You are on page 1of 29

EDUCATION of ELAKSAMANA

a)Penambahan

Proses ini adalah melalui penambahan kepada kata akar satu suku kata dengan perkataan yang lain yang
terdiri dari satu suku kata juga. Bentuk perkataan ini telah sebati dengan penutur bahasa melayu. Antara
contohnya ialah :

• Bu + kit = bukit

• Bu + lan = bulan

• Bu + luh = buluh

a)Penciptaan

Pembentukan kata melalui proses ini bermaksud penciptaan perkataan baru tanpa disandarkan kepada
perbendaharaan kata yang sedia ada. Seperti perkataank i wi iaitu sejenis burung di Australia tetapi
diciptakan pula perkataan

mengiwi yang bermaksud mengilapkan kasut menggunakan bahan khas.


b)Penggemblengan
Perkataan ini dicipta dengan menggabungkan dua perkataan atau lebih, namun
digugurkan bahagian lain dalam perkataan tersebut. Sebagai contohnya ialah :
• BERNAMA – Berita Nasional Malaysia
• PROTON – Perusahaan Otomobil Malaysia
a)Penyempitan Makna
Pembentukan melalui mengambil perkataan yang telah sedia ada namun
disempitkan maknanya kepada sesuatu yang lebih umum. Seperti perkataan
tuan puteri yang merujuk kepada wanita berketurunan raja namun kini
perkataantuan telah diambil dan disempitkan makna merujuk kepada seorang
lelaki yang patut dihormati malah boleh digunakan kepada kedua jantina.
b)Penyingkatan
Melalui proses ini, perkataan tersebut dipendekkan apabila ditulis namun sering
dianggap 1 perkataan sahaja seperti :

• Dr – Doktor

• Tv – Televisyen

• Prof – Professor

1.Setiap bentuk perkataan mempunyai cara pengejaan yang tersendiri dan


membawa makna yang khusus.
2.Sebagai contoh perkataan gelung, golong dangul ung tidak boleh disalahguna
dalam struktur ayat kerana sudah member makna yang berbeza.
3.Perkataangel ung bermaksud benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti
rotan, tali dan rambut.
4.Perkataangol ong pula bermaksud pengasingan ke dalam kumpulan tertentu.
5.Perkataangulung pula benda yang melembar-lembar atau berutas-utas yang
dilipat hingga berbentuk bulat atau bulat panjang.

BAB 3 – PENGAPLIKASIAN MORFOLOGI BAHASA


MELAYU

3.0 Pengenalan
1. Konsep

Morfem Perkataan

Bebas Terikat Akar Dasar

2. Bentuk Kata

Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

3. Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan

4. Golongan Kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau
lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata
pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata
pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan
latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
3.1 Akronim

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf


awal, suku kata atau gabungan kombinasi awal dan suku kata daripada satu
rangkai kata.
Ditulis serta dilafazkan sebagai satu kesatuan yang wajar. Akronim
tergolong ke dalam kata tunggal, seperti dalam contoh-contoh di bawah:
LUTH MARA ABIM Tabika
cerpen purata Bernama Pernas
Intan

3.2 Imbuhan

Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir secara bersendirian
dalam ayat. Ia harus diimbuhkan pada bentuk yang lain, iaitu dengan kata
dasar. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

3.2.1 Awalan

Hadir sebelum kata dasar.

1. Menunjukkan perbuatan bagi diri - Shita berjalan di tepi tasik untuk


sendiri melapangkan fikirannya

2. Menunjukkan perbuatan bagi ayat - Soalan Ani belum berjawab


pasif

3. Menunjukkan mempunyai - Setiap pelajar berhasrat untuk


melanjutkan pelajaran hingga ke
peringkat Ph.D.

4. Menunjukkan mengeluarkan - Pokok rambutan itu telah berputik

5. Menunjukkan bilangan yang sedia - Mereka berdua berkelah di pantai


ada Cherating

3.2.2 Akhiran
Hadir sesudah kata dasar.

1. Hasil perbuatan - Pukulan Razif telah menumpaskan


lawannya

2. Besar - Angin itu bertiup dari daratan ke


lautan

3. Alat / perkakas - Acuan agar-agar itu terlalu kecil

4. Keadaan / rupa sesuatu - Perompak itu dalam lingkungan


umur 20-an

5. Tempat - Sebuah empangan baru akan dibina


di kawasan itu

6. Tempoh / waktu - Majalah mingguan itu sangat laris


dijual

3.2.3 Imbuhan Sisipan

Hadir di celah kata dasar.

-el- -er- -em-


1. telapak keruping kemuning
2. telunjuk seruling gemuruh
3. gelanggang gerigi kemuncup

3.2.4 Imbuhan Apitan

Hadir secara mengapit kata dasar secara serentak.

Maksud Contoh
1. Kena oleh perbuatan asalnya - Pelantikan Zahir sebagai ketua
pengarah syarikat itu telah
mendapat sokongan ramai.

2. Menamai zat perbuatan - Pertandingan Menulis Cerpen itu


medapat sambutan hangat daripada
para remaja.

3. Tempat perbuatan - Banyak bot yang berlabuh di


pelabuhan itu.

4. Hasil perbuatan - Ayah tidak berpuas hati dengan


penjelasan adik.

5. Alat - Barang-barang perhiasan di keadai


itu sangat cantik.

