You are on page 1of 15

,Biodata Pengarang

HALIS AZHAN MOHD. HANAFIAH dilahirkan di Melor, Kota Bharu, Kelantan pada tanggal
1 Januari 1970 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Melor, Kelantan
dan Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan. Beliau memperoleh B.Ed. TESL (Hons)
daripada UKM pada tahun 1993 dan M.A. (Kesusasteraan Melayu) daripada UPM pada tahun
2002. Beliau sekarang berkhidmat sebagai pensyarah Kursus Penulisan Kreatif di IPGM Kampus
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.,

Halis Azhan mula menulis pada tanggal 31 Januari 1984. Karya pertama beliau ialah sebuah
cerpen kanak-kanak berjudul Anak Pungut (Bujal, Januari 1985). Sejak itu, beliau mengorak
langkah lebih jauh lagi dan menghasilkan karya-karya sastera kanak-kanak dan remaja.

Novel-novel hasil pena beliau ialah Konflik (Utusan Melayu, 1989), Krisis (Utusan Melayu,
1990), Ariff (Marwilis Publisher, 1991), Cinta Gadis Nadia (Utusan Melayu, 1992), Biduk
Berlalu (Utusan Melayu, 1993), Azfa Hanani (Utusan Melayu, 1994), Erni Aflina (DBP, 2001),
dan Seperti Sejalur Pelangi (DBP, 2004). Halis Azhan juga menghasilkan tiga buah kumpulan
cerpen remaja, iaitu Dunia Kecil Kami (FIP, 2007), Terjerat Dalam Belenggu (FIP, 2007) dan
Cerita pada Hari Valentine (2007).

Pengarang ini pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank pada tahun
1988, 1989, 1991, 1992, 1993 dan 1994 bagi kategeri novel dan cerpen remaja, Hadiah Pertama
Cerpen Kanak-kanak Mobil – DBP 1998 dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003 bagi
kategori Kumpulan Cerpen Kanak-kanak. Beliau juga pernah dilantik sebagai panel hakim
beberapa sayembara penulisan tanah air.

1
Sinopsis Novel
Novel ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani ( Nani ). Azfa
Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian. Azfa Hanani
diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan isterinya Syafinaz.Hal ini
demikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.Datin
Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu koma .Apabila Datin Maziah sedar daripada
komanya dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak perempuan tunggalnya telah di
jemput Illahi.
 
Azfa Hanani yang hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah mengambil
buku rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk mengulang kaji
pelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini mengalami penyakit lumpuh.
Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluaga Pak Long bertekad untuk menerima
tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani menerima tawaran itu kerana Tengku
Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini.
 
Azfa Hanani dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa
Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentang tingkah
laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah tidak dapat
mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa Hanani.Kemudian Azfa Hanani
dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ,dia mengenali rakan-rakan
Tengku Murni,seperti Tengku Ellina, Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani turut
mengenali beberapa orang pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu Laili,Syafikah dan
Fuziana.Di banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya pelbagai peristiwa gembira dan sedih
dilalui.

Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta yang
terhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang disebabkan abang Tengku
Murni,Tengku Muzaffar mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan kaya dan
bangsawan.Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku

2
Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah,akibatnya penyamaran Azfa
Hanani terbongkar.Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani .
 
Azfa Hanani pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur dan
Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa Hanani
agar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang terjadi enam
belas tahun yang lalu.Menurut beliau kematian ibu bapa Azfa Hanani disebabkan kecuaiannya
semasa memandu dalam keadaan mabuk.Teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani telah
terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar.Datin Maziah yang bersimpati
dengan Azfa Hanani telah menyusuinya.
 
Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka memujuk
agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa Hanani bersetuju untuk
kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia juga mengetahui bahawa ibu bapa
Ekran sebenarnya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka bukannya
miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.

Tema
3
Novel ini bertemakan pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi
desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana
tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan
menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk
Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat
membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin
Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam
satu kemalangan jalan raya.

Persoalan
1. Pengorbanan dalam menempuh kehidupan
a. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi
menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan
sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan.
b. Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di
kampung.
c. Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah 
Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku
Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di
rumah itu.

2.  Berani mengambil risiko


 a. Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko.
         dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
b. Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah 
         baharu dan kawan-kawan yang baharu.

3. Kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian


a. Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan  
         untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya. 

    b. Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih
        bersikap optimis dan tidak berputus asa.

4. Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat

4
 a. Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar kerana
       tamakkan harta.
 b. Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana
       Ekran berasal dari keluarga yang susah.
 c.  Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang kaya.

5. Berpegang kepada janji


a. Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar ‘upah’ kepada
      Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni.
 b. Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini.
 c.  Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16 tahun yang
     lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan
     mereka.

Watak dan perwatakan


Watak Utama

5
Azfa Hanani
 Gadis cantik dan berwajah lembut serta penyayang.
 Remaja berusia 17 belas tahun yang kematian kedua-dua orang tuanya.
 Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan.
 Lemah dalam subjek bahasa Inggeris.
 Baik hati dan sanggup berkorban.
 Tabah mengharungi dugaan hidup.
 Mengenang budi.
 Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.
 Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah
tekanan perasaan.
 
