You are on page 1of 19

Air penting dalam kehidupan.

Tanpa air, biosfera yang ada di permukaan bumi tidak akan


berfungsi. Air mempunyai sifat-sifat unik terutamanya sebagai bahan pelarut universal
dalam hidup. Salah satu ciri khusus air adalah berkemampuan untuk berada dalam berbagai
fasa dengan mudah mengikut keadaan muka bumi iaitu sebagai hujan, salji atau wap air.
Adalah penting untuk memahami bahawa cuaca yang diukur juga bergantung kepada sensor
peratusan air di atmosfera. Dengan sebab itu, pencemaran air tidak hanya mempengaruhi
daerah di sekitarnya. Air memiliki kemampuan untuk memindahkan bahan-bahan kimia
berbahaya ke seluruh dunia.

Rancangkan satu penyiasatan untuk mengenal pasti kegiatan manusia yang dapat
menjejaskan kualiti air. Ramalkan apa yang akan terjadi pada masyarakat jika kitaran
hidrologi berhenti berfungsi. Dalam jawapan anda jelaskan sifat-sifat air. Aplikasikan
pengetahuan anda dari aspek perubahan kimia dan fizikal serta Hukum Keabadian Jirim
dan Tenaga.

Pengenalan
Kitaran Air

http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html

Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik ialah lautan.
Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat
sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas
atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi
awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan
berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan.
Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan
glasier. Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu
mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan
jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di
permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini
akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke
dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan
permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan
sebagai 'luahan'air tanah. Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai
'matair'daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh
akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi
tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah
dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti
yang besar untuk jangka masa yang lama. Tetapi melalui tindakkan masa,air ini akan sentiasa
bergerak untuk kembali semula ke dalam lautan,dan di sinilah kitaran air akan "tamat" ...dan
juga "bermula".

70% dari planet kita dilitupi dengan air, tetapi 97% daripadanya adalah lautan air masin dan
2% adalah glasier. Untuk menjadikannya kepada air minuman, Alam Semulajadi mempunyai
sistem rawatan air yang begitu menakjubkan. Ia menggunakan matahari, langit dan hampir
setiap elemen di bumi untuk menghasilkan air hidup yang sihat semulajadi.

Alam semulajadi menggunakan matahari, aliran magnetik semulajadi, batu-batan dan galian
untuk memberikan tenaga kepada air, oksigen, mineral dan struktur molekul misteri yang
dibuat daripada kelompok hexagon yang kecil.

Air Hidup mempunyai 6 Ciri-ciri Penting

Ianya Bersih, Asli dan Anti-Penyakit


-----------------------------------------
Air semulajadi yang tidak tercemar adalah sihat, membersih semulajadi dan tahan dari
serangan kuman-kuman mikro. Sebab yang lebih tepat lagi untuk ini belum dikenal pasti,
tetapi suatu kajian di Institut Lutz Adolfo di Sao Paulo, Brazil menunjukkan bahawa air hidup
menghalang pembiakan berbagai jenis hidupan mikro.

Ianya Hidup Dengan Tenaga


--------------------------------
Sel-sel badan bergetar dan berdenyut-denyut ke sistem yang kompleks dalam frekuensi
berharmoni. Getaran kehidupan ini menjadikan sel-sel berinteraksi di antara satu sama lain
dan melakukan pertukaran biologi dan kimia. Sebarang gangguan pada getaran berharmoni
ini boleh menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan dan penyakit.

Air hidup bergema dengan getaran bertenaga dari badan anda. Apabila anda minum air
hidup, ianya menguatkan, menjalankan dan mengekalkan tenaga hidup anda. Minum air
mati di sebaliknya pula, mempunyai kesan bahaya disebabkan badan anda perlu
menggunakan tenaga yang berharga untuk "menghidupkannya" dan memberinya tenaga
sebelum ianya boleh digunakan oleh fungsi tubuh.

Ianya Disemai Dengan Oxygen Yang Penting


----------------------------------------------------
Oksigen adalah tenaga kehidupan -- lagi lebih anda milikinya, lebih baik tubuh anda
berfungsi dan lebih sihat anda akan jadi. Kebanyakan dari kita menganggap kita menerima
oksigen hanya melalui udara, tetapi sebenarnya oksigen yang menyerap di dalam air
menawarkan lebih banyak laluan kepada sel-sel kita. Oksigen didalam air minuman kita
boleh meliputi darah dalam 30 saat; otak selama satu minit; kulit selama 10 minit dan hati,
jantung dan buah pinggang dalam masa 20 minit!

Air hidup menawarkan oksigen yang banyak yang sedia ada untuk sel anda. Ianya juga
menambah oksigen yang anda sedut dimana ianya amat membantu jika anda bernafas
dengan udara yang tidak berkualiti atau disebabkan penuaan atau kesihatan yang kurang
memuaskan menjadikan pengambilan oksigen anda semakin lemah
Ianya Kaya Dengan Mineral Ionik dan Mineral Yang Dikesan
---------------------------------------------------------------------
Seperti air yang mengalir menerusi bumi, ianya mengumpul mineral dan mineral yang
dikesan, dimana diperlukan untuk mengetuai dan menjana berbilion-bilion dorongan
elektrik yang halus di dalam badan. Tanpa dorongan ini, tiada suatu otot, termasuk jantung
anda, boleh berfungsi, atau perkembangan dan baik pulih dilaksanakan. Dr Linus Pauling,
pemenang Anugerah Nobel sebanyak dua kali, menyatakan: "Anda boleh mengaitkan setiap
kesakitan dan penyakit dengan kekurangan mineral."

