You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN KALI KEDUA

Tarikh : 09 April 2011


Masa : 8:30 malam
Tempat : No 18 Jalan Joget, Taman Kemajuan, 83000 Batu Pahat, Johor.

Kehadiran : Bil Nama Jawatan /


. Jenis Keahlian
1. En. Samson Bin Subari AJK / Ahli Biasa
2. En. Ajaj Ahmad Bin Zulkathar AJK / Ahli Biasa
3. En. Syahrul Bin Mohamad AJK / Ahli Biasa
4. En. Md. Jamaludin Bin Ibrahim AJK / Ahli Biasa
5. En. Mohd. Faiz Bin Mohamad Khalit AJK / Ahli Biasa
6. En. Nasirudin Bin Harun AJK / Ahli Biasa
7. En. Mohd. Azfar Bin Alias AJK / Ahli Biasa
8. En. Mohd. Norfazli Bin Husin AJK / Ahli Biasa
9. Pn. Nik Noryana Binti Nik Yusoff AJK / Ahli Biasa
10 En. Mohd. Saman Bin Bahrom Ahli Biasa
. En. Mohd. Amri Bin Alias Ahli Biasa
11
12 En. Mohammad Farezza Bin Md. Zaid Ahli Biasa
. En. Muhammad Syahmi Bin Abd. Latib Ahli Biasa
13 En. Mohamad Shahrul Hisyam Bin Mohd. Seni Ahli Remaja
. En. Muhd. Hafiz Bin Hamzah Ahli Remaja
14 En. Mohd. Shafiq Bin Mohd. Tahir Ahli Remaja
. En. Muhamad Ridzuan Bin Pharith Ahli Remaja
15 En. Muhammad Fazren Bin Md. Zaid Ahli Remaja
. En. Nazri Shah Bin Saidan Ahli Remaja
16
.
17
Tidak Hadir: .
18
.
19
.

1. En. Azmi Bin Abd. Rahman (dengan kenyataan) AJK / Ahli Biasa
2. En. Norazman Bin Abd. Wahid (dengan kenyataan) AJK / Ahli Biasa
3. En. Mohd. Hazwan Bin Hussein Ahli Biasa
4. Cik Mas Atikah Binti Rosli Ahli Biasa 1
5. Cik Farah Syazwani Bin Mustafa Ahli Biasa
1. PERLANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT
Encik Samson Bin Subari mencadangkan Encik Nasirudin Bin Harun dilantik sebagai pengerusi
Mesyuarat Agung Kali Kedua, Pertubuhan Seni Silat Gabungan GerakPanca. Cadangan ini
disokong oleh Encik Syahrul Bin Mohamad dan diterima sebulat suara oleh semua ahli yang hadir.

2. UCAPAN ALUAN DARI PENGERUSI MESYUARAT


Encik Nasirudin Bin Harun selaku pengerusi mengucapkan kata-kata aluan kepada para hadirin.
Beliau mempersilakan Encik Samson Bin Subari selaku Yang DiPertua Pertubuhan Seni Silat
Gabungan GerakPanca untuk memberi penjelasan terhadap Perlembagaan Pertubuhan (Undang-
undang bagi Pertubuhan Seni Silat Gabungan GerakPanca, Batu Pahat).

3. PENJELASAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN OLEH YANG DIPERTUA PERTUBUHAN


Encik Samson Bin Subari selaku Yang DiPertua Pertubuhan Seni Silat Gabungan GerakPanca
telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir Mesyuarat Agung ini. Beliau meminta
para ahli untuk menyemak salinan Perlembagaan Pertubuhan yang telah diedarkan kepada mereka
semasa beliau membacakan Perlembagaan tersebut. Antara perkara yang ditekankan adalah:
a) Fasal 5: Keahlian. Kerana adanya pindaan dibuat pada tahun 2010 iaitu diwujudkan Ahli
Perintis.
b) Fasal 7: Pemberhentian dan Pemecatan Ahli.
c) Fasal 9: Jawatankuasa
d) Fasal 18: Pembubaran

4. MELULUSKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Pengerusi telah membentangkan Minit Mesyuarat Pertubuhan Kali Pertama yang lalu dan
menyentuh perkara-perkara yang dipinda atau ditambah dalam Perlembagaan Pertubuhan pada
tahun 2010. Encik Jamaludin telah menegur kesilapan menaip pada Perkara 4.2: “En. Samson Bin
Subari mencadangkan Jawatan Naib Pengerusi/Naib Yang DIpertua diberi kepada Encik Norazman
Bin Abd. Wahid.”. dan dicadangkan untuk disahkan oleh En. Syahrul Bin Mohamad. Cadangan ini
disokong oleh En. Mohammad Farezza Bin Md. Zaid dan semua AJK yang hadir.

