bunyi loceng manakala murid berlari ke
padang adalah gerak balas. Perlakuan murid ini akan lebih menjadi lagi apabila ada
rakan lain yang turut melakukan hal yang sama. Mereka akan berlumba-lumba untuk
sampai. Murid haiperaktif ini juga selalunya tidak boleh menerima kekalahan. Sesuatu
kekalahan boleh menyebabkan murid ini marah dan memukul rakan yang
mengalahkannya. Masalah hiperaktif ini juga boleh dikaitkan dengan Teori
Perkembangan Sosial oleh Albert Bandura melalui Model Determinisme Timbal
Balik. Model ini mengandungi 3 faktor utama iaitu, perlakuan, individu (kognisi) dan
persekitaran. Faktor-faktor ini saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran.
Bandura juga berpendapat bahawa perlakuan seseorang hasil interaksi antara faktor
dalam diri (kognisi) dan persekitaran. Sikap hiperaktif murid menjadi apabila ada
rangsangan dan persekitaran. Individu adalah murid, perlakuan adalah berlari
manakala persekitaran rakan-rakan.

ii. Masalah murid malu.


Murid malu untuk melakukan aktiviti di dalam kelas disebabkan persekitaran dan
tiada sokongan daripada guru mahupun rakan. Disebabkan murid ini dari kaum asli,
sokongan dari guru dan rakan-rakan adalah penting bagi meningkatkan motivasinya
untuk melakukan aktiviti. Selain itu, kerana rakan daripada kaumnya sendiri kurang
menyebabkan murid ini malu. Perasaan ini timbul apabila dia memikirkan yang rakan
lain akan mentertawakannya apabila dia tersilap melakukan aktiviti yang diarahkan
oleh guru.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori perkembangan Bahavioris oleh teori
pelaziman Operan Skinner. Menurut B. F. Skinner (1953) di dalam teori pelaziman
operan gerak balas boleh dikuatkan(diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika
diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Contohnya, jika
seseorang kanak-kanak diberi pujian selepas melakukan sesuatu aktiviti, maka kanak-
kanak tersebut akan mengulangi tingkah laku tersebut. Sebaliknya, jika kanak-kanak
tersebut tidak diberi apa-apa pujian atau senyuman, maka kemungkinan kanak-kanak
tersebut mengulang tingkah laku tersebut adalah rendah. Menurut Skinner juga, faktor
ganjaran (peneguhan positif) dan dendaan (peneguhan negatif) berperanan
membentuk perkembangan seseorang individu.
iii. Murid suka mengganggu rakan lain
iv. Murid pasif
v. Murid bergaduh
Murid bergaduh kerana tidak dapat menerima kritikan dan kekalahan semasa bermain.
Selalunya masalah bergaduh ini terjadi semasa kemuncak iaitu permainan kecil. Pada
waktu ini, guru akan adakan permainan berbentuk pertandingan. Permainan ini adalah
pengukuhan kepada aktiviti yang telah diajar. Permainan ini dijalankan secara
berkumpulan. Murid akan bersorak semasa permainan ini dijalankan. Dalam
pertandingan pastinya ada menang dan ada kalah. Murid selalunya tidak dapat
menerima kekalahan. Murid yang menang pastinya bersorak manakala murid yang
kalah terdiam dan saling menyalahkan antara satu sama lain. Kumpulan yang menang
akan mengejek kumpulan yang kalah. Disebabkan ejekan ini menyebabkan murid
bergaduh. Ada juga yang bergaduh dalam kumpulan kerana saling menyalahkan
antara satu sama lain. Situasi ini akan menjadi tegang jika guru tidak bertindak
dengan cepat.

Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori perkembangan Sigmund Freud. Menurut
Freud, firtah manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi. Berdasarkan
pandangan ini, lahirlah konsep antirasionalisme di dalam gerak geri manusia.
Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan
desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu, tidak dapat
menentukan arah tujuan kehidupannya. Murid bergaduh ini boleh dikategorikan
sebagai alam tidak sedar yang merupakan bahagian terbesar dalam fikiran manusia. Ia
juga merupakan pendorong asas kepada tingkah laku manusia. Akibatnya, manusia
akan bertindak dan menunjukkan tingkah laku yang sukar diterima oleh orang ramai.
Menurut Freud, ingatan tentang peristiwa lalu disimpan secara tidak sedar dan
dipengaruhi oleh faktor jantina. Sikap bergaduh murid adalah tingkah laku tidak
sedar. Peristiwa ini berlaku di luar minda sedar murid. Mereka akan bertindak dan
melakukan sesuatu diluar jangkaan. Contohnya, perbuatan yang dilakukan ialah
memukul rakan, mengeluarkan kata-kata kesat dan menjerit-jerit. Perbuatan ini
dilakukan untuk melepaskan rasa marah murid terhadap sesuatu. Mereka tidak sedar
semasa mereka melakukan perbuatan ini. Apabila ditegur oleh guru barulah mereka
sedar akan perbuatan mereka yang salah itu. Guru akan meminta murid memohan
maaf. Selepas memohon maaf murid ini akan berbaik semula. Ingatan tentang
perlakuannya disimpan dalam minda tidak sedar dan akan hilang selepas mereka
berbaik semula.
Seterusnya, Frued juga percaya bahawa perkembangan personaliti manusia terdiri
daripada tiga eleman iaitu id, ego dan superego. Untuk masalah murid bergaduh ini
lebih kepada eleman id. Id merupakan komponen biologi yang mementingkan
keseronokan dan wujud sejak kita dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen stuktur
yang semula jadi, satu elemen yang diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri
manusia. Id juga merupakan elemen bawah sedar dan merupakan satu tenaga primitif.
Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakan kepuasan.
Apa yang boleh dikaitkan dengan masalah bergaduh ialah murid inginkan sesuatu
dalam permainan iaitu menang. Apabila menang, mereka akan berasa amat gembira.

Bahagian 3

You might also like