Mineral dan mineral yang dikesan di dalam air adalah yang terbaik untuk anda kerana ianya
adalah dalam bentuk ionik - bentuk paling bio-bersesuaian pada sel-sel anda (lebih baik
daripada mineral pekat).

Ia mempunyai pH yang Sempurna


---------------------------------------
Air semulajadi dengan kandungan mineralnya yang kaya, mempunyai sedikit pH alkali. Ia
menyokong pH7.52 setara dari cecair tubuh anda dimana ianya diperlukan untuk membawa
oksigen, mengatur metabolisma, menghapuskan sisa asid dan mencegah penyakit.

Ia mempunyai suatu Struktur Hexagon Penting


------------------------------------------------------
Air yang sihat asalnya daripada ais. Ianya diatur dengan cermat dalam kelompok melekul
yang kecil yang membentuk bentuk hexagon yang sempurna dan kaya dengan mineral
didalamnya.

Air yang paling sihat mempunyai pembentukan kristal hexagon yang cantik walaupun ianya
dalam bentuk cecair, tetapi ia menjadi lebih nyata sebelum ia membeku. Air yang lemah di
sebaliknya pula, kebiasaannya mempunyai kelompok molekul yang besar atau bersegilima
atau kekal tidak berbentuk walaupun ianya mula membeku.
Mengapa struktur kelompok penting? Kerana ianya sama dengan kelompok air yang ditemui
di dalam dan di sekeliling sel-sel tubuh kita. Kelompok-kelompok kecil adalah direka
sempurna untuk berinteraksi dengan molekul-molekul yang lain, berkomunikasi
menggunakan getaran yang energetik dan untuk menyusup dengan mudah melalui
membran selular--membawa masuk khasiat dan membawa keluar sisa toksik keluar
daripada sel-sel kita untuk mengekalkan keremajaan dan sihat. Kelompok yang besar adalah
penuh kekecohan, kekok dan tidak berguna untuk tubuh

Hanya air yang sihat boleh membentuk kepingan heksagon salji yang indah-seperti kristal.
Air salji, air di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, air sejuk daripada telaga dan sungai -
semuanya mempunyai struktur heksagon yang ideal.

Air paip tidak boleh membentuk struktur kristal heksagon walaupun ianya membeku.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari semua ciri-ciri air, struktur heksagonnya adalah yang paling penting sekali, tetapi ianya
juga yang paling rapuh. Ianya mudah rosak oleh pencemaran alam semulajadi dan proses
rawatan moden air.

Struktur Air Menentukan Kesihatan Kita


---------------------------------------------
Molekul air dijadikan daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen (H2O). Hubungan
diantara kedua-dua atom ini memberi air suatu kutub elektrik yang unik. Keunikan air untuk
membentuk dan bertukar; mencipta dan mencipta semula; menembusi dan menghilangkan
apa sahaja yang disentuhnya dan untuk mengumpul dan meletakkan maklumat kemana
ianya mengalir adalah apa yang memberi semua benda hidup tenaganya.

Molekul air terikat dengan mudah dengan molekul yang lain. Dalam erti kata lain, air amat
mudah bercampur. Ia gemar bercampur dengan lain-lain elemen dan gemar membawa
"penumpang". Ini adalah ciri-ciri hebat jika air mengambil perkara yang baik seperti galian
yang kaya khasiat dan oksigen, tetapi ianya adalah sesuatu perkara yang tidak baik apabila
ianya mengambil toksik yang tercemar, bahan kimia yang membahayakan atau organisma
yang menyebabkan penyakit dan kemudian memasuki saluran darah anda!

http://tntigeografi.blogspot.com/2010_04_04_archive.html
Iklim

Bumi dengan sistem cuaca (gambar dari misi Apollo 17)


Iklim (Bahasa Inggeris: climate) pada umumnya dikira sebagai keadaan cuaca yang diperolehi dalam
sesuatu jangkamasa yang panjang, biasanya 30 tahun. Pada tanggapan moden, konsep iklim juga
merangkumi statistik mengenai cuaca - umpamanya perbezaan suhu setiap hari ataupun perbezaan
suhu tahun demi tahun.
Takrif iklim mengikut Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim (The Intergovernmental Panel
on Climate Change) (IPCC) adalah:
Iklim boleh ditakrifkan sebagai "cuaca secara purata", atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan
sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu
jangkamasa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30
tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-
kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik
mengenai sesuatu sistem cuaca. [1]

Iklim dan cuaca


Secara mudah, cuaca adalah satu pergabungan kejadian di atmosfera dan Iklim pula adalah cuaca
yang dialami sepanjang satu jangkamasa di sesuatu lokasi.
Tidak ada suatu batas pemisah tepat antara apa yang dikatakan iklim dan apa yang dikatakan Cuaca.
Ia bergantung kepada kegunaan. Umpamanya, fenomena El Nino adalah satu fenomena cuaca untuk
segolongan pemerhati, tetapi untuk segolongan yang lain, ia suatu ciri perubahan iklim

Bila konsep iklim sebagai satu purata sistem cuaca dikemukakan pada akhir kurun ke–19,
jangkamasa 30 tahun merupakan satu jangkamasa yang munasabah. Tetapi, dengan adanya
perolehan arah aliran cuaca bagi satu jangkauan masa yang panjang meliputi rekod-rekod suhu,
hujan dan sebagainya, keupayaan mendapatkan takrifan yang menyeluruh untuk “iklim” menjadi
lebih sukar kerana dalam jangkamasa 30 tahun tersebut, purata suhu, taburan hujan dan sebagainya
boleh berubah, dan dalam satu jangkamasa singkat, perolehan statistik kurang stabil.
Untuk sesuatu lokasi geografi, iklim tidak berubah semasa hayat seseorang insan. Dalam jangkamasa
geologi (jutaan tahun), iklim boleh berubah untuk sesuatu lokasi

