You are on page 1of 8

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA AIR TAWAR 2


81900 KOTA TINGGI, JOHOR
TAHUN 2010

TARIKH : 08 MEI 2010


HARI : SABTU
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : WISMA JKKK KG FELDA AIR TAWAR 2

DIRASMIKAN OLEH :

EN ISHAK BIN ISMAIL


Naib Presiden 1 Majlis Belia Negeri Johor merangkap
Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi
ATURCARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA AIR TAWAR 2
81900 KOTA TINGGI, JOHOR

ATURCARA MAJLIS

0830 Malam - Kehadiran Ahli Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2

0845 Malam - Ketibaan Tetamu Jemputan dan VIP

0900 Malam - Bacaan Doa Oleh EN MOHD KHAIRUL RAZI BIN HJ BANI
Ahli Jawatankuasa Biro Agama Persatuan Belia (MBFM)
Felda Air Tawar 2

- Ucapan Aluan oleh EN ROSLI BIN AMAT BUHARI


Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2 :

- Ucapan Perasmian oleh EN ISHAK BIN ISMAIL


Naib Presiden 1 Majlis Belia Negeri Johor merangkap
Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi

- Penyampaian Cenderahati

- Jamuan

- Mesyuarat dimulakan

UCAPAN ALUAN
EN ROSLI BIN AMAT BUHARI
Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2

2|Page
Assalamualaikum WBT.

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW serta ahli keluarga Baginda. Selaku Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda
Air Tawar 2, saya meletakkan harapan yang tinggi dalam mesyuarat agung pada kali ini agar dapat
dijalankan dengan jayanya. Selama saya bersama ahli jawatankuasa berserta ahli persatuan dengan
penuh kesungguhan dan keazaman untuk memajukan lagi persatuan dalam mencapai matlamatnya.

Kejayaan masyarakat dan kesempurnaan hidup adalah menjadi asas matlamat kami. Kami mahu
melihat remaja dan para belia Felda Air Tawar 2 berjaya menjalani kehidupan dengan sempurna
dan terhindar daripada gejala sosial serta taat di atas perintah dan larangan Allah juga bersatu padu
dengan semua golongan.

Akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberikan
komitmen sehingga Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2 berjaya. Sekian terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN
EN ISHAK BIN ISMAIL
Naib Presiden 1 Majlis Belia Negeri Johor merangkap
Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi

Assalamualaikum WBT

Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan syukur kehadrat Illahi dan ucapan setinggi-tinggi terima
kasih kepada persatuan ini kerana telah menjemput saya di dalam Mesyuarat Agung Tahun 2010.
Saya menyokong penuh segala usaha yang dijalankan oleh persatuan ini selama ini. Ianya adalah
semata-mata bagi memastikan generasi pelapis rancangan mampu berdiri sama tinggi dengan
badan dan agensi rancangan yang lain dalam usaha membangunkan rancangan sejajar dengan
matlamat dan misi persatuan. Saya juga merasa yakin dan percaya dengan segala usaha gigih ahli
dan kekuatan yang sedia ada serta dorongan dan kerjasama dari setiap lapisan masyarakat dan
badan-badan rancangan, matlamat ini akan dicapai dengan lebih cemerlang lagi. Saya merasa
bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh persatuan ini. Saya mendoakan agar Persatuan
Belia Rancangan ini akan berada dipuncak kejayaan dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
segala aspek Pengurusan Persatuan demi kebaikan persatuan, ahli dan masyarakat rancangan
keseluruhannya.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim saya merasmikan Mesyuarat Agung


Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2 Tahun 2010.
Sekian, terima kasih.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA AIR TAWAR 2
81900 KOTA TINGGI, JOHOR
TAHUN 2010

3|Page
TARIKH : 08 MEI 2010
HARI : SABTU
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : WISMA JKKK KG FELDA AIR TAWAR 2

AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN DASAR PENGERUSI

2. MEMBENTANGKAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN 2009

3. MEMBENTANGKAN LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI TAHUN 2009

4. MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN DAN PENGESAHAN TAHUN 2009

5. MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA

6. MELANTIK PENCATIT MINIT

7. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA


a. SEORANG PENGERUSI
b. SEORANG NAIB PENGERUSI 1
c. SEORANG NAIB PENGERUSI 2 (WANITA)
d. 7 ORANG AHLI JAWATANKUASA
e. 2 ORANG PEMERIKSA KIRA-KIRA
f. 2 ORANG PEMEGANG AMANAH

8. MEMILIH 2 ORANG PERWAKILAN KE MESYUARAT AGUNG MAJLIS BELIA FELDA (MBF)


WILAYAH JOHOR BAHRU

9. MEMBENTANGKAN USUL

10. LAIN – LAIN HAL

11. UCAPAN PENANGGUHAN DAN PENUTUP

MINIT MESYUARAT AGUNG


PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA AIR TAWAR 2
81900 KOTA TINGGI, JOHOR.
TAHUN 2010

Agenda Mesyuarat

1.0 Ucapan Dasar Pengerusi

En. Rosli Bin Amat Buhari


Pengerusi Persatuan Belia (MBFM)

En. Rosli Bin Amat Buhari mengumumkan jumlah ahli yang hadir dalam Mesyuarat
Agung kali ini adalah seramai 88 orang. Beliau amat berbesar hati di atas kehadiran ahli –
ahli Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2 yang semakin bertambah setiap tahun dan

4|Page
berterima kasih di atas sokongan daripada ahli-ahli persatuan yang banyak membantu
sepanjang beliau berkhidmat.

2.0 Membentangkan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2009

Dibentangkan oleh Setiausaha Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2


En. Mohammad Nizam Bin Maslar

Disahkan : En. Ruhaizad Bin Daud


Sokongan : En. Muhammad Fadzli Bin Hasan

3.0 Membentangkan Laporan Program Dan Aktiviti Tahun 2009

Dibentangkan oleh Setiausaha Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2


En. Mohammad Nizam Bin Maslar

Disahkan : En. Yusri Bin Misro


Sokongan : En. Ruhaizad Bin Daud

4.0 Membentangkan Penyata Kewangan Dan Pengesahan Tahun 2009

Dibentangkan oleh Bendahari Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2


Pn. Azizah Binti Manisan

Disahkan : En. Muhammad Fadzli Bin Hasan


Sokongan : En. Ruhaizad Bin Daud

5.0 Melantik Pengerusi Tetap Sementara Mesyuarat Agung.

En. Sharon Bin Ab Rahman


Pencadang : En. Mohammad Nizam Bin Maslar
Sokongan : En. Yusri Bin Misro

6.0 Melantik Pencatit Minit

Cik Norhidayu Binti Md Toha


Pencadang : Pn. Mazni Binti Maarop
Sokongan : En. Rosli Bin Amat Buhari

7.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa

i) Pengerusi

En. Muhammad Fadzli Bin Hasan


Pencadang : En. Rosli Bin Ahmad Juini
Sokongan : Pn. Mazni Binti Maarop

ii) Naib Pengerusi 1

En. Saufi Aizuddin Bin Mohamad


Pencadang : En. Rosli Bin Ahmad Juini
Sokongan : En. Mohammad Nizam Bin Maslar

iii) Naib Pengerusi 2 (Wanita)

5|Page
Pn. Mazni Binti Maarop
Pencadang : En. Mohammad Nizam Bin Maslar
Sokongan : En. Rosli Bin Amat Buhari

