You are on page 1of 4

Kemahiran Asertif

(Muhamad Hafiz Bin Zainun)

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan generasi masa
depan yang berilmu pengetahuan serta mempunyai akhlak yang mulia dalam
menghadapi cabaran dan rintangan masa hadapan yang semakin lama menghakis
nilai-nilai tersebut dalam diri generasi masa kini. Bagi membantu negara mencapai
Wawasan 2020, guru perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan juga kreativiti dalam
mendidik para murid yang berada dalam situasi yang kritikal serta mengubah tingkah
laku murid-murid agar lebih berdisiplin dan menghormati orang lain.

Salah satu kemahiran yang perlu ada dalam guru yang berkhidmat atas dasar
profesional ialah kemahiran asertif. Asertif bermaksud peneguhan atau ketegasan diri.
Suatu tingkahlaku yang membolehkan seseorang itu bertindak dengan cara yang
selesa dan tidak cemas, menyatakan perasaannya dengan cara yang jujur dan selesa
serta menggunakan haknya tanpa mengenepikan hak orang lain’.
(Berman dan Rickel, 1979). Asertif berasal dari kata asing to assert yang bererti
menyatakan dengan tegas. Menurut Lazarus (Fensterheim, l980), pengertian perilaku
asertif mengandung suatu  tingkah laku yang penuh  ketegasan yang timbul kerana
adanya kebebasan emosi dan keadaan efektif yang mendukung yang antara lain
meliputi : menyatakan hak-hak peribadi, berbuat sesuatu untuk mendapatkan hak
tersebut, melakukan hal tersebut sebagai usaha untuk mencapai kebebasan emosi.
Sedangkan Taumbmann (l976) menyatakan bahawa asertif adalah suatu pernyataan
tentang perasaan, keinginan dan keperluan peribadi kemudian menunjukkan kepada
orang lain dengan penuh percaya diri. Alberti dan Emmons (Gunarsa, S.D. l98l)
mengatakan bahwa orang yang memiliki tingkah laku asertif adalah mereka yang
menilai bahawa orang boleh berpendapat dengan orientasi dari dalam, dengan tetap
memperhatikan sungguh-sungguh hak-hak orang lain. Mereka umumnya memiliki
kepercayaan diri yang kuat.  Menurut Rathus (l986) orang yang asertif adalah orang
yang mengekspresikan perasaan dengan sungguh-sungguh, menyatakan tentang
kebenaran. Mereka tidak menghina, mengancam ataupun meremehkan orang lain. 
Orang asertif mampu menyatakan perasaan dan pikirannya dengan tepat dan jujur
tanpa memaksakannya kepada orang lain.Kemahiran asertif ini merupakan kaedah
atau cara yang digunakan oleh guru untuk mengawal tingkah laku murid agar tidak
bersifat keterlaluan dan biadap serta boleh mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran. Asertif juga dapat diertikan sebagai ciri di mana individu dapat
memperjuangkan hak sendiri tanpa menggugat hak orang lain, memperkatakan tentang
perasaan, keperluan dan kehendak tanpa diganggu oleh rasa kerisauan yang
keterlaluan dan berinteraksi dengan orang lain tanpa ditindas atau dipermainkan. Bagi
mengukur tahap kemahiran yang telah dikuasai oleh seseorang guru, ketegasan skala
penilaian telah dibentuk untuk memudahkan para guru melihat dan menilai sendiri
kemahiran asertif yang telah mereka gunakan semasa berada di sekolah. Skala
penilaian ini boleh dikelaskan kepada tiga iaitu asertif, pasif dan agresif.

Dari segi asertif, para guru menekankan tentang hak menghormati diri sendiri
dan juga orang lain di mana murid-murid harus memahami bahawa mereka berada di
dalam satu kumpulan yang terdiri dalam kalangan mereka sendiri dan mereka harus
bersikap lebih terbuka dan menerima seadanya serta tidak mencabuli hak kawan-
kawan mereka dan orang lain. Kita boleh kaji kemahiran asertif ini berdasarkan situasi
yang berikut; “Fahmi telah merudum sejak akhir-akhir ini, melakukan prestasi yang
minimum dan nyaris tidak lulus. Pada akhir kelas hari ini, dia bertanya adakah boleh
untuk menyerahkan projek beberapa hari lewat. Dia tahu bahawa guru telah
memberikan keizinan yang serupa dengan dua pelajar lain yang mengalami kesulitan
untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.” Jadi guru memberikan jawapan
daripada persoalan yang wujud dalam diri Fahmi dengan menggunakan kemahiran
asertif. Dalam hal ini, guru perlu bersikap tegas dan serius kerana prestasi pelajaran
Fahmi yang agak merosot sejak kebelakangan ini. Guru tersebut mesti menegaskan
bahawa Fahmi mesti menghantar projek yang telah diberi pada hari tersebut juga agar
dia tidak menimbulkan sebarang masalah lagi selepas ini. Melalui situasi ini kita boleh
melihat bahawa guru tidak lagi memberikan peluang kepada Fahmi untuk
menangguhkan tugasan yang telah diberikan kepadanya disebabkan daripada prestasi
pelajarannya yang tidak begitu baik. Ini merupakan contoh kepada kemahiran asertif.