Penentu iklim

Dalam satu jangka masa yang lama, terdapat beberapa pembolehubah statik yang menentukan
iklim, seperti latitud dan altitud, nisbah darat berbanding permukaan air, gunung-ganang dan jarak
ke kawasan laut berdekatan. Penentu iklim yang lain lebih dinamik: aliran lautan yang mengagihkan
tenaga haba antara kawasan-kawasan khatulistiwa dan kutub, dan juga agihan haba antara laut dan
bumi di peringkat tempatan, yang dipengaruhi oleh lain-lain aliran laut. Darjah liputan tumbuh-
tumbuhan juga menjejaskan darjah penerapan haba suria, pengekalan serapan air, dan juga kadar
hujan di peringkat serantau.
Perubahan pada tahap gas-gas atmosfera, khususnya gas rumah hijau mempengaruhi suhu dan
jumlah tenaga suria yang ditahan di atmosfera, dan membawa kepada pemanasan sejagat secara
perlahan. Pembolehubah yang menentukan iklim terlalu banyak, dan satu perubahan pembolehubah
akan mengakibatkan interaksi yang amat kompleks dan menyeluruh. Jika Amerika Syarikat enggan
mengurangkan pengeluaran gas "rumah hijau" khususnya sisa daripada kenderaan bermotor,
kesannya bukan hanya terhadap iklim di sana sahaja, tetapi mempengaruhi keadan iklim seluruh
dunia.

Indeks iklim

Pengkaji iklim menggunakan indeks iklim dalam percubaan mereka mencirikan dan memahami
dengan lebih mendalam mengenai iklim, khususnya mekanisme yang mempengaruhi kebolehan kita
membuat ramalan cuaca setiap hari. Seperti indeks bursa saham, indeks iklim digunakan untuk
mewakilkan naik turun unsur-unsur penting yang mempengaruhi iklim. Indeks iklim dirumus dengan
objektif berkembar: mudah dan sempurna. Mengikut fitrahnya, indeks adalah mudah dan
menggabungkan banyak butiran iklim ke dalam satu keterangan umum dan menyeluruh bagi
atmosfera ataupun lautan boleh digunakan untuk mencirikan factor-faktor yang mempengaruhi
system cuaca secara sejagat.
Oleh kerana iklim indeks umumnya ditentukan dari pengukuran-pengukuran dibuat dalam kawasan
setempat, ia boleh memberi kesan di kawasan lain sekitar dunia, melalui proses kadangkala
dipanggil hubungan jauh ataupun teleconnection.

Iklim mikro

Iklim mikro merujuk kepada keadaan iklim bagi suatu kawasan kecil atau iklim tempatan. Iklim satu
lokasi adalah satu rantaian keapda sistem iklim yang lebih besar, maka perubahan dalam sesuatau
iklim akan mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim yang lebih besar.
Pembangunan membawa kesan ke atas sistem iklim mikro. Pembangunan mengubah iklim mikro
sesuatu kawasan; kesan utama adalah terhadap imbangan sinaran tenaga dan gangguan terhadap
kitaran hidrologi. Penebangan pokok mengakibatkan kuantiti sinaran tenaga yang diserap oleh tanah
lapang meningkat. Ini menyebabkan peningkatan suhu permukaan tanah dan suhu udara.
Pembalikan sinaran tenaga bertambah hingga menyebabkan suhu udara meningkat.
Pembuangan tumbuhan yang berperanan sebagai penyerap air menyebabkan peningkatan larian
(run-off) permukaan air. Tanah yang terdedah mudah terhakis dan air larian permukaan ini akan
bergerak dengan cepat ke saliran. Penambahan kuantiti air yang bergerak dengan cepat
menyebabkan banjir kilat. Kesan dari perindustrian, gas-gas sisa seperti Karbon Monoksida
dikeluarkan dan mengakibatkan pemanasan bumi secara keseluruhannya.

Iklim Malaysia

Rencana utama: Iklim Malaysia

Malaysia terletak dalam kawasan doldrum khatulistiwa dan jarang sekali mempunyai keadaan langit
tidak berawan langsung. Hakikat ini benar walaupun ketika musim kemarau teruk. Cahaya matahari
juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengira musim. Jarang sekali Malaysia mengharungi tempoh
di mana cahaya matahari tidak kelihatan, walaupun semasa musim monsun timur laut. Iklim
Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang
agak kecil sepanjang tahun. Udaranya mempunyai kadar kelembapan (humidity) yang tinggi, dan
mempunyai tiupan angin yang, pada keseluruhannya, agak lemah.
Keadaan angin di Malaysia tidak kencang dan arahnya berubah-¬ubah. Terdapat perubahan
bertempoh dalam corak tiupan angin. Empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya,
monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. Semasa musim-¬musim
peralihan monsun, semasa palung khatulistiwa merentangi Malaysia, angin berkelajuan lemah dan
arahnya berubah-¬ubah.
Monsun barat daya biasanya bermula pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun dan tamat pada
akhir bulan September. Angin lazim bertiup dari arah barat daya dengan kelajuan tidak melebihi 15
knot. Monsun timur laut bermula awal November dan berakhir pada bulan Mac. Angin lazim adalah
dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-¬negeri pantai timur
Semenanjung Malaysia lebih terjejas di mana kelajuan angin boleh melebihi 30 knot akibat luruan
kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk).
Sebagai negara yang dikelilingi laut, Malaysia merasai kesan nyata dari tiupan bayu laut dan bayu
darat, terutama pada hari-hari yang tidak berawan. Pada petang yang cerah, bayu laut dengan
kelajuan 15 knot akan terjadi dan boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan
pendalaman. Pada malam langit terang, proses sebaliknya berlaku dan bayu darat akan terjadi di
kawasan pantai.