3.2.5 Imbuhan Pinjaman

Imbuhan Maksud Contoh


maha- Teragung maharaja
tata- suatu susunan tatacara
pra- Sebelum praperakaunan
swa- Sendiri swatenaga
tuna- Tiada tunakarya
eka- Satu ekafungsi
dwi- Dua dwibahasa
tri- Tiga tribulan
panca Lima pancasila
-man pelaku lelaki seniman
-wati pelaku wanita peragawati
-nita Tidak pranita
bi- mencirikan sifat biadab
i- yang terkandung dalam abadi
-wi kata dasar sejarawi
-iah Sifat alamiah
-in kata nama lelaki dan mukminin
-at perempuan muslimat
hadirat
pro- Setuju probarat
anti- tanda melawan antisosial
poli- Banyak poliklinik
auto- secara bersendirian automatik
sub- Sebahagian subsistem
supra Melebihi suprasegmen
-isme Ajaran komunisme
-ik Kajian linguistik
-si proses / keadaan klasifikasi
-al Keadaan kritikal
-is Ahli cerpenis

3.3 Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata atau lebih, dan
bentuk baru yang terhasil akan membawa makna yang tertentu. Kata
majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Bentuk kata majmuk
tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contoh kata majmuk
adalah seperti berikut:

3.2.1 Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas

Contohnya: alat tulis nasi minyak kerusi malas

3.2.2 Kata Majmuk Istilah Khusus

Contohnya: batu kapur carta pai kanta tangan

3.2.3 Kata Majmuk Maksud Kiasan

Contohnya: kaki ayam duit kopi berat tangan

Terdapat juga sebilangan bentauk kata majmuk yang disebut sebagai kata
majmuk mantap iaitu dieja secara serangkai, seperti dalam contoh berikut:
antarabangsa apabila padahal olahraga warganegara
3.4 Kata Ganda

Proses penggandaaan dalam bahas Melayu ialah proses yang menggandakan


kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh atau separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara
berentak, iaitu berdasarkan bunyi tertentu. Tiga jenis penggandaan dalam
bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

3.3.1 Penggandaan Penuh

Contohnya: pulau-pulau buku-buku cantik-cantik

3.3.2 Penggandaan Separa

Contohnya: jejari sesisir lelangit

3.3.3 Penggandaan Berentak

Contohnya: sayur-mayur lauk-pauk gunung-ganang

3.5 Golongan Kata Nama

Kata nama ialah perkataan yang menyatakan nama bagi sesuatu seperti
orang, benda, binatang, tempat, konsep, dan sebagainya. Kata nama dapat
diikuti dengan frasa yang atau yang sangat. Penanda bagi kata nama ialah
setiap kata nama dapat didahului oleh kata bilangan, penjodoh bilangan dan
kata penentu ini / itu.

3.5.1 Jenis Kata Nama

Terdapat tiga jenis kata nama dalam bahasa Melayu:


a) Kata nama am: adik, sayur, sekolah, lorong, keindahan
b) Kata nama khas: Asraf, Jibrail, Malaysia
c) Kata ganti nama: saya, awak, dia

Kata nama dapat berfungsi sebagai:


a) Subjek ayat: Amir tiba.
b) Pelengkap kata kerja: Abang menjadi guru.
c) Objek langsung kata kerja: Bapa menulis surat.
d) Objek tak langsung: Abang membacakan ibu surat itu.
e) Objek kata depan: Surat daripada Kamal.
f) Kata nama juga dapat berada pada kedudukan kepunyaan: Itu beg
Aishah.

3.5.2 Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama
benda atau orang yang tidak disebutkan secara khusus. Kata ganti nama dan
subgolongannya dapat digambarkan seperti dalam rajah yang berikut:

Ganti
Nama

Ganti Ganti
Nama Nama Diri
Tunjuk

Ganti Nama Ganti Nama


Diri Tanya Diri Orang

a) Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada perkataan ini dan itu, bagi
merujuk perkara-perkara atau benda-benda yang dekat dan jauh.

b) Kata ganti nama diri tanya


Kata ganti nama diri tanya digunakan bagi merujuk benda atau orang
dalam bentuk pertanyaan, dan biasanya menggunakan perkataan apa,
siapa, dan mana.

c) Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri orang digunakan bagi menggantikan nama orang
dan terbahagi kepada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri
orang kedua, dan ganti nama diri orang ketiga, seperti yang berikut:

Kata ganti diri orang Kata ganti diri orang Kata ganti diri orang
pertama kedua ketiga
saya saudara dia
aku awak beliau
beta kamu mereka
kami engkau ia
kita anda baginda

3.6 Golongan Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan


atau keadaan melakukan sesuatu.

3.6.1 Jenis Kata Kerja

Terdapat dua jenis kata kerja:


a) Kata kerja transitif
b) Kata kerja tak transitif

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau
diperluas dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang
dengan kuat).

3.6.2 Kata Kerja Transitif


Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif
tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti
menendang bola, menelefon kawan, memukul anjing, dan memakan nasi.
Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat seperti dalam contoh ayat:

Subjek Kata Kerja Transitif Objek


1. Ammar Membaca buku setiap pagi
2. Ibu menanak nasi
3. Penjaja menjual ikan
4. Bapa Membasuh kereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu
mempunyai objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan
yang dilakukan.

3.6.3 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan
dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja
tak transitif seperti menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua
contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek kerana maknnya sudah
sempurna. Contoh:
1. Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
2. Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
3. Air sungai itu mengalir (deras).
4. Pesawat itu mendarat (di landasan).

3.6.4 Kata Kerja Tak Tarnsitif Tak Berpelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kaerja yang tidak
memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri
sebagai frasa predikat seperti contoh berikut:

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap


Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:

1. Semua orang sudah datang.


2. Dia suka menyanyi.
3. Emak sedang berdoa.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan.
Contohnya:

1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.


2. Budak itu menyanyi pada malam hari.
3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.
4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerjat tak
transitif, seperti dalam contoh-contoh berikut:

3.6.5 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif


a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Dia menjadi guru bahasa Melayu.
2. Saya ada wang.
3. Rumahnya bertiangkan batang menanti.

a) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:


1. Buah-buahan itu menjadi busuk.
2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.
3. Peserta itu tidur lena.

a) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:


1. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.
2. Burung itu hinggap di dahan pokok.
3. Pelajar itu melawat ke Putrajaya.

