You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DATO’WAN AHMAD RASDI


34850 CHANGKAT JERING
TAIPING,PERAK

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2011

PENCEMARAN ALAM SEKITAR KAWASAN


TRONG

NAMA:FATIN NUR SHUHADA BT.GHAZALI


TINGKATAN:3AMANAH
NAMA GURU:EN.NOOR AZMAN B.AHMAD
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah
S.W.T. kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk
menyiapkan FOLIO GEOGRAFI ini dengan jayanya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua,Tuan Haji


Hamzah B. Yusuf yang telah membenarkan saya untuk menjalankan
kajian ini.Tidak lupa juga kepada Encik Noor Azman B. Ahmad,guru
Geografi yang sentiasa member dorongan,galakan dan nasihat kepada
saya.

Selain itu,ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibubapa saya


Arbaayah Bt.Harun dan Ghazali B.Ramli.Tidak ketinggalan juga kawan
kawan Fatin Nur Shahira,Nurul Asnida, Nur Aidah Afini, Nur Atika dan
lain lain yang selalu membantu dan memberi galakan kepada saya
dapat menghasilkan folio ini dengan jayanya.
PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar


Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah.
Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk “ Pencemaran Alam Sekitar
Di Kawasan Trong, Perak

Saya memilih pencemaran alam sekitar di Kawasan Trong kerana lokasi ini
berhampiran dengan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak
kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang
pesat membangun. Selain itu , juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk
yang menjadi laluan utama untuk ke Beruas ke Taiping yang tidak jauh untuk
laluan ke Lumut

Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas


waktu persekolahan.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja
khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu
menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan
secara berkumpulan.Sekian.
OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang saya jalankan ialah:-


1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Trong,
  Perak

2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Trong,


  Perak

3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Trong,


  Perak

4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Trong,


  Perak

5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan


pencemaran alam sekitar di Trong Perak
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah di Trong, Perak iaitu kira-kira
35km di selatan Bandar Taiping Perak. Trong  merupakan sebuah
kawasan Pekan kecil yang berhampiran rumah saya.

Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan pembukaan oleh penjajah


ingeris pada tahun 1880-an kawasan ini telah dibangunkan dengan
serderhana sebagai sebuah kawasan petempatan luar bandar. Kawasan
ini mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit dan berpaya serta
bersaliran baik.

Kawasan Trong terletak di Parlimen Bukit Gantang dan diselenggarakan


oleh pihak Majlis Perbadanan Taiping. Kawasan Trong ini berdekatan
dengan Termelok,Sungai Limau dan pertempatan yang lain lagi. Di
Trong, pihak pembandaran telah mempertingkatkan sistem
pengangkutan yang moden. Bagi penduduk di Trong ini yang ingin pergi
ke Taiping hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM10.00 jika
menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu
membayar RM2.50 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 40
minit.
KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, saya telah


menggunakan beberapa kaedah iaitu:-

1) Kaedah pemerhatian
-Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan
perniagaan di Trong dengan melihat sistem perparitan serta sistem
pembuangan sampah. Kami juga mengambil gambar untuk
membuktikan kaedah ini digunapakai

2) Kaedah soal selidik


-Saya juga telah memberikan kertas soal selidik kepada beberapa orang
responden yang terdiri daripada penduduk sekitar Trong ini. Soalan
yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk
soalan soal selidik yang disediakan.
Atau ( pilih sama ada kaedah soal selidik atau Temu bual )

3) Kaedah Temu bual


– Saya telah menemubual beberapa orang responden yang terdiri
daripada penduduk Trong ini ..Soalan yang kami ajukan adalah berkisar
tentang pencemaran alam sekitar. Sila rujuk soalan temu bual yang
disertakan.

4) Kaedah Rujukan
-Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat
beberapa rujukan di Perpustakaan SMK DATO’ WAN AHMAD RASDI.
Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh daripada
pihak Penbandaran Taiping

You might also like