Cuaca

Cuaca adalah istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak dan
pelbagai yang boleh berlaku dalam atmosfera planet. Istilah ini biasanya digunakan untuk
memaksudkan aktiviti fenomena ini selama tempoh masa yang pendek, biasanya tidak lebih dari
beberapa hari panjangnya. Purata keadaan atmosfera untuk tempoh yang lebih panjang dikenali
sebagai iklim. Penggunaan dua istilah ini selalu bertindih dan konsep ini jelas berhubungkait rapat.

Mekanisme asas

Fenomena cuaca terhasil akibat dari perbezaan suhu seluruh dunia, yang timbul sebahagian
besarnya kerana kawasan yang lebih dekat kepada tropika, di sekitar khatulistiwa, menerima lebih
tenaga dari Matahari berbanding bahagian utara dan selatan, lebih dekat kepada kutub Bumi.

Sebab kedua perbezaan suhu pada Bumi adalah kelainan permukaan tempat (seperti air lautan,
tanah berhutan, dan kepingan ais) mempunyai kebolehpantulan berbeza (albedo), dan dengan itu
menyerap dan menyinarkan kadar berbeza tenaga suria yang diterima.

Perbezaan suhu permukaan mengakibatkan arus angin menegak. Permukaan panas akan
memanaskan udara di atasnya, menyebabkan ia mengembang dan naik ke atas, menurunkan
tekanan udara dan menarik udara yang lebih sejuk ke tempat tersebut. Udara panas yang
mengembang dan naik itu akan kehilangan haba dan menyejuk, yang menyebabkannya mengecut
dan turun ke bawah, meningkatkan tekanan udara dan menggantikan udara yang berada di
bawahnya.

Arus angin melintang terbentuk di sempadan kawasan yang berbeza kepanasan dan boleh menjadi-
jadi jika terdapat permukaan cerun. Sistem ringkas ini boleh menimbulkan tingkah laku yang
menghasilkan sistem yang lebih rumit dan demikian semua fenomena cuaca. Contoh skala besar
proses ini boleh dilihat di sel Hadley dan bentuk lain peredaran atmosfera. Contoh kecilan pula dalah
seperti bayu laut.

Kesan Coriolis penting dalam menjadi punca putaran besar asing yang dikenali sebagai siklon.
Jadi punca asas cuaca adalah suhu permukaan, dan boleh juga ketinggian.

Oleh kerana paksi Bumi miring sedikit (tidak berserenjang dengan satah orbitnya), cahaya matahari
sampai pada sudut yang berbeza pada waktu yang berbeza dalam setahun. Semasa Jun, Hemisfera
Utara condong ke arah matahari, jadi pada mana-mana latitud cahaya matahari akan jatuh lebih
menegak berbanding pada Disember (lihat kesan sudut matahari pada iklim). Ini menghasilkan
musim. Sebarang liukan dalam orbit planet akan mengubah jumlah tenaga yang diterima di suatu
tempat sepanjang tahun dam mungkin mempengaruhi pola cuaca jangka panjang. Lihat kitaran
Milankovit

Cuaca bumi

Awan kumulus humilisDi Bumi, fenomena cuaca yang sering berlaku termasuklah angin, awan,
hujan, salji, kabus dan ribut pasir. Perkara lain yang lebih jarang termasuklah bencana alam seperti
puting beliung, ribut taufan dan ribut ais. Hampir semua fenomena cuaca di Bumi terjadi di
troposfera (bahagian bawah atmosfera). Ada juga yang berlaku di stratosfera dan empengaruhi
cuaca di troposfera, namun mekanismanya masih belum difahami. [1]

Atmosfera Bumi adalah satu sistem The Earth's atmosphere is one large chaotic system yang
pertukaran kecil pada satu bahagian mampu memberi kesan besar dikawasan yang lain. Ini
menjadikan ia sukar bagi mejangka dengan tepat pertukaran cuaca jangka pendek lebih dari
beberapa hari awal, sungguhpun kajian cuaca terus meningkatkan had ini melalui sains kajian cuaca,
Meteorologi.

Teori Chaos menjelaskan bahawa terdapat pemboleh ubah infiniti yang mampu memberi pengaruh
kepada cuaca. Perbezaan kecil pada pergerakan sebarang molekul di udara memberi kesan kepada
keadaan atmospherik. Perbezaan kecil mampu memberi kesan kepada troposphere cukup untuk
mendorong kepada keadaan berbeza sepenuhnya. Dengan itu ia tidak mungkin untuk menjangka
dengan tepat.

UNSUR-UNSUR IKLIM DAN CUACA

Suhu

Dalam bidang termodinamik, suhu ialah suatu ukuran kecenderungan jasad atau sistem untuk
melepaskan tenaga secara spontan. Suhu adalah sifat fizikal sesuatu sistem yang merupakan dasar
kepada anggapan lazim "panas" dan "sejuk", iaitu sesuatu yang lebih panas mempunyai suhu yang
lebih tinggi. Suhu datangnya daripada gerakan-gerakan mikroskopik jirim yang rawak, dan suhu
adalah berkaitan dengan tenaga purata gerakan-gerakan mikroskopik ini. Konsep suhu, yang
ditakrifkan sebagai tegangan kepada entropi, adalah susulan daripada hukum termodinamik sifar.

