You are on page 1of 7

KESAN NEGATIF WANITA BEKERJAYA

Kebaikan sememangnya wujud sekiranya wanita itu mempunyai kerjaya. Namun demikian,
disebalik kebaikan itu, terdapat juga kesan negatifnya. Antara kesan negatif yang akan timbul
akibat wanita bekerjaya adalah:
a. gangguan emosi.
Dalam rutin bekerja, wanita tidak dapat mengelak daripada mematuhi pelbagai arahan
daripada pihak atasan sama ada dari sudut kedatangan mengikut waktu atau mematuhi
arahan di dalam pejabat. Keadaan seperti ini kadangkala mempengaruhi emosi dan
tekanan perasaan yang kadang-kala terbawa-bawa dalam kehidupan keluarga. Selain itu,
bagi wanita yang telah berkahwin, isu-isu kewangan, persekolahan anak, hubungan
kekeluargaan, keselamatan, kesihatan dan akhlak anak-anak turut merunsingkan fikiran
mereka. ,ada masanya suami atau anak-anak jatuh sakit, sedangkan mereka pula terpaksa
bekerja. Dalam situasi begini, wanita akan menjalankan tugasnya dengan perasaan yang
berbelah bahagii dan gelisah. Keadaan ini akan mengganggu tumpuan terhadap
pekerjaan. Masalah akan menjadi lebih teruk lagi apabila di rumah tiada pembantu yang
sesuai atau tidak ada tempat asuhan kanak-kanak yang terjamin dan sempurna untuk
menjaga anak- anak mereka. Hal ini akan mengganggu tumpuan mereka dimana mereka
terpaksa memikirkan anak-anak mereka dan pada masa yang sama terpaksa tumpukan
terhadap kerja yang dilakukan. Sesetengah daripada mereka ada yang mengambil
pembantu rumah untuk membantu mereka menguruskan hal-hal penjagaan anak-anak dan
kerja-kerja di rumah namun, perasaan bimbang tetap wujud akibat dari berita-berita yang
sering dikaitkan dengan masalah pembantu rumah seperti penculikan kanak-kanak dan
penderaan. Oleh yang demikian, fikiran mereka juga sering terganggu dengan masalah-
masalah seperti ini. Naib Yang Dipertua II, Persatuan Suri dan Anggota Wanita
Perkhidmatan Awam (Puspanita), Prof. Datin Dr. Rohaty Mohd. Majzub berkata, antara
tekanan yang dihadapi oleh wanita ini ialah mendapatkan kualiti masa untuk keluarga,
kerja dan diri sendiri. Malah katanya, ada ahli sosiologi yang mengaitkan penglibatan
wanita dalam kerjaya sebagai faktor dominan tergugatnya rumah tangga dan lemahnya
sistem keluarga. Hal-hal seperti ini juga merupakan faktor berlakunya masalah gangguan
emosi pihak wanita yang bekerjaya.
b. Masalah sosial
Bagi golongan wanita yang sudah berumahtangga, kegagalan mereka dalam memberi
perhatian pada anak-anak lantaran kesibukan mereka di luar rumah sering dikaitkan
dengan salah satu punca gejala sosial.. Apabila pembentukan keluarga tidak
dititikberatkan oleh wanita, hal ini akan menyebabkan berleluasanya masalah sosial anak-
anak, tingginya kadar perceraian dan sebagainya. Ini membawa kepada timbulnya
masalah yang lebih besar kepada generasi muda yang akan menjadi pemimpin suatu hari
nanti apabila ramai dikalangan mereka yang merasa tersisih dan terabai serta tidak
mendapat kasih sayang yang sepatutnya akibat daripada kehidupan keluarga yang terabai
ikatan kasih sayang. Mereka ini terlibat dengan dadah, arak, zina dan juga melakukan
pelbagai kesalahan jenayah bagi memenuhi masa terluang dan mereka tidak lagi
menghormati kedua ibu bapa mereka.Selain itu, wanita-wanita yang bekerja di luar
rumah juga cenderung menimbulkan fitnah kepada kaum laki-laki. Ini kerana mereka
akan memakai pakaian yang akan menaikkan syahwat lelaki, memakai wangi-wangian
yang tercium hingga 10 meter, berbicara dengan manja, dan sebagainya. Hal ini akan
mendorong berlakunya kes-kes rogol dan sebagainya. Oleh itu, masalah akan timbul
dalam struktur keluarga mereka.
