You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT SEKOLAH


RENDAH
DAERAH KEMAMAN
TAHUN 2010

KELOLAAN

Kelab Sukan Bola Tampar Daerah Kemaman

DENGAN KERJASAMA

Jabatan Pelajaran Daerah Kemaman


Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Kemaman

TARIKH

22 Mei 2010 (Sabtu)

TEMPAT

Mini Stadium Mak Chili, Kemaman


KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

DAERAH KEMAMAN

TAHUN 2010

1.0 Pengenalan

Sukan Bola Tampar merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk
dibangunkan sebagai sukan teras negara. Namun negara agak ketandusan
bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat pelapis bawah 15 tahun.
Menyedari hakikat ini, Kelab Sukan Bola Tampar Daerah Kemaman telah
mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda terutama dibawah umur
12 tahun di daerah Kemaman khususnya dengan penganjuran Kejohanan Bola
Tampar Peringkat Sekolah Rendah. Ini sejajar dengan usaha berterusan pihak
kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian belia dan
Sukan dan menjadikan Negeri Terengganu pelopor kepada usaha mencari juara
Bola Tampar negara menjelang 2020.

2.0 Objektif

a. Memperkenalkan dan mempromosikan sukan Bola Tampar di kalangan


generasi akar umbi.

b. Memajukan sukan Bola Tampar sebagai sukan teras di peringkat sekolah


rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

c. Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani,
intelek dan sosial.
d. Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan
sekolah-sekolah di daerah Kemaman terutama dalam pembangunan
sukan Bola Tampar.

3.0 Tentatif Pelaksanaan

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi- 6.00 petang
Tempat : Mini Stadium Mak Chili, Kemaman

4.0 Pengelolaan/Penganjuran

Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman


Kelab Bola Tampar Daerah Kemaman

5.0 Penaja Utama

a. Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kemaman


b. PETRONAS
c. ADIDAS (M) Sdn Bhd

6.0 Sasaran Peserta

Pelajar-pelajar sekolah rendah bawah 12 tahun Daerah Kemaman.


7.0 Bayaran Penyertaan

Bayaran bagi setiap pasukan ialah RM 200 (meliputi minum pagi, makan
tengahari).

8.0 Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan

Penaung : Y.B Dato’ Seri Utama Zain Azrai


Penasihat : Y.Bhg Haji Noh Gadut
Ketua Pengelola : Afrah Azwa Bt Halmi
Timb. Ketua Pengelola 1 : Ashylani Hikmah Bt Zamhari
Timb. Ketua Pengelola 2 : Ismawati Bt. Ishak
Setiausaha : Saidatul Madiah Binti Jusoh
Bendahari : Era Suria Binti Mokhtar
Jawatankuasa Kecil : Mohd Nor Hidayat bin Muhammad Nordin
(Pengurusan Majlis)

Mior Azizulhakimi bin Mior Azmi


(Penyelaras Program)

Veera a/l Kunasegaran


(Penyelaras Peralatan)

Mohd Salleh bin Idris


(Penyelaras Kepengadilan)

Siti Halijah Bt Rohani


(Penyelaras Kebajikan & Cenderamata)
9.0 Kewangan

9.1 PERBELANJAAN

PERKARA BAJET JUMLAH(RM)

Minum pagi untuk perta, pengurus, RM 5.00 X 200 orang 1000.00


pengadil dan guru pengiring

Makan tengahari untuk peserta, RM 10.00 x 200 orang 2000.00


pengurus, pengadil dan guru pengiring

Sewaan/Utiliti RM 500.00 500

Khemah (VIP dan Peserta) RM 150 x 6 buah 900.00

Minuman (Air Mineral) RM 5.00 x 100 kotak 500.00

Hadiah Pemenang RM 750.00 (Johan) 750.00

RM 500.00 (kedua) 500.00

RM 300 X 6 (Ketiga) 300.00

Cenderamata RM 100.00 x 15 1500.00

Urusan Pentadbiran 500.00

Banner RM 150.00 x 1 150.00

JUMLAH (RM) 8600.00

9.2 PENDAPATAN

PERKARA JUMLAH

Bayaran daripada peserta 3000.00

(RM 20 x 150 buah penyertaan)

Sumbangan Penaja-Penaja 2600.00

Peruntukan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 3000.00

JUMLAH (RM) 8600.00

10.0 Penutup
Kerjasama dari seluruh pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung
adalah amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-
julung kali diadakan ini.

