You are on page 1of 7

PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif
pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu
guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan
berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang
digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan
kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.

Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat
mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik.
Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan
selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang
rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih
efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model
ASSURE.

Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model
reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara
sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan
untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan
media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah.

Model ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam model


ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:

• A - Analyse learners (Analisis pelajar).

• S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).

• S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).

• U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).

• R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).

• E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).

1
Analisis pelajar

Nyatakan objektif

Pilih kaedah, media dan bahan

Gunakan media dan bahan

Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Nilai bahan

Rajah 1 : Model ASSURE

Langkah 1 : Analisis pelajar

Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar


termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya.
Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.
Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara
langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.

Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar
tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan
dan juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat maklumat daripada buku
rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.

2
Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan
pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar,
terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media dalam
proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya
penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut
harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar
yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap
kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain
itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar
tingkatan 5b terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India.

Langkah 2: Nyatakan objektif

Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus
kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat
berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat
dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang
perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif topik ini ialah
pelajar dapat:

1. Memahami pengelasan mikroorganisma.


2. Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan saiz.

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan

Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu
berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin
dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:

3
i. Memilih kaedah
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk
disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi,
pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian
pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan
dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.

ii. Memilih media

Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran


merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara
bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia. Format
media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.

iii. Memilih bahan

Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang


menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota,
dan buku latihan.

Langkah 4: Gunakan media dan bahan

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini
menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam
bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan bahan
yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar.
Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman
pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

4
Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam


aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan
sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul.
Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa
bentuk mikroorganisma melalui internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan
kepada pelajar.

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan

Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P


mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap
sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan
pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.

Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan
keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk
mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian
ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian
akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum,
pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu

i. Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan


suatu set objektif yang telah ditentukan)
ii. Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.
iii. Sikap.

Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain
itu pelajar juga menjawab soalan struktur.

5
Kesimpulan:

Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti
dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara
optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

6
Bibliografi
Anglin, G. J. (1995). Instructional technology: Past, present, and future. Englewood:
Colorado: Libraries Unlimited.

Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. KL: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, Audiovisual Communication


Review, 8(1), 9-10.

Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional
technologies (7th ed.). New York: Harper Collins.     

Norasiah Bt. Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong,
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. KL: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.). Upper
Saddle River, N. J.: Merril Prentice Hall.

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. KL: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood,


Colorado: Libraries Unlimited

Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of
the field, Washington DC; AECT.

Smaldino, S.E.,  Russell, J., Heinich, R., & Molenda, M., (2004). Instructional technology
and media for learning.  (8th ed.). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall.

Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran.  Shah Alam: Fajar Bakti.


 
 
 

You might also like