c. Masalah rumah tangga
Wanita yang bekerjaya sering kali mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pengurus
dan pengatur rumahtangga yang mana sekaligus akan mengakibatkan pengabaian kepada
didikan anak-anak. Di sini akan bermula gejala sosial yang melanda negara. Akibat
kurangnya perhatian dan didikan agama dalam sesebuah keluarga, keluarga tersebut
hancur. Selain itu, tanggungjawab wanita terhadap suami juga sering diabaikan. Wanita
tiada masa untuk menyediakan sarapan untuk suami, makanan malam serta keperluan
suami yang lain akibat terlalu sibuk dengan tugas kerja yang diberikan. Malah, waktu
untuk melayani suami juga berkurangan. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan suami menyebabkan munculnya isu penceraian dan suami curang.
d. Mengganggu perjalanan sesebuah organisasi
Seperti yang dibincangkan di atas, wanita berkerjaya sering mengalami gangguan emosi.
Hal in akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi. Wanita tidak dapat member
tumpuan secara keseluruhan setiap kerja yang dilakukan. Masalah yang dihadapi di
rumah menjadikan fikiran mereka bercelaru dan hal ini akan terbawa-bawa pada
organisasi. Selain itu, wanita yang bekerja di mana pada masa yang sama tengah sarat
mengandung akan menimbulkan masalah pada organisasi apabila tiba masa bersalin. Hal
ini kerana organisasi terpaksa member cuti yang lama iaitu selama 60 hari kepada
mereka. Segala kerja mereka akan tertangguh begitu sahaja. Hal ini akan member kesan
kepada organisasi apatah lagi wanita tersebut memegang jawatan penting dalam
organisasi tersebut.
e. Pengurusan kewangan yang lemah.
Wanita tidak akan lengkap tanpa perhiasan yang indah-indah dan wanita juga tidak dapat
dipisahkan dengan benda yang cantik-cantik. Oleh yang demikian, wanita sanggup
mengeluarkan wang yang banyak untuk memilikinya. Pendapatan yang diperolehi hasil
daripada kerja mereka digunakan untuk membeli barang-barang perhiasan samada untuk
diri mereka sendiri atau untuk dekorasi rumah. Barang-barang seperti baju, kasut, beg
tangan dan macam-macam lagi menjadi perbelanjaan utama bagi mereka apabila tiba
waktu penerimaan gaji. Selain itu, wanita juga gemar barang-barang yang berjenama.
Mereka tidak mengambil kira berapa harga barang tersebut asalkan mempunyai jenama
yang dikenali ramai. Hal ini menunjukkan bahawa wanita lemah dan boros dari segi
pengurusan kewangan kerana terikut dengan kehendak untuk memiliki barangan yang
cantik.
Syarat-syarat wanita bekerja di luar rumah.
Wanita sememangnya tidak dilarang untuk bekerja. Wanita bekerja juga turut digalakkan oleh
islam bagi membantu meringankan beban keluarga. Namun begitu, terdapat beberapa syarat
yang perlu dipatuhi oleh wanita yang ingin bekerja. Antaranya ialah:
a. Terdapat keperluan baginya untuk bekerja
Wanita boleh bekerja sekiranya itu merupakan sesuatu keperluan dalam hidupnya. Hal ini
bermaksud wanita tersebut bekerja kerana tiada yang dapat membiayai keperluan hidup
bagi dirinya dan keluarganya. Sebagai contoh, dalam sesebuah keluarga, wanita tersebut
merupakan anak sulung dan adik-beradiknya yang lain masih bersekolah. Adalah wajar
bagi wanita tersebut untuk bekerja bagi membantu ayahnya membiayai keperluan hidup
mereka sekeluarga.