Disediakan oleh :

(SAIDATUL MADIAH BINTI JUSOH)


Setiausaha
Kejohanan Bola Tampar
Peringkat Sekolah Rendah
Daerah Kemaman
LAMPIRAN 1

Jadual Tentatif Program

7.30 pagi - 8.00 pagi Pendaftaran Peserta

8.30 pagi - 9.30 pagi Majlis Perasmian


(disempurnakan Y.B Dato’ Seri Utama Zain Azrai)
Ahli Parlimen Johor Baharu

10.30 pagi - 1.00 petang Kejohanan dimulakan

1.00 petang - 3.00 petang Rehat/Jamuan Makan Tengahari/Solat

3.00 petang-5.30 petang Pusingan 2 kalah mati/separuh akhir dan akhir

6.00 petang – 6.30 petang Penyampaian Hadiah/Bersurai


LAMPIRAN 2

PERATURAN DAN SYARAT


KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH
KEMAMAN

1.0 NAMA PERTANDINGAN


Kejohanan Bola Tampar peringkat Sekolah Daerah Kemaman tahun 2010

2.0 PENGANJUR
Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman

3.0 PENGELOLA
Kelab Bola Tampar Daerah Kemaman

4.0. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN


4.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini
mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan.
4.2 Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih dari 12 orang pemain. Hanya
pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang
pertandingan ini.

5.0 PAKAIAN PERTANDINGAN


5.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang berlainan
warna ( satu set warna gelap dan satu set warna cerah untuk
membezakan pemain: “Libero”).
5.2 Jersi - jersi tersebut hendaklah bernombor di bahagian hadapan dan
belakang dan hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan
dalam borang penyertaan.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN


6.1 Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 5 Para 5.3
Peraturan Am Kejohanan Bola Tampar Peringkat Sekolah Rendah
daerah Kemaman
6.2 Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang
kumpulan adalah seperti berikut:-
Menang : 2 mata
Kalah : 0 mata
6.3 Kemenangan sesuatu pasukan adalah berdasarkan kepada
penentuan bilangan set terbaik iaitu 3 set terbaik (best of 3 sets) di
peringkat kumpulan dan 5 set terbaik (best of 5 sets) di peringkat separuh
akhir.
6.4 Untuk memenangi 1 set, (kecuali diset ketiga dan set kelima ) pasukan
yang mencapai 25 mata dahulu. Sekiranya terikat dengan perbezaan
24-24, permainan diteruskan sehinggalah perbezaan minima 2 mata
dicapai oleh mana-mana pasukan lawan (contoh 26-24, 27-25).
6.5 Untuk memenangi satu ’game’, pasukan hendaklah memenangi 2
set (best of 3 sets ) di peringkat kumpulan 3 set ( best of 5 sets )
dalam peringkat separuh akhir dan akhir. Sekiranya keputusan seri 1-1
atau 2-2, set penentuan iaitu set ketiga atau set kelima akan
dimainkan dengan kiraan 15 mata sahaja dan hendaklah mematuhi
para 6.4 di atas untuk memenangi satu set.
6.6 Pasukan yang memperolehi mata yang terbanyak akan diisytiharkan
sebagai Johan Kumpulan dan kedua terbanyak sebagai Naib Johan.
Sekiranya terdapat persamaan jumlah mata, maka penentuan pasukan
yang layak ke peringkat seterusnya adalah berdasarkan urutan seperti
berikut:-
(i) Perbezaan bilangan set yang menang dan kalah.
(ii) Perbezaan bilangan mata yang diperolehi bagi semua set.

7.0 MENARIK DIRI


7.1 Perkara 8 dalam Peraturan Am Karnival Sukan Tani 2006 digunapakai.
7.2 Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan diberi keputusan
menang 2-0 dengan kiraan mata 25-0 dan 25-0.
8.0. BANTAHAN
Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana - mana pasukan
hendaklah mematuhi Perkara 14 dalam Peraturan Kejohanan Bola
Tampar Peringkat Sekolah Rendah Daerah Kemaman

9.0. PERATURAN
Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang - Undang
Pertandingan Persatuan Bola Tampar Malaysia

You might also like