Suhu diukur menggunakan termometer yang ditentukur pada bermacam jenis skala suhu. Seantero
dunia (kecuali Amerika Syarikat) menggunakan skala Celsius untuk kebanyakan kegunaan
pengukuran suhu. Dalam bidang sains pula, seluruh dunia mengukur suhu dalam kelvin pada skala
suhu (mutlak) termodinamik dan juga dalam Celsius. Di Amerika Syarikat pula, orang kebanyakan
menggunakan skala Fahrenheit untuk tujuan-tujuan biasa (industri, kaji cuaca, dan kerajaan). Dalam
bidang-bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat pula, skala Rankine digunakan terutamanya dalam
disiplin-disiplin yang berkaitan dengan termodinamik seperti pembakaran.

KELEMBAPAN

Istilah kelembapan biasanya digunakan dalam bahasa seharian untuk merujuk pada kelembapan
bandingan. Kelembapan bandingan ditakrifkan sebagai jumlah wap air dalam satu sampel udara
yang dibandingkan dengan jumlah maksimum wap air udara yang dapat dikandungkan pada
sebarang suhu tertentu. Kelembapan juga dapat diungkapkan sebagai kelembapan mutlak dan
kelembapan tentu. Kelembapan bandingan adalah metrik penting yang digunakan dalam ramalan
cuaca. Kelembapan menunjukkan besar kemungkinan kerpasan, embun atau kabus. Kelembapan
tinggi membuatkan orang berasa lebih panas di luar pada musim panas kerana ia mengurangkan
keberkesanan perpeluhan untuk menyejukkan tubuh badan dengan mencegah penyejatan peluh
daripada kulit. Kesan ini dihitung dalam jadual indeks haba. Wap air yang panas mempunyai lebih
tenaga haba berbanding wap air yang sejuk dan oleh itu lebih banyak wap air menyejat ke dalam
udara panas berbanding udara sejuk.

Kelembapan mutlak

Kelembapan mutlak ialah kuantiti air dalam isipadu tertentu udara. Unit paling biasa adalah gram
per meter padu, walaupun sebarang unit jisim dan unit isipadu dapat digunakan. Pound per kaki
padu adalah biasa di AS, dan malahan kadang kala unit-unit lain yang mencampur baurkan sistem
British dan metrik digunakan.

Jika semua air dalam satu meter padu udara dipemeluapkan ke dalam sebuah bekas, bekas itu dapat
ditimbang untuk menentukan kelembapan mutlak. Jumlah wap dalam kubus udara itu adalah
kelembapan mutlak bagi meter padu udara itu. Lebih teknikal: Kelembapan mutlak AH sama dengan
jisim wap air mw, per meter padu udara, Va .

Bagaimana pun, kelembapan mutlak berubah apabila tekanan udara berubah. Ini sangat
menyukarkan pengiraan kejuruteraan kimia, misalnya bagi pengering pakaian yang suhu dapat
sangat berubah-ubah. Akibatnya, kelembapan mutlak pada umumnya ditakrifkan dalam
kejuruteraan kimia sebagai jisim wap air per seunit jisim udara kering, juga dikenali sebagai jisim
nisbah campuran, yang lebih rapi bagi pengiraan keseimbangan haba dan jisim. Jadi jisim air per
seunit isipadu seperti dalam persamaan di atas dapat ditakrifkan sebagai kelembapan isipadu metrik.
Disebabkan kekeliruan yang mungkin, Standard British BS 1339 (semakan 2002) mencadangkan
penghindaran istilah "kelembapan mutlak". Unit-unit seharusnya selalu diperiksa. Kebanyakan carta-
carta kelembapan diberikan dalam g/kg atau kg/kg, tetapi sebarang unit jisim dapat digunakan.

Nisbah campuran / Nisbah kelembapan


Nisbah campuran atau nisbah kelembapan diungkapkan sebagai nisbah kilogram bagi wap air, mw,
per nisbah kilogram bagi udara kering, md, pada suhu yang diberi. Istilah percakapan "kandungan
lembapan" (moisture content) juga digunakan bagi menggantikan nisbah campuran/kelembapan.
Nisbah kelembapan adalah paksi standard dalam carta-carta psikrometrik, dan adalah parameter
berguna dalam pengiraan psikrometrik kerana ia tidak berubah dengan suhu kecuali apabila udara
menyejuk pada tahap bawah takat embun.

Nisbah itu dapat diberi sebagai:

Tekanan separa wap air dan udara juga dapat digunakan untuk mengungkapkan nisbah ini.

Kelembapan bandingan

Rencana utama: Kelembapan bandingan


Kelembapan bandingan ditakrifkan sebagai nisbah tekanan separa wap air dalam satu campuran gas
antara udara dan wap air terhadap tekanan wap tepu air pada satu suhu yang diberi. Kelembapan
bandingan diungkapkan dalam bentuk peratusan dan dikira seperti berikut:

dengan

ialah tekanan separa wap air dalam campuran gas itu;


ialah tekanan wap tepu air pada suhu campuran gas; dan
ialah kelembapan bandingan campuran gas yang dipertimbangkan.

Kelembapan tentu

Kelembapan tentu ialah nisbah wap air terhadap `udara kering tambah wap air` dalam satu isipadu
tertentu. Nisbah kelembapan tentu diungkapkan sebagai nisbah kilogram wap air, mw, per
sekilogram campuran, mt .

Nisbah itu dapat ditunjukkan sebagai:

Kelembapan tentu berhubung kait dengan nisbah campuran (dan begitu juga sebaliknya):

Pengukuran dan Pelarasan Kelembapan

Higrometer ialah sebuah alat yang digunakan untuk mengukur kelembapan udaraTerdapat pelbagai
alat yang digunakan untuk mengukur dan melaras kelembapan. Alat yang digunakan untuk
mengukur kelembapan dipanggil psikrometer atau higrometer. Humidistat digunakan untuk melaras
kelembapan bagi sebuah bangunan dengan satu de-humidifier. Semua ini beranalog dengan
termometer dan termostat bagi kawalan suhu.