3.7 Golongan Kata Adjektif


Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi
unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada
satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain
seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif
adalah seperti contoh yang berikut:

Ahmad sangat pandai bermain muzik.


Pemuda itu baik sungguh.
Buah cempedak itu enak sekali.

3.7.1 Jenis-jenis Kata Adjektif

Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar


kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya
sembilan (9) kriteria, seperti berikut:

1. Kata adjektif sifat / keadaan

Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi


menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama,
seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat
Contoh ayat: 1. Budak nakal selalu kena marah.
2. Dia lemah dalam matematik.
3. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4. Anak Pak Kamar bijak sekali.
5. Peserta itu berdiri dengan cergas.

2. Kata adjektif warna

Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: jingga perang hitam
putih biru kelabu
Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau.
2. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
3. Baju kesukaan saya berwarna kuning.
4. Kereta merah itu kepunyaan abang.
5. Dia memiliki mata berwarna biru.

3. Kata adjektif ukuran

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: tebal gemuk panjang
nipis kurus pendek
tinggi rendah kecil
Contoh ayat: 1. Buku tebal itu sudah saya baca.
2. Anaknya masih kecil lagi.
3. Badannya semakin kurus.
4. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

4. Kata adjektif bentuk

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: lurus bulat bujur
bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam
Contoh ayat: 1. Jalan lurus mudah dilalui.
2. Bentuk buah kelapa itu lonjong.
3. Mukanya bujur sirih.
4. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
5. Matanya tajam memandang ke hadapan.

5. Kata adjektif waktu

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang
berikut:
Contoh perkataan: kerap awal sering
jarang lewat silam
baharu dahulu lampau
Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini.
2. Dia berada di kampus sehari suntuk.
3. Kenangan silam sukar dilupakan.
4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.

6. Kata adjektif jarak

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: nyaris dekat
hampir jauh
Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

7. Kata adjektif cara

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti
contoh yang berikut:
Contoh perkataan: pantas deras ligat
lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat
Contoh ayat: 1. Kereta itu dipandu dengan laju.
2. Siapa cepat dia dapat.
3. Gasing itu berpusing ligat.
4. Arus sungai itu sangat deras.
5. Dia cermat apabila berbelanja.

8. Kata adjektif perasaan

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur


keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep
perasaan, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: kasih takut malu
sayang hendak geram
cinta rindu marah
Contoh ayat: 1. Dia masih marah kepada saya.
2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
3. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
4. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.

9. Kata adjektif pancaindera

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa
seperti contoh yang berikut:
 Indera sentuh
Contoh perkataan: lembik kasar licin
halus kesat keras
Contoh ayat: 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci.
2. Kulit mukanya sangat halus.
3. Kain yang kesat itu ialah kain lap.
4. Buku itu berkulit keras.
5. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.
 Indera dengar
Contoh perkataan: nyaring lembut mersik
merdu garau serak
Contoh ayat: 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu.
2. Teriakannya nyaring sungguh.
3. Kebanyakan lelaki bersuara garau.
4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
5. Alunan musik itu mersik.
 Indera pandang
Contoh perkataan: comel hodoh molek
cantik buruk segak
Contoh ayat: 1. Pemuda segak itu guru saya.
2. Kakaknya suka berpakaian cantik.
3. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.
 Indera bau
Contoh perkataan: wangi hanyir harum
busuk hancing tengik
Contoh ayat: 1. Bunga ros itu harum baunya.
2. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
3. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.
4. Setiap hari dia memakai minyak wangi.
5. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.
 Indera rasa
Contoh perkataan: manis kelat masam
masin payau lazat
Contoh ayat: 1. Setiap hari kita minum air tawar.
2. Semua orang suka makanan lazat.
3. Buah limau masam rasanya.
4. Saya tidak suka minum ubat pahit.
5. Kuih tradisional itu terlalu manis.

3.8 Golongan Kata Tugas

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung


dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu
sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa
kerja, dan frasa adjektif.
Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa untuk
mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam
ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar,
penguat, penegas, dan beberapa tugas yang lain.
Berikut disenaraikan kelompok katatugas dengan contoh-
contoh kata yang berfungsi bagi mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis
tertentu.

kata hubung : dan, atau, tetapi


kata seru : wah,amboi, ci
kata tanya : apa, berapa, siapa
kata perintah : sila, tolong, harap
kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan
kata bantu : akan, sudah, pernah
kata penguat : sangat, amat, paling
kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun
kata nafi : tidak, bukan
kata pemeri : ialah, adalah
kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada
kata pembenar : ya, betul, benar
kata bilangan : dua, segala, banyak
kata arah : atas, bawah, tepi

Senin, 30 Maret 2009


Morfologi

Pengertian

Bidang linguistik atau tata bahasa yang mempelajari kata dan proses pembentukan kata
secara gramatikal disebut morfologi. Dalam beberapa buku tata bahasa, morfologi
dinamakan juga tata bentukan.
Satuan ujaran yang mengandung makna (leksikal atau gramatikal) yang turut serta dalam
pembentukan kata atau yang rnenjadi bagian dari kata disebut morfem.Berdasarkan
potensinya untuk dapat berdiri sendiri dalam suatu tuturan, rnorfem dibedakan atas dua
macam yaitu :
1. morfem terikat, morfem yang tidak mempunyai potensi untuk berdiri sendiri, sehingga
harus selalu hadir dengan rnengikatkan dirinya dengan modem bebas lewat proses
morfologs, atau proses pembentukan kata, dan
2. morfem bebas, yang secara potensial mampu berdiri sendiri sebagai kata dan secara
gramatikal menduduki satu fungsi dalam kalimat.

