You are on page 1of 1

Allahumma Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim

Kami memanjat rasa syukur dan terima kasih ke hadratMu Ya Allah, kerana atas limpah dan
rahmatmu maka kami dapat berhimpun dalam seminar intergriti warga pendidik peringkat daerah
sri aman dan lubok antu pada pagi yang mulia ini.

Allahumma Ya Allah, Ya Malikul Quddus

Sesungguhnya perhimpunan ini besar ertinya bagi kami, sebagai wadah bagi memfokuskan minda,
memajukan permuafakatan, merencanakan agenda pendidikan yang strategik untuk Pejabat
Pelajaran Serta sekolah amnya ke arah kegemilangan dalam pendidikan.

Dengan berbekalkan budaya yang sedemikian, dan dengan izinmu jua, kami boleh mengimbarahkan
dunia pendidikan kami dengan lebih sempurna daripada pendidikan yang ada sekarang dan yang
akan datang

Allahumma Ya Allah, Ya Manan, Ya Badiu Samawati Wal Ardh Ya Zalzalaliwal ikram

Lindungilah kami semua dan seluruh ummah dari jenayah Fahsa wal mungkar, yang mana akhirnya
boleh menghancurkan kredibiliti serta akauntabiliti dan kemuliaan profesion kami, dari jenayah
penyelewengan dan penipuan yang menjanjikan azab yang amat pedih darimu. Dari sifat Riya’,
takbur dan ujub yang mengundang kesombongan dan ketakburan.

Allahumma Ya Allah, Ya Azizul ya Jabbar

Kami semua mampu merancang, tetapi Maha Kaya Engkau Pentadbir Mutlak penentu Kejayaan,
Justeru itu Engkau berkatkanlah, Engkau redhakanlah majlis ini dengan sebenar benar keredhaanmu
dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang diberkati .

Allahumma Ya Allah, Ya Azizul Ya Qahar,

Engkau jadikan majlis ini sebagai medan untuk menyatukan keakraban kami, menggeratkan
silaturrahim kami, serta memperteguhkan istiqamah kami, meningkatkan kefahaman kami,
menambah daya ketrampilan kami, sebagai mua’llim yang mendidik anak anak kami, sebagai
mua”ddid yang penyantun dan penyayang serta pengurusan yang lebih sempurna, membetulkan
iktikad dan visi kami dalam menampilkan role model yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

You might also like