 
Watak Sampingan

Datin Maziah
 Isteri kepada Datuk Tengku Makmur.
 Ibu kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad, Tengku Mizran, Tengku
Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.
 Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni.
 Tertekan sebagai akihat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.
 Sering berasa kesunyian setelah Datuk Tengku Makmur bernikah dengan seorang gadis muda.

Tengku Murni
 Anak perempuan tunggal dalam keluarga Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
 Wajahnya seiras wajah Azfa Hanani.
 Anak yang taat kepada orang tuanya.
 Dia begitu manja dengan ibunya.
 Sikap mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.

6
 Pernah menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang oleh abangnya, Tengku
Muzaffar.

 Ekran
 Pengerusi Persatuan Pelajar
 Anak orang berpendidikan
 Sahabat baik Tengku Murni

 Pemimpin pelajar

Tengku Muzaffar
 Anak keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
 Pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang – undang
 Seorang yang sombong pada awalnya kerana statusnya
 Penyayang kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani

Datuk Tengku Makmur


 Seorang hartawan dan berketurunan bangsawan
 Mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Maziah dan seorang wanita muda
 Seorang yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar terhadap Azfa Hanani

 Seorang yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah mengetahui
identiti
sebenarnya

Plot
Permulaan cerita /Eksposisi.

7
Pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui
bahawa orang yang selalu mencuri buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan
ditangkap.
Azfa Hanani berkenalan dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz yang memintanya menyamar
sebagai Tengku Murni kerana muka mereka seiras.

Perkembangan.
Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul seperti Tengku Murni dan kemudiannya
dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari untuk bersekolah.
Azfa Hanani belajar menyesuaikan diri menjalani kehidupan mewah sebagai Tengku Murni. Di
sekolah dia mengalami konflik kerana kadang-kadang dia menjadi Azfa Hanani dan Tengku
Murni.
Kumpulan Budak Glamor benci akan Azfa Hanani kerana sebelum ini mereka tidak sependapat
dengan Murni.
Azfa Hanani diminta menjadi pengerusi forum menggantikan Ellina. Dia berjaya menjalankan
tugas itu dengan baik dan muncul sebagai pengerusi terbaik.
Tengku Muzaffar yang pada mulanya membenci Azfa Hanani kini mula menunjukkan perasaan
sayang seperti seorang adik setelah sering mendengar Azfa Hanani membaca surah Yasin.
Berdasarkan diari Tengku Murni, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffar yang
menjadi punca putusnya hubungan antara Tengku Murni dan Ekran.

Klimaks/Puncak Cerita
Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar kerana sikap Tengku Muzaffar yang
membenci, menghina dan menghalang Azfa Hanani daripada berkawan dengan Ekran.
Pertengkaran mereka didengar oleh Datin Maziah dan rahsia penyamarannya terbongkar.
Datin Maziah begitu marah kerana berasa tertipu lalu menampar dan menghalau Azfa Hanani
dari rumah.

Peleraian Cerita
Penyakit lumpuh Zuraini telah sembuh setelah menjalani rawatan di Jakarta.Datuk Tengku
Makmur menemui orang yang dicari selama ini dan mengakui bahawa dialah yang melanggar

8
teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani sehingga mereka terbunuh. Akhirnya Azfa Hanani
diterima sebagai anggota keluarga mereka dan kembali ke banglo Datin Maziah.
Syafinaz menyambung kerjayanya sebagai arkitek.
Iskandar terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan Laili cedera parah.
Program Hari Sumbangsih berjaya mengumpul dana melebihi sasaran yang ditetapkan.
Pasukan Forum Remaja Azfa Hanani menjadi johan peringkat negeri dan dia diumumkan
sebagai pengerusi terbaik.
Kumpulan budak glamor dibubarkan.

Latar

9
Latar Tempat
1. Di makmal kimia. di sinilah Azfa Hanani bimbang kerana mengesyaki perbuatannya
‘mencuri’ buku-buku rujukan dari perpustakaan terbongkar.
2. Di bilik pengetua. Azfa Hanani bertemu buat kali yang pertama dengan Tengku Mazran dan 
Kak Finaz.
3. Di rumah pak long. Tempat Azfa Hanani dibesarkan.
4. Di Hotek Universe. Azfa Hanani diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni
makan, bercakap, dan lain-lain lagi.
5. Di banglo kepunyaan Datin Maziah. Tempat tinggal Azfa Hanani.
6. Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan yang diadakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan
lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih yang akan diadakan.
7. Di Institut Lingua Franca, tempat di mana Azfa Hanani belajar bahasa Inggeris dan Bahasa
Jepun.
8. Di rumah Tengku Ellina. Azfa Hanani dan para pelajar yang lain berlatih dan berbincang
tentang pertandingan Forum Remaja.
9. Di dusun Pak Haji Arshad. Datuk Tengku Makmur sekeluarga datang menemui Azfa Hanani.