iv) Perlantikan Ahli Jawatankuasa

En. Dr Fitri Bin Saion


Pencadang : En. Muhammad Fadzli Bin Hasan
Sokongan : En. Yusri Bin Misro

Pn. Zurina Binti Md Zum


Pencadang : Cik Rosnita Binti Abd Rahim
Sokongan : Pn. Noreha Binti Kamis

En. Aszahari Bin Seman


Pencadang : En. Mohammad Nizam Bin Maslar
Sokongan : En. Yusri Bin Misro

Pn. Hamidah Binti Mansur


Pencadang : Cik Rosnita Binti Abd Rahim
Sokongan : En. Muhammad Fadzli Bin Hasan

Cik Rosnita Binti Abd Rahim


Pencadang : En. Ruhaizad Bin Daud
Sokongan : En. Mohammad Nizam Bin Maslar

En. Md Yusof Bin Maarop


Pencadang : Pn. Mazni Binti Maarop
Sokongan : Pn. Hamidah Binti Mansur

En. Mohd Sahrizan Bin Mahmood


Pencadang : En. Mohd Razi Bin Hj Bani
Sokongan : En. Aszahari Bin Seman

v) Dua Orang Pemeriksa Kira - Kira.

a) Pemeriksa Kira - Kira Pertama

En. Sharon Bin Ab Rahman


Pencadang : En. Mohammad Nizam Bin Maslar
Sokongan: Cik Rosnita Binti Abd Rahim

b) Pemeriksa Kira - Kira Ke Dua

En. Rosli Bin Amat Buhari


Pencadang : En. Ruhaizad Bin Daud
Sokongan: Pn. Hamidah Binti Mansur

vi) Dua Orang Pemegang Amanah.

a) Pemegang Amanah Pertama

En. Ruhaizad Bin Daud


Pencadang : Cik Rosnita Binti Abd Rahim
Sokongan: Pn. Noreha Binti Kamis

6|Page
b) Pemegang Amanah Kedua

En. Mahmod Bin Mat Zahir


Pencadang : En. Mohammad Nizam Bin Maslar
Sokongan: Cik Rosnita Binti Abd Rahim

8.0 Melantik 2 orang perwakilan ke Mesyuarat Agung MBFM Wilayah Johor Bahru

i) En. Muhammad Fadzli Bin Hasan


Perlantikan secara automatik

ii) Cik Norhidayu Binti Md Toha


Pencadang : Pn. Hamidah Binti Mansur
Sokongan : Pn. Mazni Binti Maarop

iii) Pn. Azizah Binti Manisan


Pencadang : En. Aszahari Bin Seman
Sokongan : Pn. Noreha Binti Kamis

9.0 Membentangkan Usul

i) En. Mohammad Nizam Bin Maslar membentangkan usul supaya penyata akaun
bank Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2 dikekalkan.

Sokongan : Sebulat suara

10.0 Lain - lain Hal

- Tiada

11.0 Ucapan Penangguhan Dan Penutup

EN. MUHAMMAD FADZLI BIN HASAN


Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2

En. Muhammad Fadzli Bin Hasan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan
semua ahli persatuan kepada beliau di atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Persatuan
Belia (MBFM) Felda Air Tawar 2 pada sesi 2010 – 2012 ini. Beliau menyatakan bahawa
perlantikan ini diadakan secara sihat tanpa ada sebarang permasalahan yang timbul. Beliau
juga mengharapkan semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik agar dapat menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan amanah.

EN. ISHAK BIN ISMAIL


Naib Presiden 1 Majlis Belia Negeri Johor merangkap
Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi

En. Ishak Bin Ismail mengharapkan agar semua ahli memberi sokongan yang penuh
kepada En. Muhammad Fadzli Bin Hasan selaku Pengerusi Baru Persatuan Belia (MBFM)
Felda Air Tawar 2 pada sesi 2010 – 2012 kali ini. Diharap dengan adanya perlantikan baru
ini dapat menaikkan lagi nama persatuan di mata orang luar.

Penutup

Mesyuarat agung ditangguhkan pada jam 11.25 malam.

7|Page
Disediakan Oleh Disemak Oleh

………………………………. ..………………………………
NORHIDAYU BINTI MD TOHA MUHAMMAD FADZLI BIN HASAN
Setiausaha Pengerusi
Persatuan Belia (MBFM) Persatuan Belia (MBFM)
Felda Air Tawar 2 Felda Air Tawar 2

8|Page

You might also like