Dalam bahasa Indonesia morfem bebas disebut juga kata dasar. Satuan ujaran seperti
buku, kantor, arsip, uji, ajar, kali, pantau, dan liput rnerupakan modem bebas atau kata
dasar; sedang me-, pe-, -an, ke - an, di-, ,swa-, trans-, -logi, -isme merupakan morfem
terikat.

Sebuah morfem, jika bergabung dengan morfem lain, seting mengalami perubahan.
Misalnya, morfem terikat me dapat berubah menjadi men-, mem-, meny-, menge-, dan
menge- sesuai dengan lingkungan yang dimasuki. Variasi modem yang terjadi karena
pengaruh lingkungan yang dimasuki disebut alomor
Proses morfologis adalah proses pembentukan kata dari suatu bentuk dasar menjadi suatu
bentuk jadian. Proses ini , meliputi afiksasi (pengimbuhan), reduplikasi (pengulangan),
dan komposisi (pemajemukan).
Sebelum diuraikan lebih lanjut tentang ketiga proses morfologis di atas perlu ditegaskan
terlebih dahulu tiga istilah pokok dalam proses ini, Yaitu kata dasar, bentuk dasar, dan
unsur langsung.
Kata dasar :
kata yang belum berubah, belum mengalami proses morfologis, baik berupa proses
penambaban imbuhan, proses pengulangan, rnaupun proses pemajemukan.
Bentuk dasar :
bentuk yang menjadi dasar dalam proses morfologis, dapat benupa kata dasar, kata
berimbuhan, kata ulang, dan dapat pula berupa kata majemuk.

Unsur langsung :
bentuk dasar dan imbuhan yang membentuk kata jadian.
Afiksasi (Penambahan Imbuhan)
Dalam tata bahasa tradisional afiks disebut imbuhan, yaitu morfem terikat yang dapat
mengubah makna gramatikal suatu bentuk dasar. Misalnya me- dan -kan, di- dan -kan,
yang dapat mengubah arti gramatikal seperti arsip menjadi mengarsipkan, diarsipkan.
Proses penambahan afiks pada sebuah bentuk dasar atau kata dasar imiah yang disebut
afiksasi.
Afiks yang terletak di awal bentuk kata dasar. seperti ber-, di-; ke-, me-, se-, pe-, per-,
ter-, pre-, swa-,adalah prefiks atau awalan.
Yang disisipkan di dalam sebuah kata dasar, seperfi -em, -er-, -el-, di-sebut infiks atau
sisipan.
Yang terletak di akhir kata dasar, seperti -i -an, -kan, -isme, -isasi, -is, -if dan lain-lain
dinamakan sufiks atau akhiran.
Gabungan prefiks dan sufiks yang membenluk satu kesatuan dan bergabung dengan kata
dasarnya secara serentak seperti :
ke-an pada kata keadilan, kejujuran, kenakalan, keberhasilan, kesekretarisan, pe-an
seperti pada kata pemberhentian, pendahuluan, penggunaan, penyatuan, dan
per-an sebagaimana dalam kata pertukangan, persamaan, perhentian, persatuan
dinamakan konfiks.
Ingat, karena konfiks sudah membentuk satu kesaman, maka harus tetap dihitung satu
morfem. Jadi kata pemberhentian dihitung tiga morfem, bukan empat, Bentuk dasarnya
henti, satu morfem, mendapat prefiks ber-, satu morfem, dan mendapat konfiks pe-an
yang juga dihitung Satu morfem, maka semuanya tiga morfem.
Fungsi dan Arti Afiks
Tidak semua afiks dibicarakan di sini. Yang akan dibahas hanya afiks-afiks yang
memiliki frekuensi kemunculan dalam soal-soal tinggi.
1. Prefiks me-,
berfungsi membentuk kata kerja atau verba. Prefiks ini mengandung arti struktural.
a. 'melakukan tindakan seperti tersebut dalam kata dasar' contoh:
menari, melompat, mengarsip, menanam, menulis, mencatat.
b. 'membuat jadi atau menjadi' contoh :
menggulai, menyatai, menjelas, meninggi, menurun, menghijau, menua
c. mengerjakan dengan alat' contoh :
mengetik, membajak, mengail mengunci, mengetam
d. berbuat seperti atau dalam keadaan sebagai' contoh: membujang, menjanda, membabi
buta
e. mencari atau mengumpulkan' contoh :
mendamar, merotan.
f. dll.
2. Prefiks ber,
berfungsi membentuk kata kerja (biasanya dari kata benda, kata sifat, dan kata kerja
sendiri) Prefiks ini mengandung arti :
a. 'mempunyai' contoh :
bernama, beristri, beruang, berjanggut
b. 'memakai' contoh :
berbaju biru, berdasi, berbusana.
c. melakukan tindakan untuk diri sendiri (refleksif)' contoh : berhias, bercukur, bersolek
d. 'berada dalam keadaan' contoh :
bersenang-senang, bermalas-malas, berpesta-ria, berleha-leha.
e. 'saling', atau 'timbal-balik' (resiprok) contoh :
bergelut, bertinju bersalaman, berbalasan.
f. dll.
3. Prefiks pe-, berfungsi membentuk kata benda.(dan kata kerja, kata sifat, dan kata benda
sendiri). Prefiks ini mendukung makna gramatikal :
a. 'pelaku tindakan seperti tersebut dalam kata dasar contoh : penguji, pemisah, pemirsa,
penerjemah, penggubah, pengubah, penatar, penyuruh, penambang.
b. 'alat untuk me...' contoh :
perekat, pengukur, penghadang, penggaris
c. 'orang yang gemar' contoh :
penjudi, pemabuk, peminum, pencuri pecandu, pemadat.
d. 'orang yang di ...' contoh :
petatar, pesuruh.
e. 'alat untuk ...' contoh :
perasa, penglihat, penggali.
f. dll.
4. Prefiks per-, befungsi membentuk kata kerja imperatif. Mengandung arti :
a. 'membuat jadi' (kausatif) contoh: perbudak, perhamba, pertuan.
b. 'membuat Iebih' contoh. pertajam, perkecil, perbesar, perkuat
c. `menbagi jadi' contoh: pertiga, persembilan dll.
5. Prefiks di-, berfungsi membentuk kata kerja, dan menyatakan makna pasif, contoh :
diambil, diketik, ditulis, dijemput, dikelola.
6. Prefiks ter-, berfungsi membentuk kata kerja (pasif) atau kata sifat. Arti yang dimiliki
antara lain ialah :
a. ' dalam keadaan di ' contoh :
terkunci, terikat, tertutup, terpendam, tertumpuk, terlambat.
b. ' dikenai tindakan secara tak sengaja ', contoh :
tertinju, terbawa, terpukul.
c. ' dapat di- ', contoh :
terangkat, termakan, tertampung.
d. ' paling (superlatif) ', contoh :
terbaik, terjauh, terkuat, termahal, terburuk.
e. dll.
7. Prefiks ke-, berfungsi membentuk kata bilangan tingkat dan kata bilangan kumpulan,
kata benda, dan kata kerja.

