You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Ko Kuirkulum 2010

Tarikh : 10.01.2010

Tempat : Bilik Guru

Masa : 1.20 petang

Hari : Ahad.

Kehadiran:

1. En.Mohd Zubir B. Haron

2. En. Ismail B. Hasim

3. En. Zaidi B. Salleh

4. En. Murshid B. Ismail

5. En. Mohd Saad B. Mahmud.

6. En. Yusaini B. Abdul Razak

7. En. Mohamad B. Ghazali

8. Ustaz Husain B. Shafie

9. Pn. Norhayati Bt. Yusof

10. Cik Ku Zawyah Bt. Ku Bahadun

11. Ustazah Aminah Bt. Kadir

Tidak hadir :

En Rodzi B. Redzuan ( dengan kebenaran)

Pn. Marziana bt. Kassim ( dengan kebenaran)

En. Lukman Hidayat B. Ismail ( dengan kebenaran)

Agenda 1. – Ucapan aluan

1.1 Pk KK mengucapkan selamat dating dan terima kasih atas kehadiran dan membuka mesyurat
dengan bacaan Al- fatihah. Beliau berharap perjumpaan mesyuarat kali pertama bagi 2010 ini akan
membantu melancarkan perjalanan pengurusan unit ko kurikulum.

1.2 Beliau juga mengedarkan buku perancangan Tahunan kokurikulum 2010.


Agenda 2 – lantikan setiausaha KoKurikulum 2010.

2.1 PK kk menjelaskan perlantikan ahli jawatan kuasa dalam KK pada buku perancangan KK . Beliau
memperkenalkan setiausaha Koku iaitu En Mohd zubir.

Agenda 3 – Perlantikan Ahli Jawatan kuasa Induk dan AJK kecil Ko Kurikulum 2010.

3.1 PK kk menjelaskan lantikan jawatan kuasa pada setiap unit. (rujuk lampiran JK di dalam Buku
perancangan KO Kurikulum 2010)

3.2 Beliau menjelaskan jadual menjalankan aktiviti Koku yang akan dijalankan selepas masa sekolah
( merujuk kepada jadual aktiviti pada buku perancangan Koku 2010 ) .

3.3 Sedikit pembetulan pada pemimpin persatuan Matematik ialah Pn. Marziana dan pemimpin
Kelab cegah Jenayah ialah En. Pn. Norhayati.

Agenda 4 - pengurusan

4.1 Peruntukan Kewangan

Semua peruntukkan kewangan adalah seperti tahun sebelumnya iaitu berdasarkan perkapita
pelajar dan masih belum menerima peruntukan bagi Tahun 2010.

4.2 Pk KK meminta kepada ketua /pemimpin sukan permainan berbincang mengenai pembelian
alatan yang perlu dan menghantar kertas kerja kepada Pengurusan.

Hal-hal lain

1. Makluman agar dijalankan latihan ahli rumah sukan bermula minggu hadapan.

Merah dan Biru hari Rabu. 4.30 – 6.30petang.

Hijau dan kuning hari Khamis. 4.30 – 6.30petang.

2. Acara sukan adalah seperti tahun 2009 dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada
mesyuarat khas untuk Sukan Tahunan Sekolah pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan.

3. Cik Ku Zawyah memaklumkan bahawa pelajar Pra sekolah juga akan terlibat pada sukan tahunan
sekolah.

4. PK KK berharap perancangan pada takwim KOKurikulum dapat dijalankan dengan jayanya pada
tahun 2010. Ia juga berharap sekolah akan dapat meraih kejayaan yang cemerlang di dalam Kokurikulum
pada tahun ini hingga keperingkat kebangsaan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.


Disahkan oleh:

……………………………………………

Zainudin b. Daud

Disediakan oleh:

…………………………………………..

Mohamad Zubir B. Haron

You might also like