You are on page 1of 1

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran di atas

kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di


atas nia`mat yang melimpah ruah kepada kami .

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu
yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau
redhai.Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami
apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayahMu. Semoga
dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan
jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

TEKS DOA PERHIMPUNAN (1)

You might also like