Sebagai pembentuk kata benda, prefiks ke- bermakna gramatikal 'yang di ... i', atau 'yang
di ... kan', seperti pada kata kekasih dan ketua.
8. Sufiks -an, berfungsi membentuk kata benda.
Prefiks ini mengandung arti :
a. ' hasil ' atau ' akibat dari me- ' contoh :
tulisan, ketikan, catatan, pukulan, hukuman, buatan,tinjauan, masukan.
b. ' alat untuk melakukan pekerjaan ' contoh :
timbangan, gilingan, gantungan.
c. ' setiap ' contoh :
harian, bulanan, tahunan, mingguan.
d. ' kumpulan ', atau ' seperti ', atau ' banyak ' contoh :
lautan, durian, rambutan.
e. dll.
9. Konfiks ke-an, berfungsi membentuk kata benda abstrak, kata sifat, dan kata kerja
pasif. Konfiks ini bermakna :
a. ' hal tentang ' contoh :
kesusastraan, kehutanan, keadilan, kemanusiaan, kemasyarakatan, ketidakmampuan,
kelaziman.
b. ' yang di...i ' contoh :
kegemaran ' yang digemari ', kesukaan ' yang disukai ', kecintaan ' yang dicintai '..
c. ' kena ', atau ' terkena ' contoh :
kecopetan, kejatuhan, kehujanan, kebanjiran, kecolongan.
d. ' terlalu 'contoh :
kebesaran, kekecilan, kelonggaran, ketakutan.
e. ' seperti ' contoh :
kekanak-kanakan, kemerah-merahan.
f. dll.
10. Konfiks pe-an, berfungsi membentuk kata benda. Arfi konfiks ini di antaranya ialah :
a. ' proses ' contoh :
pemeriksaan ' proses memeriksa ',
penyesuaian ' proses menyesuaikan ',
pelebaran ' proses melebarkan '.
b. ' apa yang di- ' contoh :
pengetahuan ' apa yang diketahui ',
pengalaman ' apa yang dialami ' ,
pendapatan ' apa yang didapat '
c. dll.

11. Konfiks per-an, befungsi membentuk kata benda. Arti konfiks ini ialah :
a. ' perihal ber- ' contoh :
persahabatan ' perihal bersahabat ',
perdagangan ' perihal berdagang ',
perkebunan ' perihal berkebun ',
pertemuan ' perihal bertemu '.
b. ' tempat untuk ber- ' contoh :
perhentian, perburuan persimpangan, pertapaan.
c. ' apa yang di ' contoh :
pertanyaan, perkataan.
d. dll.
Afiks Produktif dan Afiks Improduktif
Afiks produktif ialah afiks yang mampu menghasilkam terus dan dapat digunakan secara
teratur membentuk unsur-unsur baru.
Yang termasuk afiks produktif ialah :
me-, di-, pe-, ber-, -an, -i, pe-an, per- an, dan ke-an.
Sedangkan yang termasuk afiks improduktif ialah :
sisipan -el-, -em-, er-, atau akhiran -wati,
Afiks Serapan
Untuk memperkaya khazanah bahasa Indonesia, kita menyerap unsur-unsur dari bahasa
daerah dan bahasa asing. Conloh afiks serapan :
1. dwi- :
dwlingga, dwipurwa, dwiwarna, dwipihak, dwifungsi.
2. pra- :
praduga, prasangka, prasejarah, prasarana, prakiraan, prasaran, prabakti, prasetia,
prawacana, prakata.
3. swa- :
swalayan. swadesi, swasembada, swapraja, swatantra, swadaya, swasta.
4. awa- :
awamang, awagas, awabau, awaracun, awalengas.
5. a-, ab- :
asusila, amoral, ateis, abnormal.
6. anti- :
antipati, antiklimaks, antitoksin, antihama, antiseptik
7. homo- :
homogen, homoseks, homofon, homonim, homograf, homorgan.
8. auto- : autodidak, autokrasi, autobiografi, automobil, autonomi.
9. hipo- :
Hiponim,hipotesis, hipokrit, hipovitaminosis.
10. poli- :
polisemi, poligami, poliandri, polisilabis, poliklinik
11. sin- :
sintesis, sinonim, sintaksis, sinkronis, simpati, simposium
12. tele- :
telepon, telegraf, telegram, telepati, teleskop, teleks.
13. trans- :
transaksi, transisi, transportasi, transkripsi, transmisi, transliterasi, transfirmasi,
transmigrasi,transfer, transitif.
14. inter- :
interaksi, interelasi, interupsi, internasional, intersuler, intermeso, interlokal, dan lain -
lain.
15. isasi- :
modernisasi, tabletisasi, pompanisasi, kuningisasi, dan lain-lain
Reduplikasi (Pengulangan
Reduplikasi adalah proses pembentukan kata dengan cara mengulang bentuk dasar. Ada
beberapa macam reduplikasi, sebagai berikut :
1. Kata ulang penuh, yaitu yang diperoleh dengan mengulang seluruh bentuk dasar ; ada
dua. macam :
a. Yang bentuk dasarnya sebuah morfem bebas, disebut dwilingga :
ibu-ibu, buku-buku, murid-murid
b. Yang bentuk dasarnya kata berimbuhan :
ujian-ujian, kunjungan-kunjungan, persoalan-persoalan
2. Dwipurwa, yang terjadi karena pengulangan suku pertama dari bentuk dasarnya :
reranting, lelaki, leluhur, tetangga, kekasih, lelembut