Latar Masa
1. Latar masa novel ini mengambil masa beberapa bulan sahaja iaitu semasa Azfa Hanani
menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di
Sekolah Menengah Taman Sari.
2. Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang, petang dan malam. Azfa Hanani
menjalani kehidupannya sebagai pelajar pada waktu pagi . Waktu petang pula adalah ketika
Datin Maziah mengadakan sambutan hari jadi Azfa Hanani yang ke-17. Latar malam ketika
Azfa Hanani membaca dan mengkaji diari Tengku Murni.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang sanggup berkorban dengan  tujuan membantu orang lain.Contohnya, Azfa
Hanani yang sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni dengan tujuan untuk
menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa.

10
2. Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Contohnya, sungguhpun kehidupan pak long
sekeluarga susah, namun mereka kaya dengan kasih sayang.
3. Masyarakat yang bertanggungjawab.Contohnya, sikap Azfa Hanani yang melaksanakan tugas
sebagai pengerusi Hari Sumbangsih yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang
sekali.
4. Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Datuk Tengku
Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan
miskin dengan mencampakkan wang ke atas katil sebagai upah menyamar.
5. Masyarakat pelajar. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa
Hanani melanjutkan pelajaran di Tingkatan 5 Kenanga. Selain itu, masyarakat pelajar di Sekolah
Menengah Taman Sari yang sibuk menjayakan Hari Sumbangsih.
6. Masyarakat yang berpegang kepada janji.  Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya
membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya
dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

Nilai murni

11
Nilai Huraian/contoh
Hormat-menghormati Abang Mazran dan Kak Finaz menghormati pak long dan mak long
walaupun mereka berketurunan bangsawan. (hal.32)
Kasih sayang Bapa saudara Azfa Hanani, yang dipanggil pak long sanggup
menjaganya dari kecil selepas kematian ayah dan ibu Azfa Hanani.
(hal.21)
Tanggungjawab Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni demi
memulihkan tekanan perasaan yang dihadapi oleh Datin Maziah.
(hal.21)
Kesyukuran Walaupun sebelum ini Azfa Hanani tinggal di rumah mewah milik
Datin Maziah, namun dia masih gembira walaupun kembali tinggal di
rumah pak longnya.(hal.198)
Baik hati Azfa Hanani memaafkan kesalahan Syafikah dan Fuziana dan dia
sedikit pun tidak mendedami mereka.(hal.209)

Gaya Bahasa
Gaya bahasa Contoh
arus lamunan (hal.107), putik-putik
Metafora
kedewasan(hal.151), takhta hati(hal.152)
Macam rusa masuk kampung,bagai aur
Simile dengan tebing dan umpama gajah
putih(hal.37)

12
Personifikasi Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri (hal.
Hiperbola
Sinkope “Agaknya, orang tu tak dapat cari nombor
PIN.” (63)
“Sikit-sikit, fahamlah.Cuma, nak menjawab
tu yang susah,” ujarku....(54)

Bahasa asing Penggunaan bahasa Arab. Contohnya, Insya –


Allah, Alhamdulillah
Penggunaan bahasa Perancis.
Contohnya,”Merci beau coup.datang lagi
ya,bang.”
Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh, problem,
special boyfriend, We go straight to the point.

Latihan Pengukuhan

a) Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Azfa Hanani sanggup


melakonkan watak Tengku Murni.

13
Faktor-faktor yang menyebabkan Azfa Hanani menerima tawaran keluarga
bangsawan ialah :-

 Kerana Azfa Hanani berasa dia membebankan pak long dan mak longnya.

 Azfa Hanani akan keciciran kalau dia menolak tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz.

 Abang Mazran berjanji menghantar sepupu Azfa Hanani, Zuriani mengubati penyakit

lumpuhnya di mana-mana.

 Demi memulihkan tekanan perasaan yang dihadapi oleh Datin Maziah.

b) Berdasarkan contoh-contoh peristiwa dalam novel,nyatakan tiga iktibar


atau pengajaran yang anda boleh dapati daripadanya.

Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani, karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah.

Kita hendaklah bersimpati dan menjaga anak yatim dengan sebaik-baiknya. Contohnya,
Pak long dan mak long Azfa Hanani menjaga dan memberikan kasih sayang kepada Azfa Hanani
dengan sempurna.

14
Seterusnya, kita juga tidak boleh memandang rendah terhadap sesiapa sahaja. Dalam
novel ini, Tengku Muzaffar tidak membenarkan adiknya berkawan baik dengan Ekran kerana
beranggapan Ekran merupakan orang susah.

Selain itu, kita tidak perlu malu mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Datin Maziah
mengakui kesilapannya menampar dan menghalau Azfa Hanani dai rumah itu.

Terdapat banyak pengajaran yang boleh saya dapati dari novel ini yang boleh dijadikan
pengajaran.

15

You might also like