Kelembapan juga diukur mengikut skala global dengan menggunakan satelit-satelit yang
ditempatkan secara berasingan. Sate;it-satelit ini mampu mengesan ketertumpuan air dalam
troposfera pada altitud antara 4 dan 12km. Satelit-satelit itu yang dapat mengukur wap air
mempunyai sensor yang sensitif terhadap sinaran inframerah. Wap air secara khusus menyerap dan
memancarkan radiasi dalam jalur spektrum ini. Imejan wap air satelit memainkan peranan penting
dalam pengawasan keadaan iklim (seperti pembentukan ribut petir) dan dalam pembangunan
ramalan cuaca pada masa akan datang.

Mengapa kelembapan kurang daripada 100% apabila hujan

Kelembapan adalah ukuran jumlah wap air yang larut dalam udara, tidak termasuk sebarang air atau
ais yang jatuh melalui udara. Bagi awan untuk terbentuk dan hujan untuk turun, udara perlu
mencapai kelembapan bandingan 100%, tetapi hanya pada tempat awan terbentuk atau hujan
turun. Ini biasanya berlaku apabila udara naik dan menyejuk. Kebiasaannya, hujan turun ke dalam
udara yang kurang daripada kelembapan tepu. Sebahagian air daripada hujan itu mungkin menyejat
ke dalam udara sebaik sahaja ia turun, lalu meningkatkan kelembapan, tetapi tidak semestinya
cukup untuk menaikkan kelembapan kepada 100%. Malahan adalah mungkin bagi hujan yang turun
melalui udara yang panas dan lembap untuk sejuk cukup untuk merendahkan suhu udara kepada
takat embun, dengan itu memeluwapkan wap air di udara. Walaupun itu akan menaikkan
kelembapan bandingan kepada 100%, air yang hilang daripada udara (sebagai embun) juga akan
merendahkan kelembapan mutlak.

Kelembapan dan ketumpatan udara

Udara lembap kurang tumpat berbanding udara kering kerana molekul air lebih ringan daripada
molekul nitrogen dan oksigen. Isaac Newton menemui fenomena ini dan telah menulis mengenainya
dalam bukunya Opticks.[1] Hukum gas ideal Avogadro menyatakan bahawa satu isipadu gas yang
tetap pada suhu dan tekanan yang tertentu sentiasa mengandungi bilangan molekul yang sama
tanpa mengira apa pun jenis gas itu. Pertimbangkan satu meter padu udara kering. Lebih kurang 78%
molekul adalah nitrogen (N2), dengan berat molekul sebanyak 28. 21% molekul lagi adalah oksigen
(O2), dengan berat molekul sebanyak 32. 1% terakhir adalah campuran gas-gas lain. Gabungan
berat-berat ini dalam perkadaran yang betul akan memberikan berat molekul purata bagi udara
lebih kurang sebanyak 29. Jika molekul wap air (H2O), yang berat molekulnya sebanyak 18,
menggantikan molekul nitrogen atau oksigen diatomik dalam isipadu yang tetap ini maka berat
udara akan berkurangan, dan oleh itu ketumpatan pun berkurangan. Jadi, udara lembap mempunyai
ketumpatan yang lebih rendah berbanding udara kering pada suhu dan tekanan yang sama.

Takat embun dan takat ibun

Bersangkut dengan kelembapan bandingan adalah takat embun (jika takat embun berada di bawah
takat beku, ia dirujuk sebagai takat ibun). Takat embun ialah suhu wap air menjadi tepu daripada
satu jisim udara kepada cecair atau pepejal yang biasanya membentuk hujan, salji, ibun atau embun.
Takat embun biasanya berlaku apabila satu jisim udara mempunyai 100% kelembapan bandingan. Ini
berlaku dalam atmosfera kesan daripada penyejukan melalui beberapa proses yang berbeza.

Tempat-tempat yang paling lembap di dunia

Bandar-bandar yang paling lembap di dunia biasanya terletak berhampiran dengan khatulistiwa,
dekat dengan kawasan pantai. Bandar-bandar di Asia Selatan dan Tenggara nampaknya antara yang
paling lembap. Kolkata dan Kerala di India; serta Bangkok di Thailand mengalami kelembapan
melampau semasa musim hujan ditambah dengan kehangatan yang memberikan rasa sauna suam-
suam kuku.[2] Darwin di Australia mengalami musim basah lembap yang melampau dari Disember
hingga April. Kuala Lumpur dan Singapura mempunyai kelembapan yang amat tinggi sepanjang
tahun kerana hampir dengan kawasan air dan khatulistiwa dan cuaca mendung; meskipun terdapat
pancaran sinar matahari, hari cerah sepenuhnya agak jarang di lokasi-lokasi ini dan ia kerap kali
berkabus. Di tempat-tempat yang lebih sejuk seperti Tasmania Utara di Australia, kelembapan tinggi
dialami sepanjang tahun berpunca daripada lautan antara tanah besar Australia dan Tasmania. Pada
musim panas, udara yang kering dan panas diserap oleh lautan ini dan suhu jarang-jarang mencapai
lebih daripada 30℃.

Di Amerika Syarikat, bandar-bandar yang paling lembap, tegasnya dari segi kelembapan bandingan,
ialah Forks dan Olympia, Washington.[3] Hakikat ini mungkin mengejutkan ramai orang, kerana iklim
kawasan ini jarang-jarang memperlihatkan ketidakselesaan yang biasanya dikaitkan dengan
kelembapan tinggi. Takat embun lazimnya lebih rendah di Pantai Barat berbanding di Pantai Timur.
Kerana takat embun yang tinggi memainkan peranan yang bererti berbanding kelembapan
bandingan dalam ketidakselesaan yang terhasil semasa hari-hari lembap, udara di bandar-bandar
barat ini biasanya tidak berasa "lembap".