Di antara dwipurwa ada yang mendapat akhiran, seperti kata ulang pepohonan,
rerumputan, dan tetanaman.
3. Dwilingga salin suara adalah dwilingga yang mengalami perubahan bunyi :
sayur-mayur, mondar-mandir, gerak-gerik, bolak-baliki,seluk-beluk, compang-camping,
hingar-bingar, hiruk-pikuk, ramah-tamah, serba-serbi, serta-merta, dan lain-lain.
4. Kata ulang berimbuhan :
berjalan-jalan, anak-anakan, guruh-gem uruh, rias-merias, tulis-menulis, berbalas-
balasan, kekanak-kanakan, mengulur-ulur, meraba-raba, menjulur-julurkan, dan lain-lain.
5. Kata ulang semu ( bentuk ini sebenarnya merupakan kata dasar, jadi bukan hasil
pengulangan atau redupikasi ) :
laba-laba, ubur-ubur, undur-undur, kupu-kupu, dan empek-empek
Arti Reduplikasi
Reduplikasi menyatakan arti antara lain sebagai berikut:
1. 'Jamak'
Murid-murid berkumpul di halaman sekolah. Di perpusatakaan terdapat buku-buku
pelajaran.
2. 'intensitas kualitatif'
Anto menggandeng tangan Anti erat-erat. Baju yang dijual di toko itu bagus-bagus.
3. 'intensitas kuantitatif'
Berjuta-juta penduduk Bosnia menderita akibat perang berkepanjangan. Kapal itu
mengangkut beratus-ratus peti kemas.
4. 'intensitas frekuentatif'
Orang itu berjalan mondar-mandir. Pada akhir bulan ini ayah pergi-pergi saja. Berkali-
kali anak itu dimarahi ibunya.
5. 'melemahkan'
Warna bajunya putih kehijau-hijauan. Wati tersenyum kemalu-maluan melihat calon
mertuanya datang.
6. 'bermacam-macam'
Pepohonan menghiasi puncak bukit itu. lbu membeli buah-buahan. Sayur-mayur dijual di
pasar itu.
7. 'menyerupai'
Tingkah laku orang itu kekanak-kanakan. Orang-orangan dipasang di tengah sawah. Adik
bermain mobil-mobilan.
8. 'resiproks (saling)'
Mereka tolong-menolong menggarap ladang. Kedua anak itu berpukul-pukulan setelah
cekcok mulut
9. 'dalam keadaan'
Dimakannya singkong itu mentah-mentah. Pada zaman jahiliyah banyak orang dikubur
hidup-hidup.
10. 'walaupun meskipun'
Kecil-kecil, Mang Memet berani juga melawan perampok itu.
11. 'perihal'
Ibu-ibu PKK di Kampung Bugis menyelenggarakan kursus masak-memasak dan jahit-
menjahit. Sekretatis di kantor kami bukan hanya menangani surat-menyurat, tetapi juga
pembukuan dan daftar gaji pegawai.
12. 'seenaknya, semaunya atau tidak serius'
Saya melihat tiga orang remaja duduk-duduk di hawah pohon Kerjanya hanya tidur-
tiduran saja. Adik membaca-baca majalah di kamar.
13. 'tindakan untuk bersenang-senang'
Mereka makan-makan di restoran tadi malam
Komposisi
Komposisi ialah proses pembentukan kata majemuk atau kompositum. Kata majemuk
ialah gabungan kata yang telah bersenyawa atau membentuk satu kesatuan dan
menimbulkan arti baru, contoh : kamar mandi, kereta api, rumah makan, baju tidur.
Gabungan kata yang juga membentuk satu kesatuan, tetapi tidak menimbulkan makna
baru disebut frase, contoh: sapu ijuk, meja itu, kepala botak, rambut gondrong, mulut
lebar.
Jenis kata Majemuk
1. Kata majemuk setara, yang masing-masing unsurnya berkedudukan sama, contoh :
tua muda, laki bini, tegur sapa, besar kecil, ibu bapak, tipu muslihat dan baik buruk
2. Kata majemuk bertingkat, yaitu yang salah satu unsurnya menjelaskan unsur yang lain.
Jenis kata majemuk itu bersifat endosentris, yakni salah satu unsurnya dapat mewakili
seluruh konstruksi, contoh :
kamar mandi, sapu tangan, meja gambar, dan meja tulis.
Kelas Kata
Kata ialah satuan bahasa terkecil yang mengandung arti, baik arti leksikal maupun arti
gramatikal, dan yang dapat berdiri sendiri serta dapat dituturkan sebagai bentuk bebas.
Ada dua jenis kata: kata dasar, yakni kata yang belum mengalami proses morfologis, dan
kata jadian, yakni kata yang sudah mengalami proses morfologis.
Yang termasuk kata jadian ialah kata berimbuhan, kata ulang, dan kata majemuk.
Kata dasar sering juga dinamakan kata tunggal, yaitu kata yang hanya terdiri atas satu
morfem, sedangkan kata Jadian yang terdiri atas beberapa morfem, disebut juga kata
kompleks.
Kelas kata ialah pengelompokan kata berdasarkan perilaku atau sifat kata tersebut dalam
kalimat. Kata-kata yang memiliki sifat atau perilaku sama dikelompokkan dalam satu
kelas kata. Misalnya:
la tidak belajar. Ia bukan pelajar. Ia agak tinggi.
Ia tidak membaca. Ia bukan pemalas. Ia lebih tinggi.
la tidak bekerja. Ia bukan guru. Ia paling tinggi.
Kata belajar, membaca, bekerja mempunyai perilaku sama, dan karena itu ketiga kata
tersebut dikelompokkan menjadi satu kelas kata. Sebaliknya kata pelajar berbeda dari
kata belajar; terbukti bahwa kata pelajar tidak dapat ditempatkan setelah kata tidak.
Selanjutnya kata belajar maupun pelajar berbeda dari kata tinggi; terbukti bahwa kedua
kata itu tidak dapat didahului oleh kata agak, lebih atau paling.
Berdasarkan perilakunya seperti di atas, kata belajar, membaca, dan bekerja
dikelompokkan ke dalam satu kelas kata kerja. Kata pelajar, pemalas, guru digolongkan
ke dalam kelas kata benda. Sedang kata-kata yang sama dengan kata tinggi
dikelompokkan menjadi satu kelas kata sifat. Selain ketiga kelas tersebut terdapat kelas
lain, yakni kelas kata tugas .
Kata Benda
Kata benda disebut juga nomina (substantiva), yaitu semua kata yang dapat diterangkan
atau yang diperluas dengan frase yang + kata sifat. Misalnya :
• bunga yang indah,
• sekretaris yang terampil,
• guru yang bijaksana,
• siswa yang cendekia,
• Tuhan yang Maha Esa,
• udara yang segar,
• persoalan yang rumitl,
• perjanjian yang gagal,
• keadilan yang rapuh.
Semua kata yang tercetak miring adalah nomina.
Dalam sebuah wacana, sering kata benda diganti kedudukannya oleh kata yang lain.
Misalnya:

"Kemarin Amir, mengatakan kepada Hendro dan Herman bahwa Amir akan menemui
Hendro dan Herman di tempat yang sama".

yang sering dan lebih wajar jika dituturkan kembali menjadi:

"Kemarin Amir mengatakan kepada Hendro dan Herman bahwa dia akan menemui
mereka di tempat yang sama'.

Kata dia yang menggantikan Amir dan mereka yang menggantikan Hendro dan Herman
adalah kata ganti atau pronomina.

Dalam tata bahasa tradisional kata benda dibedakan atas:


1. Kata benda abstrak,seperti kejujuran.
2. Kata benda konkret, misalnya gedung.
3. Kata benda nama diri, yang huruf awalnya selalu ditulis dengan huruf kapital, misalnya
Amir Kata benda kumpulan, seperti regu, masyarakat, tim, kelas, keluarga.
Selanjutnya kata ganti juga dibedakan atas beberapa subkelas :
1. Kata ganti orang : dia, mereka, engkau, saudara, anda.
2. Kata ganti tunjuk : ini, itu.
3. Kata ganti hubung: yang, tempat, serta.
4. Kata ganti tanya : apa, siapa, kapan, berapa.
Kata Kerja
adalah Semua kata yang dapat diperluas atau dijelaskan dengan frase dengan + kata sifat,
misalnya :
• membaca dengan lancar,
• belajar dengan sungguh-sungguh,
• berpakaian dengan rapi,
• makan dengan lahap,
• berjalan dengan santai,
• tidur dengan nyenyak,

Kata kerja atau verba dibedakan atas :


1. Kata kerja transitif,
yaitu kata kerja yang memadukan objek, contoh :
membeli, memikirkan, mengutarakan, membahas, menertawakan, memahami,
menanamkan.

Antara verba transitif dengan objek langsung tidak boleh disela oleh preposisi atau kata
depan. Jadi bentuk ujaran seperti : "Panitia membicarakan tentang keuangan" tidak benar
atau rancu. Kalimat di atas dapat dibakukan dengan menghilangkan kata tentang.
2. Kata kerja transitif ganda,
ialah kata kerja yang memerlukan objek dua, contoh: membelikan, dan membawakan
dalam kalimat
a. Ayah membelikan adik sepeda mini;
b. Kakak membawakan kakek barang bawaannya.
3. Kata kerja intransitif, ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek, contoh :
berlari, berdiri, tertawa, menyanyi, merokok, melamun.
4. Kata kerja reflektif,
yang menyatakan tindakan untuk diri sendiri, contoh :
bersolek, berhias, bercukur, bercermin, mengaca.
5. Kata kerja resiproks,
yang menunjukkan tindakan atau perbuatan berbalasan atau menyatakan makna saling,
contoh :
bergelut, berpandangan, bergandengan, bertinju, pukul-memuku,l surat-suratan, senggol-
senggolan.

Sehubungan dengan kata kerja ini, kita sering membuat kesalahan dengan menambahkan
kata saling di depan kata kerja ini, misalnya:
saling tolong-menolong, saling bergandengan, saling bertinju.

Semua bentuk pengungkapan tersebut salah atau rancu, dan dapat dibetulkan dengan
menghilangkan kata saling, atau mengubah menjadi saling menolong, saling
menggandeng, saling meninju.
6. Kata kerja instrumental,
yang menunjuk sarana perbuatan :
mengetik, bermotor, bersepeda, membajak, dan mengetam.
7. Kata kerja aktif,
yang subjeknya melakukan tindakan seperti yang dimaksud. Biasanya berawalan me-
atau ber-, contoh :
menyanyi, mengungkit, berdebat, dan bermalam.
8. Kata kerja pasif,
yang subjeknya menjadi sasaran dari tindakan dimaksud. Biasanya berawalan di-, ter-
dan berimbuhan ke- an. contoh :
dibahas, diminati, diulang, terpukul, tertindas, kecopetan.