b. Mendapat keizinan dari suami
Bagi umat islam wanita yang sudah berkahwin, adalah wajib bagi mereka untuk
mendapat izin dari suami dalam membuat sebarang tindakan. Begitu jugalah dengan
bekerja. Ini adalah yang paling sering luput dari perhatian para muslimah. Terkadang
seolah-olah izin dari pihak orang tua mahupun suami menjadi hal yang dilupakan. Izin
dari suami harus difahami sebagai bentuk kasih sayang dan perhatian serta wujud dari
tanggungjawab seorang yang berperanan menjadi pelindung. Seharusnya wanita yang
hendak bekerja haruslah mendapat keizinan dari suami. Sekiranya suami tidak memberi
kebenaran kepada isterinya untuk bekerja, maka seseorang wanita itu tidak boleh keluar
untuk bekerja. Hal ini kerana, segala yang dilakukan si isteri itu haruslah mendapat izin
dari suaminya.
c. Pekerjaan yang sesuai dengan fitrah wanita dan kemampuan fizikalnya
Kerja yang dilakukan oleh wanita itu mestilah bersesuaian dengan sifat kewanitaan serta
kerja yang dilakukan itu tidak menjejaskan peranan dirinya sebagai seorang isteri dan
juga ibu. Contohnya, seseorang wanita itu tidak digalakkan bekerja di tempat yang
menggunakan tenaga yang banyak seperti kerja-kerja pembinaan. Selain itu, wanita juga
tidak digalakkan bekerja di tempat yanag memerlukan masa yang lama. Hal ini kerana, ia
akan menjejaskan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Contohnya wanita yang bekerja
sebagai pramugari yang tidak tetap pada sesuatu tempat akan menjejaskan
tanggungjawabnya terhadap anak-anak dan suami. Dari segi tugas, wanita juga tidak
dibenarkan bekerja dalam pekerjaan yang bermaksud untuk megekspoitasi
kewanitaannya. Contohnya, wanita yang bertugas dalam pasaraya bagi tujuan menarik
pelanggan, bekerja di kedutaan yang bertujuan menggunakan kewanitaannya untuk
memperoleh tujuan politik, dan pramugari kapal terbang untuk menarik pelanggan.
d. Digalakkan bekerja dalam tempoh masa tertentu sahaja
Wanita digalakkan bekerja dalam tempoh yang tertentu sahaja. Hal ini kerana, wanita
mempunyai tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Sekiranya wanita bekerja
dalam tempoh yang lama, isu dalam rumah tangga akan timbul. Sebagai contoh, akan
wujud masalah sosial kepada anak-anak kerana kurang mendapat perhatian dari ibu
mereka. tanggungjawab terhadap suami juga akan terabai dan boleh mencetuskan
masalah penceraian dan curang dalam kalangan suami mereka.
e. Tiada niat untuk menyaingi lelaki atau mengumpul harta semata-mata
Tujuan utama wanita itu bekerja adalah dengan niat untuk membantu keluarga dalam
menyara kehidupan. Dalam islam, wanita adalah dilarang bekerja jika tujuannya adalah
untuk menyaingi lelaki. Hal ini kerana, dalam islam wanita adalah tidak dibenarkan
bekerja sekiranya mereka tiada keperluan. Adalah menjadi tanggungjawab bagi lelaki
dalam memberi nafkah kepada keluarga. Oleh itu, wanita tidak haruslah menunjuk-
nunjuk dalam pekerjaannya dan cuba memandang rendah terhadap lelaki di bawahnya.
Tambahan pula. Pekerjaan yang dilakukan itu haruslah dengan niat untuk menyara
keluarga. Bukan untuk menunjuk-tunjuk kemewahan yang diperolehi.
f. Menutup aurat dan menjauhi fitrah di tempat kerja
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang-oarang beriman, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh
mereka"(QS Al-Ahzaab 27)
Dari ayat di atas jelas menunjukkan bahawa dalam islam kaum wanita haruslah menutup
aurat tidak kira samada di rumah ataupun di tempat kerja oleh itu, wanita haruslah
menjaga aurat mereka terutama jika tempat mereka bekerja itu terdapat campuran antara
lelaki dan wanita. Terdapat dalam kalangan wanita yang berhias berlebih-lebihan hingga
menggoda kaum lelaki. Ini adalah hal yang dilarang dalam islam.selain itu, aurat wanita
bukan sahaja dari segi pakaian, tetapi ia juga melibatkan aurat dari segi suara. Wanita
haruslah mengelak dari bersembang dengan lelaki terutama sekali jika ia tiada kaitan
dengan pekerjaan mereka. wanita juga harus mengelak dari berbual dengan nada suara
yang manja di mana ia boleh menimbulkan syahwat lelaki di sekelilingnya.
g. Tidak menjejaskan tanggungjawab terhadap keluarga
Seorang wanita yang bekerjaya tidak haruslah menggunakan alasan kerja mereka untuk
menggelak tanggungjawab terhadap keluarga. Pada masa kini, ramai wanita yang cuba
mengelak dari menjaga ibu-bapa mereka dengan alasan bekerja. Terdapat dalam kalangan
mereka yang sanggup menghantar ibu-bapa ke rumah-rumah orang tua dan yang paling
teruknya apabila mereka langsung tidak memperdulikan keberadaan ibu bapa mereka itu.