Takat embun tertinggi dicatatkan di kawasan berpantai Florida dan Texas. Apabila dibandingkan
dengan Key West dan Houston, dua buah bandar paling lembap di negeri-negeri tersebut, kawasan
berpantai Florida kelihatan mempunyai takat embun yang lebih tinggi di atas purata. Namun, seperti
yang disebutkan oleh Jack Williams dalam USA Today,[4] Houston kekurangan bayu pantai yang
wujud di Key West.

Kesan terhadap tubuh badan manusia

Tubuh badan manusia membuang haba dengan gabungan penyejatan peluh, perolakan haba dalam
udara sekeliling, dan sinaran haba. Dalam keadaan kelembapan yang tinggi, penyejatan peluh
daripada kulit berkurangan dan usaha badan untuk mengekalkan suhu badan yang dapat diterima
mungkin terganggu dengan nyata sekali. Juga, sekiranya atmosfera adalah panas sepanas atau lebih
panas daripada kulit sepanjang masa kelembapan yang tinggi, darah yang dibawa ke permukaan
badan tidak dapat membuang haba melalui pengkonduksian ke udara, dan satu keadaan yang
dipanggil hyperpyrexia terhasil. Dengan sebegitu banyak darah diangkut ke permukaan luar badan,
secara relatif akan kurang pergi kepada otot-otot aktif, otak dan organ-organ dalaman lain. Kekuatan
fizikal akan berkurangan dan keletihan akan terjadi tidak lama kemudian atau sebaliknya. Tahap
kepekaan dan kapasiti mental juga mungkin akan terganggu. Ini mengakibatkan keadaan yang
dipanggil strok haba atau hipertermia.

Kesan terhadap peralatan elektronik

Banyak peralatan elektronik mempunyai spesifikasi kelembapan, sebagai contoh, 5 hingga 95%. Pada
bahagian atas akhir julat ini, lembapan mungkin meningkatkan kekonduksian penebat telap lalu
membawa kepada pincang tugas. Kelembapan yang terlalu rendah mungkin membuatkan bahan-
bahan menjadi rapuh. Satu bahaya yang khusus bagi barang-barang elektronik, tidak mengambil kira
julat kelembapan kendalian yang dimalarkan, adalah wap. Apabila sebuah barangan elektronik
dipindahkan dari tempat yang sejuk (contohnya garaj) ke tempat yang panas dan lembap
(umpamanya rumah), wap mungkin menyelubungi papan litar dan penebat yang lain, lalu membawa
kepada litar pintas di dalam kelengkapan itu. Litar pintas sebegitu mungkin menyebabkan kerosakan
kekal yang cukup besar sekiranya kelengkapan itu dihidupkan sebelum sempat wap itu menyejat.
Kesan wap yang sama kerap kali dapat diperhatikan apabila seseorang yang memakai kaca mata
datang dari tempat yang sejuk. Dinasihatkan agar membiarkan kelengkapan elektronik untuk
menyesuaiiklim selama beberapa jam setelah dibawa dari tempat sejuk, sebelum menghidupkannya.

Begitu juga dengan perkara sebaliknya. Di tempat yang mempunyai kelembapan yang amat rendah,
perubahan elektrik statik yang terhasil adalah tinggi. Peralatan elektronik, dan lebih khusus
peralatan teknologi TTL, tidak mampu menanggung voltan yang melebihi voltan bekalan oleh margin
kecil sebelum ia akan meletup dan menyebabkannya pincang tugas. Jadi kelembapan adalah ukuran
penting dalam pengawalan pusat-pusat data

Syor-syor bagi keselesaan

Manusia mengawal suhu tubuh badan dengan perpeluhan dan gigilan. Agensi Perlindungan Alam
Sekitar Amerika Syarikat (United States Environmental Protection Agency) memetik Thermal
Environmental Conditions for Human Occupancy Standard 55-1992 ASHRAE yang mengesyorkan
penetapan kelembapan bandingan antara 30% dan 60%, dengan kelembapan kurang daripada 50%
diutamakan untuk mengawal hama habuk (dust mite). Pada kelembapan yang tinggi perpeluhan
menjadi kurang berkesan, oleh sebab itu kita berasa lebih panas; jadi orang akan berkeinginan untuk
menyingkirkan kelembapan daripada udara dengan penyaman udara pada musim panas. Pada
musim sejuk, pemanasan udara luar bilik yang sejuk dapat mengurangkan kelembapan bandingan
dalam bilik ke tahap bawah 30% yang membawa kepada ketidakselesaan seperti kulit kering dan
rasa dahaga yang berlebihan.

ANGIN

Gerakan angin dilihat daripada foto satelitAngin ialah udara yang bergerak yang diakibatkan oleh
putaran bumi (kesan Coriolis) dan juga pemanasan tidak sekata permukaan bumi yang
mengakibatkan perbezaan tekanan udara(tekanan tinggi ke tekanan rendah) di sekitarnya. Masa dan
skala angin berbeza-beza, dari bayu setempat selama beberapa minit hinggalah angin sejagat selama
beberapa hari.

Apabila dipanaskan, udara mengembang. Udara yang telah mengembang menjadi lebih ringan
sehingga naik. Apabila hal ini terjadi, tekanan udara turun kerana udaranya berkurang. Udara dingin
di sekitarnya mengalir ke tempat yang bertekanan rendah tadi. Udara yang naik tadi menyusut
menjadi lebih berat dan turun ke tanah. Di atas tanah udara menjadi panas lagi dan naik kembali.
Aliran naiknya udara panas dan turunnya udara dingin ini dinamakan perolakan.

