You are on page 1of 9

Application Of Technology

1. Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran matematik pada alaf baru ini hendaklah lebih ke arah
penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan Scientific kalkulator, komputer, perisian
pendidikan dan laman web agar pelajar lebih memahami matematik dan menarik minat serta
pendagogi pengajaran dapat dipertingkatkan, seiring dengan peredaran zaman moden di mana
pelajar lebih celik it dan lebih maju berbanding dengan zaman dulu.

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek
teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah
menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi.
Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada
yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi
terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan
berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda
perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau
MSC ).

Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi


komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.
Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya
menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).
2. Pengajaran Berbantukan Komputer

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan
dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum
matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini ( Fatimah & Munirah, 1995; PPK,
1993;Nik Azis, 1989). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting
(Nik Azis, 1989 );

1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan computer

2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data memproses data


penyelidikan memproses perkataan.

3. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran pengaturan


murid pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang
menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin,
1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu
kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program
komputer atau perisian melalui terminal (Nik Azis,1989).

Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor
atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai
pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini
boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan
komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK,
1993; Jamaludin, 1989 ).
3. Komputer Dalam Pendidikan Matematik

Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan


memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM (National Council of
Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil
peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa
penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti
pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu
tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian
terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak
bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan
Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan
dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan
fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.
Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar.
Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim,
1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman,
1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :

1. pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih
positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks.

2. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu
pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.

3. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.

4. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan


maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-
bidang lain.
Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik khususnya,
pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer
yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer
yang rendah dan tidak kurang juga kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik
( PPK, 1993 ). Walau bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer
telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang
dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta
kemahiran dalam penggunaan komputer.

Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-


aktiviti berikut

1. Penghasilan Bahan Kurikulum

2. Latih Tubi

3. Tutorial

4. Ulangkaji

5. Pemulihan dan Pengayaan

6. Simulasi

7. Pengiraan

8. Alat Bantu Mengajar

9. Tutor
3.1 Penggunaan spreadsheet

Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik.


Kajian-kajian yang telah dijalankan mencadangkan berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam
pengajaran matematik ( Janet, 1988; Lim, 1995; Fatimah & Munirah, 1995). Ada juga kajian
yang mencadangkan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep tentang
sesetengah konsep matematik ( Catterall and Lewis, 1985 dalam Fatimah & Munirah, 1995 ).
Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan speadsheet dalam pengajaran
matematik sementara menunggu pakej CAI yang sesuai.

3.2 Penggunaan multimedia

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan


manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia
berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang
menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan
cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin &
Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan
matematik. Antaranya ialah multimedia boleh;

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.

2. Memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.

3. Menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan

4. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar

5. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali


3.3 Penggunaan Internet

Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer
diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh
dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih
daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis
sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel
majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat
rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun
sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam
Internet.

Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan
ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang
tentang perkara yang sama, termasuklah tentang matematik. Topik-topik perbincangan
bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Bagi guru matematik, terdapat
beberapa kumpulan diskusi eletronik yang dapat disertai secara percuma. Antaranya; IMSE-L
dan MATHEDCC. Selain daripada diskusi eletronik, WWW (World Wide Web) juga
menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran , khususnya dalam bidang
matematik ( Zoraini, 1995; Lee, 1996 )

Beberapa tajuk yang boleh diperolehi dari WWW :

1. Global Network Navigator - Mathematic

2. Math Section

3. Mathematics - Singapore Min of Education

4. Math Launchpad

5. Mathematics Archives - K12 Internet Sites

6. K-8 dan K-12 Mathematics Education

7. Math and Numbers

8. The Math Forum


9. Ask Dr Math

10. Math Archives

11. Internet Math Class

12. Forum Guru dan Pelajar - TM School On Line

13. Nota dan Soalan Latihan ( UPSR, PMR dan SPM ) - TM School On Line

( Sila rujuk dalam http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html )

Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi
eletronik yang berkesan maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk
memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan
kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan
Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan projek ini, Kementerian Pendidikan telah:

1. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan
pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan

2. Melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang


disediakan

3. Merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan


rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping
menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi
maklumat

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi
maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang
kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkankemahiran dalam
penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula
pada hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi
hampir semua peringkat.
4. Penggunaan Teknologi dalam Silibus Matematik Tingkatan 1.

Tajuk
1 WHOLE NUMBERS

NUMBER PATTERNS AND


2 SEQUENCES

3 FRACTIONS

4 DECIMALS

5 PERCENTAGES

6 INTEGERS

7 ALGEBRAIC EXPRESSIONS

8 BASIC MEASUREMENTS

9 LINES AND ANGLES

10 POLYGONS

11 PERIMETER AND AREA

12 SOLID GEOMETRY
Penutup

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan
masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai
wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi
lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan
sepenuhnya.

Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam
cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan
penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan
sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain.
Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.

You might also like