You are on page 1of 1

Bincangkan cara-cara mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semangat perpaduan merupakan unsur yang signifikan dalam kehidupan


bermasyarakat. Selain dapat memupuk persejahaman sesame penduduk, semangat
sebegini dapat menyatupadukan masyarakat khususnya masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai etnik di negara kita.

Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan


perpaduan dalam kalangan rakyat. Pihak sekolah boleh menjalankan aktiviti dan
pertandingan bertemakan perpaduan atau memanjangkan tempoh mata pelajaran
Pendidikan Moral di sekolah. Secara langsung, nilai-nilai murni dan kemaslahatan
perpaduan dapat disemarakkan dalam sanubari remaja sejak kecil-kecil lagi, bak
kata pepatah “melentur aur biarlah dari rebungnya”.

Selain itu, tradisi rumah terbuka wajar dilestarikan di negara oleh segenap
lapisan masyarakat untuk mewujudkan perpaduan. Kita dapat memahami budaya
kaum tersebut jika kita bertandang ke rumah kaum lain pada musim perayaan.
Bukan itu sahaja, kita juga dapat menimba pengetahuan tentang adapt etnik lain
dan paling pentingnya ialah muafakat dan perpaduan kaum dapat dicapai.

Dalam pada itu, pihak kerajaan haruslah menganjurkan kempen-kempen


berternakan perpaduan. Selain mengalakkan masyarakat menggunakan bahasa yang
sama, kempen sebegini mampu membentuk jati diri masyarakat sebagai rakyat
Malaysia. Satu jawatankuasa khas juga harus ditubuhkan untuk memastikan setiap
kempen yang dianjurkan mendapat penyertaan penuh daripada orang ramai untuk
mencapai objektif asalnya.

Akhir kalam, semangat perpaduan menjadi penting dalam konteks negara


kita sebagai masyarakat majmuk. Kita harus mengamalkan nilai toleransi untuk
mengelakkan pertelingkahan dan peselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Sementelahan pula, nilai saling membantu dan bekerjasama harus dijadikan
pedoman hidup supaya segenap masyarakat bersatu padu mencapai sesuatu
maklamat. Malah, nilai hidup bersama secara aman dapat dipraktikkan. Kita sayugia
mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa
serta budaya.

You might also like