5. PEMBENTANGAN PENYATA KIRA-KIRA BERAKHIR 31.12.2010


En. Syahrul Bin Mohamad mewakili En. Azmi Bin Abd. Rahman selaku Bendahari, membentangkan
Penyata Kewangan Pertubuhan dari 31 Disember 2009 hingga Disember 2010. En. Azmi Bin Abd.
Rahman tidak dapat hadir mesyuarat kerana masalah kesihatan. Penyata ini telah disemak oleh
dua orang Pemeriksa Kira-kira iaitu Puan Shahriza Bte Misnan dan Cik Siti Fatimah Bt. Ahmad. En.
Mohd. Amri Bin Alias mencadangkan untuk disahkan dan disokong oleh En. Mohd. Azfar Bin Alias.

6. HAL-HAL LAIN / PERKARA BERBANGKIT.


Pengerusi membuka ruang kepada semua ahli untuk mengajukan usul-usul atau hal-hal lain
sekiranya perlu.
a) En. Nasirudin Bin Harun mengusulkan agar dibincangkan jenis perniagaan yang sesuai
berpandu kepada Fasal 4 (6) Undang-undang bagi Pertubuhan Seni Silat Gabungan
GerakPanca, Batu Pahat.
i) En. Jamaludin Bin Ibrahim memberi respon. Beliau bertanya sesiapa yang mahir
menggunakan MS PowerPoint. Respon diterima daripada En. Mohd. Amri Bin Alias, En.
Syahrul Bin Mohamad dan En. Mohd. Saman Bin Bahrom.

2
ii) En. Jamaludin menjelaskan bahawa Kursus Tenaga Dalam yang dianjurkan PSSGGP telah
mendapat perhatian dari seorang Doktor Homeophaty iaitu yang dipanggil sebagai Dr.
Ismail yang memiliki Pusat Rawatan / Klinik Homeophaty di Pasir Gudang. Beliau juga
meminta 3 orang tadi membantu membina persembahan (presentation) MS PowerPoint
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Ilmu Tenaga Dalam oleh Tuan Mahaguru Encik
Samson Bin Subari, kerana ianya boleh membantu mendapatkan dana untuk pertubuhan.

b) En. Syahrul Bin Mohamad mencadangkan agar diwujudkan Exco untuk melancarkan perjalanan
pertubuhan dan program-program yang akan dilaksanakan. Cadangan ini disokong oleh En.
Samson Bin Subari.
i) Beliau mencadangkan agar mewujudkan lima (5) Exco iaitu; 1) Exco Ilmu & Pendidikan, 2)
Exco Kegiatan, 3) Exco Sumber & Dana, 4) Exco Kelengkapan & Persiapan, 5) Exco
Diplomatik.
ii) En. Samson Bin Subari mencadangkan agar setiap Exco boleh melantik maksimum tiga (3)
orang AJK Kecil yang boleh terdiri dari pelbagai jenis keahlian. Cadangan ini disokong oleh
En. Mohd. Faiz Bin Mohamad Khalit.
iii) En. Mohd. Azfar mencadangkan En. Faiz sebagai Exco Ilmu & Pendidikan dan disokong
oleh En. Nasirudin Bin Harun.
iv) En. Mohd. Faiz mencadangkan En. Nasir sebagai Exco Diplomatik dan disokong oleh En.
Mohd. Amri.
v) En. Mohd. Faiz mencadangkan En. Jamal sebagai Exco Sumber & Dana dan disokong oleh
Mohd. Norfazli Bin Husin.
vi) En. Nasirudin mencadangkan En. Mohd. Azfar sebagai Exco Kegiatan dan disokong oleh
En. Mohd. Faiz.
vii) En. Samson mencadanglan En. Mohd. Norfazli sebagai Exco Kelengkapan & Persiapan dan
disokong oleh En. Mohd. Faiz.