Kata kerja yang menduduki fungsi predikat disebut kata kerja finit (predikatif), sedang
kata kerja yang berfungsi nominal atau berfungsi sebagai kata benda, yang menduduki
fungsi subjek atau objek, dinamakan kata kerja infinit (substantiva). Misalnya dalam
kalimat :
Belajar itu penting dan la belalar membaca. Belajar dan membaca adalah verba lnfinit.
Kata Sifat
Semua kata yang dapat diperluas dengan kata lebih, paling, sangat, atau mengambil
bentuk se-reduplikasi-nya, adalah kata sifat. Kata ini disebut juga adjektiva, contoh :

lebih cermat, agak membosankan, sangat cantik, semahal-mahalnya


lebih bijaksana, paling enak, sangat mahal, sebaik-baiknya
lebih bahagia, tua sekali, sangat pandai, sejelek-jeleknya
paling menarik, cantik sekali, kurang berharga, seteliti-telitinya

Kata sifat dikatakan berfungsi atributif jika digunakan untuk menjelaskan kata benda, dan
kata sifat tersebut bersama-sama dengan kata bendanya membentuk frase nominal. Jika
digunakan sebagai predikat sebuah kalimat ia dikatakan berfungsi predikatif Perhatikan
contoh berikut :

(1) Mahasiswa baru itu sedang mengikuti penataran P4.


(2) Buku itu baru.

Kata baru dalam kalimat (1) berfungsi atributif, sedangkan dalam kalimat (2) berfungsi
predikatif.
Kata Tugas
Kata yang berfungsi total, memperluas atau mentransformasikan kalimat dan tidak dapat
menduduki jabatan-jabatan utama dalam kalimat, seperti kata dan, di, dengan, dll.
dikelompokkan ke dalam kelas kata tugas. Yang termasuk kata tugas ialah :

(1) Kata depan atau preposisi : di, ke, dari


(2) Kata hubung atau konjungsi : dan, atau, karena, dengan
(3) Kata sandang atau artikula : si, sang, para, kaum
(4) Kata keterangan atau adverbia : sangat, selalu, agak, sedang,
secepat-cepatnya

1. Ciri - ciri Kata Tugas


1. Tidak dapat berdiri sendiri sebagai tuturan yang bebas.
2. Tidak, pernah mendapat imbuhan atau mengalami afiksasi.
Perhatikan, kata ke, dari, di, tetapi, telah, akan, dsb., tidak mengalami afiksasi !
3. Berfungsi menyatakan makna gramatikal kalimat. Sebuah kalimat akan berubah
artinya jika kata tugasnya diganti dengan kata tugas yang lain. Perhatikan contoh di
bawah ini :
a. Herman sedang mandi
b. Herman sudah mandi
c. Herman belum mandi
d. Herman akan mandi
e. Herman selalu mandi
f. Herman pernah mandi
4. Jumlah kata tugas hampir tidak, berkembang karena sifat keanggotaannya tertutup. Ini
berbeda sekali dengan kata benda, kata kerja atau kata sifat yang terus berkembang dan
diperkaya oleh kata-kata baru.
2. Fungsi Kata Tugas

Fungsi kata tugas ialah untuk menperluas atau menyatakan hubungan unsur-unsur
kalimat dan menyatakan makna gramatikal atau arti struktural kalimat tersebut. Secara
terinci kata tugas berfungsi untuk menunjukkan hubungan :
1. arah : di, ke, dati
2. pelaku perbuatan : oleh
3. penggabungan : dan, lagi, pula, pun, serta, tambahan
4. kelangsungan : sedang, akan, sudah, belum, pernah, sesekali
5. waktu : ketika, tatkala, selagi, waktu, saat, sejak
6. pemilihan : atau
7. pertentangan : tetapi, padahal, namun, walaupun, meskipun, sedangkan
8. pembandingan : seperti, sebagai, penaka, serasa, ibarat, bagai, daripada, mirip, persis
9. persyaratan : jika, asalkan,kalau,jikalau,sekiranya, seandainya, seumpama, asal
10. sebab : sebab, karena, oleh karena
11. akibat : hingga, sehingga, sampai-sampai, sampai, akibatnya
12. pembatasan : hanya, saja, melulu, sekadar, kecuali
13. pengingkaran : bukan, tidak, jangan
14. peniadaan : tanpa
15. penerusan : maka, lalu, selanjutnya, kemudian
16. penegasan : bahwa, bahwasanya, memang
17. derajat : agak, cukup, kurang, lebih, amat, sangat, paling
18. tujuan : agar, biar, supaya, untuk
19. peningkatan : makin, semakin, kian, bertambah
20. penyangsian : agaknya, kalau-kalau, jangan-jangan
21. pengharapan : moga-moga, semoga, mudah-mudahan, sudilah
22. orangan : sang, si, yang, para, kaum
23. menjelaskan : ialah, adalah, yaitu, yakni, merupakan
Kata tugas yang menyatakan hubungan arah di dan ke, yang merupakan kata yang penuh
berdiri sendiri dan dipisahkan dari kata yang mengikuti, sering dikacaukan dengan
prefiks di- dan ke- yang harus digabung dengan bentuk dasarnya.

Perhatikan perbedaan berikut:


• di sini , ke sini, ditulisi, kedua
• di sana, ke samping, dikemukakan, kegemaran
• di dalam, ke luar daerah, dikelilingi, kekasih
• di bawah, ke Surabaya, dikeluarkan, kedalaman
• di luar kota, ke utara, diutarakan, keringanan

You might also like