Bagi wanita yang sudah berkahwin pula. kaum ibu tidak harus menjadikan kerjaya
sebagai alasan dalam kegagalan menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak dan
keluarga. Kaum ibu yang bekerjaya perlu bijak dalam mengimbangi kehidupan kerjaya
dan keluarga agar tidak berlaku kepincangan di dalam pembangunan sahsiah anak-anak.
h. Pekerjaan yang tidak memerlukan pergaulan bebas dengan lelaki
Wanita yang bekerja haruslah mengelak daripada pergaulan yang bebas dengan lelaki.
Mereka tidak perlu bercampur gaul tanpa keperluan kerja, menjauhkan tempat-tempat
syubhat dan berhati-hati dari semua itu. Ia merupakan perkara yanga amat sukar
dilakukan, tetapi dalam islam, mereka haruslah menjaga batas-batas pergaulan ini.
Contohnya, pada masa kini, kebanyakan syarikat-syarikat mewajibkan adanya para
pekerja dalam satu bilik lebih dari Sembilan jam secara berterusan. Oleh yang demikian,
wanita haruslah menjaga tingkah laku mereka dan memastikan tiada tindakan yang boleh
menimbulkan sebarang masalah pergaulan antara mereka dengan lelaki sepejabat.
Isu yang perlu difikirkan oleh wanita sebelum mengambil keputusan untuk bekerja
1. Isu masa.
Masa merupakan isu yang paling penting bagi wanita untuk dipersoalkan sebelum dia
mengambil keputusan untuk bekerja. Agihan masa di tempat kerja khususnya bagi
jawatan yang menuntut tumpuan dan penglibatan aktif wanita sudah pasti memerlukan
kebijaksanaan wanita dalam memastikan keutamaan disusun-atur mengikut kepentingan.
Sebagai contoh, ketika di rumah adalah lebih bijak untuk memperuntukkan lebih masa
untuk bermesra bersama anak-anak dan melihat kemajuan persekolahan mereka
berbanding bertungkus lumus menyiapkan kerja yang tidak dapat disiapkan di pejabat.
2. Isu keluarga
Keputusan untuk bekerja di luar akan menjejaskan keutuhan sesebuah keluarga. Oleh
yang demikian, wanita haruslah memastikan pekerjaannya itu mendapat sokongan yang
padu untuk menjadikan dirinya berjaya dalam kerjaya mahupun rumah tangganya.
Kestabilan rumah tangga amat penting. Ia bukan sahaja mempengaruhi aspek kewangan
tetapi juga dari aspek psikologi dan ketahanan mental dalam menguruskan rumah tangga
dan kerjaya.
3. Isu penjagaan anak
Bagi wanita yang telah berkahwin dan bekerja, mereka adalah seorang yang professional.
Namun, dalam sesuatu keadaan, wanita terpaksa memerlukan bantuan dari pihak lain
dalam menguruskan rumah tangga terutama dalam hal penjagaan anak-anak mereka
sewaktu ketiadaannya di rumah. Seb agai contoh mengambil pembantu rumah agar dapat
menolong dalam menjaga anak-anak dan membantu dalam pengurusan rumah. Hal ini
amat penting agar komitmen dalam pekerjaan dan mutu kerja tidak terjejas
4. Isu keupayaan diri
Seseorang wanita yang ingin bekerja haruslah memikirkan keupayaannya dalam
menjalankan sesuatu pekerjaan. Pekerjaan yang dilakukan perlulah bersesuaian dengan
fitrahnya sebagai wanita. Contohnya tidak bekerja di tempat yang memerlukan tenaga
yang banyak yang bersesuaian dengan kemampuan yang dimiliki.

You might also like