You are on page 1of 5

PERBEZAAN ANTARA NUR DAN

DHIYA’
Disusun oleh : Mohammad Naqib bin Hamdan

MUQADDIMAH
Al-Quran merupakan Kalamullah, diturunkan kepada nabi akhir zaman, Nabi
Muhammad saw. Ia diturunkan 1400 tahun yang dahulu, sebagai mukjizat untuk membuktikan
kenabian Nabi Muhammad saw. Pada zaman dahulu, mukjizat Al-Quran dilihat dari sudut
Balaghah Bahasa Arab dan susunan ayatnya, yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun.

Namun, pada hari ini Al-Quran sekali lagi menjadi mukjizat betapa ia adalah Kalamullah
yang benar. Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, banyak penemuan-penemuan
sains berjaya ditemui. Semuanya bertepatan dengan apa yang terdapat di dalam Al-Quran Al-
Karim.

Antaranya, adalah berkenaan perbezaan antara cahaya matahari dan cahaya bulan. Mari
sama-sama kita lihat. Firman Allah swt :

           

             

5. Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya
manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui
bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan
dengan hak (1). Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang
Mengetahui.

Kalau kita lihat di dalam ayat di atas, Allah swt menggunakan lafaz atau perkataan yang
berbeza bagi cahaya bulan dan matahari. Cahaya matahari diibaratkan dengan (Dhiya’),
manakala bulan pula dengan (Nur). Persoalannya, apakah beza antara Dhiya’ dan Nur.

1|Page
CAHAYA (2)

Cahaya merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat.


Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak
dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada
kelajuan 299,792,458 meter sesaat.

Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang
utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan
menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini
membentuk rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan
maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan
tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba.

Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah kita dapat
melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila
cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat
melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan
cahaya.

Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza
seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya.
Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju
melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan
apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang
berbeza tidak dibiaskan.

CAHAYA MATAHARI (3)

Sebagaimana yang kita tahu, antara sumber utama cahaya adalah matahari. Matahari
merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer
(93,026,724 batu). Matahari dan sembilan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari
mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15
juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan
masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa
yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus
bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada
helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan
empat juta tan jisim setiap saat.

2|Page
Cahaya juga boleh di dapati pada lampu elektrik. Ia terjadi apabila dawai di dalam
lampu tersebut dipanaskan. Semakin panas dawai tersebut, semakin kuat cahaya yang terhasil.
Begitu juga dengan pelita (Siraj). Ia terhasil apabila minyak dibakar dan menghasilkan api yang
bercahaya(4). Sebenarnya, banyak lagi sumber-sumber cahaya di dalam dunia ini. Apa yang
penting adalah, semua sumber cahaya ini adalah berasal dari dirinya sendiri, bukan
pantulan.

CAHAYA BULAN (5)


Bulan sebenarnya adalah satu jisim yang gelap, sejuk dan tiada cahaya padanya. Tetapi
kita mampu melihatnya kerana kemampuannya memantulkan cahaya matahari. Maka,
sebab itu kita lihat bulan seolah-olah bercahaya. Inilah perbezaan antara cahaya bulan dan
matahari. Berdasarkan fakta ini (iaitu cahaya matahari berasal dari dirinya sendiri, terhasil dari
tindak balas nuclear dan cahaya bulan yang sekadar memantulkan cahaya matahari) mari kita
lihat pula bagaimana Al-Quran Al-Karim membezakan cahaya bulan dan matahari. Firman Allah
swt :

           

             

5. Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya
manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui
bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan
dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang
Mengetahui (6).

Kalimah Dhiya digunakan pada matahari dan Nur pada bulan.

***********

3|Page
Firman Allah swt di dalam ayat yang lain :

             



45. Hai nabi, Sesungguhnya kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa kabar gemgira
dan pemberi peringatan,

46. Dan untuk jadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk jadi cahaya yang
menerangi.(7)

Allah swt menggunakan kalimah Siraj iaitu pelita (maksudnya, dia bersinar dengan
dirinya sendiri) untuk menyifatkan Rasulullah swt bukan dengan Nur.

***********

Firman Allah swt :

                

           

20. Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. setiap kali kilat itu menyinari
mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti.
Jikalau Allah menghendaki, niscaya dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka.
Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu (8).

Allah swt menyifatkan kilat dengan kalimah (ado’ah) sama seperti matahari. Bukankah
cahaya kilat terhasil dari kilat itu sendiri ??

4|Page
MUKJIZAT AL-QURAN
Kesimpulannya, kita dapat melihat betapa terperincinya makna bagi setiap perkataan
yang digunakan di dalam Al-Quran. Ia mempunyai makna yang terperinci dan sangat mendalam.
Penemuan ini hanya diketahui pada zaman ini, selepas lebih 1400 tahun ia diturunkan. Bahkan
pada zaman ia diturunkan, tiada peralatan yang canggih yang mampu menyingkapnya.

Maha Suci bagi Allah swt yang telah menurunkan Al-Quran Al-Karim, kepada penutup
segala nabi dan rasul. Dialah yang akan menjaga Al-Quran yang telah menjadi hujah dan dalil
bagi manusia dulu, kini dan selamanya sehinggalah hari kiamat.

PENUTUP
Sekiranya wujud kesilapan atau ia tidak mampu difahami, ana memohon sejuta
kemaafan. Ini adalah terjemahan pertama mengenai ‘Ijaz Al-Quran. Fakta-fakt sains ditulis
dalam Bahasa Arab. Jadi ana hanya mampu memahami sebahagian sahaja, bakinya ana rujuk di
internet.

Wallahu’alam…

__________________________
(1)
Maksudnya: Allah menjadikan semua yang disebutkan itu bukanlah dengan percuma, melainkan
dengan penuh hikmah.
(2)
Laman web Wikipedia, edisi Bahasa Melayu
(3)
Laman web Wikipedia, edisi Bahasa Melayu
(4)
Tafsir Al-Ayat Al-Kauniyyah fi Al-Quran Al-Karim oleh Dr. Zaghlul An-Najjar
(5)
Tafsir Al-Ayat Al-Kauniyyah fi Al-Quran Al-Karim oleh Dr. Zaghlul An-Najjar
(6)
Surah Yunus : 5
(7)
Surah Al-Ahzab : 45-46
(8)
Surah Al-Baqarah : 20
5|Page

You might also like