BICARA TENTANG AIR….

Dr Mohammad Wisman Abdul Hamid


Pegawai Perubatan, Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Pulau Pinang

http://www3.uitm.edu.my/penang/bm/infoterkini/infosihat/air.htm

Kenapa Klorin Digunakan Untuk Merawat Air

Air untuk kegunaan manusia mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin


mencetuskan penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri. Justeru, klorin
digunakan dalam air minuman untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air.

Namun, klorin yang digunakan sebagai bahan perawat adalah sebatian yang sangat aktif.
Apabila dicampurkan dalam bekalan air, bahan perawat ini bukan sahaja membunuh bacteria
dan virus dalam air tetapi juga bertindak balas dengan bahan kimia lain dalam air.

Hasil daripada proses pengklorinan akan membentuk sebatian baru yang disebut Hasil
Sampingan Pembasmi (Disinfectant By Product – DBP). DBP yang berkaitan dengan klorin
termasuklah Trihlometana (THM) seperti kloroform – blomoform dan diklorometana yang
merupakan karsinogen berbahaya.

Adakah Selamat Meminum Air Masak

Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman sebelum diminum
supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk
memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus lebih dari 20 minit pada suhu 100°C.

Meskipun begitu, air masih mengndungi logam berat, bahan kimia toksik dan lain-lain
pencemar berbahaya yang tidak boleh dihapuskan secara pendidihan.

Haba dari air yang mendidih menyebabkan tindak balas kimia dan menghasilkan
Triklorometana (THM) dan sebatian klorin lainnya.

Kepentingan Air Beralkali


Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam
dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan
hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan
berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali.

Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat
meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali
dan mengandungi banyak mineral. Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat
alkali. Baca artikel ini.

Jangan meminum semata-mata air kosong contohnya air suling iaitu air yang hanya
mempunyai molekul-molekul Hidrogen dan Oksigen dan tidak mempunyai elektrolit mineral.
Tambahan pula air kosong jenis ini mudah menyerap bahan berasid, radikal bebas yang
diambil dari makanan dan akan digunakan di sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan
seluruh sistem badan.

Jika kepekatan ion hydrogen melebihi paras normal atau tinggi, tubuh seseorang individu itu
akan mengalami asidosis atau berasid. Perubahan kadar tindakbalas bahan kimia yang jelas
boleh berlaku dengan perubahan kepekatan ion hydrogen walaupun sedikit.

Penyakit – Penyakit Yang Disebabkan pH Badan Berasid

 Kanser Sel – Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal
pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser.
 Kencing Manis – Bahan toksik berasid berkumpul dipankreas menyebabkan fungsinya
menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.
 Darah Tinggi – Tokisk berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari
darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui
kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.
 Darah Rendah – Toksik berasid menyerap ion kalsium di dalam jantung yang mengakibatkan
aktiviti jantung menjadi lemah.
 Penyakit Buah Pinggang – Pengumpulan toksik berasid di dalam buah pinggang akan
melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.
 Osteoporosis – Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium da tulang
akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan
sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam
badan. Lama-kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis.
 Rheumatisme – Toksik berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-
sendi membengkak dan sakit.
 Sembelit – Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancer, dinding
usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.

http://www.ppsk.usm.my/seminar/skpk08.nsf/
$DefaultView/30DB26344BD968CD482574BD002C1FA6/$FILE/TuanPah.pd
f
ANCAMAN KESIHATAN TERHADAP MANUSIA
AKIBAT BENCANA BANJIR
Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Jamaluddin Md. Jahi, Abd. Rahim Mad Nor
& Noorazuan Mad Hashim
ABSTRAK
Kejadian banjir yang seringkali melanda negara banyak mengundang
pelbagai masalah dan risiko kepada penduduk setempat misalnya,
ancaman kesihatan daripada pelbagai penyakit. Ini kerana bencana
banjir lazimnya terjadi pada musim tengkujuh (hujan lebat) dan tahap
keterdedahan mangsa banjir terhadap risiko penyakit yang adalah
tinggi. Ini termasuklah penyakit seperti taun (thyphoid), Hepatitis A
dan E, penyakit parasit dan Leptosprirosis. Selain itu, pada musim
banjir pembiakan vektor dan perubahan mikrobiologi adalah sangat
aktif dan memberikan impak secara langsung terhadap tahap
kesihatan mangsa banjir. Masalah kekurangan bekalan air bersih dan
makanan merupakan satu isu penting pada musim banjir dan ini
meningkat pendedahan manusia kepada pelbagai penyakit berjangkit.
Justeru kertas kerja ini, cuba meneliti masalah kejadian banjir dan
kaitannya dengan ancaman kesihatan atau penyakit yang dihadapi
oleh mangsa banjir pada waktu kejadian banjir dan juga selepas
kejadian banjir. Antara vektor penyebar penyakit berjangkit ialah
nyamuk (demam denggi dan malaria), lalat (taun). Selain itu, pada
masa ini, air banjir sebenarnya menjadi agen penyebaran penyakit
kerana mengandungi pelbagai bahan toksin, najis haiwan dan
manusia yang menjadi punca utama kewujudan pelbagai penyakit
berjangkit. Oleh itu, kerjasama dan kesedaran mengenai penyakit di
musim banjir di kalangan mangsa banjir juga seharusnya tinggi bagi
memudahkan pihak berkenaan memantau masalah tersebut.

IMPLIKASI BENCANA BANJIR TERHADAP KESIHATAN


Implikasi disebalik kejadian banjir ialah akan mengundang risiko kepada kesihatan
manusia melalui air banjir. Ini kerana air banjir biasanya membawa kandungan bahan

You might also like