Selain daripada itu, dari segi tidak asertif pula guru bersikap seolah-olah
mengabaikan diri sendiri tetapi menghormati hak orang lain. Guru seperti ini
menggunakan pendekatan yang pasif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
serta tidak konsisten semasa mengajar dan boleh mengelirukan murid. Tingkahlaku
yang pasif ialah mengelak daripada menyatakan perasaan, kehendak, keperluan dan
pendapat. Perilaku ini adalah perilaku yang mempunyai tujuan untuk menghindari
sengketa dengan orang lain. Ciri-ciri orang yang memiliki kecenderungan ini adalah
mereka yang selalu lebih mendahulukan keinginan orang lain, sukar menyatakan
masalah atau hal yang diinginkannya, terlalu mudah mengalah dan mudah tersinggung,
cemas serta kurang yakin pada diri sendiri (Fensterheim & Baer, l980).  Sebenarnya
orang-orang yang tidak asertif ini tahu tentang apa yang seharusnya mereka lakukan
ketika berada dalam posisi yang mengharuskan ia berkata apa adanya. Namun mereka
memiliki perasaan bahawa jika perasaan itu atau hal-hal tersebut diekspresikan maka
orang lain akan membenci dirinya (Goddard, l981). Umumnya hal itu terjadi kerana
faktor belajar atau pengalaman.

Seterusnya, kemahiran dari segi agresif pula ialah sikap yang menghormati diri
sendiri tetapi mengabaikan hak orang lain. Sikap seperti ini perlu dihindari agar tidak
dibenci oleh orang sekeliling kita. Ini kerana, sikap seperti ini boleh menyebabkan kita
susah untuk menghampiri orang lain untuk meminta pertolongan atau sekadar teman
untuk berbual. Selain itu, sifat agresif ini juga menimbulkan rasa tidak mempedulikan
perasaan, keperluan dan kehendak orang lain. Kebanyakkan orang yang agresif ini
hanya memikirkan tentang apa yang terjadi kepada diri mereka sahaja dan tidak
menghiraukan orang-orang berhampiran mereka. Mereka juga tidak mempunyai rasa
tanggungjawab ke atas kesan tingkah laku yang dilakukan kepada orang lain dan juga
masyarakat. Mereka sedikit pun tiada perasaan untuk mengambil kira risiko dan akibat
daripada perbuatan mereka selagi perbuatan mereka itu mempunyai kebaikan terhadap
diri mereka. Dari segi mereka berkomunikasi pula, mereka berinteraksi dengan
mencemuh, menyindir dan menjatuhkan maruah serta air muka orang lain. Sifat agresif
seperti ini boleh menyebabkan seseorang itu dipulaukan oleh orang ramai dan lebih
teruk lagi mungkin si dia akan didendami orang ramai dan boleh menyebabkan mereka
hidup dalam keadaan yang tertekan.

Untuk menjadi seorang guru yang disenangi oleh murid-muridnya, mereka perlu
menguasai kemahiran asertif dengan sebaik mungkin agar murid-murid dapat
menerima teguran dengan berkesan dan lebih baik lagi sikap mereka akan berubah ke
arah positif hasil daripada teguran yang dibuat oleh guru tadi. Guru tidak hanya perlu
mengamalkan kemahiran asertif sahaja, kemahiran tidak asertif dan kemahiran agresif
tidak juga kurang pentingnya. Bagi kemahiran agresif, para guru perlu
menggunakannya pada situasi dan keadaan yang sesuai di mana murid-murid
merasakan mereka memang akan di marahi oleh guru apabila membuat sesuatu yang
telah dilarang oleh guru. Contohnya apabila berkaitan dengan kerja rumah yang tidak
dapat disiapkan oleh murid-murid mengikut masa yang telah diberikan oleh guru. Dalam
hal ini, guru mempunyai hak untuk menggunakan kemahiran agresif apabila murid yang
sama tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberi berulang-ulang kali. Di sebabkan
itu, guru perlu bersemuka dengan murid tersebut dan memarahi serta pada masa yang
sama menasihati beliau menyiapkan kerja rumah yang telah diberi supaya dapat
meningkatkan prestasi di dalam pembelajaran.

Sebagai seorang guru, kita perlu mengkaji corak perhubungan dan corak
komunikasi murid-murid kerana ianya dapat mempengaruhi mereka dalam hidup. Corak
komunikasi asertif yang diaplikasi oleh guru adalah bertujuan untuk menyatakan
perasaan, kehendak atau pendapat dengan cara yang jujur dan terbuka. Diharapkan
hasil daripada kemahiran ini dapat digunakan bagi membentuk insan kamil buat jangka
masa panjang dan kepuasan yang diperoleh dalah untuk diri sendiri dan juga orang
lain.

You might also like