c) En. Mohd. Faiz mencadangkan sebahagian dari wang pertubuhan digunakan untuk membeli
peralatan yang akan digunakan dalam persembahan atau demonstrasi silat. Cadangan ini
disokong oleh En. Mohammad Farezza Bin Md. Zaid dan diterima sebulat suara oleh semua
yang hadir.

d) En. Samson mencadangkan supaya dibuat perhimpunan tahunan agar pertubuhan ini lebih
dikenali dan menjadi ruang untuk menjalinkan silaturrahim dengan individu atau pertubuhan
yang lain. Beliau juga menjelaskan, dalam perhimpunan tahunan itu, boleh diadakan majlis-
majlis perguruan silat seperti majlis kenaikan tahap bengkung dan penganugerahan sijil kepada
pesilat-pesilat dan orang-orang tertentu. Cadangan ini disokong oleh En. Faiz.
i) En. Syahrul mencadangkan supaya dibincangkan tema atau nama khas bagi perhimpunan
tahunan tersebut dan keputusan berdasarkan undian ahli.
1. En. Mohd. Faiz mencadangkan nama “Majlis Perhimpunan Silaturrahim
Gerakpanca”.
2. En. Muhamad Ridzuan mencadangkan nama “Majlis Perhimpunan Gerakpanca”.
3. En. Nasirudin mencadangkan nama “Gempur Generasi Gerakpanca”.
4. Undian dibuat dan nama “Gempur Generasi Gerakpanca” dipilih kerana undi
majoriti iaitu sebanyak 12 undian.

3
ii) En. Samson mencadangkan supaya ditetapkan suatu tarikh khusus untuk perhimpunan
tahunan ini atau mana-mana tarikh yang dekat dengan tarikh yang dipilih asalkan diadakan
di hujung minggu iaitu Sabtu malam Ahad. Keputusan berasaskan undi majority para ahli.
1. En. Muhd. Hafiz Bin Hamzah mencadangkan tarikh 13hb Mei untuk mengenang
semangat kebangsaan kaum Melayu.
2. En. Mohd. Norfazli mencadangkan tarikh 7hb Disember untuk mengenang tarikh
pendaftaran pertubuhan secara rasmi.
3. En. Nasirudin mencadangkan tarikh 31hb Ogos untuk mengenang jasa dan
pengorbanan pemimpin-pemimpin melayu dahulu dan kebijaksanaan mereka
dalam memerdekakan Malaysia secara rundingan dan bukan dengan cara
pertumpahan darah.
4. En. Mohd. Faiz mencadangkan tarikh 12hb Mei iaitu tarikh lahir pengasas
Pertubuhan Seni Silat Gabungan Gerakpanca iaitu Yang Dipertua En. Samson
Bin Subari untuk mengenang jasa dan pengorbanan beliau selamanya
walaupun sesudah ketiadaan beliau.
5. Tarikh 12hb Mei dipilih secara undian dengan majoriti sebanyak 13 undian.

e) En. Muhamad Ridzuan mencadangkan supaya diadakan satu program untuk meningkatkan
disiplin di kalangan ahli PSSGGP.
i) En. Nasirudin memberi respon supaya diadakan Seminar satu (1) hari yang memfokuskan
pada sikap dan sahsiah.
ii) En. Samson memberi respon agar seminar tersebut diadakan untuk menjelaskan Falsafah
Silat Gerakpanca.
iii) En. Mohd. Faiz memberi respon agar digunakan pendekatan dakwah (tidak memaksa)
untuk membentuk disiplin dan sahsiah.
iv) En. Syahrul menyokong supaya diadakan Seminar Falsafah Seni Persilatan Gerakpanca
sebagaimana yang dicadangkan oleh En. Samson.

7. MESYUARAT DITANGGUHKAN.
En. Nasirudin mencadangkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan dan disokong oleh En. Mohd.
Amri. Semua ahli bersetuju mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:30 malam.

8. Jamuan ringan dan bersurai.

…………………………………. ………………………………….

Yang Dipertua Setiausaha

Nama: En. Samson Bin Subari Nama: En. Syahrul Bin Mohamad

You might also like